Dari Teratak Maklang

Saturday, August 19, 2006

Penat tapi Enjoy....

Betul pun...Semalam memang penat betul. Pagi tu lepas dah tersangkut kat PC lebihkurang 0.5 jam, sambil tunggu sulam telekong tu, Cik Abang ajak breakfast. Masa tu baru je 7:30am. Dah pesan kat Bibik mintak tolong masak nasi lemak untuk breakfast. Sambal dia maklang dah buat petang Khamis tu, so taklah dia sibuk sangat. Tinggal goreng ikan bilis, rebus telor dan masak nasi aje.

Sedap pagi semalam. Cuaca sejuk aje. Hujan bukan main lebat lagi. Cik Abang lepas makan tu terus duduk kat anjung rumah tu, sambil tengok bukit depan rumah tu...berkabus....memang indah. Kat sini kalau hujan tu memang serene betul pemandangan. Dingin sekali. Maklang pun jadi malas nak mandi...Lepak dengan Cik Abang kat situ. Tengah bual2 kat situ, telefon berdering. Rupa2nya telefon dari Wan Sara nak tanya kabar. Risau sangat dia maklang masuk hospital tempohari. Dia ada telefon tempohari, tapi tak dapat nak cakap dengan maklang, tu yang dia telefon lagi. Selagi tak dengar suara dia tak puas hatilah tu...


Mulanya malas betul nak pergi ke pasar. Ingat nak mintak tolong Cik Abang je pergi, tapi tak syok pulak. So dalam pukul 9 lebih tu siap2 dah terus ke pasar. Ikan tak berapa comei hari ni. Banyak beli ayam aje sebab Cik Abang nak buat bbq tu. Balik dari pasar tani tu dah pukul 10:00pg. Teruslah dengan kerja2 tu dah tau2 siap dah dekat pukul 1:00. Nasib baik sambil2 tu, maklang dah masak gulai daging salai tu. Lepas tu siap2kan untuk kerabu mangga tu dah perap ayam, jadinya petang tu tinggal goreng aje. Sambil2 tu buat risolle. Bibik yang buat kulitnya dan maklang tukang isi dan gulung risolle tu. Yang best tu siHakim dan Maya tolong sekali. Havoc lah kat dapur. Maya celupkan risolle dalam telor dan Hakim tolong golekkan dalam tepung roti.Sampai dia kata dia tu Chef 2, sebab Wan tu Chef Wan dan Abah dia Chef 1. Kalau ada rezeki, dapat lah tetamu2 kami yang plan nak datang nanti tu rasa risolle tu. Along pulak sibuk nak hidupkan api untuk bbq. Angah entah kat mana. Dok relax kat atas, atau baca buku, Wallahu'alam....Cik Abang tak ada sebab pergi solat Jumaat.


Lepas dah siap semuanya, dan Cik Abang dah balik, dan sibuk nak prepare bbq dia, maklang pun naik ke atas. Nak solat pulak. Masa dok baca2 doa tu sampai terlelap. Terasa letih dia....Lepas tu turun dan makan bbq tu. Masa tu dah dekat pukul 4:00ptg. Cepat betul masa berlalu. Nak2 kalau weekend ni.


Berehat kejap, mintak tolong Angah kemas2 sikit kat tempat tengok Tv tu, dan terus naik ke atas. Ingatkan nak rehat sat. Adalah dalam setengah jam. Lepas tu mula masak pulak. Ajak Kak A dan anak2 datang sekali untuk makan malam sebab maklang tak kenal lagi isteri kepada kawan sepupu maklang tu. Kak A kenal dia, jadi taklah Kakak tu segan sangat nanti. Merekea tiba lebihkurang pukul 8:15 malam. 8:45pm gitu mula makan. Orang lelaki di depan dan kaum perempuan di dapur. Jumlah tetamu cuma 11 orang aje. Seronok tengok mereka makan, bertambah2 lagi. Memang enjoy, hilang penat. Kami anak beranak tak makan pun, cuma Hakim dan Maya makan sikit. Tengok2 macam nak makan, tapi kena tahan le....nanti kembang lagi tak tentu arah. Lagipun baru aje makan pukul 4:00 tu.


Yang best sekali maklang buat pembasuh mulut. Pukul 6:30pm baru teringat nak buat, apa. Main hentam aje. Curahkan 2 tin susu cair, 2 tin jagung manis, gula dan daun pandan. Ah...hentam aje bubur jagung ni. Lepas tu dapat idea, letak sagu mata ikanlah., Ada pulak yang warna pink dan hijau. Dhirah memang suka sagu-sagu ni sampai dia tanya apa yang di masak. Maklang kata ni recipeless. Mak main hentam aje...Alhamdulillah dari seperiuk tinggal setupperware, yang banyak makannya si Dhirah, tetamunya tak tahu pulak sebab mereka, Cik Abang yang layan. Kiranya malam tadi went alright. Cik Abang was happy sebab tetamu enjoyed the food. Tu yang penting tu. Lagipun tu lah pertama kali sepupu maklang datang. Tu pun sendiri aje dengan kawan2 Golf dia. Anak2 dan isteri dia tak sampai lagi.


Mereka pulang lebihkurang 10:30 malam. Masa tu baru rasa letih. Tolong Bibik tangkupkan pinggan dan bila dah selesai kat dapur tu baru tengok barangan yang dikirim oleh Wan Sara melalui sepupu maklang tu. Kicap Bango dan pecal lagi. Pecal tu especially buat Wan kat Johor tu...Nanti Wan datang sini bolehlah ambik. Ada jugak tudung buat Bibik 2 helai.


Pukul 11:30pm dah gone. Si bujang yang tak berapa macho malam tadi mengengek sebab nak tido dengan mak. Dok mengengek kat bilik Angah dia, lepas tu Angah tak tahan langsung dia suruh adek dia pindah kat bilik kita. Biasalah kalau tidur kat katil kecik tu, pasti merayap malam2 cari mak dia. Sompik jadinya dan mak pun tak dapat tidor dengan selesa. Tu yang pagi2 sebelum pukul 5:00 dah terjaga. Ingat nak sambung balik lepas ni.....


Hari ni sibuk lagi. Karang kena masak lagi sebab FIL dan SIL nak datang. Tak tahu nak masak apa lagi.Kena masak pagi2 sebab dalam pukul 11:00pg nak ke Kuantan sat, ada anak officemate nak kawin. Tak pergi tak sedap pulak. Dhirah pulak ada nak pergi penyampaian hadiah yang dianjurkan oleh Negeri Terengganu sebab UPSR yang lepas. Tengah seronoklah tu sebab dapat duit. Nak kumpul duit sebab nak beli phone macam mak kata dia....


