Dari Teratak Maklang

Saturday, August 19, 2006

Penat tapi Enjoy....

Betul pun...Semalam memang penat betul. Pagi tu lepas dah tersangkut kat PC lebihkurang 0.5 jam, sambil tunggu sulam telekong tu, Cik Abang ajak breakfast. Masa tu baru je 7:30am. Dah pesan kat Bibik mintak tolong masak nasi lemak untuk breakfast. Sambal dia maklang dah buat petang Khamis tu, so taklah dia sibuk sangat. Tinggal goreng ikan bilis, rebus telor dan masak nasi aje.

Sedap pagi semalam. Cuaca sejuk aje. Hujan bukan main lebat lagi. Cik Abang lepas makan tu terus duduk kat anjung rumah tu, sambil tengok bukit depan rumah tu...berkabus....memang indah. Kat sini kalau hujan tu memang serene betul pemandangan. Dingin sekali. Maklang pun jadi malas nak mandi...Lepak dengan Cik Abang kat situ. Tengah bual2 kat situ, telefon berdering. Rupa2nya telefon dari Wan Sara nak tanya kabar. Risau sangat dia maklang masuk hospital tempohari. Dia ada telefon tempohari, tapi tak dapat nak cakap dengan maklang, tu yang dia telefon lagi. Selagi tak dengar suara dia tak puas hatilah tu...


Mulanya malas betul nak pergi ke pasar. Ingat nak mintak tolong Cik Abang je pergi, tapi tak syok pulak. So dalam pukul 9 lebih tu siap2 dah terus ke pasar. Ikan tak berapa comei hari ni. Banyak beli ayam aje sebab Cik Abang nak buat bbq tu. Balik dari pasar tani tu dah pukul 10:00pg. Teruslah dengan kerja2 tu dah tau2 siap dah dekat pukul 1:00. Nasib baik sambil2 tu, maklang dah masak gulai daging salai tu. Lepas tu siap2kan untuk kerabu mangga tu dah perap ayam, jadinya petang tu tinggal goreng aje. Sambil2 tu buat risolle. Bibik yang buat kulitnya dan maklang tukang isi dan gulung risolle tu. Yang best tu siHakim dan Maya tolong sekali. Havoc lah kat dapur. Maya celupkan risolle dalam telor dan Hakim tolong golekkan dalam tepung roti.Sampai dia kata dia tu Chef 2, sebab Wan tu Chef Wan dan Abah dia Chef 1. Kalau ada rezeki, dapat lah tetamu2 kami yang plan nak datang nanti tu rasa risolle tu. Along pulak sibuk nak hidupkan api untuk bbq. Angah entah kat mana. Dok relax kat atas, atau baca buku, Wallahu'alam....Cik Abang tak ada sebab pergi solat Jumaat.


Lepas dah siap semuanya, dan Cik Abang dah balik, dan sibuk nak prepare bbq dia, maklang pun naik ke atas. Nak solat pulak. Masa dok baca2 doa tu sampai terlelap. Terasa letih dia....Lepas tu turun dan makan bbq tu. Masa tu dah dekat pukul 4:00ptg. Cepat betul masa berlalu. Nak2 kalau weekend ni.


Berehat kejap, mintak tolong Angah kemas2 sikit kat tempat tengok Tv tu, dan terus naik ke atas. Ingatkan nak rehat sat. Adalah dalam setengah jam. Lepas tu mula masak pulak. Ajak Kak A dan anak2 datang sekali untuk makan malam sebab maklang tak kenal lagi isteri kepada kawan sepupu maklang tu. Kak A kenal dia, jadi taklah Kakak tu segan sangat nanti. Merekea tiba lebihkurang pukul 8:15 malam. 8:45pm gitu mula makan. Orang lelaki di depan dan kaum perempuan di dapur. Jumlah tetamu cuma 11 orang aje. Seronok tengok mereka makan, bertambah2 lagi. Memang enjoy, hilang penat. Kami anak beranak tak makan pun, cuma Hakim dan Maya makan sikit. Tengok2 macam nak makan, tapi kena tahan le....nanti kembang lagi tak tentu arah. Lagipun baru aje makan pukul 4:00 tu.


