Dari Teratak Maklang

Wednesday, May 31, 2006

Kakak

Tak berapa hari lagi, kakak dah nak balik. Kiranya dah 12 tahunlah kakak bersama kami. Memula datang dulu tu, kakak tak tahu apa2. Dapat dia pun melalui maid Mak Ngah. Kebetulan maid dia ada sedara kat sini and dia tolong carikan maklang pembantu. That was in September 1993, about 2 months lepas Dhirah was borned. Masa tu Kakak baru berumur 19 tahun. Kakak masuk kerja kat rumah maklang 2 hari sebelum maklang mula kerja. Wan masa tu masih kerja. Suspense jugak nak tinggalkan Dhirah ngan kakak, maklum lah baru 19 tahun. Masa baru masuk tu maklang beritahu dia yang kalau boleh tak naklah anggap dia macam maid. Kalau boleh nak jadik macam sedara je.Kiranya oklah kakak dapat bertahn sampai umur Dhirah nak masuk 2 tahun 3 bulan. Kerja rumah beres and bersih. Masak memasak memang maklang yang buat sebab Cik Abang prefer kalau isteri dia yang masak.

Bila maklang mengandung Angah 7 bulan, kakak sibuk nak balik. Dia kata dia dah tak nak kerja. Masa tu permit dia masih belum dapat buat lagi. Tiap kali kakak balik kg. **ndan, kami risau sangat sebab selalu ada raid. Tapi Alhamdulillah tak pernah pulak dia kena tangkap. Ada jugak dia sampai sembunyi dalam semak sebab takut kena tangkap. Maklang pun masa tu takut jugak sebab ada employ maid yang tak de permit. Bukan nya tak nak buat. Dah 2 kali cuba masukkan permit melalui orang yang mendakwa dia agensi (salah sorang tu was my auntie's friend) tapi dua2 bila dapat duit semenya lari. Geram betul. Terbanglah RM 3K. Masa tu punya lah susah nak simpan 3k tu (sekarang pun susah gak!).

Lepas 2 bulan kakak balik, dia hantar surat kata nak kerja ngan maklang lagi. Suka sangat masa tu. Maklang pun call dia kat rumah jiran dia and kata akan hantar duit untuk nak buat pasport. Beritahu jangan datang dulu sehingga dapat calling Visa. Tapi kakak tak sabar nak datang, dan terus naik kapal and turun kat Tanjung Pinang and terus ke KL naik bas. Kalau ikutkan memang tak boleh sebab kena ada calling visa then only can employ. Tapi kami teruskan jugak nak ambik dia. Mintak tolong kat Pak Hitam (my uncle) and dia ada kenal orang kuat kat Immigration tu. Selesai dapat calling Visa tu, kakak balik ke Johor and Atok bawak dia ke Singapore untuk nak chop pasport and then baru official dia punya permit tu. Oklah and she worked with us till Maya dah almost 2 yo.

Masa tahun 1997, kami pindah ke Kerteh and bawak kakak sama. Kami naikkan gaji dia RM 100(sebelum tu dah naik banyak x gak). Takut jugak dia tak nak ikut . Payah nak cari yang sesuai. Masa tu dah 4 yearslah dia kerja ngan kami. Kiranya lama lah tu. Tahun 2000 kakak kata dia nak berenti, nak balik ke Indonesia. Nak kawin kata dia tapi dia tak jumpa lagi yang sesuai ngan dia. Masa kakak nak balik tu we were really sad. Tapi nak buat camana dia ada family dia jugak. Masa dia di sana dia ada hantar berita yang kat sana susah. Kalau makan ikan 2 ekor tu, kena share 4 orang, makan siang malam, sedihnya dengar. Kalau banding kat sini 1 ekor seorang. Meratah lagi ada bebudak nih... Masa maklang baca surat dia tu maklang nangis. Tapi tak leh nak buat apa2. Sebab masa tu dah ambik maid baru. Nama dia Henny. Nak ambik 2 orang tak larat bayar pulak.

Dengan maid baru ni maklang tak berapa sesuai. Kerja memula oklah, tapi yang maklang tak suka is dia suka merayap. Pergi rumah jiran2 and tengahari buta tu suap Maya makan kat rumah jiran. Ni yang maklang paling nyampah. Keluar bilik air berkemban aje. Bila kita beritahu yang kalau masa dia keluar bilik air tu, Cik Abang ada kan ke tak elok. Dia jawab, eh Cik Abang kan tak de kat rumah!. Konon kita tak nak buat dia macam maid and kita ajaklah dia makan sama and dia pun duduk sebelah Cik Abang. Masa tu kata memang tak ada intention nak sambung permit dia and the feeling was mutual. Bila makalng bersalin kan Hakim, maklang call kakak kat rumah dia, dia kata dia nak datang balik. Lega nya. Pulak masa tu kan tengah having difficulties sebab Hakim sakit. Alhamdulillah, semuanya ok. Kami hantar duit ke kakak untuk nak buat pasport and biayai all her cost. Nasib baik about a month or so, kakak dapat masuk and that was like 5 years ago.