So, Mak Teh and Pak Teh, jadik tak nak datang sini??? Boleh I plan2 nak masak apa, rojak Cina, India, Beriani Ayam , Nasi Ayam, Nasi Tomato, Nasi Goreng Tanak or apa2 lah, asal perut kenyang dan hati senang...he..he... Selamat Datang ....Si Alang tu entah bila pulak nak tiba sini. Cakap macam nak datang tapi macam2laaaa......


(kalau Dhirah rajin, nanti karang suruh dia upload gambar process nak buat risolle tu...UBA, drool je laa...ada masa dapat jugak rasa tu, InsyaAllah....)

Friday, August 18, 2006

Selamat Bercuti Sekolah...

Hari ni awal dah tersedar. Masa bangun tadi, hajat hati nak menjahit lepas solat Subuh. Eh…lain pulak jadinya. Menempek kat PC. Tapi mesin sulam dah on, so tak le rugi masa sangat....


Hari ne memag sibuk lah. Kalau tak buat pagi ni memang tengahari tak ada chance lagilah.. Sibuk nak ke pasar dan lepas tu sibuk nak prepare bahan2 bbq lagi. Cik Abang dah banyak kali cakap besok (hari nilah tu….) dia nak bbq ayam lagi. Anak2 bila dengar tu tentu seronok, nak2 sibujang manja tu. Sampai dia kata, ‘ Abah bolehlah tak kita bbq tiap2 hari. Kan Hakim cuti 9 hari!’ Entah sinidir entah apa. Tapi budak2 ni memang dia cakap straight from the heart punya. Kira OKlah tu. Lagipun cuti ni kami tak merancang nak ke mana2 pun. Musim kemarau. Mungkin Cik Abang aje nak ke KL sebab ada urusan keluarga. Maklang dan anak2 tak dapat ikut sebab function hari Sabtu, hari Ahad tu anak2 dah sekolah. Macamana pun dah rancang nak ‘bukak’ swimming pool untuk budak2 ni. Biar puas dia berendam. Kadang2 yang tembam no. 1 tu pun ikut masuk… Mana tahu mak dia pun nak masuk sekali...he…he....


Malam ni, InsyaAllah my cousin will be arriving from KL. Tu pun on the way balik dari main Golf kata dia. Dia nak stop by sat aje. Dengan kawan2 sepermainan dia. Maklang ajak dia makan malam kat sini. Lepas tu ajak sekali, housemate dia masa di US dulu. Kebetualan housemate dia tu sepejabat dengan Cik Abang. Kira macam reunion lah ni. Oh ye…cousin maklang ni pun satu U dengan maklang dulu, Cuma dia dalam bidang lain dari maklang. So, kira dah plan lah nak masak apa. Mungkin, daging salai masak lomak cili padi, ayam goreng dengan ketumbar, sayur kankung goreng belacan atau sawi Jepun goreng dengan udang kering letak oyster sos dan cendawan butang dan InsyaAllah ada ulaman sikit. Tak tahulah lagi…ingatkan nak gak buat kerabu mangga. Cik Abang punya feberet tu… Rasanya kena tak makanan yang maklang suggest tu. Kalau Abang Zino baca ni, rasa2nya apa lagi yang sodap kalau makan lomak daging tu?


Mintak2 semuanya OKlah karang. Kadang2 memasak ni, ikut nasib, kadang2 jadi, kadang2 hampeh…tapi setakat ni, kalau maklang masak, majlis perbandaran kat rumah ni sapu licin….Agaknya kita kecik2 pun ,macam tu agaknya.,..asal apa mak masak mesti best. Tapi kalau macam sekarang ni….maklang kalau apa yang Wan masak tu…mesti best...maklumlah tangan dah berexperience.....


Ni sempena cuti sekolah ni, kalau ada siapa2 antara kawan2 bogger atau sedara2 blogger nak datang rumah, jomlah singgah. Beritahu dulu , nanti kita tunggulah kat mana2. Mana tahu nak ke KT ke, nak ke KB ke, boleh lalu singgah kat teratak maklang. Boleh minum2 atau kalau nasib baik, boleh makan nasi sekali... Kalau dah tiba Kuantan tu, drive lagi satu jam setengah (or faster kalau naik kereta canggih2 ni...) jemput le ke mari....Pintu rumah kami sentiasa terbuka untuk teman2 semua....Kalau nak tidur kat rumah kami pun boleh, pandai2 lah kami squeezekan kat bilik mana2. Tapi kalau nak secanggih hotel tu tak leh le....tapi tu pun kalau sudi...

Wednesday, August 16, 2006

Tidur...

Sejak 2-3 malam yang lepas asyik terjaga malam aje. Dalam pukul 3-4 pagi dah terbangun. Lepas tu tak boleh nak lelap balik. Semalam pukul 4 lebih dah terjaga. Terpusing2 tergolek2 atas katil tu. Puas nak lelapkan semula, tak boleh pulak. Malam tadi pun cam tu. Pukul 4 dah bangun. Tak boleh tidur. Malam pukul 11 lebih baru tidur, tu pun lepas puas nak lelapkan mata. Baca buku dulu, tengok TV dulu. Baru boleh lelap. Bab bangun malam tu elok kalau buat sembahyang2 tu, tapi biasalah…MIM tu BESAR sangat!! Tapi kadang2 buat jugak, tapi kena banyakkan lagi agaknya sebab tu saban malam dikejutNya. Kita aja yang malas sangat!!! Kena ubah ni…..dah di panggil2 tempat tu. Karang gelap gelita pulak sebab tak ada penyuluhnya…..Mintak simpang.


Bila terjaga malam tu, yang difikir ialah kerja apa nak dibuat di office besoknya. Macam tadi dok fakir apa nak kena hantar, siapa yang belum dicall, bila drawing nak diambik dari Client’s office dan macam2 lagilah. Bila terkenang kerja, lagi payah nak tidur. Nak kejut orang sebelah, kot kena tengking pulak kang…So, dok mendengar ajelah keruhan dari corong radio Cik Abang tu…Bila kuat sangat lagi tak leh tido. Kesian saya…..


Ni sat aje ni sebelum ke opis. Mandi pun tak lagi. Kena cepat2lah ni. Latest 8:15am kena keluar dah. Nanti petang balik lewat sikit. Tu pun kalau boleh go on…Rasa2 macam nak ambik MC aje. Kepala dah nak pening and badan lesu2. Letih dibuatnya sebab tidur tak betul ni. Nak buat camana, dah tugas….Agaknya kesan hormone Provera tu kot. MEmang dia kata kalau ambik dia nanti insomnia…..Tengoklah macamana nanti kalau tak tahan, memanglah tuang hari ni….