Yang best sekali maklang buat pembasuh mulut. Pukul 6:30pm baru teringat nak buat, apa. Main hentam aje. Curahkan 2 tin susu cair, 2 tin jagung manis, gula dan daun pandan. Ah...hentam aje bubur jagung ni. Lepas tu dapat idea, letak sagu mata ikanlah., Ada pulak yang warna pink dan hijau. Dhirah memang suka sagu-sagu ni sampai dia tanya apa yang di masak. Maklang kata ni recipeless. Mak main hentam aje...Alhamdulillah dari seperiuk tinggal setupperware, yang banyak makannya si Dhirah, tetamunya tak tahu pulak sebab mereka, Cik Abang yang layan. Kiranya malam tadi went alright. Cik Abang was happy sebab tetamu enjoyed the food. Tu yang penting tu. Lagipun tu lah pertama kali sepupu maklang datang. Tu pun sendiri aje dengan kawan2 Golf dia. Anak2 dan isteri dia tak sampai lagi.


Mereka pulang lebihkurang 10:30 malam. Masa tu baru rasa letih. Tolong Bibik tangkupkan pinggan dan bila dah selesai kat dapur tu baru tengok barangan yang dikirim oleh Wan Sara melalui sepupu maklang tu. Kicap Bango dan pecal lagi. Pecal tu especially buat Wan kat Johor tu...Nanti Wan datang sini bolehlah ambik. Ada jugak tudung buat Bibik 2 helai.


Pukul 11:30pm dah gone. Si bujang yang tak berapa macho malam tadi mengengek sebab nak tido dengan mak. Dok mengengek kat bilik Angah dia, lepas tu Angah tak tahan langsung dia suruh adek dia pindah kat bilik kita. Biasalah kalau tidur kat katil kecik tu, pasti merayap malam2 cari mak dia. Sompik jadinya dan mak pun tak dapat tidor dengan selesa. Tu yang pagi2 sebelum pukul 5:00 dah terjaga. Ingat nak sambung balik lepas ni.....


Hari ni sibuk lagi. Karang kena masak lagi sebab FIL dan SIL nak datang. Tak tahu nak masak apa lagi.Kena masak pagi2 sebab dalam pukul 11:00pg nak ke Kuantan sat, ada anak officemate nak kawin. Tak pergi tak sedap pulak. Dhirah pulak ada nak pergi penyampaian hadiah yang dianjurkan oleh Negeri Terengganu sebab UPSR yang lepas. Tengah seronoklah tu sebab dapat duit. Nak kumpul duit sebab nak beli phone macam mak kata dia....


So, Mak Teh and Pak Teh, jadik tak nak datang sini??? Boleh I plan2 nak masak apa, rojak Cina, India, Beriani Ayam , Nasi Ayam, Nasi Tomato, Nasi Goreng Tanak or apa2 lah, asal perut kenyang dan hati senang...he..he... Selamat Datang ....Si Alang tu entah bila pulak nak tiba sini. Cakap macam nak datang tapi macam2laaaa......


(kalau Dhirah rajin, nanti karang suruh dia upload gambar process nak buat risolle tu...UBA, drool je laa...ada masa dapat jugak rasa tu, InsyaAllah....)

Friday, August 18, 2006

Selamat Bercuti Sekolah...

Hari ni awal dah tersedar. Masa bangun tadi, hajat hati nak menjahit lepas solat Subuh. Eh…lain pulak jadinya. Menempek kat PC. Tapi mesin sulam dah on, so tak le rugi masa sangat....


Hari ne memag sibuk lah. Kalau tak buat pagi ni memang tengahari tak ada chance lagilah.. Sibuk nak ke pasar dan lepas tu sibuk nak prepare bahan2 bbq lagi. Cik Abang dah banyak kali cakap besok (hari nilah tu….) dia nak bbq ayam lagi. Anak2 bila dengar tu tentu seronok, nak2 sibujang manja tu. Sampai dia kata, ‘ Abah bolehlah tak kita bbq tiap2 hari. Kan Hakim cuti 9 hari!’ Entah sinidir entah apa. Tapi budak2 ni memang dia cakap straight from the heart punya. Kira OKlah tu. Lagipun cuti ni kami tak merancang nak ke mana2 pun. Musim kemarau. Mungkin Cik Abang aje nak ke KL sebab ada urusan keluarga. Maklang dan anak2 tak dapat ikut sebab function hari Sabtu, hari Ahad tu anak2 dah sekolah. Macamana pun dah rancang nak ‘bukak’ swimming pool untuk budak2 ni. Biar puas dia berendam. Kadang2 yang tembam no. 1 tu pun ikut masuk… Mana tahu mak dia pun nak masuk sekali...he…he....


