Hari Jumaat yang lepas,lepas solat Subuh kita turun ke bawah untuk nak siapkan sarapan pagi. Memang dah berkira2 nak buat meehoon. Walaupun today ada pasar tani yang mana ada banyak sangat makanan, tapi pagi tu terasa pulak nak masak. Sebelum tu jugak dah keluar kan ayam untuk buat ayam masak serai kegemaran semua. Pagi tulah baru nak defrost ayam. Nasib baik microwave yang lebih tua dari anak kita yang no. 2, Angah tu dah dibaiki & boleh digunakan. Or else puas jugak nak tunggu ayam tu defrost. Sambil2 tu dok menggoreng meehoon.Masa tu cik Abang dah pun ke pasar tani nak beli ikan fresh. Bang Teh & family nak datang Senin nanti. Special request nak makan ikan bakar katanya. Itu yang Cik Abang kena jugak ke pasar pagi tu. Nak tunggu hari Ahad mungkin tak sempat nak ke pasar malam. Lagi pun mesti malas nak keluar lepas sampai dari KB nanti.
Selesai goreng mee. Goreng ayam pulak. Wan ade sama tolong masak. Mulanya ingat nak buat 1/2 ekor aje. Tapi biasalah ayam ni kalau dah digoreng dia kecut and nampak sikit pulak. Masa tu Along dah siap and dah ke dapur and mencukai ayam goreng tu. Takut tak sempat je ayam goreng tu nak keluar rumah. So, buatlah 1 ekor. Tengah sibuk2 tu Cik Abang balik. Bawak balik udang sekilo, ikan kembong sekilo, and ikan selar sekilo plus ayam 3 ekor. Ini untuk nak stock dalam fridge for next week. Kita kata kat dia, ikan kembong tu kalau sekilo padan kat dia sorang je... Mana pulak untuk Bang Teh & family. Nak suruh gi kepasar semula takut lak member hot. Nasib baik dia offer nak beli lagi. So ke pasar again lah Cik Abang kita. Sempat pulak tu dia suruh kita masak ' Buttered Prawns' dia. Ini memang kesukaan dia sebab ini 'ubat gout' dia. Sambunglah lagi lah masak..... (Nampak gaya tak leh lagilah nak siap untuk nak keluar. Cadang pukul 8.30 nak bertolak tapi tak de chance lah.Siap memasak dalam pukul 9.00am and terus naik atas. Pack baju Along yang masih tak masuk beg lagi and terus mandi.
Kami bertolak about 10.30am (at last). Pegi 2 kete sebab kalau 1 kete memanglah agak sempit. Kete pulak bukan besar mana. Hakim ngan Along naik dengan Atok and Wan whilst Angah and Maya went with us. Perjalanan biasanya will take about 4 hours to reach KB. Sampai kat KT, teringat yang my cousin, Abang Anip & family with Pak Hitam ( Abang ipar& uncle Atok -wife dia Mak Ngah (kakak Atok)passed away 10/1/05)will be going to KB jugak.So cuba call tapi tak get thru. Dia kata nak tidur kat Aryani. Kami pun try our luck lah kot2 they all dah check in. Supposedly dia dah tiba sebab masa cakap ngan dia malam tu dia kata naik flight pagi ke KT. Then nak rent van untuk nak ke KB. Unfortunately they all tak sampai lagi. Cuma tinggal pesan kat receptionist kat situ to tell him that we stopped by. So we headed on to KB. Sampai ke Fikri Cik Abang and Atok berhenti sembahyang Jumaat. Tunggu dalam kereta Atok. Sumbat semuanya in one car. Betapa gamatnya kereta tu. Kita dok menjahit manik. Wan pulak bersihkan kertas sulam kat tudung2 yang belum siap. Anak2 ape lagi dia bertekak, berebut and berhenjut dalam kereta. Esp. Hakim lah. Nak tunggu dalam kereta sendiri pulak, minyak kereta tu dah kat E hampir 30km yang lepas. Tak jumpa2 pulak Stesen minyak. After Jumaat, sambung balik perjalanan and Alhamdulillah, about 10-15 mins after that jumpa stesen minyak. Or else kena tolak kereta tu pulak. Lepas dah kasi kereta makan, nak kasi anak2 makan pulak. Dah mula nak groggy. At last kami berhenti kat tepi laut. Entrance dia kena lalu kat chalet. Hajat hati nak berhenti kat Pantai Irama ke ..... Berayun (tak ingat nama), tapi tak terjumpa pulak. So atok main ghedah jelah. Ikut jalan ke chalet tu and terus ke pantai. Makan lah kami kat situ. Berselera betul budak makan. Bentang tikar and sambil menikmati angin pantai kami pun bersantaplah. Ayam masak serai yang tadinya 1 ekor (minus 3-4 kpg untuk kakak)tinggallah 5-6 keping aje. Kita yang tengah berdiet ni pun tergodalah gak. Tapi nasib baik boleh controllah jugak.