Monday, August 14, 2006

Anak2 dengan handphone, sikat dan battery

Hari ni 2nd day since masuk kerja semula…As usual kalau first second day ni memanglah lembab sikit. Tapi terpaksa jugaklah….kerja bertepek2 dan meeting bertimpa2. Alhamdulillah masih boleh cope. Lepas satu2 kerja masuk. Nasib baik due date dalam 2-3 minggu lagi. Paling awal pun end of the month. Tapikan sebab lama tak masuk kerja, rasa letihnya ya amat…..Hopefully bila dah dapat momentumnya semula, harap2 OKlah.



Hari ni Cik Abang tak kerja. Dia ada hal sikit yang perlu diselesaikan di Kemaman. So, maklang sorang ajelah ke office. Pagi2 dia dah siap nak ke sana. Katanya senang kalau dah tiba pagi2. Dalam pukul 9:30 maklang call dia nak tanya if semua urusan dia dah selesai. Tak berjawab pun phone dia. Tunggu jugaklah. Dalam pukul 11:00pg masa dalam meeting, tengok phone, rupanya ada 3 missed call and ada satu message. Rupa2nya phone tu on vibration mode. Patutlah tak dengar. Adalah yang tukar tu. Budak2 rumah ni memang pandai bertukang kan phone tu. Nak dengar lagulah, nak ambik gambarlah dan nak tengok video lah. Sibujang pulak suka nak main game guna phone tu. Kalau kat rumah, phone tu memang menjadi hak ramai. Maklang tak kisah sangat, sebab kalau di rumah, jarang ada yang nak call. Selalunya call pun guna phone di rumah. Yang bengang tu, tau2 battery dia dah kong. Bila nak pergi kerja, terpaksa pulak bawak charger. Nak buat macamana, nasib baik anak2 sendiri, kalau anak orang dah lama hantar balik….



Lagi satu kat rumah ni, kalau sikat dengan battery tu memang payah nak jumpa. Cik Abang pernah pergi kerja, tak sikat rambut. Nasib baik rambut ala-ala GI gitu, pendek sangat, kalau tak sikat tak apa. Kalau ada 10, 10lah akan hilang. Sampai satu masa tu maklang sembunyikan dalam laci. Bebudak ni, kalau nak sikat rambut, mesti masuk kat bilik kami. Macam kat bilik dia tak ada sikat. Kalau sikat tu kat bilik aje taka pa, ni dia bawak keliling rumah sikat tu. Kadang kat dapur pun ada. Kadang2 geram. Beli 1-2 dozen kat Mydin tu. Lepas tu everytime tak ada sikat, ambiklah yang baru. Bila dah beli pulak sikat2 tu, sembunyikan dalam almari, last2 kita sendiri lupa letak kat mana. Kadang2 sikat ni ghongak jugak…Entah macamana dia orang sikat rambut tak tahulah…. Maklang ingatkan maklang sorang aje yang ada problem macam ni, rupa2nya masa bukak cerita kat office tu, ramai yang mengalami benda macam ni.


Batteri pun sama. Pantang ada. Kalau dalam remote contol tu kejap2 hilang. Si Dhirah dulu2 suka korek batteri nak letak kat MP3. Yang Hakim pulak, nak batteri untuk nak pasang kat Ultraman dia ke atau kat kereta remote. Kalau remote tu memang selalulah batteryless. Jadi sakit hati pulak. Last2 Cik Abang geram, semua remote kat rumah ni, baik Astro, TV ke atau aircond, semuanya kena tapekan kat belakang dia. Tahan lah sikit. Kalau Wan pulak remote2 kat bilik dia, dia sembunyikan bila dia balik ke JB. Kalau tak memang ghaib punya….. Sekarang ni kurang sikit gejala battery hilang ni. Tak larat betul nak layan….Tulah kata, nasib baik anak sendiri…..

kak maya mengantok sangat...kat mana pun boleh gone...


Along ngan Angah masa truce....kalau tak bercekau aje...


ni simacho manja

Saturday, August 12, 2006

Result dan Sports Day Hakim

Semalam dan hari ni memang sibuk sekali. Pagi semalam, maklang dan Cik Abang bertolak ke Kuantan lebihkurang pukul 7:15pagi sebab nak kejarkan cepat sampai ke sana. Kalau lambat2 entah pukul berapa baru dapat jumpa Dr. Masa dalam perjalanan tu baru perasan yang appointment sepatutnya pada hari Sabtu. Tapi tak boleh pergi pun kalau hari Sabtu sebab ada urusan lain. Urusan si bujang tu ada sukan. First time pulak tu jadi tak boleh miss laa…


Kami tiba di Kuantan lebihkurang pukul 9:00 pagi. Lambat betul sebab banyak kereta dan lori. Cik Abang pun bawak kereta tak laju. Jumpa Dr. lebih kurang pukul 9:30pagi. Nasib baik dapat no. 2. Alhamdulillah Dr. kata hasil daripada tests tu maklang OK. Tak ada apa2 cuma kena ambil ubat sedikit. Luka bekas yang kena potong hari tu pun dah beransur baik. Cuma kena letak krim aje. Dr. kata nanti jumpa lagi dalam masa satu bulan, InsyaAllah. Lepas tu kami ke supermarket buat shopping sikit untuk barang rumah. Dah tengah2 bulan ni tak seronok shopping….poket dah bocor dah ni. Tapi nak buat macamana, kena beli jugak sebab keperluan. Tu pun ration untuk satu bulan. Dah lama tak belanja besar. Lepas tu kami ke rumah FIL. Alhmadulillah FIL dan family SIL semua nya sihat diberi Allah. Lepas solat Jumaat kami makan tengahari dan lepas tu kami ke Gi@nt pulak sebab masa ke supermarket depan rumah FIL tu tak jumpa pulak barbecue sauce yang Cik Abang nak tu. Sementara maklang kat situ, Cik Abang pergi kebank sat. Siap aje buat shopping maklang cuba nak call Cik Abang. Puas korek beg tangan tu nak cari talipon tapi tak jumpa2. Lepas tu duduk kat kerusi kat pintu masuk tu tunggu Cik Abang yang tak kunjung tiba. Nasib baik ada sorang mamat Cina tu bagi pinjam phone dia. Kata kat dia nanti maklang bayar lah duit nak guna phone tu, dia kata tak apa. So, dapatlah call Cik Abang. Rupa2nya tertinggal phone kat rumah FIL. So lepas tu kami singgah semula kat rumah FIL dan lepas tu bertolak balik ke Kerteh. Tiba lebihkurang pukul 6:30pm. Penat betul rasanya. Malam tu awal dah lelap.