Malam ni, InsyaAllah my cousin will be arriving from KL. Tu pun on the way balik dari main Golf kata dia. Dia nak stop by sat aje. Dengan kawan2 sepermainan dia. Maklang ajak dia makan malam kat sini. Lepas tu ajak sekali, housemate dia masa di US dulu. Kebetualan housemate dia tu sepejabat dengan Cik Abang. Kira macam reunion lah ni. Oh ye…cousin maklang ni pun satu U dengan maklang dulu, Cuma dia dalam bidang lain dari maklang. So, kira dah plan lah nak masak apa. Mungkin, daging salai masak lomak cili padi, ayam goreng dengan ketumbar, sayur kankung goreng belacan atau sawi Jepun goreng dengan udang kering letak oyster sos dan cendawan butang dan InsyaAllah ada ulaman sikit. Tak tahulah lagi…ingatkan nak gak buat kerabu mangga. Cik Abang punya feberet tu… Rasanya kena tak makanan yang maklang suggest tu. Kalau Abang Zino baca ni, rasa2nya apa lagi yang sodap kalau makan lomak daging tu?


Mintak2 semuanya OKlah karang. Kadang2 memasak ni, ikut nasib, kadang2 jadi, kadang2 hampeh…tapi setakat ni, kalau maklang masak, majlis perbandaran kat rumah ni sapu licin….Agaknya kita kecik2 pun ,macam tu agaknya.,..asal apa mak masak mesti best. Tapi kalau macam sekarang ni….maklang kalau apa yang Wan masak tu…mesti best...maklumlah tangan dah berexperience.....


Ni sempena cuti sekolah ni, kalau ada siapa2 antara kawan2 bogger atau sedara2 blogger nak datang rumah, jomlah singgah. Beritahu dulu , nanti kita tunggulah kat mana2. Mana tahu nak ke KT ke, nak ke KB ke, boleh lalu singgah kat teratak maklang. Boleh minum2 atau kalau nasib baik, boleh makan nasi sekali... Kalau dah tiba Kuantan tu, drive lagi satu jam setengah (or faster kalau naik kereta canggih2 ni...) jemput le ke mari....Pintu rumah kami sentiasa terbuka untuk teman2 semua....Kalau nak tidur kat rumah kami pun boleh, pandai2 lah kami squeezekan kat bilik mana2. Tapi kalau nak secanggih hotel tu tak leh le....tapi tu pun kalau sudi...

Wednesday, August 16, 2006

Tidur...

Sejak 2-3 malam yang lepas asyik terjaga malam aje. Dalam pukul 3-4 pagi dah terbangun. Lepas tu tak boleh nak lelap balik. Semalam pukul 4 lebih dah terjaga. Terpusing2 tergolek2 atas katil tu. Puas nak lelapkan semula, tak boleh pulak. Malam tadi pun cam tu. Pukul 4 dah bangun. Tak boleh tidur. Malam pukul 11 lebih baru tidur, tu pun lepas puas nak lelapkan mata. Baca buku dulu, tengok TV dulu. Baru boleh lelap. Bab bangun malam tu elok kalau buat sembahyang2 tu, tapi biasalah…MIM tu BESAR sangat!! Tapi kadang2 buat jugak, tapi kena banyakkan lagi agaknya sebab tu saban malam dikejutNya. Kita aja yang malas sangat!!! Kena ubah ni…..dah di panggil2 tempat tu. Karang gelap gelita pulak sebab tak ada penyuluhnya…..Mintak simpang.


Bila terjaga malam tu, yang difikir ialah kerja apa nak dibuat di office besoknya. Macam tadi dok fakir apa nak kena hantar, siapa yang belum dicall, bila drawing nak diambik dari Client’s office dan macam2 lagilah. Bila terkenang kerja, lagi payah nak tidur. Nak kejut orang sebelah, kot kena tengking pulak kang…So, dok mendengar ajelah keruhan dari corong radio Cik Abang tu…Bila kuat sangat lagi tak leh tido. Kesian saya…..


