MISI baru
Dah puas rasanya dok menjahit tudung, so hari ni ada misi baru. Lagipun masa start buat tudung warna oren tu asyik salah aje. Nak buat tudung untuk sendiri banyak pulak masalahnya. Bila tukar warna lain, Alhamdulillah OK. So hari ni misi baru ialah nak MASAK. Lama dah rasanya tak masak. So, today memasak lah saya. Lebihkurang pukul 10:30pg tadi dah turun ke bawah. Cari apa2 yang ada dalam fridge tu dan terus letak kuali atas dapur, perah kelapa campur sikit dengan kelapa yang dalam kotak tu. Cari bawang merah dan bawang putih yang dah blend, dan lada kering. Masukkan kan dalam kuali. Blend lengkuas, halia dan serai, leburkan dalam kuali. Lepas tu baru cuci ayam dan toskan. Sementara nak tunggu santan tu pekat sikit, cari kot2 ada kerisik yang dah siap dan Alhamdulillah ada. Lepas tu cari rempah yang maklang dah buat sendiri ( ikut resepi Maklang Timah) .Masukkan dalam kuali dan` last sekali baru masukkan ayam. Bila dah nak pekat, masukkan asam keeping dan last sekali, sedikit garam dan daun kunyit. Lebih kurang 2 jam lepas tu, jadilah rendang ayam. Lepas tu buat pulak sambal goreng yang guna kacang panjang, tempeh dan tauhu tu. Teringat kat arwah Mil, and so cubalah masak yang macam dia buat. Jadi tak jadi lain kira, asal ada rupa sikit2 sudahlah. Of courselah tak sesedap yamg arwah MIL buat. Lepas tu mintak Bibik tolong buatkan batter untuk risolle sebab inti risolle masih banyak di peti ais. So, menggulung risolle pulak lepas tu. Dapatlah lebihkurang 36 keping. Oklah tu…Kalau ada rezeki, bolehlah masukkan gambar tu.
Petang tadi ada terima sms dari kawan tanya pasal telekong dia dah siap ke belum. Dah nak siap dah. Telekong tu tinggal letak manik aje. Tapi kalau nak letak manik ni memang lah berjam-jam nak buat dia. Memang leceh and rumit. Mata pulak dah tak berapa nampak. Nak2 kalau dah malam2 ni. Mulalah kabus aje. Mengantuk and penat. Tapi macamana pun kenalah siapkan jugak sebab dia kata dia nak datang ambil next weekend. Lepas tu nak siapkan jugak tudung kawan yang datang malam semalam. Dia nak pakai masa hari anniversary 15 tahun husband dia kerja dengan Petron@s. Tu dah pasti kena siap by Tuesday. Kak A Pot Pet nak pakai hari Sabtu depan. Dia punya dah siap sulam dan dibersihkan, tapi belum letak crystal tu. So, weekend ni memang sibuklah. Friday memang tak dapat buat apa2 sebab nak pergi medical check-up di Kuantan. Harap2 tak ada apa-apa. Lepas tu, hari Sabtu, Hakim pulak ada sukan. Dah mula nak sibuk semula.
Tadi teman di pejabat pun ada telefon beritahu sekarang ni kerja melambak2. Projek banyak masuk. Dengar aje dah macam nak pening. Sure balik office ni berlambak kerja dan harap2 dapat cope laa, InsyaAllah…..
Ni tengah tunggu Cik Abang sampai dari Kuantan. Flight dia delay dekat 1 jam lebih lepas tu bila tiba di Kuantan plane tak dpaat turun sebab visibility vey bad sebab hujan terlalu lebat. Lepas tu dia singgah kat rumah FIL sekejap. InsyaAllah this Friday lepas checkup kami akan singgah kat rumah FIL jugak.
12 Comments:
ML rendang ayam my fav kalau I masak I will call my nieces they love it sampai licin pingan.You also buat telekong eh?I salute you serba bolih semue bolih buat.Risolle???nakkkkkkkkk......hehe
Re yr follow-up on friday not too worry alhamdulillah semue ok.
Sedapnye Maklang.. Mmg Maklang ni chef semulajadi.. :). Maklang tak ambil tempah baju kurung atau kebaya ke?
tabik spring kat maklang..serba boleh, cayalah..
nak tanya, maklang M&E ke C&S, byk projek ke skrg, kami sini small firm slow sikit, tu yg ada byk masa blogging :-)
maklang ni very versatile la...salute!
Kak EllE:
Memang rendang ni kesukaan budak2 dan mak bapak atok nenek budak2! Tapi tak boleh buat pedas2, anak2 tak tahan...
Sherin:
Kelakar lah Sherin ni...chef semulajadi mesti dah masuk TV. Ni masuk kat dapur aje, asal kenyang perut suami dan anak2 , dah Syukurlaah...
Maklang kalau baju kebaya pun, tempah dengan orang!
Sue:
Oh...dulu 10 tahun dulu E kat building services. Now kat O&G. Memang banyak kerja...
Mama rock:
Versatile...Kelakar I dengar...
OO:
HAri ni nak masak Buttered Prawns pulak...InsyaAllah...
saya nak cakap ni..beruntung betul pak lang dpt isteri macam maklang, rajin masak, pandai menjahit, penyayang, cantik plak tu of course beriman. moga rumahtangga maklang bahagia dunia akhirat.
tabik saya ngan maklang ni, saya yg duduk rmh ni pun tak serajin maklang. minat menjahit jauh sekali. cantiklah tudung2 yg maklang jahit tu, mmg blh buat side income, pahala pun dpt sbb jual kain tudung...
alamak, tak bestnya maklang tak p ke aust. sama..pegilah maklang..second honeymoon.
saya sokong dengan syikin ni..memang bertuah pak lang dapat mak lang..
waaa banyak tempahan ni kira tak lama lagi boleh la mak lang pi jalan nanti.....plan pi haji tu jadi ker mak lang?
2 jam nak bagi ayam rendang tu masak eh Mak Lang? SElama ni saya hentam aje masak. TAk sampai pun sejam. Patutpun saya buat tak sedap...
Emmm...rendang ayam..yummy
cuti pun bzz bila balik opis nanti keje dah tunggu utk membzz kan lagi hehe
O&G patutla busy, tgh boom skrg, paklang pun in the same field, senang la nak refer apa2..
Syikin:
Oh ye ke Pak Lang beruntung? Tak pernak pulak dia beritahu. Dia sayang aje adalah...he..he..he...
Memang teringin sangat nak ikut...tapi apakan daya....
Simah:
Oh Simah ku sayang...ni mesti terconfuse...Atok and Wanlah yang nak gi haji, tu pun kalau ada rezeki. Masih on standby....
mamasarah:
Memang biasanya masak rendang about 2 jam. Adakala sampai 4 jam, tengok quantity. Kalau seekor ayam guna 1.5-2 biji kelapa dan kerisik. Kalau masak rendang minang, 1 kilo daging 3 biji kelapa baru sedap. Tapi tak guna kerisik.
AM:
Rendang ayam memang sedap tapi tak sesedap yang Wan buat...
Zino:
Memang bz kalau balik office. Bz yang mengstresskan otak!. Tapi bz jahit tudung ni macam anti stress unutk maklang!
Sue:
Paklang memang same field. Tapi dia buat Process...Berbeza dengan maklang....Tapi kalau tak faham process boleh lah jugak tanya2...
Post a Comment
<< Home