Hari ni pun sibuk. Maklang pagi2 dah turun sebab nak masak awal. Sekali tengok Wan tengah kombah barang2 dalam almari. Wan memang suka mengemas. Tak boleh tengok sepah sikit. Habis disusunnya. Maklang pun apalagi, join the cleaning sekali lah. Sambil2 tu masak sekalilah. Tak masak banyak sebab petang dah ada plan nak BBQ lagi. Lepas masak and kemas, ingatkan naklah jahit manik kat tudung tu, tapi tidur pulak. Ngantuk sangat sebab terjaga pukul 3:00pagi dan tidur balik dekat pukul 5:00pagi.


Tengahari tadi kami ke sekolah Hakim untuk nak tengok sukan dia. Gelihati sebab Hakim kena pegang sepanduk untuk rumah kuning. Serius aje muka dia. Yang paling gelihati ialah masa orang lain dok senamrobik, Hakim selamba aje berdiri. Tak gerak langsung. Maklang yang tengok dia dari jauh dok suruh dia ikut apa yang dibuat Cikgu, tapi dia kata dia MALAS! Bertuah punya budak. Alhamdulillah game yang dia masuk tu dia dapat no.1. Sukalah sangat dia tu.


Lepas balik dari sukan, solat dan prepare untuk barbeque pulak. Cik Abang semangat betul! Sedap jugak sebab sotong tu fresh2 lagi. Ada jugak bakar ikan tongkol dan tuka. Sedap. Tengok anak2 makan aje …kita kenyang sekali. Wan pun bakar daging jugak sebab nak bawak balik ke Johor. Kalau daging dah salai ni, masak lomak cili padi lotak kontang dengan belimbing buluh joghok, SODAP…..


Ni mata dah nak kero dah. Letih sangat. Jap lagi solat lepas tu nak BOOOM. Besok kerja, so tak bolehlah tidur lewat sangat. Malasnya rasa….


Ni ler face of the winner with his medal

sepanduk boy hakim kerass. orang lain dok sibuk senam robik tapi dia dok diri mengkeras kan diri...

Thursday, August 10, 2006

Goodbye....

Hari ini hari terakhir maklang menjahit…Oh sedihnya nak mengucapkan ‘Goodbye” to my ‘workplace’. Rasa macam dah sebati sebab dah 2 minggu duduk kat kerusi dalam bilik ini. Melayan mesin yang sangat setia menjahitkan tudung2. Terimakaseh banyak2 jugak pada Cik Abang kerana rajin 'melayan' maklang membelikan the ‘raw’ materials masa ke KL Jumaat lepas dan semalam. Kalau Cik Abang tak pergi, kat manalah nak cari ‘raw’ materials ni kat sini. Kat KL aje yang kami tahu available. Kat KL tu pun ada kenal kakak yang memang jual tudung kosong yang belum sulam dan crystal Swarovski tu beli kat kedai Jalan TAR tu..... Terimakaseh sekali lagi Abang ku sayang....…


Hari ni dapat siap sehelai lagi tudung. Yang ini nak kena jahit manik2, bukan letak crystal. InsyaAllah besok lepas balik dari medical checkup bolehlah jahit manik2 tu. Kena pastikan siap sebelum hari Selasa. Tudung putih Kak A dah hantar tadi kat rumah dia. Telekong kawan tu pun dah selesai dijahit manik. Sekarang ada kat kedai Kak Ton TJ(tukang jahit, bukan TJ yang di Jokontan tu...), my favourite taylor. Dia tolong jahitkan muka telekong tu. Nanti dah siap boleh jahitkan manik dikeliling muka telekong tu. Ni first time nak jual telekong, ada 2-3 orang order lagi, tapi masih belum siap. Entah bila agaknya nak buat yang itu.


Cik Abang memang rajin dan minat nak berbusiness ni. In fact sejak dari muda2 dulu suka business. Maklang gunakan sedikit kepakaran yang ada, jahit langsir, jahit beg yang letak sponge tu (macam quilt), jahit alas untuk tilam dan bantal baby yang diquiltkan dan ada jugak jahit baju baby. Cik Abang tolong carikan pelanggan , mainly officemates dia, dan ambil tempahan. Selain ambil tempahan tu, kalau bahan2 nak buat2 barang2 tu tak ada, macam renda ke, butang, sponge ataupun kain sekali pun, dia akan tolong carikan. Pulak tu masa di KL dulu, office dia di Pert@m@ Kompleks jadi senanglah dia nak cari bahan2 tu. Sampai Auntie yang jual barang jahitan tu kenal sangat dengan kami dan kalau sekali sekala kami ke KL, dan kami pergi ke kedai Auntie tu, Auntie tu excited sangat. Barang2 jahitan tu pun dapat dengan harga yang murah dan berpatutan. Masa di KL dulu, office maklang di Bukit Damansara dan lepas tu dekat Jalan Tun Razak ….manalah ada jual barang jahitan, lepas tu mahal pulak tu. Sebab tu Cik Abang selalu tolong belikan barang2 jahitan. Lagipun dia pandai pilih bahan2 tu semua.


Tapi kan bab yang best sekali berniaga ni ialah bila orang yang tempah tu bayar duit upah dia. Memang seronok. Tapi yang paling seronok sekali ialah Cik Abanglah. Kiranya penat lelah isteri dia terbayarlah. Bila orang bayar upah, bukan saje modal dia, tapi untung dia pun Cik Abang ambik sekali…. Kelakar. Tapi tak kisah pun (time maklang mood OK)....…after all kami kan suami isteri…Semuanya share2 kan….

Sekarang ni pun tudung2 tu ada jugak yang Cik Abang tolong bawakkan ke office dia bila ada orang pesan. Bagus sebenarnya berniaga kecil2an ni…bila sesak2 ada juga tampong2 dia. Macam masa Raya tahun lepas, Maklang dapat buat “Almond London” dalam 1000 biji, dapatlah duit sikit nak buat beli baju2 untuk extended family dan jugak macam bahan2 kuih untuk rumah sendiri dan rumah Wan dah kira free laa… Seronok….Tapi ni semua ikut minatlahkan. Kalau tak minat tak enjoy….Apa2 pun tu semualah yang menghilangkan stress maklang…..



Ni dia my feberet mesin jahit... Tu tudung yang jahit hari ni. Dah siap pun.






Kelihatan atas stool tu, ada remote Astro, TV, buku pattern sulam tu, ada buku cerita yang tak khatam2 tu sebab ghalik sangat menyulam tudung.... Selamat tinggal workplace ku.... (sementara je tu....Rajin hari Sabtu ni menjahit lagi agaknya..)