Ni sat aje ni sebelum ke opis. Mandi pun tak lagi. Kena cepat2lah ni. Latest 8:15am kena keluar dah. Nanti petang balik lewat sikit. Tu pun kalau boleh go on…Rasa2 macam nak ambik MC aje. Kepala dah nak pening and badan lesu2. Letih dibuatnya sebab tidur tak betul ni. Nak buat camana, dah tugas….Agaknya kesan hormone Provera tu kot. MEmang dia kata kalau ambik dia nanti insomnia…..Tengoklah macamana nanti kalau tak tahan, memanglah tuang hari ni….

Monday, August 14, 2006

Anak2 dengan handphone, sikat dan battery

Hari ni 2nd day since masuk kerja semula…As usual kalau first second day ni memanglah lembab sikit. Tapi terpaksa jugaklah….kerja bertepek2 dan meeting bertimpa2. Alhamdulillah masih boleh cope. Lepas satu2 kerja masuk. Nasib baik due date dalam 2-3 minggu lagi. Paling awal pun end of the month. Tapikan sebab lama tak masuk kerja, rasa letihnya ya amat…..Hopefully bila dah dapat momentumnya semula, harap2 OKlah.



Hari ni Cik Abang tak kerja. Dia ada hal sikit yang perlu diselesaikan di Kemaman. So, maklang sorang ajelah ke office. Pagi2 dia dah siap nak ke sana. Katanya senang kalau dah tiba pagi2. Dalam pukul 9:30 maklang call dia nak tanya if semua urusan dia dah selesai. Tak berjawab pun phone dia. Tunggu jugaklah. Dalam pukul 11:00pg masa dalam meeting, tengok phone, rupanya ada 3 missed call and ada satu message. Rupa2nya phone tu on vibration mode. Patutlah tak dengar. Adalah yang tukar tu. Budak2 rumah ni memang pandai bertukang kan phone tu. Nak dengar lagulah, nak ambik gambarlah dan nak tengok video lah. Sibujang pulak suka nak main game guna phone tu. Kalau kat rumah, phone tu memang menjadi hak ramai. Maklang tak kisah sangat, sebab kalau di rumah, jarang ada yang nak call. Selalunya call pun guna phone di rumah. Yang bengang tu, tau2 battery dia dah kong. Bila nak pergi kerja, terpaksa pulak bawak charger. Nak buat macamana, nasib baik anak2 sendiri, kalau anak orang dah lama hantar balik….



Lagi satu kat rumah ni, kalau sikat dengan battery tu memang payah nak jumpa. Cik Abang pernah pergi kerja, tak sikat rambut. Nasib baik rambut ala-ala GI gitu, pendek sangat, kalau tak sikat tak apa. Kalau ada 10, 10lah akan hilang. Sampai satu masa tu maklang sembunyikan dalam laci. Bebudak ni, kalau nak sikat rambut, mesti masuk kat bilik kami. Macam kat bilik dia tak ada sikat. Kalau sikat tu kat bilik aje taka pa, ni dia bawak keliling rumah sikat tu. Kadang kat dapur pun ada. Kadang2 geram. Beli 1-2 dozen kat Mydin tu. Lepas tu everytime tak ada sikat, ambiklah yang baru. Bila dah beli pulak sikat2 tu, sembunyikan dalam almari, last2 kita sendiri lupa letak kat mana. Kadang2 sikat ni ghongak jugak…Entah macamana dia orang sikat rambut tak tahulah…. Maklang ingatkan maklang sorang aje yang ada problem macam ni, rupa2nya masa bukak cerita kat office tu, ramai yang mengalami benda macam ni.


Batteri pun sama. Pantang ada. Kalau dalam remote contol tu kejap2 hilang. Si Dhirah dulu2 suka korek batteri nak letak kat MP3. Yang Hakim pulak, nak batteri untuk nak pasang kat Ultraman dia ke atau kat kereta remote. Kalau remote tu memang selalulah batteryless. Jadi sakit hati pulak. Last2 Cik Abang geram, semua remote kat rumah ni, baik Astro, TV ke atau aircond, semuanya kena tapekan kat belakang dia. Tahan lah sikit. Kalau Wan pulak remote2 kat bilik dia, dia sembunyikan bila dia balik ke JB. Kalau tak memang ghaib punya….. Sekarang ni kurang sikit gejala battery hilang ni. Tak larat betul nak layan….Tulah kata, nasib baik anak sendiri…..

kak maya mengantok sangat...kat mana pun boleh gone...


