Dari Teratak Maklang

Saturday, August 19, 2006

Penat tapi Enjoy....

Betul pun...Semalam memang penat betul. Pagi tu lepas dah tersangkut kat PC lebihkurang 0.5 jam, sambil tunggu sulam telekong tu, Cik Abang ajak breakfast. Masa tu baru je 7:30am. Dah pesan kat Bibik mintak tolong masak nasi lemak untuk breakfast. Sambal dia maklang dah buat petang Khamis tu, so taklah dia sibuk sangat. Tinggal goreng ikan bilis, rebus telor dan masak nasi aje.

Sedap pagi semalam. Cuaca sejuk aje. Hujan bukan main lebat lagi. Cik Abang lepas makan tu terus duduk kat anjung rumah tu, sambil tengok bukit depan rumah tu...berkabus....memang indah. Kat sini kalau hujan tu memang serene betul pemandangan. Dingin sekali. Maklang pun jadi malas nak mandi...Lepak dengan Cik Abang kat situ. Tengah bual2 kat situ, telefon berdering. Rupa2nya telefon dari Wan Sara nak tanya kabar. Risau sangat dia maklang masuk hospital tempohari. Dia ada telefon tempohari, tapi tak dapat nak cakap dengan maklang, tu yang dia telefon lagi. Selagi tak dengar suara dia tak puas hatilah tu...


Mulanya malas betul nak pergi ke pasar. Ingat nak mintak tolong Cik Abang je pergi, tapi tak syok pulak. So dalam pukul 9 lebih tu siap2 dah terus ke pasar. Ikan tak berapa comei hari ni. Banyak beli ayam aje sebab Cik Abang nak buat bbq tu. Balik dari pasar tani tu dah pukul 10:00pg. Teruslah dengan kerja2 tu dah tau2 siap dah dekat pukul 1:00. Nasib baik sambil2 tu, maklang dah masak gulai daging salai tu. Lepas tu siap2kan untuk kerabu mangga tu dah perap ayam, jadinya petang tu tinggal goreng aje. Sambil2 tu buat risolle. Bibik yang buat kulitnya dan maklang tukang isi dan gulung risolle tu. Yang best tu siHakim dan Maya tolong sekali. Havoc lah kat dapur. Maya celupkan risolle dalam telor dan Hakim tolong golekkan dalam tepung roti.Sampai dia kata dia tu Chef 2, sebab Wan tu Chef Wan dan Abah dia Chef 1. Kalau ada rezeki, dapat lah tetamu2 kami yang plan nak datang nanti tu rasa risolle tu. Along pulak sibuk nak hidupkan api untuk bbq. Angah entah kat mana. Dok relax kat atas, atau baca buku, Wallahu'alam....Cik Abang tak ada sebab pergi solat Jumaat.


Lepas dah siap semuanya, dan Cik Abang dah balik, dan sibuk nak prepare bbq dia, maklang pun naik ke atas. Nak solat pulak. Masa dok baca2 doa tu sampai terlelap. Terasa letih dia....Lepas tu turun dan makan bbq tu. Masa tu dah dekat pukul 4:00ptg. Cepat betul masa berlalu. Nak2 kalau weekend ni.


Berehat kejap, mintak tolong Angah kemas2 sikit kat tempat tengok Tv tu, dan terus naik ke atas. Ingatkan nak rehat sat. Adalah dalam setengah jam. Lepas tu mula masak pulak. Ajak Kak A dan anak2 datang sekali untuk makan malam sebab maklang tak kenal lagi isteri kepada kawan sepupu maklang tu. Kak A kenal dia, jadi taklah Kakak tu segan sangat nanti. Merekea tiba lebihkurang pukul 8:15 malam. 8:45pm gitu mula makan. Orang lelaki di depan dan kaum perempuan di dapur. Jumlah tetamu cuma 11 orang aje. Seronok tengok mereka makan, bertambah2 lagi. Memang enjoy, hilang penat. Kami anak beranak tak makan pun, cuma Hakim dan Maya makan sikit. Tengok2 macam nak makan, tapi kena tahan le....nanti kembang lagi tak tentu arah. Lagipun baru aje makan pukul 4:00 tu.


Yang best sekali maklang buat pembasuh mulut. Pukul 6:30pm baru teringat nak buat, apa. Main hentam aje. Curahkan 2 tin susu cair, 2 tin jagung manis, gula dan daun pandan. Ah...hentam aje bubur jagung ni. Lepas tu dapat idea, letak sagu mata ikanlah., Ada pulak yang warna pink dan hijau. Dhirah memang suka sagu-sagu ni sampai dia tanya apa yang di masak. Maklang kata ni recipeless. Mak main hentam aje...Alhamdulillah dari seperiuk tinggal setupperware, yang banyak makannya si Dhirah, tetamunya tak tahu pulak sebab mereka, Cik Abang yang layan. Kiranya malam tadi went alright. Cik Abang was happy sebab tetamu enjoyed the food. Tu yang penting tu. Lagipun tu lah pertama kali sepupu maklang datang. Tu pun sendiri aje dengan kawan2 Golf dia. Anak2 dan isteri dia tak sampai lagi.


