Goodbye....
Hari ini hari terakhir maklang menjahit…Oh sedihnya nak mengucapkan ‘Goodbye” to my ‘workplace’. Rasa macam dah sebati sebab dah 2 minggu duduk kat kerusi dalam bilik ini. Melayan mesin yang sangat setia menjahitkan tudung2. Terimakaseh banyak2 jugak pada Cik Abang kerana rajin 'melayan' maklang membelikan the ‘raw’ materials masa ke KL Jumaat lepas dan semalam. Kalau Cik Abang tak pergi, kat manalah nak cari ‘raw’ materials ni kat sini. Kat KL aje yang kami tahu available. Kat KL tu pun ada kenal kakak yang memang jual tudung kosong yang belum sulam dan crystal Swarovski tu beli kat kedai Jalan TAR tu..... Terimakaseh sekali lagi Abang ku sayang....…
Hari ni dapat siap sehelai lagi tudung. Yang ini nak kena jahit manik2, bukan letak crystal. InsyaAllah besok lepas balik dari medical checkup bolehlah jahit manik2 tu. Kena pastikan siap sebelum hari Selasa. Tudung putih Kak A dah hantar tadi kat rumah dia. Telekong kawan tu pun dah selesai dijahit manik. Sekarang ada kat kedai Kak Ton TJ(tukang jahit, bukan TJ yang di Jokontan tu...), my favourite taylor. Dia tolong jahitkan muka telekong tu. Nanti dah siap boleh jahitkan manik dikeliling muka telekong tu. Ni first time nak jual telekong, ada 2-3 orang order lagi, tapi masih belum siap. Entah bila agaknya nak buat yang itu.
Cik Abang memang rajin dan minat nak berbusiness ni. In fact sejak dari muda2 dulu suka business. Maklang gunakan sedikit kepakaran yang ada, jahit langsir, jahit beg yang letak sponge tu (macam quilt), jahit alas untuk tilam dan bantal baby yang diquiltkan dan ada jugak jahit baju baby. Cik Abang tolong carikan pelanggan , mainly officemates dia, dan ambil tempahan. Selain ambil tempahan tu, kalau bahan2 nak buat2 barang2 tu tak ada, macam renda ke, butang, sponge ataupun kain sekali pun, dia akan tolong carikan. Pulak tu masa di KL dulu, office dia di Pert@m@ Kompleks jadi senanglah dia nak cari bahan2 tu. Sampai Auntie yang jual barang jahitan tu kenal sangat dengan kami dan kalau sekali sekala kami ke KL, dan kami pergi ke kedai Auntie tu, Auntie tu excited sangat. Barang2 jahitan tu pun dapat dengan harga yang murah dan berpatutan. Masa di KL dulu, office maklang di Bukit Damansara dan lepas tu dekat Jalan Tun Razak ….manalah ada jual barang jahitan, lepas tu mahal pulak tu. Sebab tu Cik Abang selalu tolong belikan barang2 jahitan. Lagipun dia pandai pilih bahan2 tu semua.
Tapi kan bab yang best sekali berniaga ni ialah bila orang yang tempah tu bayar duit upah dia. Memang seronok. Tapi yang paling seronok sekali ialah Cik Abanglah. Kiranya penat lelah isteri dia terbayarlah. Bila orang bayar upah, bukan saje modal dia, tapi untung dia pun Cik Abang ambik sekali…. Kelakar. Tapi tak kisah pun (time maklang mood OK)....…after all kami kan suami isteri…Semuanya share2 kan….
Sekarang ni pun tudung2 tu ada jugak yang Cik Abang tolong bawakkan ke office dia bila ada orang pesan. Bagus sebenarnya berniaga kecil2an ni…bila sesak2 ada juga tampong2 dia. Macam masa Raya tahun lepas, Maklang dapat buat “Almond London” dalam 1000 biji, dapatlah duit sikit nak buat beli baju2 untuk extended family dan jugak macam bahan2 kuih untuk rumah sendiri dan rumah Wan dah kira free laa… Seronok….Tapi ni semua ikut minatlahkan. Kalau tak minat tak enjoy….Apa2 pun tu semualah yang menghilangkan stress maklang…..
Ni dia my feberet mesin jahit... Tu tudung yang jahit hari ni. Dah siap pun.
Kelihatan atas stool tu, ada remote Astro, TV, buku pattern sulam tu, ada buku cerita yang tak khatam2 tu sebab ghalik sangat menyulam tudung.... Selamat tinggal workplace ku.... (sementara je tu....Rajin hari Sabtu ni menjahit lagi agaknya..)