Wednesday, August 09, 2006

MISI baru

Dah puas rasanya dok menjahit tudung, so hari ni ada misi baru. Lagipun masa start buat tudung warna oren tu asyik salah aje. Nak buat tudung untuk sendiri banyak pulak masalahnya. Bila tukar warna lain, Alhamdulillah OK. So hari ni misi baru ialah nak MASAK. Lama dah rasanya tak masak. So, today memasak lah saya. Lebihkurang pukul 10:30pg tadi dah turun ke bawah. Cari apa2 yang ada dalam fridge tu dan terus letak kuali atas dapur, perah kelapa campur sikit dengan kelapa yang dalam kotak tu. Cari bawang merah dan bawang putih yang dah blend, dan lada kering. Masukkan kan dalam kuali. Blend lengkuas, halia dan serai, leburkan dalam kuali. Lepas tu baru cuci ayam dan toskan. Sementara nak tunggu santan tu pekat sikit, cari kot2 ada kerisik yang dah siap dan Alhamdulillah ada. Lepas tu cari rempah yang maklang dah buat sendiri ( ikut resepi Maklang Timah) .Masukkan dalam kuali dan` last sekali baru masukkan ayam. Bila dah nak pekat, masukkan asam keeping dan last sekali, sedikit garam dan daun kunyit. Lebih kurang 2 jam lepas tu, jadilah rendang ayam. Lepas tu buat pulak sambal goreng yang guna kacang panjang, tempeh dan tauhu tu. Teringat kat arwah Mil, and so cubalah masak yang macam dia buat. Jadi tak jadi lain kira, asal ada rupa sikit2 sudahlah. Of courselah tak sesedap yamg arwah MIL buat. Lepas tu mintak Bibik tolong buatkan batter untuk risolle sebab inti risolle masih banyak di peti ais. So, menggulung risolle pulak lepas tu. Dapatlah lebihkurang 36 keping. Oklah tu…Kalau ada rezeki, bolehlah masukkan gambar tu.



Petang tadi ada terima sms dari kawan tanya pasal telekong dia dah siap ke belum. Dah nak siap dah. Telekong tu tinggal letak manik aje. Tapi kalau nak letak manik ni memang lah berjam-jam nak buat dia. Memang leceh and rumit. Mata pulak dah tak berapa nampak. Nak2 kalau dah malam2 ni. Mulalah kabus aje. Mengantuk and penat. Tapi macamana pun kenalah siapkan jugak sebab dia kata dia nak datang ambil next weekend. Lepas tu nak siapkan jugak tudung kawan yang datang malam semalam. Dia nak pakai masa hari anniversary 15 tahun husband dia kerja dengan Petron@s. Tu dah pasti kena siap by Tuesday. Kak A Pot Pet nak pakai hari Sabtu depan. Dia punya dah siap sulam dan dibersihkan, tapi belum letak crystal tu. So, weekend ni memang sibuklah. Friday memang tak dapat buat apa2 sebab nak pergi medical check-up di Kuantan. Harap2 tak ada apa-apa. Lepas tu, hari Sabtu, Hakim pulak ada sukan. Dah mula nak sibuk semula.



Tadi teman di pejabat pun ada telefon beritahu sekarang ni kerja melambak2. Projek banyak masuk. Dengar aje dah macam nak pening. Sure balik office ni berlambak kerja dan harap2 dapat cope laa, InsyaAllah…..


Ni tengah tunggu Cik Abang sampai dari Kuantan. Flight dia delay dekat 1 jam lebih lepas tu bila tiba di Kuantan plane tak dpaat turun sebab visibility vey bad sebab hujan terlalu lebat. Lepas tu dia singgah kat rumah FIL sekejap. InsyaAllah this Friday lepas checkup kami akan singgah kat rumah FIL jugak.

Tuesday, August 08, 2006

Jom berangan

Alhamdulillah hari ni siap jugak kain tudung yang Kak A Pot Pet pesan semalam. Siap sulam ajelah. Belum kemaskan lagi dan tampal berlian. Lengoh jugaklah menunggu sulam tu . Dari pukul 8:00 pg sampai ke 5:00ptg. One full day’s work. Macam masuk pejabat. Cuma berenti makan dan solat Zohor aje.


Tadi tengahari Cik Abang balik awal. Katanya baru balik dari ambik passport dia kat Imigresen. Kat sini kalau buat paspot, dekat 1 minggu baru siap. Kalau nak cepat kena terus buat kat KT. Kalau nak buat permit pembantu rumah pun kena terus ke KT. Kat sini tak ada. Masa macam nilah susah sikit sebab kena ambik cuti. Kalau dulu masa kerajaan tutup 2 hari Sabtu, boleh lah pergi Hari Sabtu yang they all tak tutup.


Sekarang ni Cik Abang selain dari sibuk menkhatamkan buku barbeque tu, dia sibuk jugak nak uruskan percutian dia bulan 9 ni nanti. Dia dapat teket free ke Perth selama 6 hari 4 malam. Ikut travel Agent Reli@nce. Tengahari tadi dia sibuk telefon ke agency tu sebab nak buat visa and all. So, besok pagi dia akan terbang ke KL untuk nak uruskan pasal cuti tulah.


Masa dia dapat hadiah tu last month, kami semua excited sangat. Mula2 rasa macam nak bawak budak2 sekali. Even Alang pun ingat nak ikut. Wan dan Atok pun nak pergi. Of course under own’s expenseslaa. Mana larat nak tanggung semua. Check punya check Oklah sebab tiket cuma 1.2K aje. Rupa2nya tu teket aje. Airport tax another 850 or so. Dah 2k/person. Kali 5 dah dekat 10K teket aje. Kalau ikut package about 3.5 K/person. Expenses lagi. Kira punya kira kalau ikut travel agency tu plus expenses, total jadi 30K. Aduuuuuuh......mahal sekali. Tu berapa bulan punya gaji tu. Pengsan le. Last2 Cik Abang kata, nanti bawak maklang sorang ajelah. Tapi piker kali yang ke entah berapa kali, maklang decide tak jadilah ikut. Tak pelah biar Cik Abang enjoy himself sorang2. Lain kali bila ada rezeki and bila anak2 cuti sekolah, boleh lah bawak mereka. Tu pun kena tengok keadaan ekonomi. Mengizinkan ke tidak!



Itulah sekarang ni kena banyak lagi jahit tudung. Mana tahu hasil jual tudung boleh beli teket nak pergi melancong ke luar Negara…..Berangan le puas2. Tak kena bayar sesen pun!