Mereka pulang lebihkurang 10:30 malam. Masa tu baru rasa letih. Tolong Bibik tangkupkan pinggan dan bila dah selesai kat dapur tu baru tengok barangan yang dikirim oleh Wan Sara melalui sepupu maklang tu. Kicap Bango dan pecal lagi. Pecal tu especially buat Wan kat Johor tu...Nanti Wan datang sini bolehlah ambik. Ada jugak tudung buat Bibik 2 helai.


Pukul 11:30pm dah gone. Si bujang yang tak berapa macho malam tadi mengengek sebab nak tido dengan mak. Dok mengengek kat bilik Angah dia, lepas tu Angah tak tahan langsung dia suruh adek dia pindah kat bilik kita. Biasalah kalau tidur kat katil kecik tu, pasti merayap malam2 cari mak dia. Sompik jadinya dan mak pun tak dapat tidor dengan selesa. Tu yang pagi2 sebelum pukul 5:00 dah terjaga. Ingat nak sambung balik lepas ni.....


Hari ni sibuk lagi. Karang kena masak lagi sebab FIL dan SIL nak datang. Tak tahu nak masak apa lagi.Kena masak pagi2 sebab dalam pukul 11:00pg nak ke Kuantan sat, ada anak officemate nak kawin. Tak pergi tak sedap pulak. Dhirah pulak ada nak pergi penyampaian hadiah yang dianjurkan oleh Negeri Terengganu sebab UPSR yang lepas. Tengah seronoklah tu sebab dapat duit. Nak kumpul duit sebab nak beli phone macam mak kata dia....


So, Mak Teh and Pak Teh, jadik tak nak datang sini??? Boleh I plan2 nak masak apa, rojak Cina, India, Beriani Ayam , Nasi Ayam, Nasi Tomato, Nasi Goreng Tanak or apa2 lah, asal perut kenyang dan hati senang...he..he... Selamat Datang ....Si Alang tu entah bila pulak nak tiba sini. Cakap macam nak datang tapi macam2laaaa......


(kalau Dhirah rajin, nanti karang suruh dia upload gambar process nak buat risolle tu...UBA, drool je laa...ada masa dapat jugak rasa tu, InsyaAllah....)

26 Comments:

At Saturday, August 19, 2006 12:38:00 pm, Anonymous Anonymous said...

Baca your blog membuat I lapar lah...ML mesti lah enjoy kan ada kekawan datang nad food to eat lagi.I janji I akan datang ke Kerteh one day..naik coach 8 hours pun takpe asal dapat jumpa ML sayang.

 
At Sunday, August 20, 2006 10:44:00 am, Blogger UglyButAdorable said...

bacer pun dah penat..pastuh tetiba lapar plak..

ehh..ML masuk hospital ker?? aiiyoo..lost track arredy laaa..

 
At Sunday, August 20, 2006 10:30:00 pm, Blogger zino said...

nampaknya hujung minggu lagi sibuk dari hari bekerja.. hehe

 
At Monday, August 21, 2006 6:30:00 am, Blogger maklang said...

kak elle:

Ketibaan mu dinanti2....


UBA:

Memang penat....dah nak buat macamana...ramai peminat..he..he..


Zino:


Begitulah adanya...

 
At Monday, August 21, 2006 9:23:00 pm, Blogger Mama Sarah said...

Nasi Goreng Tanak tu apa ya Maklang? Saya nak air kelapa muda dengan air tebuuuuuu...

muka tak malu ...

dhirah, cepat upload gambar!!!

dhirah ada blog tak?

 
At Saturday, August 26, 2006 5:02:00 pm, Blogger blackpurple @ jowopinter said...

penat baca entri ni.....tapi enjoy....hehehe....

 
At Friday, September 01, 2006 1:26:00 pm, Blogger RaFFLeSiA MeRaH said...

hai maklang...sonok baca diary maklang for one day betul ekk, tapi x sempat nak baca sumer sekali, apepun nice to meet ur blog...slm perkenalan...dulu dah penah amik resepi maklang, thanks...

 
At Monday, September 04, 2006 9:39:00 am, Blogger aNIe said...

Hai maklang....hari2 maklang ni sibuk...jahitan dah siap lom? Selagi tak abis jahitan memang le maklang sibuk aje...

 
At Wednesday, September 13, 2006 8:05:00 pm, Blogger Sherin de Souza said...

Maklang, kalau takda sebut pasal makan dalam blog maklang ni mmg tak sah. Dhirah ni pandai juga mendownload gambar-gambar ni. Syok dapat anak dara yg rajin. Ok, nak juga tgk resipe risolle ni.:)

 
At Saturday, September 23, 2006 8:04:00 am, Blogger Idham said...

phewwittttt maklanggg.....:)


hehehe...jangan tanya kenapa idham ber phewiitttt tu....saje je...sbb lama tak gurau senda dgn maklanggg :)

selamat berpuasa!

Idham

 
At Monday, October 16, 2006 12:12:00 am, Blogger Mulan said...