So in total, kakak dah kerja kat sini almost 12 years. Bebudak tu takut dengan dia lebih dari mereka takut kan maklang. Yang maklang suka dia sebab dia pembersih and dia jaga barang dalam rumah ni macam dia punya. Dengan anak2 pun dia ok. Cuma satu je, kakak ni kalau buat kerja, laaaaammmmbaaat sangat. Tapi oklah kerja siap. ALhamdulillah...


Flight kakak ke Surabaya will be on 6 Jun 2006 ni. InsyaAllah kami akan hantar dia ke KLIA and kalau ada rexeki, mana tahu kami terbang ke Surabaya tahun depan. Tapi kakak kata, entah tak sempat lagi 1 tahun ni dia dah balik semula ke sini. May kakak menemui jodoh dia, InsyaAllah....


Bibik baru dah standby kat ruamh Wan diJB. InsyaAllah nanti kami jumpa di KL nanti...

Tuesday, May 30, 2006

Goodbye...my friend

Dear all,
People come and go, and it’s my turn to end my career with XXX.
Today is my last day I’m coming to this office after more than 3 years
working with this company….
It's been a pleasure to become a part of XXXX team and I've
learnt a lot, thanks to each and every one of you for being a good
colleague and it has been a pleasure to work with all of you. We had a
fight, we had laughter and we even shared our sadness together just to
give the best service for the company and its valued client….
Last but not least, thank you for the experience, knowledge and
guidance...I really appreciate it...and sincere apologies if I've offended
any of you... I hope that we'll still be in touch….
I wish the organization a continued success…
Wassalam and Sayonara…

Regards,
MMM
xxDEPT.



All of us in the office received the above mail today. Sedih rasanya bila salah seorang anak buaah maklang nak berhijrah ke company lain. Maklum lah dia yang paling rapat dengan maklang dalam department ni. Almost all projects yang maklang buat adalah dengan dia. Kiranya dia is my right hand man.

Sedar tak sedar dah hampir empat tahun MMM bekerja dengan kami. Memula tu MMM join opis kami sebagai trainee sahaja. Dia buat practical kat opis ni dan bekerja directly bawah maklang. MMM ni masa memula join dulu, senyap sesenyapnya. Malu2 je. Maklang pulak kalau dapat adek2 yang pendiam mulalah suka nak usik and kacau. Lepas habis Uni, MMM diambil bekerja di sini dan sejak itu kami bekerja bersama. MMM ni memang rajin and boleh diharap. Kalau ada kerja yang perlu disubmit cepat, MMM dengan rela hati akan stayback and selesaikan kerja2 yang ada. Adakalanya kami terpaksa kerja sehingga lewat malam. Kadang kami bekerja sehingga pukul 12-3:00 pagi. Dan adakalanya sampai pukul 5:00pagi. Ni bila ada project yang kena submitlah ni. Tapi biasanya maklang akan pulang paling lewat pukul 12:30 malam. Maklang akan cherish the moments that we have spent in the office, trying to complete the jobs and all. Alhamdulillah we got along very well.

Masa berlalu begitu pantas dan dah tiba masanya MMM nak beralih tempat. So, tengahari tadi, we had a lunch for MMM kat K**P, kat sini. Before that ARP dan RAK dah bawak MMM gi ke Kemaman untuk nak beli farewell gift untuk MMM. All maklang punya good wishes untuk MMM and his family and may he find a smooth path for his career, InsyaAllah....
the air that we had...


sambal belacan mesti ada..








ni the lunch that we had...sedap gak!!


kawan2 tengah menjamu selera.


ini pun sama


ni pun sama


ni gambar the gadises yang duduk semeja ngan maklang


tengah menjamu selera


more of my colleagues


Our department boss giving away the hadiah kenangan...

Monday, May 29, 2006

Cik Abang demam

Hari ni masa balik kerja tadi, Cik Abang pergi ambik anak2 dari rumah ustadz sebab masa cuti sekolah ni anak2 pergi mengaji kat rumah Ustadz. Biasanya Ustadz yang datang ke rumah. Tengahari tadi pun Cik Abang yang pergi hantar mereka sebelum masuk opis.