Along ngan Angah masa truce....kalau tak bercekau aje...


ni simacho manja

Saturday, August 12, 2006

Result dan Sports Day Hakim

Semalam dan hari ni memang sibuk sekali. Pagi semalam, maklang dan Cik Abang bertolak ke Kuantan lebihkurang pukul 7:15pagi sebab nak kejarkan cepat sampai ke sana. Kalau lambat2 entah pukul berapa baru dapat jumpa Dr. Masa dalam perjalanan tu baru perasan yang appointment sepatutnya pada hari Sabtu. Tapi tak boleh pergi pun kalau hari Sabtu sebab ada urusan lain. Urusan si bujang tu ada sukan. First time pulak tu jadi tak boleh miss laa…


Kami tiba di Kuantan lebihkurang pukul 9:00 pagi. Lambat betul sebab banyak kereta dan lori. Cik Abang pun bawak kereta tak laju. Jumpa Dr. lebih kurang pukul 9:30pagi. Nasib baik dapat no. 2. Alhamdulillah Dr. kata hasil daripada tests tu maklang OK. Tak ada apa2 cuma kena ambil ubat sedikit. Luka bekas yang kena potong hari tu pun dah beransur baik. Cuma kena letak krim aje. Dr. kata nanti jumpa lagi dalam masa satu bulan, InsyaAllah. Lepas tu kami ke supermarket buat shopping sikit untuk barang rumah. Dah tengah2 bulan ni tak seronok shopping….poket dah bocor dah ni. Tapi nak buat macamana, kena beli jugak sebab keperluan. Tu pun ration untuk satu bulan. Dah lama tak belanja besar. Lepas tu kami ke rumah FIL. Alhmadulillah FIL dan family SIL semua nya sihat diberi Allah. Lepas solat Jumaat kami makan tengahari dan lepas tu kami ke Gi@nt pulak sebab masa ke supermarket depan rumah FIL tu tak jumpa pulak barbecue sauce yang Cik Abang nak tu. Sementara maklang kat situ, Cik Abang pergi kebank sat. Siap aje buat shopping maklang cuba nak call Cik Abang. Puas korek beg tangan tu nak cari talipon tapi tak jumpa2. Lepas tu duduk kat kerusi kat pintu masuk tu tunggu Cik Abang yang tak kunjung tiba. Nasib baik ada sorang mamat Cina tu bagi pinjam phone dia. Kata kat dia nanti maklang bayar lah duit nak guna phone tu, dia kata tak apa. So, dapatlah call Cik Abang. Rupa2nya tertinggal phone kat rumah FIL. So lepas tu kami singgah semula kat rumah FIL dan lepas tu bertolak balik ke Kerteh. Tiba lebihkurang pukul 6:30pm. Penat betul rasanya. Malam tu awal dah lelap.


Hari ni pun sibuk. Maklang pagi2 dah turun sebab nak masak awal. Sekali tengok Wan tengah kombah barang2 dalam almari. Wan memang suka mengemas. Tak boleh tengok sepah sikit. Habis disusunnya. Maklang pun apalagi, join the cleaning sekali lah. Sambil2 tu masak sekalilah. Tak masak banyak sebab petang dah ada plan nak BBQ lagi. Lepas masak and kemas, ingatkan naklah jahit manik kat tudung tu, tapi tidur pulak. Ngantuk sangat sebab terjaga pukul 3:00pagi dan tidur balik dekat pukul 5:00pagi.


Tengahari tadi kami ke sekolah Hakim untuk nak tengok sukan dia. Gelihati sebab Hakim kena pegang sepanduk untuk rumah kuning. Serius aje muka dia. Yang paling gelihati ialah masa orang lain dok senamrobik, Hakim selamba aje berdiri. Tak gerak langsung. Maklang yang tengok dia dari jauh dok suruh dia ikut apa yang dibuat Cikgu, tapi dia kata dia MALAS! Bertuah punya budak. Alhamdulillah game yang dia masuk tu dia dapat no.1. Sukalah sangat dia tu.


Lepas balik dari sukan, solat dan prepare untuk barbeque pulak. Cik Abang semangat betul! Sedap jugak sebab sotong tu fresh2 lagi. Ada jugak bakar ikan tongkol dan tuka. Sedap. Tengok anak2 makan aje …kita kenyang sekali. Wan pun bakar daging jugak sebab nak bawak balik ke Johor. Kalau daging dah salai ni, masak lomak cili padi lotak kontang dengan belimbing buluh joghok, SODAP…..