Maklang...

Tudung Maklang lagi havoc dari tudung kat Vietnam ni haaa. Baik Maklang supply pi Singapore. Sure "Wang Besar, Wang Besar"...

Maklang, ada resipi Rendang tak? Kita punya tak sedap sangat laa. Nak try resipi baru for this coming EID la. Ada tak rendang yang tak pakai kerisik? Malas laa.. selalu buat tak jadi. Kering kontang je kelapa goreng tu.!!

Bau pun macam hangus je. Hangus pun kira normal je dah. Sini tadak jual la kerisik2 tu.. Tolong ya Maklang.. TQSM..

 
At Monday, October 16, 2006 11:18:00 am, Blogger maklang said...

La....

Ni blog lama dik oi...gi masuk blog baru.


Resepi rendang:

Bawang puteh, bawang merah, halia, serai, lengkuas, lada kering plus cili padi semuanya blend. Boleh kalau tak nak pakai kerisik. Buat 1 kg daging to 3 biji kelapa. Same for ayam.Oh..lupa, letak kunyit sikit. InsyaAllah kalau banyak kelapa/santan berminyak lah dia nanti. Bawang merah tu banyak kan supaya rasa dia manis sikit. Tak payah letak gula. Lepas tu, daun kunyit dan asam keping, masukkan last2 sekali. Selamat mencuba.

 
At Sunday, November 26, 2006 1:01:00 pm, Anonymous Anonymous said...

Salam MakLang,

Lamalah tak jenguk Maklang nih, tapi nampak sihat dan ceria bersama keluarga. :) Alhamdulillah.

Sibuk sungguh Maklang ni, itu pun sempat lagi sembang-sembang kat alam maya. Tabek!

 
At Sunday, March 11, 2007 9:34:00 pm, Blogger david santos said...

Hello, Makland!
This work is very good, thank you
have nice wkend

 
At Monday, May 07, 2007 1:49:00 pm, Blogger pB said...

Salam Mak Lang

Resepi apa hari ni...??

Btw, saper kat atas dua orang tu..??

Menyibuk betul....

 
At Saturday, June 30, 2007 1:19:00 am, Anonymous Anonymous said...

dhirah cepat upload gambar... nak tgk jugak..cara buat risolle tuh.. Nanti boleh cuba.

 
At Saturday, June 30, 2007 4:58:00 am, Blogger Achik_Sufi said...

salam,

salam perkenalan dari achik...moga mak lang c hat2 selalu.

 
At Saturday, July 07, 2007 4:43:00 pm, Blogger zlaa said...

Salam Mak Lang. Selalu jugak datang sini. Banyak sungguh story Mak Lang. Interesting dan kagum dengan hasil-hasil kerja tangan Mak Lang. Gifted sungguh. Alhamdulillah

 
At Friday, September 07, 2007 4:19:00 am, Blogger Unknown said...

Salam Mak Lang...
Dah sihat ke? Harap dah sihat. Cam berjangkit lak kita ya Mak Lang. OD pun sakit sejak seminggu nih. Tu... David ke benda namanya tu, boss Mak Lang ke? Siap bagi appraisal lagi... huhu...

 
At Wednesday, September 12, 2007 11:10:00 am, Blogger Nazrah Leopolis said...

maklang sakit ker?

jangan renyah sangat kat dapur tu...

i will come here lebih kerap, nak cari idea apa i nak masak...eh, apa mak mertua nak masak for me ramadan ni...

 
At Thursday, September 13, 2007 4:55:00 am, Blogger Unknown said...

Salam ramadhan Mak Lang... semoga diberkati Allah selalu. Amin.

 
At Thursday, September 13, 2007 8:35:00 am, Blogger maklang said...

nazrah:

maklang OK cuma sakit bahu aje...kenapa masuk blog lama. Yang baru is: dariteratakmaklang.bogspot.

Jemputlah datang selalu...

Opahde:

Samalaa...moga2 diberkati Allah sentiasa..InsyaAllah

 
At Wednesday, October 24, 2007 2:25:00 pm, Anonymous Anonymous said...

amboi maklang, dessert boleh main hentam curah curah pun mau jugak dia menjadi ye.

selamat hari raya maklang, maaf zahir batin..

 
At Wednesday, November 21, 2007 8:11:00 pm, Blogger arsaili said...

salam mak lang..cam ne buat sambal nasi lemak tu yer...tak pernah berjaya wat sambal yg sedap...ummm

 
At Wednesday, February 20, 2008 1:49:00 am, Blogger Unknown said...

maklang....:-) cepat recover....
i know LiL comes here for idea nak masak very often. Dan dia dah try pun ...hehehe

i pun dah pasang niat ni, jika di jemput dan jika ada rezki nak menziarah maklang bila pulang nanti..summer time nie...

idham

 
At Monday, November 03, 2008 10:21:00 am, Blogger silversarina said...

salam,

semoga maklang sihat dah ... bab masak2 dan makna-makan memang maklang is the best , naik malu nak makan sebab memang akan bertambah, tak tambah rugi :)

 

Post a Comment

<< Home