Dari Teratak Maklang

Friday, August 18, 2006

Selamat Bercuti Sekolah...

Hari ni awal dah tersedar. Masa bangun tadi, hajat hati nak menjahit lepas solat Subuh. Eh…lain pulak jadinya. Menempek kat PC. Tapi mesin sulam dah on, so tak le rugi masa sangat....


Hari ne memag sibuk lah. Kalau tak buat pagi ni memang tengahari tak ada chance lagilah.. Sibuk nak ke pasar dan lepas tu sibuk nak prepare bahan2 bbq lagi. Cik Abang dah banyak kali cakap besok (hari nilah tu….) dia nak bbq ayam lagi. Anak2 bila dengar tu tentu seronok, nak2 sibujang manja tu. Sampai dia kata, ‘ Abah bolehlah tak kita bbq tiap2 hari. Kan Hakim cuti 9 hari!’ Entah sinidir entah apa. Tapi budak2 ni memang dia cakap straight from the heart punya. Kira OKlah tu. Lagipun cuti ni kami tak merancang nak ke mana2 pun. Musim kemarau. Mungkin Cik Abang aje nak ke KL sebab ada urusan keluarga. Maklang dan anak2 tak dapat ikut sebab function hari Sabtu, hari Ahad tu anak2 dah sekolah. Macamana pun dah rancang nak ‘bukak’ swimming pool untuk budak2 ni. Biar puas dia berendam. Kadang2 yang tembam no. 1 tu pun ikut masuk… Mana tahu mak dia pun nak masuk sekali...he…he....


Malam ni, InsyaAllah my cousin will be arriving from KL. Tu pun on the way balik dari main Golf kata dia. Dia nak stop by sat aje. Dengan kawan2 sepermainan dia. Maklang ajak dia makan malam kat sini. Lepas tu ajak sekali, housemate dia masa di US dulu. Kebetualan housemate dia tu sepejabat dengan Cik Abang. Kira macam reunion lah ni. Oh ye…cousin maklang ni pun satu U dengan maklang dulu, Cuma dia dalam bidang lain dari maklang. So, kira dah plan lah nak masak apa. Mungkin, daging salai masak lomak cili padi, ayam goreng dengan ketumbar, sayur kankung goreng belacan atau sawi Jepun goreng dengan udang kering letak oyster sos dan cendawan butang dan InsyaAllah ada ulaman sikit. Tak tahulah lagi…ingatkan nak gak buat kerabu mangga. Cik Abang punya feberet tu… Rasanya kena tak makanan yang maklang suggest tu. Kalau Abang Zino baca ni, rasa2nya apa lagi yang sodap kalau makan lomak daging tu?


Mintak2 semuanya OKlah karang. Kadang2 memasak ni, ikut nasib, kadang2 jadi, kadang2 hampeh…tapi setakat ni, kalau maklang masak, majlis perbandaran kat rumah ni sapu licin….Agaknya kita kecik2 pun ,macam tu agaknya.,..asal apa mak masak mesti best. Tapi kalau macam sekarang ni….maklang kalau apa yang Wan masak tu…mesti best...maklumlah tangan dah berexperience.....


Ni sempena cuti sekolah ni, kalau ada siapa2 antara kawan2 bogger atau sedara2 blogger nak datang rumah, jomlah singgah. Beritahu dulu , nanti kita tunggulah kat mana2. Mana tahu nak ke KT ke, nak ke KB ke, boleh lalu singgah kat teratak maklang. Boleh minum2 atau kalau nasib baik, boleh makan nasi sekali... Kalau dah tiba Kuantan tu, drive lagi satu jam setengah (or faster kalau naik kereta canggih2 ni...) jemput le ke mari....Pintu rumah kami sentiasa terbuka untuk teman2 semua....Kalau nak tidur kat rumah kami pun boleh, pandai2 lah kami squeezekan kat bilik mana2. Tapi kalau nak secanggih hotel tu tak leh le....tapi tu pun kalau sudi...

13 Comments:

At Friday, August 18, 2006 7:31:00 am, Anonymous Anonymous said...

ML if only I am an hours drive from you I will certainly come.Anyway enjoy yr BBQ tonite..and have a nice weekend.