Ni mata dah nak kero dah. Letih sangat. Jap lagi solat lepas tu nak BOOOM. Besok kerja, so tak bolehlah tidur lewat sangat. Malasnya rasa….


Ni ler face of the winner with his medal

sepanduk boy hakim kerass. orang lain dok sibuk senam robik tapi dia dok diri mengkeras kan diri...

Thursday, August 10, 2006

Goodbye....

Hari ini hari terakhir maklang menjahit…Oh sedihnya nak mengucapkan ‘Goodbye” to my ‘workplace’. Rasa macam dah sebati sebab dah 2 minggu duduk kat kerusi dalam bilik ini. Melayan mesin yang sangat setia menjahitkan tudung2. Terimakaseh banyak2 jugak pada Cik Abang kerana rajin 'melayan' maklang membelikan the ‘raw’ materials masa ke KL Jumaat lepas dan semalam. Kalau Cik Abang tak pergi, kat manalah nak cari ‘raw’ materials ni kat sini. Kat KL aje yang kami tahu available. Kat KL tu pun ada kenal kakak yang memang jual tudung kosong yang belum sulam dan crystal Swarovski tu beli kat kedai Jalan TAR tu..... Terimakaseh sekali lagi Abang ku sayang....…


Hari ni dapat siap sehelai lagi tudung. Yang ini nak kena jahit manik2, bukan letak crystal. InsyaAllah besok lepas balik dari medical checkup bolehlah jahit manik2 tu. Kena pastikan siap sebelum hari Selasa. Tudung putih Kak A dah hantar tadi kat rumah dia. Telekong kawan tu pun dah selesai dijahit manik. Sekarang ada kat kedai Kak Ton TJ(tukang jahit, bukan TJ yang di Jokontan tu...), my favourite taylor. Dia tolong jahitkan muka telekong tu. Nanti dah siap boleh jahitkan manik dikeliling muka telekong tu. Ni first time nak jual telekong, ada 2-3 orang order lagi, tapi masih belum siap. Entah bila agaknya nak buat yang itu.


Cik Abang memang rajin dan minat nak berbusiness ni. In fact sejak dari muda2 dulu suka business. Maklang gunakan sedikit kepakaran yang ada, jahit langsir, jahit beg yang letak sponge tu (macam quilt), jahit alas untuk tilam dan bantal baby yang diquiltkan dan ada jugak jahit baju baby. Cik Abang tolong carikan pelanggan , mainly officemates dia, dan ambil tempahan. Selain ambil tempahan tu, kalau bahan2 nak buat2 barang2 tu tak ada, macam renda ke, butang, sponge ataupun kain sekali pun, dia akan tolong carikan. Pulak tu masa di KL dulu, office dia di Pert@m@ Kompleks jadi senanglah dia nak cari bahan2 tu. Sampai Auntie yang jual barang jahitan tu kenal sangat dengan kami dan kalau sekali sekala kami ke KL, dan kami pergi ke kedai Auntie tu, Auntie tu excited sangat. Barang2 jahitan tu pun dapat dengan harga yang murah dan berpatutan. Masa di KL dulu, office maklang di Bukit Damansara dan lepas tu dekat Jalan Tun Razak ….manalah ada jual barang jahitan, lepas tu mahal pulak tu. Sebab tu Cik Abang selalu tolong belikan barang2 jahitan. Lagipun dia pandai pilih bahan2 tu semua.


Tapi kan bab yang best sekali berniaga ni ialah bila orang yang tempah tu bayar duit upah dia. Memang seronok. Tapi yang paling seronok sekali ialah Cik Abanglah. Kiranya penat lelah isteri dia terbayarlah. Bila orang bayar upah, bukan saje modal dia, tapi untung dia pun Cik Abang ambik sekali…. Kelakar. Tapi tak kisah pun (time maklang mood OK)....…after all kami kan suami isteri…Semuanya share2 kan….

Sekarang ni pun tudung2 tu ada jugak yang Cik Abang tolong bawakkan ke office dia bila ada orang pesan. Bagus sebenarnya berniaga kecil2an ni…bila sesak2 ada juga tampong2 dia. Macam masa Raya tahun lepas, Maklang dapat buat “Almond London” dalam 1000 biji, dapatlah duit sikit nak buat beli baju2 untuk extended family dan jugak macam bahan2 kuih untuk rumah sendiri dan rumah Wan dah kira free laa… Seronok….Tapi ni semua ikut minatlahkan. Kalau tak minat tak enjoy….Apa2 pun tu semualah yang menghilangkan stress maklang…..