(Ni siaran ulangan tudung. Dah terjual semuanya ni, tinggal yang pink tu je rasanya. Tudung ni buat masa awal tahun hari tu. Yang baru ni belum diambil gambarnya lagi!)



Hari ni tak dapat nak rest. Siap aje solat asar and dah mandi, ingatkan nak relax atas katil, onkan a/c and nak tengok Hikmah 2. Tup2 masa dalam bilik air lagi Cik Abang dah kata ada kawan datang. Musnah harapan ku.... Malam pun another friend datang nak tengok tudung. Alhamdulillah dia nak order 4 helai!.....InsyaAllah kalau sambutan bagus, angan-angan maklang tu boleh jadi kenyataan agaknya....

Monday, August 07, 2006

Marathon

Ah…..internet buat hal lagi. Susah nak log in. Kadang2 wireless tu terus aje tak boleh masuk. Cuba kat Tmnet pun jem. Asyik2 nak verify username…bla…bla…bla, geram betul tengokkan. Dah 2-3 hari macam ni. Nasib baik tengah seronok sulam tudung tu, or else sure bengang amat.


Hari ni hari mengadap tudung. Pagi tadi selesai solat Subuh, terus tengok drawing yang officemate hantar semalam. Dah komen2 terus call officemate dan beritahu apa yang perlu ditambah sebelum nak submit ke client. Then terus aje start the tudung yang buat sekerat jalan semalam. Seronok, now dah masuk mood nak buat tudung semula lepas dah tinggal dekat 4 bulan. ALhamdulillah…ni hukmah dia agaknya. Kalau laku adalah rezeki tu.....InsyaAllah. Ni pulak nak dekat raya ni, mana tahu kan.



Hari ni lunch Wan masak daging salai masak cili padi. Sedap betul. Cik Abang makan sampai hirup2 kuah!. Daging tu disalai masa buat barbeque last weekend tu. Biasalah kena sembunyi separuh. Or else memang tak sempat nak buat makan malam.!


Tengahri tu dalam 2 lebih, neighbor lama datang. Dia hantar kad jemputan kawin. Kakak ni ramah sangat sampai orang panggil dia Kak A pot-pet. Dia cakap laju sangat. Macam keretapi. Dia kata dia nak bukak kedai baju pengantin nanti lepas anak dia kawin ni. Memang dia suka berniaga. In fact sekarang ni pun dia berniaga kueh2 dah rojak kat pasar malam. Dia juga ada ambik catering. Kadang2 kat office ade jugak tempah makan2 dari dia.


Petang marathon lagi menyulam tudung. Sambil2 tu dok buang benang2 kat tudung tu. Lama betul. 1.5 jam, tak siap pun satu untuk nak dikemaskan. Memang leceh. Tengoklah besok kena sambung lagi. Kena marathon puas2 sebelum nak masuk kerja semula minggu depan! Ada sesiapa nak order tudung? Mak Teh tak ada nak order unutk raya?

Sunday, August 06, 2006

BBQ

Saturday was a busy day for everyone in the house. Pagi2 anak2 dah di kejut sebab nak attend “Larian Merdeka” yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Angah, Maya and Cik Abang dah siap dengan t-shirt and seluar panjang and caps untuk nak pergi join “Larian Merdeka”. Kak Long ke sekolah sebab ada class tambahan. Only Hakim and myself plus Atok and Wan and Bibik aje tinggal kat rumah.


Pukul 7:30pg tu semuanya dah bersemangat and they left the house. Jauh jugak kena “larian" tu. Untuk murid2 tahap satu (Darjah 1-3 ) jarak dia is about 1.8km dan tahap 2 (4-6) dan orang dewasa lebih kurang 3.4km. Jalan2 kat kawasan sekolah, naik jejambat across the road tu dan balik semula ke sekolah. Dalam pukul 10:00 tu maklang call Cik Abang sebab rasanya dah selesai semuanya. Memang betul pun dah selesai, dan mereka kat kedai besi, Cik Abang tengah tengok Barbecue Pit yang dia tempah tu. Laaaa....ingatkan kat mana lah. Maya was very happy sebab dia dapat in the top 10. Dia dapat no. 7 dan dapatlah dia one set of mug dengan sudu. Sampai2 aje kat rumah, terus bagi kat mak dia. Hadiah dari Maya...…and Angah terus kata Angah yang suggest Maya bagi kat mak. Angah and Cik Abang tak menang apa2.Cuma participate aje. Nak meramaikan lagi. They enjoyed it and that was good. Bila balik rumah semua except Maya, complained that kaki sakit kat betis tu!


Petang semalam, Cik Abang was so excited. Sebenarnya sejak dari Khamis lepas ( sebelum masuk Spital tu)dia dah excited sangat. Dia kata dia ada hadiah untuk Maklang. Dia nak bagi hadiah, dia pulak yang excited sangat. Dia suruh teka and masa on the way nak ke hospital tu baru dapat tahu yang dia dah tempah Barbecue Pit tu. Sebenarnya dah lama kami nak beli benda tu. Yang ada kat kedai tu kecik sangat. Cik Abang dah banyak beli buku pasal ‘How to make a barbecue Pit”. Mulanya ingat nak buat yang guna batu bata. Nak letak kat Gazebo kat depan rumah tu, tapi pikir2 susah sebab benda tu tak mobile. So, dalam diam dia pergi tempah kat kedai besi dekat rumah ni. Masa ke KL tu ada pergi tengok2 tapi mahal sangat sampai 3-4 ribu. So, cancellah. Cantek barbeque Pit yang dia tempah tu.


So, petang semalam, as early as pukul 4:00pm Cik Abang dah siap hidupkan api. Dia, Angah, Along, Maya and Hakim sibuiklah kat belakang rumah. Berjaya dia orang bakar daging tu. Maklang tak join masa first phase tu. Angah je yang bawak naik atas, sosej and daging. Adalah besar ½ tapak tangan Hakim. Yang lain2 mereka berlima dok makan kat bawah. Lagipun maklang tak berapa boleh makan daging sangat sebab nanti perut panas.


Lepas solat Asar, barulah maklang turun. Tolong Cik Abang bakar ayam pulak. Sedap. Kami makan kat luar dapur, bawah pergola tu. Oklah masa tu masih awal, tak ada nyamuk. Ada jugak bakar jagung dan kentang. Sedaplaaaa...... Cik Abang kata, this week, week mem’barbeque’ jelaa.....Anybody care to join? Cuti sekolah ni jomlah ke mari boleh kita berBBQ kat belakang rumah!