 
At Friday, August 18, 2006 9:58:00 am, Anonymous Anonymous said...

selamat ber-BBQ!!!!
kita tumpang terlior jelah ni..huhuhu..

 
At Friday, August 18, 2006 10:43:00 am, Blogger Queen Of The House said...

Kat sana dah mula cuti ye hari ni?
Amboi terliur dengar pasal BBQ Mak Lang ni ... hehehe, Hakim nak buat hari-hari ke? Seronoknya. If I, I won't mind ... tak payah nak susah2 masak lauk berjenis-jenis :)

Selamat bercuti sekolah to ML and family!!

 
At Friday, August 18, 2006 12:41:00 pm, Anonymous Anonymous said...

wah maklang. ari tu balik KT. on da way tnampak McD, tringat citer maklang sbb ctu je ada McD. kat Kemaman ke Kerteh hhehe konpius. tau tak ROJAK KATEH? ari tu kte rembat 5 bungkus hehe

 
At Friday, August 18, 2006 4:34:00 pm, Blogger UglyButAdorable said...

ML..uwaaa..besszzz nyerr...bbq and more foood!!!!!

 
At Friday, August 18, 2006 5:35:00 pm, Blogger Sherin de Souza said...

Maklang, syok nye dengar nak berBBQ. Pandai juga Hakim mintak setipa hari nak BBQ. Mesti pasal sedap tu. Maklang nak buat gathering BBQ untuk kekawan bloggers ke?

 
At Friday, August 18, 2006 5:43:00 pm, Blogger maklang said...

Kak Elle:

U are only 7 hours away....Kalau nak seribu daya...

OO:

Terlioq tak pe...Ada rezeki mai le...

QOTH:

Hari first daylah...First day rumah ni akan tonggang terbalik...perkara biasa kalau anak2 duduk kat rumah!

Happy cuti to u too...


Moksu:

Kat Kerteh le...Kalau dah terlepas balai polis Kerteh tu, maknanya dah terlepas le simpang nak ke rumah maklang...Oh...tak kenal pulak rojak tu.


PB:

OO ada ph. no. maklang. Kalau nak mintak le kat dia!


UBA:

YES...More food. We made risolle too, tadi! Bila nak datang sini???


Sherin:

Kalau datang sini, apasalahnya, malas nak bbq kat arang tu, kita bbq guna oven dah lah...

 
At Friday, August 18, 2006 9:25:00 pm, Anonymous Anonymous said...

ML mmg teringin nak ke Kerteh insya'allah satu hari nanti sampai.

 
At Friday, August 18, 2006 10:41:00 pm, Blogger Jo Kontan said...

Kita nak Rojak Maklang yang Best in the world tuuuuu.....

I want,
I want,
I want..it now

Aiseyman, bunyi cam gelojoh ker nih ???

 
At Friday, August 18, 2006 11:03:00 pm, Blogger maklang said...

kak elle:

MEsti sampai ye....InsyaAllah....


Adek Jo:

Kalau datang dapat le rojak tu, nak yang Cina ke yang India? BEsok, InsyaAllah sekapal nak datang, tapi tak tahu lagi nak masak apa...nak masak apa ha??? Any idea???

 
At Saturday, August 19, 2006 2:47:00 am, Blogger aNIe said...

wah! wah! Maklang dah ajak pi umah...kak lady ni tak berkesempatan pulak dah...cuti sekolah ni sibuk...sebab minggu depan adik al bernikah...aduh...rasa penat dah pulak...anak ni nak UPSR lagik...

Ujung tahun kita datang boleh tak?...offer tu masih terbuka tak? hehehe...

 
At Saturday, August 19, 2006 5:55:00 am, Blogger maklang said...

Kak Lady:

Silakan...silakan...Sampai bila2 puin offer on lagi. Tinggal orang sudi atau tidak je...So bila agaknya tu...kita nak block date tu. Kalau awal Dec tu mungkin tak boleh. Ada adek ipar nak langsunglah...

 
At Monday, February 05, 2007 9:21:00 pm, Anonymous Anonymous said...

Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. »

 

Post a Comment

<< Home