Maklang pulak petang tadi lepas opis pergi ke rumah kak Ton, my faberet taylor. Maklang kalau baju blouse semuanya tempah kat dia. Jahitan dia cantik and kemas. Macam kat boutique punya quality. Tapi disebabkan di kampung, harga tempahan dia murah aje. Tapi satu slacknya, tempah kat kak Ton ni kena sabar bebanyak. Berbulan2 baru siap. Dari situ maklang pergi ke kedai runcit sebab nak beli minyak masak, roti and gula. Sekarang ni gula memang jadi bahan catuan. Sekali beli cuma boleh dapat 1 kg je. Payah betul. 2-3 hari lepas masa pergi kat pasaraya, percaya atau tidak, 1 kg gula pun tak de. Then maklang gi hantar opismate ke rumah dia.


Bila sampai kat rumah, maklang tengok Cik Abang tak de kat bawah. Kenkadang memang lepas balik dia terus naik atas, mandi and siap2 untuk nak dinner. We normally have an early dinner. By 7:00pm kat dapur tu dah clear. Tapi kenkadang lewat jugak. Bila tahu Cik Abang tak de kat bawah, maklang as usual terus ke dapur untuk nak siapkan bahan2 unutk nak masak besok pagi. Tapi tadi tu teringat ada tauhu yang dah nak expire and also sengkuang yang FIL beli last week, so terus lah cadang2 nak buat rojak. Petis dia memang dah freeze. Maklang prepare last weekend. So, potonglah sengkuang, carrot and timun, sambil2 menggoreng tahu 4 keping. Bila dah siap seme, terus mintak anak2 panggilkan Abah mereka but I was told that Cik Abang demam and tengah tidur.


Ini gambar archive sebenarnya...tapi ni similar to the one that I prepared petang tadi..Feberet my darling Cik Abang



So, tak pelah biar aje dia rehat dulu and I ate the rojak with Angah and kakak. Then naik atas, almost 6:45pm, check Cik Abang, rasa dahi dia taklah panas mana. Dedar sikit...Alhamdulillah. Dia tersedar masa maklang rasa dahi dia. Tanya if kena hujan tadi petang. Dia kata taklah mungkin hujan petang semalam. Semalam masa Cik Abang balik dari opis memang hujan renyai2. Kesian dia. Maklang ni kalau ada ahli keluarga yang sakit memang lah risau.


Then, tinggalkan dia and gi jahit the bantals for my nieces. Ni dah siap pun. Legaaaaa...Lepas tu jahitkan butang baju yang baru ambik kat kak Ton tadi (kak Ton tak de pulak butang dalam simpanan dia and nasib baik ada pulak spare butang2 kat rumah ni)



Ni maklang kasi peep sikit kat the sarung bantal untuk Adila. The whole thing nanti boleh masukkan kat blog bila dah nak serah kat tuan dia, InsyaAllah..




Ni pulak untuk Bree...


Dan ni jugak untuk Bree.




Ni Cik Abang dah pun ok sikit. Agaknya penat dia ke offshore tempohari tak ilang lagi. Then semalam and today sibuk lagi kat opis. My darling tu tak boleh over worked walaupun kuat and suka kerja. Lagi satu ,dia tak boleh langsung kena hujan. Memang demam lah jawabnya, unless cepat2 mandi lepas terkena hujan. Mintak2 pada Allah semuga dia cepat sembuh dari kelesuan dan demam dia, InsyaAllah...

Saturday, May 27, 2006

Sibuk, sibuk dan sibuk

Teleng dah leher ni...tapi jangan sangka yang bukan2. Mentang2lah Cik Abang is already back from offshore, kang orang ingat teleng lain pulak!!


Ni update blog ni pun sebab tadi masa cakap ngan Mak Teh dia kata...Wah sampai tak update blog sebab Cik Abang dah balik. Tu salah satu sebab lah, tapi sebab kenapa tak update blog dan sebab teleng ni is because sibuk, sibuk dan sibuk cuba nak siapkan x-stitch untuk anak2 sedara maklang yang comei2 tu...si Dilla and Bree (macam kat DH tu...), sebelum next week. Alhamdulillah tinggal sikit sangat lagi. Kalau buat dalam 10 mins lagi siaplah nak outline kan rambut baby tu and nak masukkan nama Dila and DOB dia kat xstitch tu. Untuk Bree dah siap.Tinggal nak jahit and jadikan sarung bantal je. InsyaAllah balik dari opis petang besok bolehlah jahit.