Ini second phase ayam2 yang baru nak di bakar




Ini my macho hero tengah enjoy food dia depan tiang





Satu botol H3INZ Barbecue sauce yang selamat....





Ni baru nak bakar jagung





Ini apa yang tinggal

Friday, August 04, 2006

My macho hero

Apa mau cerita hari ni? Tak ada yang interesting. After Cik Abang left for KL yesterday, maklang naik ke atas, sambung nak buat tudung. Baru nak bangun untuk nak solat, a friend came to visit. Kak S. She works in my office. Then petang tu another friend came.


After they left, I had dinner dengan Wan and Atok and the kids. Biasa2 aje. Wan masak ayam masak serai dengan rebus asam bendi. Malam tadi started cross stitch bear untuk my friend. Nak beranak dah sometime bulan ni. Anak sulong. Hopefully everything goes well for her.


Hakim as usual kalau Abah tak de rumah, semua tocang berdiri. Petang semalam dia ‘bubble bath’ dengan Kak Maya dia. Bila tegur, macamana boleh banyak sangat bubbles dalam bathtub tu, dia kata, “Sikit je Akim letak. Tu kan nada lagi sabun kat situ tu!”. Macam gini punya gaya satu botol yang 800ml sabun tu sekelip mata boleh habis. Relax aje budak2 ni. Mereka tak tahu lagi nilai duit. Kalau tak ada mintak aje kat mak and abah. Kadang2 kalau mandi tu macam basuh bilik air dia punya sabun!


Malam tu pulak, dia dok kacau semua kakak2 dia. Ada aje dia nak buat. Sekejap kang, Maya datang kata Hakim buat dia. Then Angah pulak. Kak Long aje dia tak kacau. Agaknya dia penat and cuba tak nak tidor, so the only way dia nak ‘lawan’ mata dia is to kacau semua orang. Macam2 dia buat. Mak dia tegur dia buat donno je. Last2 kata ke Maya supaya kunci pintu bilik Mak supaya Hakim tak boleh masuk. Dan2 tu dia nangis sebab tak dapat tidor kat bilik Mak. Biarkan macam tu kejap and dalam setengah jam baru bukak semula. Masa tu dia dah sober and barulah nak dengar cakap Mak. Kalau tak memang tak lut. So, malam tadi dapatlah dia tidor dengan mak dia. Legalah dia sebab lama dia tak menempek dengan mak sejak mak sakit ni. Tapi malam ni tak boleh lah sebab Abah dah balik, InsyaAllah. Tulah dia my macho hero……

Thursday, August 03, 2006

Kisah suka dan duka

Kita memang tak tahu macamana keadaan hidup kita, samada hari ini, esok atau lusa. Masih sihat dan segar atau sakit dan tidak bermaya. Cuba apa yang kita boleh buat ialah berusaha dan berdoa2 moga2 semuanya baik2 untuk kita, suami, anak2, kaum keluarga dan kawan2. Moga2 hidup kita ceria dan tidak ditimpa masaalah. Moga2 begitu juga dengan jiran tetangga dan semua muslimin dan muslimat, InsyaAllah. Moga2 kita dibawah lindunganNya dan rahmatNya sentiasa hendaknya.



Semalam tengahari dan petang, maklang dikunjungi oleh teman2 sepejabat. Disebabkan itu, pagi tadi letih satu macam! Kunjungan teman2 itu ada yang membawa kabar berita yang baik dan ada jugak tidak. Ialah baru 3-4 hari tak ke pejabat, macam2 cerita yang dapat. Bukannya tak ada talipon, ada tapi bila menalipon cuma cerita2 pasal kerja aje. Yang talipon pun tak kuasa nak kacau panjang2 cuma cakap yang penting2 je.


Tengahari tu, kawan2 kata yang Boss No.2 kat opis masuk hospital. Terperanjat jugak. Pasal apa pulak ni? Rupa2nya sesak nafas. Mereka kata kuat sangat hisap rokok. Boss maklang pulak kata, agaknya sesak nafas pasal rumahtangga kot. Ape2lah, tu dia punya pasal. Asal cepat recover sudah!


Petang pulak, dapat cerita lagi sedih. Maklang tak kenal pun perempuan tu, Puan M. Tiba2 si Z, teman sepejabat kata M baru aje meninggal dunia. Hari Isnin lepas, masa Kak A datang melawat maklang, dia kata, yang M tu baru aje dapat tahu yang dia kena Cancer. Breast cancer rasanya. Muda lagi. Baru 41. Kak A kata anak si M ni sama Uni dengan anak Kak A. Kak A kata masa dia pergi melawat M seminggu dua yang lepas, M nampak tak sihat. Puas Kak A tanya M sakit apa, tapi M tak mau cakap. Masa Kak A kat rumah M, M kata dia tak apa2 cuma kena ‘angin’ je. Tapi Kak A kata masa M nak pusing tu dia ternampak yang payudara M macam besar sebelah. Langsung terdetik di hati Kak A yang M ni mungkin bukan kena ‘angin’. Kalau kena ‘angin’ macam mati sebelah , kata Kak A ke Maklang. Masa dengar cerita Kak A, maklang rasa sedih sangat. Pikirkan anak2 M yang masih kecik. Yang tua baru 19 dan yang paling kecil baru darjah satu. Kak A, pun kata, hari Jumaat yang maklang masuk ward tu, hari tu jugak M masuk hospital. Dah masuk ICU. Maklang dengar cerita tu baru hari Isnin lepas. Dan petang semalam, opismate maklang beritahu yang M dah pun meninggal dunia. Sedih betul rasanya. Moga2 M dicucuri rahmatnya…Al-Fatihah


Moga2 suami dan anak2 arwah tabah menghadapi dugaanNya Yang Maha Esa, InsyaAllah….



Semalam petang, Atok dan Wan dah sampai. Seronok! Hari ni pulak kena tinggal ngan Cik Abang. Dia nak ke KL pulak petang ni, besok ada presentation kat KL. InsyaAllah, petang besok baliklah tu. Moga, presentation dia berjaya, InsyaAllah....Dan Alang standby ye....nanti malam boleh ke Meridi@n ambik sambal tempoyak tu.....

