Result dan Sports Day Hakim
Semalam dan hari ni memang sibuk sekali. Pagi semalam, maklang dan Cik Abang bertolak ke Kuantan lebihkurang pukul 7:15pagi sebab nak kejarkan cepat sampai ke sana. Kalau lambat2 entah pukul berapa baru dapat jumpa Dr. Masa dalam perjalanan tu baru perasan yang appointment sepatutnya pada hari Sabtu. Tapi tak boleh pergi pun kalau hari Sabtu sebab ada urusan lain. Urusan si bujang tu ada sukan. First time pulak tu jadi tak boleh miss laa…
Kami tiba di Kuantan lebihkurang pukul 9:00 pagi. Lambat betul sebab banyak kereta dan lori. Cik Abang pun bawak kereta tak laju. Jumpa Dr. lebih kurang pukul 9:30pagi. Nasib baik dapat no. 2. Alhamdulillah Dr. kata hasil daripada tests tu maklang OK. Tak ada apa2 cuma kena ambil ubat sedikit. Luka bekas yang kena potong hari tu pun dah beransur baik. Cuma kena letak krim aje. Dr. kata nanti jumpa lagi dalam masa satu bulan, InsyaAllah. Lepas tu kami ke supermarket buat shopping sikit untuk barang rumah. Dah tengah2 bulan ni tak seronok shopping….poket dah bocor dah ni. Tapi nak buat macamana, kena beli jugak sebab keperluan. Tu pun ration untuk satu bulan. Dah lama tak belanja besar. Lepas tu kami ke rumah FIL. Alhmadulillah FIL dan family SIL semua nya sihat diberi Allah. Lepas solat Jumaat kami makan tengahari dan lepas tu kami ke Gi@nt pulak sebab masa ke supermarket depan rumah FIL tu tak jumpa pulak barbecue sauce yang Cik Abang nak tu. Sementara maklang kat situ, Cik Abang pergi kebank sat. Siap aje buat shopping maklang cuba nak call Cik Abang. Puas korek beg tangan tu nak cari talipon tapi tak jumpa2. Lepas tu duduk kat kerusi kat pintu masuk tu tunggu Cik Abang yang tak kunjung tiba. Nasib baik ada sorang mamat Cina tu bagi pinjam phone dia. Kata kat dia nanti maklang bayar lah duit nak guna phone tu, dia kata tak apa. So, dapatlah call Cik Abang. Rupa2nya tertinggal phone kat rumah FIL. So lepas tu kami singgah semula kat rumah FIL dan lepas tu bertolak balik ke Kerteh. Tiba lebihkurang pukul 6:30pm. Penat betul rasanya. Malam tu awal dah lelap.
Hari ni pun sibuk. Maklang pagi2 dah turun sebab nak masak awal. Sekali tengok Wan tengah kombah barang2 dalam almari. Wan memang suka mengemas. Tak boleh tengok sepah sikit. Habis disusunnya. Maklang pun apalagi, join the cleaning sekali lah. Sambil2 tu masak sekalilah. Tak masak banyak sebab petang dah ada plan nak BBQ lagi. Lepas masak and kemas, ingatkan naklah jahit manik kat tudung tu, tapi tidur pulak. Ngantuk sangat sebab terjaga pukul 3:00pagi dan tidur balik dekat pukul 5:00pagi.
Tengahari tadi kami ke sekolah Hakim untuk nak tengok sukan dia. Gelihati sebab Hakim kena pegang sepanduk untuk rumah kuning. Serius aje muka dia. Yang paling gelihati ialah masa orang lain dok senamrobik, Hakim selamba aje berdiri. Tak gerak langsung. Maklang yang tengok dia dari jauh dok suruh dia ikut apa yang dibuat Cikgu, tapi dia kata dia MALAS! Bertuah punya budak. Alhamdulillah game yang dia masuk tu dia dapat no.1. Sukalah sangat dia tu.
Lepas balik dari sukan, solat dan prepare untuk barbeque pulak. Cik Abang semangat betul! Sedap jugak sebab sotong tu fresh2 lagi. Ada jugak bakar ikan tongkol dan tuka. Sedap. Tengok anak2 makan aje …kita kenyang sekali. Wan pun bakar daging jugak sebab nak bawak balik ke Johor. Kalau daging dah salai ni, masak lomak cili padi lotak kontang dengan belimbing buluh joghok, SODAP…..
Ni mata dah nak kero dah. Letih sangat. Jap lagi solat lepas tu nak BOOOM. Besok kerja, so tak bolehlah tidur lewat sangat. Malasnya rasa….
Ni ler face of the winner with his medal
sepanduk boy hakim kerass. orang lain dok sibuk senam robik tapi dia dok diri mengkeras kan diri...
8 Comments:
yg pertama ke ni..
syukurlah Dr kata ok.. tak ada lah dok memikir lagi..
acara apa yg dia masuk tu.. bila dapat hadiah memang happy habis tu..
Alhamdulillah everything's ok .. worry juga ingatkan kat adik yg jauh di kerteh.Wah ni everyweekend ade BBQ ke? actually healthy eating semue di grill no oil etc....Congrats to Hakim kerana team dapat no 1.Enjoy going back to the grind ML mesti banyak kerja yg menunggu kat office kan?
ALhamduilllah tarak apa-apa... heheh... saja ja ALlah bagi a little scare so maklang jumpstart balik heheh...
hakim rumah kuning??? heheh...sama la ngan waktu saya skolah rendah dulu...
Alhamdullilah maklang sihat. Syukur.
Tu lah kan kalau kita dah cuti lama syok duduk rumah. Rasa malas nak gi office. Especially masa lepas confinement.
You take care!
Suka tengok gambar hakim. Kelakar badan dok keras aja..hehe
Zino:
Alhamdulillah oh...
Memang happy sangat dia. Acara dia nama dia agak biru...cockers!
Kak Elle:
Memang agak sibuk...meeting sana sini. Kerja pun bertepek atas meja. Naik lengoh badan. Dahlah tu balik kena sipakan tudung nak letak manik tu pulak. Alhamdulillah dah siap. Tu yang masuk entry...
Izhal:
SyukurAlhamdulillah OK dah tapi masih tak boleh kerja kuat2. LAgipun cepat sangat rasa letih!
Maklang pun rumah kuning dulu, tapi tak ingat sekolah menengah ke rendah!
AM:
Syukur...Memang malas...tapi nak buat macamana sebab dah tugas. Pelan2laa...InsyaAllah bila dah balik momentum dia OKlah, InsyaAllah...
Memang gelihati tengok dia keras...tu tengah bergaduh dengan Bibik tu, tak nak mandi , malas nak sekolah...Ngantoklah tu...
comelnya hakim!!! boleh imagine dia keras. kelakar sungguh.
alhamdulillah maklang ok juga. tu yg celebrate terus shopping ya mak lang? ehehe gurau tu.
best ke duduk kerteh mak lang? dulu saya jaga project SMTeknik Dungun. Selalu lah lalu kerteh, cari makan.
Onde:
Tak apa ,tersyasul je..
Entah kombah tu ikut Cik Abang kot.
Mamasarah:
Oh..there's no place like Kerteh. Some people may find it boring, tapi maklang suka sebab dia peace and quite. No hassle nak gi kerja or anywhere. Sekali sekala nak shopping gi Kuantan or KL. Or balik JB.
Alhamdulillah OK...
Post a Comment
<< Home