Kami tiba di destinasi lebihkurang jam 4.45pm. Lepas dah solat semuanya kami pun keluarlah nak membeli belah kat supermarket yang terletak kat sebelah tempat penginapan kami. Sambil2 tu cari kan Along Handycam yang dia nak tu. ( Busu my youngest brother dah tolong surveykan kat JB). Cari2 punya cari adelah satu kedai 'YES' nama dia. Kita pergi with Wan, Atok & Along je. Cik Abang layan anak yang 3 lagi ke swimming pool. Budak yang 3 tu memang tak ade kerja lain. Asal ke hotel je nak berendam.Wan and Atok kata tak pelah cuba kita cari tempat lain sebab China tu tak jual yang kita nak. Dia jual jenama lain. So balik lah. Sebelum tu singgah beli apple and Cik Abang pesan beli tit bits untuk anak2. Tak sangka masa balik dah dekat pukul 8:00. Dah gelap rupanya. Malam tu kami tak beli food since masih ade lagi bekalan. Cik Abang memang frust sebab dia kalau ke KB memang suka shopping makanan. Bukanlah ape, makanan kat KB ni memang lah murah dah sedap. Sedap sekali sampai menjilat jari.Ade nasi kerabu, nasi dage, nasi impit kuah kacang, nasi tupang, pulut pagi, pulut bakar, ayam percik, SOM TAM (fav. Cik Abang and Wan), ayam bakar etc.
Next morning, Along, Angah & Maya aje yang turun makan. Yang lain beli aje food kat luar. Kita yang dah 2 minggu tak ambik breakfast pun tergugat jugaklah. Atok kata makanlah... nanti kalau dah sakit puas pulak nak suruh makan. Kita pun apelagi. Makan lah gak tapi in small portionlah. Ambik nasi tupang sikit and rasa nasi dage yang Cik Abang punya. Pagi tu aje breakfast, dia beli kat 15 bungkus kot plus ade ayam bakar and pulut2 nilah. Lebih kurang 30++ ringgitlah. Tapi berbaloi. Sedap & murah. Of courselah tak habis, dapat simpan for lunch nanti.
Sebelum kami bertolak ke Rantau Panjang pagi tu, Along kata dia nak jumpa kawan dia yang dia dok chatting tu. Kami tak tahu until late last nite. Dia kata dia tak nak ikut ke RP sebab nak jumpa kawan. Takut nak lepas. Sekarang ni banyak orang yang con. Kami kata kalau nak jumpa suruh budak tu tunggu kat Lobby. Abah nak jumpa dulu. Surprisingly the girl came with her parents jugak. Baguslah tu at least bukan kita je prihatin kat anak2. Takut jugak orang menyamar ( walaupun Along kata dia dah cakap kat ph dgn the girl). Nak2 semalam tu ade 1 orang budak kena rape and murdered kat UDA, JB. (Orang banyak dah gila akhir2 zaman ni).Lepas dah beramah mesra dgn parents kawan Along, we left her with Angah. They all kata nak ke Shopping Center sebelah tu. Nak cari 'Naruto' VCD lah and entah ape2 ( They all boleh baik pun sebab they have the same interest - cartoon characters from Naruto and Conan).