Semalam memang sibuk. Pagi tu lepas balik pasar, macam biasalah siap2 ikan , sotong, udang and ayam. Kakak pun tolong. Tak tahu nak masak apa. In the end buat Chicken cashew nut favourite Cik Abang, ikan goreng and kangkung goreng je. Lepas lunch tu tak ke mana pun. Sambil tengok TV sambil marathon buat x-stitch tu. Sambil2 tu sempat gak intai2 blog and cuba masukkan chatbox tu. Malam tadi pun sama. Tapi sempat YM ngan adek maklang kat JB and also my Uni friend. Lama tak dengar cerita!


Hari ni lepas solat Subuh tadi, ingatkan nak landing jugak sebab malam tadi, dok Ym sampai 12:30pg agaknya. Cik Abang masa tu dah lama belayar ( dia kata asyik mimpi pasal shutdown dia aje. Macam obsessed aje...Relax lah Bang, kalau mimpikan I ada gak faedah!!!)


Lepas breakfast nasi lemak yang kakak masak ( sambal and ikan bilis goreng, maklang dah siapkan petang semalam), terus je prepare food for lunch. Memang ada ajak my Uni friend (bukan yang YM malam tadi) masa kat US dulu singgah makan.So masaklah udang masak lemak cili padi with kacang panjang, sawi Jepun with mushroom, gado2 and ayam goreng ngan rempah. Kejap aje mereka kat sini sebab they are on the way to KB, sebab ada khenduri kawin. Seronok cerita2 sebab dah lama betul tak jumpa. Ada dekat 20 tahun agaknya!! Tapi yang best tu dia kata maklang tak banyak berubah...ehem..ehem...awet muda laa tu... (mulalah perasan memalam buta nih!!!Rambut putih dalam tudung ni dia tak nampak!)

Lepas tu kami bersiap ke opis mate punye wedding . Tak jauh dari sini. Sedap lauk daging dia. Lepas balik tu menx lagi sampailah sebentar tadi. Ingat nak masukkan gambar xs tu, tapi takut nanti tak surprise lak bila kami bagi kat mereka.

Eh.... OKlah all dah ngantok sangat ni...nanti I cerita lagi....Sob...sob..besok kerje.........

Friday, May 26, 2006

At last ....

Alhamdulillah the long wait has ended. Petang semalam maklang received a call kat hp and tak recognize number dia. Dok tengok je no. tu . Bila angkat terus dengar sore Cik Abang. Rupanya dia dah tiba (guna public ph sebab kat tak boleh bawak hp ke pelantar). Masa call airport orang tu kata dia tiba close tu 6. Terperanjat jugak...tapi seronok. Si Li yang was around pun terperanjat sebab Cik Abang balik earlier dari yang dijangka. Sebelum tu dia yang tolong taliponkan sebab maklang dah naik segan nak call the airport. (Macam Abang dia sorang je nak balik...asyik call je. Kang boring pulak operator tu kang)


Melompat I, dari tempat duduk I. Terus angkat bag, kemas2 and cabut. Beritahu Boss nak balik awal and OT last weekend tu kira replace my hours yang balik cepat nilah. Masa tu maklang senyum rasanya sampai nak terkoyak mulut!!!. Yelah ingatkan 1 -2 jam lagi ...(lama tu oi...)Bila dah turun bawah nak ke parking, terpaksa naik balik sebab tertinggal barang- my x-stitch yang buat masa lunch tu. ( Tadi tak balik lunch sebab ada orang belanja Pizza...sedaaaaaap!!!!). Boss and friends pun tersenyum...siap giat lagi sebab maklang tak sabar sangat nak gi ambik Cik Abang sampai tertinggal barang.



On the way ke airport tu, call Hakim suruh siap2 sebab nak bawak dia gi makan since office Abang ada buat makan sikit untuk farewell Boss dia. Tiba kat airport, Cik Abang was already there. Nampak perut tu turunlah sikit and he looked very tired. Mana tak penat, makan berjaga tapi tidur tak menentu. Kalau maklang sendiri pun sure nampak tua 10 tahun. Tapi penat pun tak pe...dia seronok dapat balik rumah. Legaaaaa....kata dia. Kalau kat platform tu, dah lah bilik kecik . Dah tu share ber4 pulak tu. Kalau masa shutdown ni memang kena share ramai sikit. Waktu biasa 2 sebilik.