Ni dia my feberet mesin jahit... Tu tudung yang jahit hari ni. Dah siap pun.






Kelihatan atas stool tu, ada remote Astro, TV, buku pattern sulam tu, ada buku cerita yang tak khatam2 tu sebab ghalik sangat menyulam tudung.... Selamat tinggal workplace ku.... (sementara je tu....Rajin hari Sabtu ni menjahit lagi agaknya..)

Wednesday, August 09, 2006

MISI baru

Dah puas rasanya dok menjahit tudung, so hari ni ada misi baru. Lagipun masa start buat tudung warna oren tu asyik salah aje. Nak buat tudung untuk sendiri banyak pulak masalahnya. Bila tukar warna lain, Alhamdulillah OK. So hari ni misi baru ialah nak MASAK. Lama dah rasanya tak masak. So, today memasak lah saya. Lebihkurang pukul 10:30pg tadi dah turun ke bawah. Cari apa2 yang ada dalam fridge tu dan terus letak kuali atas dapur, perah kelapa campur sikit dengan kelapa yang dalam kotak tu. Cari bawang merah dan bawang putih yang dah blend, dan lada kering. Masukkan kan dalam kuali. Blend lengkuas, halia dan serai, leburkan dalam kuali. Lepas tu baru cuci ayam dan toskan. Sementara nak tunggu santan tu pekat sikit, cari kot2 ada kerisik yang dah siap dan Alhamdulillah ada. Lepas tu cari rempah yang maklang dah buat sendiri ( ikut resepi Maklang Timah) .Masukkan dalam kuali dan` last sekali baru masukkan ayam. Bila dah nak pekat, masukkan asam keeping dan last sekali, sedikit garam dan daun kunyit. Lebih kurang 2 jam lepas tu, jadilah rendang ayam. Lepas tu buat pulak sambal goreng yang guna kacang panjang, tempeh dan tauhu tu. Teringat kat arwah Mil, and so cubalah masak yang macam dia buat. Jadi tak jadi lain kira, asal ada rupa sikit2 sudahlah. Of courselah tak sesedap yamg arwah MIL buat. Lepas tu mintak Bibik tolong buatkan batter untuk risolle sebab inti risolle masih banyak di peti ais. So, menggulung risolle pulak lepas tu. Dapatlah lebihkurang 36 keping. Oklah tu…Kalau ada rezeki, bolehlah masukkan gambar tu.



Petang tadi ada terima sms dari kawan tanya pasal telekong dia dah siap ke belum. Dah nak siap dah. Telekong tu tinggal letak manik aje. Tapi kalau nak letak manik ni memang lah berjam-jam nak buat dia. Memang leceh and rumit. Mata pulak dah tak berapa nampak. Nak2 kalau dah malam2 ni. Mulalah kabus aje. Mengantuk and penat. Tapi macamana pun kenalah siapkan jugak sebab dia kata dia nak datang ambil next weekend. Lepas tu nak siapkan jugak tudung kawan yang datang malam semalam. Dia nak pakai masa hari anniversary 15 tahun husband dia kerja dengan Petron@s. Tu dah pasti kena siap by Tuesday. Kak A Pot Pet nak pakai hari Sabtu depan. Dia punya dah siap sulam dan dibersihkan, tapi belum letak crystal tu. So, weekend ni memang sibuklah. Friday memang tak dapat buat apa2 sebab nak pergi medical check-up di Kuantan. Harap2 tak ada apa-apa. Lepas tu, hari Sabtu, Hakim pulak ada sukan. Dah mula nak sibuk semula.



Tadi teman di pejabat pun ada telefon beritahu sekarang ni kerja melambak2. Projek banyak masuk. Dengar aje dah macam nak pening. Sure balik office ni berlambak kerja dan harap2 dapat cope laa, InsyaAllah…..


Ni tengah tunggu Cik Abang sampai dari Kuantan. Flight dia delay dekat 1 jam lebih lepas tu bila tiba di Kuantan plane tak dpaat turun sebab visibility vey bad sebab hujan terlalu lebat. Lepas tu dia singgah kat rumah FIL sekejap. InsyaAllah this Friday lepas checkup kami akan singgah kat rumah FIL jugak.