We left for Rantau Panjang about 11:00am. Lepas dah selsai order frame tingkap kat
Wan Sauzi ( dia jugak yang buat fame rumah yang kami tinggal sekarang), we headed to the so called kawasan bebas cukai di RP. Biasalah kalau kat sini. Rambang mata. Cari2 jugak Corelle yang minat. Dapatlah gak tapi bila tanya the display set yang tak cukup korum tu aje yang tinggal. Kak Ina ( wife Abg Anip dah pesan suruh beli sebab dia tak ke RP or Pengkalan Kubur memandangkan Pak Itam yang tak kuat jalan lah. Pak Itam now is using wheelchair). Bunga yang Kak Ina nak tu tak de. Teringat kat satu kedai yang kita pegi a few years ago masa beli melamine. So jalan ke situ tapi bunga yang dia nak tu tak de. Kita pulak yang terpikat kat casserole. Dah lama terigin nak yang ni. Kalau beli ikut catalog Arcopal, satu set 480, kalau vantage 500+. Tak larat mahal sangat!! Manelah tak tergoda yang kita tengok tu baru RM 150 snd sama macam kat Arcopal catalog tu. Call Cik Abang ( dia and the rest tunggu kat kereta), ok ke nak beli. Dia kata belilah. Cik Abang pun memang suka benda2 macam ni. Lagipun member good mood masa tu. Kenapa ye? Lepas dah beli tu mengangkut lah ke kereta yang about 200m away. Berat jugak. Maklumlah porcelin. Masa beli2 tu takut jugak lah. Kot kena cukai tak berbaloi.
Smapai kat kereta, Cik Abang tengah mengenjoy colek dia. Fruits like mangga muda & jambu air makan ngan sos petis(?) pedas. RM 10.00 dia beli. Cik Abang kalau kena colek or rojak buah ni, memang fav dia. PAtut pun good mood. Lepas dah beli tu, baliklah kami. Dlm kerete tu tanya jugak if boleh pergi Pengkalan Kubur sebab tak jumpa lagi barang yang Kak Ina nak. Kesian pulak. ( ni nak gi sangat pun sebab tak kena cukai pun - Alhamdulillah). Cik Abang kata no problem (perut kenyanglah tu.... ).Tiba di PK pun payah betul nak cari corelle tu. Kita lak yang terpikat kat satu Porceline set tu. Tanya Cik Abang ok ke boleh beli? (walaupun dah beralmari pinggan mangkuk kat rumah ni - nafsu!!). Cik Abang tunjuk thumbs up!! Seronoks nye. Kita belilah 2 set of 38pcs. Dapat offer less 100 from each set. (Karang Pak Teh & family datang boleh show off pinggan baru...he...he) Suspense jugak takut kena cukai lagi. Tadi sebelum enter PK dah declare barang yang beli kat RP. Lepas dah selesai brg2 yang kita beli tadi, mencari pulak untuk kak Ina. Nasib baik dapat. Belilah 2 set jugak untuk dia. Tapi mahallah. Set of 18 pcs harga dia 299. Orang tu kata std price all over Malaysia kat Free Trade Zone. Oklah. They all pack into one box. Selain dari nak elak cukai, senang jugaklah, save space kat kereta yang dah nak muntah dengan barang2.Nasib baik cukai kena 30 aje. Baik Pakcik Kastam tu. Dia kata kalau nak pakai sendiri tak pe. Siapa pulak nak buat jual???Alhamdulilah.