Wednesday, August 02, 2006

Hiburan di pagi hari

Kalau cerita pasal anak2 ni memang boleh buat kita tergelak sorang2 or paling tidak tersenyum kambing sensorang. Kalau asyik dok melayan hati yang gundah gulana tak kemana pun. Cik Abang selalu kata, buat rugi aje risau2 ni. Kalau risau apa dapat? Kata dia. Baik take things as it is…take things easily macam yang dia buat. Poket kosong ke, poket bocor ke, banyak kerja ke, tak de kerja ke, semuanya dia cool aje. Tapi memang senang cakap, kalau terkena kat sendiri, tak banyak sikit mesti ada jugak susah hati tukan. So, paling mudah berserah kepada Allah dan berdoa banyak2. Terimakaseh diucapkan pada Alang for calling, Anggerik Merah dan Kak Teh yang jauh nun di sana, Kak Elle diseberang tambak, Mizzwanda kat seberang jambatan, Zino yang Seghomban, Simah yang kat sana tu, Easy kat kat Kelinik tu, UBA yang dah kat office baru tu (Good Luck!), Mak Enon yang rajin sms tu, dan jugak adek kita kat Jepun sana tu atas semangat yang diberikan. Juga tak lupa pada semua kawan2 blogger yang ada menyinggah dan memberi kata2 semangat untuk maklang yang berjiwa lemah ni…Terimakaseh sekali lagi…


Melalut pulak…Sebenarnya nak cerita pasal anak2 maklang ni. Pasal Angah dan Hakim. Dua2 miss dan mr over kat rumah ni.

Pagi semalam, masa nak pergi sekolah tu Cik Abang check lah bebudak ni. Dah mandi ke, dah solat ke, dah gosok gigi ke. Part ni memang kena check selalu. Tak tahu lah anak orang lain. Anak2 kami ni memang kena check bab menggosok gigi ni.

“Angah, dah siap belum?”, Cik Abang dok tanya dia dari bilik kami yang cuma sebelah bilik Angah je.

“Dah!”, the most common answer yang kami dapat kalau tanya anak2 ni. Semuanya dah . Satu lagi kalau tanya bab dah solat belum.

“Dah gosok gigi?”, Cik Abang tanya lagi.

“Dah!”, Angah jawab.

Cik Abang as usual akan masuk bilik air, and check berus gigi dia. Sekali masa dia check tu, terjumpa lah satu clue yang memang sah2 Angah tak gosok gigi dia.

“Eh…Angah kata dah gosok gigi, habis apasal berus gigi ni tak basah? Mana ubat giginya tak de pun!”

“Angah dah lap berus gigi tu!”, Angah jawab spontaneously! Cepat aje dia dapat idea!

Cik Abang pun kata,”Ngah, manalah ada orang lap berus gigi Ngah. Pergi je gosok gigi tu, jangan banyak cerita. Pergi ambik ubat gigi tu kat bilik air Abah!”. Maklang dok tersenyum sendiri aje kat bilik. Pagi2 dah kecoh!. Pasal gosok gigi je tu!





Hakim pulak pagi ni, payah sangat nak kejut dia bangun. Lepas solat Subuh tadi, dah kejut dia bangun, Masa tu dia OK. Tapi lepas tu tertidur balik. Abah dia dok panggil2 dia OK, tapi bila bibik kejut je, dia mulalah buat hal. Malam tadi tidur pun taklah lewat mana. Dalam pukul 10:00 agaknya , lepas dia tengok cerita “the One’ kat Astro, cerita lebih kurang macam Bruce Lee tu.


Kalau Bibik kejut, and buat hal, memanglah Abah masuk campur. Masa tu maklang dah pun kat bilik dia dengan Bibik. Bila Cik Abang datang aje, maklang coverlah.

“Akim, Oklah Bah. Dia tak ngamok. Dia nangis sebab kepala dia terantok!”

“Eh….Abah dengar macam ada orang ngamok je! Abah tak suka orang ngamok2”, Abah dia kata sambil dok kenyit2 mata kat Makalng. Berlakon lah tu.

At last dapat pujuk. Kalau Abah dia tak buat camtu, memang tocang dia berdir. Mengamok le sebab mata ngantok. Pujuk2. OK and janji nanti mak pakaikan baju. Macam2 budak ni. Mak bapak pun kena jadi pelakon professional just so that tak kelam kabut pepagi nih….Terhibur jugak hati mak dia yang tengah susah ni.....



Tapi yang paling best sekali hari ni...InsyaAllah Atok dan Wan akan sampai petang ni.....Yeay...Yeay.....

Tuesday, August 01, 2006

I am feeling down

Tak taulah kenapa tapi hari ni rasa down sangat. I feel so helpless. Biasanya pagi2 lepas solat, maklang dah turun buat breakfast untuk Cik Abang dan anak2. Bibik akan tolong2 dan siapkan bekal masing2 dan buat air. Biasanya jugak maklang akan memasak the main course untuk lunch, and kalau sayur tu tak perlu dimakan panas2 maklang akan masak sayur tu jugak. Macam tulah I start my day. Everyday, without fail. Of course kalau weekend and kalau tak penat sangat, I will cook something special for the family.


Tapi bila dah kena sakit camni, I feel so helpless. I feel that I cannot be of any good to the family. Tak boleh nak layan sangat anak2. Hakim pun dah komplen yang dia nak peluk mak susah sebab takut kena perut mak yang sakit ni! Kesian kat Cik Abang sebab tak boleh nak layan dia sangat. Masa dia pergi kerja pun maklang masih kat bilik lagi. Kesian kat Along, Angah and Maya sebab pergi sekolah cuma nampak Bibik aje kat dapur. Tapi of course sebelum pergi tu semuanya salam2 and cium2 dulu. Kesian Hakim pergi sekolah cuma dengan Bibik aje yang tunggu kat bawah. I feel so very sad sebab tak dapat nak macam selalu.


Malam tadi the whole body was aching. Kaki lengoh sangat. Mungkin kepenatan sebab lepas aja kawan2 opis balik, tu tak berapa sempat nak rehat sebab another friend came. Lama jugak dia kat sini. Dekat pukul 6:00 baru dia balik. Dia memang close dengan maklang. My senior about 7 years. Walau jarang jumpa, tapi kami rapat. She is like an elder sister which I never had. Lepas dia balik tu barulah solat Asar, then berehat aje. Lepas maghrib tu kaki rasa lengoh sesangat. Mula2 Cik Abang yang sapukan minyak then Dhirah pulak letak counterpaint. Selibung badan dengan comforter, Dhirah pakaikan socks and baju tebal and terbaring aje atas katil sambil tengok TV and baca buku cerita.


Alhamdulillah bangun pagi ni rasa OK sikit. Tapi rasa sedih pulak. Tak tahu apasal. Hormone imbalance? Mungkin jugak. Macam ke PMS je. Sedih tak tentu pasal. Sebenarnya maklang pun tengah risau selagi Dr. tak dapat nak confirm apa sakit maklang ni. Kena tunggu 10 hari lagi baru dapat tahu. Mintak2 bukan something yang serius......