14 Comments:
ML serba bolih ..... apa yg ML belum cuba? You are good with yr hand.Keep up the good work:)
tak sabar nak pi keje balik lah tu.. hehe
rasa berkobar-kobar nak menjahit pulak rasa....
sat lagi belek argos /ebay cari mesin jahit lah...!
Mak lang, hobby yang menarik & boleh business. Nanti balik Msia bolehlah tempah kat maklang..
Kak Elle:
Alhamdulillah dengan kurniaan yang Allah bagi. Harap2 sihat sentiasa supaya boleh meneruskan hobby tu...
Ni nak gi doktor sat lagi. Minta2 tak ada apa2...InsyaAllah...
Zino:
Tak sabar nak gi kerja? Oh...tidak...KAdang2 lama dah cuti ni malas nak gi kerja adalah...
mamasarah:
MEmang mesin ni berguna unutk kita. Boleh jimat banyak. Nak2 kalau time nak jahit langsir. Boleh save beribu tapi penatlah sikit...
AM:
Tempahan anda dialu2kan. Kalau tak tempahkan, tolong jualkan pun OKlah, nanti maklang bagi commission, InsyaAllah...
Ni nak kena belajar time management dengan Mak Lang.
Konon-kononnya beli kain nak buat langsir, dari tahun lepas sampai sekarang masih tersimpan lagi! Silap2 tunggu lagi sampai tahun depan. Hehehe.
Maklang, syok la. Dahlah pandai masak menjahit pun boleh. Sherin ni setakat jahit langsir dan cushion bolehla but itupun simple-simple je.
Tahun ni Maklang buat lagi tak almond london? boleh order... :)
maklang, kalau part time business ni kita jadi operations manager, yang cik abang pulak part time mktg manager...tu yang komisyen pun nak sama..hehehe
Oooh bestnya sewing machine Mak Lang tu .... siapa yang tak syok menjahit kalau ada machine canggih macam tu :-)
Mak Lang pun jual kuih gak ker? Boleh order nih masa kat Msia nanti. Boleh bawak balik ke sini nanti.
Maklang...pinjam mesin boleh?...mesin cantiklah...teringin lah pulak...
maklang, agaknya, inilah mesin jahit yg adik saya, si kakngah nak beli.dialah mewarisi minat menjahit drp mak saya. regenya ebrapa kak? jenama apa? adik saya kata yg dia minat tu 5 ribu lbh jenama Apple tak salahnya..tp belum dpt beli lagi..tgh kumpul duit
ini bilik tidur maklang ya? bestlah, kat situ tpt tidur, tpt bisnes kecil2an.
wah..m.lang dah blh letak nama jenama pd tudung maklang ni, apa jenama maklang?
bagusnya saya ada minat menjahit mcm maklang. saya ni minat jahit cross stitch aje, itupun lama dah stop sejak buat master ni.
maklang minat tak buat quilt? ke saya salah cakap, alah jahitan kain2 kecil buat gebar or alas tu.
Adah:
Tak apa simpan lama2 tak busuk pun kain tu.... Tapi nanti ada garisan pulak kat kain tu bekas lipatan sebab tak berjahit!
Sherin:
Mula2 memang langsir dan cushion. Lepas tu baru yang lain2. Barulah ada peningkatan.
Almond london tu memang every buat, InsyaAllah. Order boleh tapi takut bila tiba kat Sherin dia dah berderai. Rajin nanti maklang bagi resepi je...Cuba buat sendiri. Kalau jadi sure puas hati...
mamarock:
Business kecik ni, maklang operate 2 orang je jadilaa...kang nak bayar gaji pun tak cukup...
QOTH:
Memang seronok menjahit ni QOTH. Tak kiralah mesin canggih ke tak, kalau dah minat nak buat macamana?
OO:
Mesin Lux lee... Luxor tu jual gamat....
Memang malas. Ni pun tersangkut kat PC kat rumah sat,dah siap nak ke office, tinggal pakai tudung je...Suspense pulak!
Ajzie:
Boleh...nanti Raya kat mana? Maklang as usual balik JB. InsyaAllah jumpa kat sana!
Kak Lady:
Boleh pinjam...tapi jacak aje hubby tu bagi hadiah...lagi senang!
Syikin:
Ni jemama Lux. Maklang beli about 3-4 yrs back. 8K. Nak pengsan bayar monthly dia sebab tak nak interest. Tapi kalau minta jahit, InsyaAllah duit dia dapat balik...
Quilt suka, tapi kena sabar buat dia ni...Entah bila nak venture kat situ pulak. Ada buat sikit2 and kecik2 punya...
mesin apple ke lux maklang pakai tu?
Post a Comment
<< Home