Lepas balik dari PK, kami singgah kat KB Mall. Along punya Handycam tak dapat lagi. Kena gi jugak petang tu sebab besok tu dah Raya. Takut jugak kedai dah tutup sebb masa tu dah dekat pukul 5:00. Cepat jugak jumpa kedai tu, terus ambik model yang Busu beritahu and beli. Masa tu sempat cakap kat Along yang Abah dia tak kasi beli sebab mahal sangat. Dia macam frust gak. Mak dah janji kalau dapat result bagus nanti nak belikan Dhirah. Along kata. ( Along ni dia memang suka ambik gambar selain dia gila PC). Lepas dah siap semuanya kami balik ke hotel. Along tak tahu lagi yang kami beli. Muka dia relax aje. Maya pulak asyik buat Syhhh!! aje and kata ke Hakim suruh simpan rahsia.(Nilah budak2 punya stle simpan rahsia. Rahsia dah tak jadi rahsia kalau gitu). Kita, Wan, Maya and Hakim naik dulu, bawakan dia ear phone yang dia nak. Dia punya dah putus. Cik Abang and Atok dok transfer barang ke kereta Atok. Handycam tu kat Cik Abang lah. Bila Abah dia naik, dia tak perasan lagi. Lama baru dia nampak. And she was so elated. Sampai menjerit and senyum2 yang tak leh control. Kata kat dia dia kena buat ape yang kami suruh for the next 3 months and jangan lupa yang hadiah tu utk cover PMR and SPM. Semua kena score A's belaka.. InsyaAllah.Lepas tu dia bawak adek2 dia ke swimming pool. Lega sat bilik tu.
Ptg tu Cik Abang pergi beli food. Ingatkan dia dah kenyang sebab makan 2 bungkus nasi kerabu lepas balik dari KB Mall tu, dia boleh control from buying a lot of makanan. Rupanya tak jugak. Ayam Bakar, Ayam percik, Som Tam, Nasi Kerabu, Nasi Dage, semuanya ada. Belanja taklah banyak sgt. Lebih kurang tadi pagi aje. Sedang kami siap2 nak makan (Masa tu kita dah lapar betul sebab lunch makan buah je), masuk pulak message dari kwn Along tadi. Parents dia ajak ke rumah. Tak pergi tak sedap pulak. So kita call and kataa kita will go tapi tok sah buat ape2 since kit dah nak makan. We went to their house and dihidangkan dengan celagi (asam jawa yang dah kering), keropok and limau.Rumah dia kat Padang Sasar. They were nice. Balik dalam pukul 10:30kot. It was a good daylah part of it sebab dapat joli. ( Habis duit bonus kita).
The next morning, Cik Abang dah tobat sikitlah. Dia beli makanan tak sampai 8RM. Oklah. Yang 3 eldest dah kebawah. Hakim masih tidur. Lepas breakfast, kita, Wan and Atok gi ke pasar Khadijah untuk nak beli sayur sikit untuk bawak balik ke Kerteh. Sempat jugak tawaf kat tingkat 3 pasar tu. Dapat lah beli batek yang cotton untuk Cik Abang. Payah betul sebab dia tak suka yang sutera tu plus kami was2 if boleh pakai or not. Beli kat Maya skirt sehelai and that was all.
We left for KT at about 12:15pm. Ondeway, call Abang Anip and told him that we are already heading for KT. Dia kata dia nak ke KB. So dok mintak2 boleh jumpa tengah jalan. Alhamdulillah, dapat jugak jumpa they. Berenti sat kat tepi jalan, salam2 and balik. Tiba kat rumah Wan Pari & Tok Uncle (Wan Pari is my father's youngest sister. Both asal JB tapi dah merantau ke Teganu ni dah more than 20 years sbb Tok Uncle keje dgn company minyak kat sini), duduk kejap and kami dijamu dengan Nasi Ambeng. Mak mentua Wan Pari ni jawa kot thats why dia terror masak nasi Ambeng ni. Ni pun kami yang request sbb masa makan waktu Raya puasa baru ni, sedap nya tak terkira.We left their place at about 5:30pm and reached home about 7:45pm. Kete banyak so had to go slow. Polis pun banyak.
Malam tadi pun tidur lewat sebab kemas2 barang yang dibeli. Dah cuci pinggan baru sebab nak ade tetamu tengahari ni. Ni nak gi masak lah ni sat lagi.....