Kami pergi ke farewell function tu kejap aje sebab dah nak habis pun. We were late sebab Cik Abang tiba lambat. After that we went to Maya's school to pick her up. Lepas tu kami balik and lepas mandi and solat kami pun bersantai sambil tengok Malaysian Idol. Sambil2 tu menjahit x-stitch untuk baby Makteh and Pak Chu. ( So,Makteh and Pak Chu, if you are reading this, InsyaAllah siaplah sarung bantal tu. Pak Chu dah 95% completed the x-stitch, Mak Teh punya 50% lagi. Today waktu siang kena struggle laaa...malam nak struggle lain laa...*wink*). Then update kat Cik Abang pasal anak2 and family...Lepas tu tok sah cerita lagilah. Lepas Isyak...Selamat tidur. Anak2 pun macam paham je...Masa maklang ajak Hakim tidur, Hakim siang2 dah kata, 'Hakim tidur kat bilik Angah.....'

Wednesday, May 24, 2006

Malam terakhir....InsyaAllah

InsyaAllah malam ni last le tidur ngan Hakim. Besok malam ada kawan dah...Tak sabar nak tunggu Cik Abang balik......


Petang tadi masa kick-off meeting untuk project juta2 tu, coordinator kata ada designer, Sal, cari maklang. Keluar2 aje Sal kata, kak ada orang dari office Cik Abang call. Dia kata Cik Abang suruh call balik kat platform. Berdebar2 gak. Entah2 kena delay Cik Abang kat sana. Betul boring ni kang. Si Li dok giat2...Ha...tu Abang dia call tu tak jadi balik laaa tu. Memang dari semalam officemates ni dok kutuk. Asyik dok nak ketawakan je sebab a few days back kata maybe Cik Abang will be delayed kat sana.


Maklang pun dengan suspense nye terus menalipon ke platform. Sekali dua kali ringing, operator kat situ angkat and terus mintak sambung kat Cik Abang.


'Assalamualaikum, Bang. Apakabar?'

'Baik', terdengar dia jawab dengan mulut yang penuh ngan makanan.

'Tengah buat apa tu?'

'Tengah makan ubat'

'Laa...sakit kaki ke?'

'Taklah...tadi lupa nak makan ubat, so ni Abang makanlah'. Cik Abang kalau a few days tinggal ubat Gout dia tu, siaplah kaki dia 'ketat'. Nasib baik ni dia ok.

'Abang suruh call kenapa?Ok ke progress kat site?'

'OK. Dah hand over dah seme cuba ada masaalan ngan MCB tu je. Asyik trip aje bila start MOV'

'Oh...nanti check. Rasanya masa kita buat design ok dah seme'

Masa ni suspense dah. Jangan kang Cik Abang kata dia tak dapat balik. Frust menonggeng lagi kang.

Blah...blah....blah... cerita pasal the design and nak solve camana. And finally maklang asked again.

'Abang jadi balik tak besok?'

'Jadi!' Masa ni rasa nak melompat keluar dari kulit (Nak jump out of my skin). Seronok nya...Masa ni jugak si Li duk sebok2 nak dengar conversation kami. Kalau Cik Abang tak jadi balik memang seronoklah dia ngutuk! Bila dah confirm Cik Abang nak balik besok, Li kata ' Eh...aku pulak yang seronok sangat dengar Abang dia nak balik!'


Sememangnya maklang rapat dengan 2-3 orang kat office ni. Kami ni satu team so bila buat project selalu bersama. Tu yang jadi close. Dah macam adek beradik dah. Lepas aje dapat cakap ngan Cik Abang, maklang terus cakap kat officemates kat my Dept.'Besok pagi breakfast, saya belanja!!!!"


Petang tadi pun call Cik Abang. Malam ni dia tak kasi call sebab mungkin sibuk nak on line semula. Cik Abang pun sebenarnya seronok nak balik tapi kalau dengar suara macam konterol macho je. Dia kata dia dah siap packing dah...Balik lah Abang and Abah tercinta, kami seme dah rindu....



YEAY!!!!YEAY!!!!BESOK ABANG BALIK!!!



Gambar2 di bawah hanyalah hiasan semata2 , tidak ada kena mengena dengan cerita di atas.



Masa nak snap gambar ni Hakim pesan...Mak, jangan ambik gambar basikal...Konon2 Hakim naik motor lah ni...Tengok mulut dia tu buat broooommmmm....

Gambar ni is dedicated to Mak Teh. Dia nak tengok sangat hydrangeas kat rumah maklang

Ini the row of hydrangeas yang baru ditanam and sedang berbunga. Tak sabar nak tengok semuanya berbunga...

Ni pulak resepi ciptaan maklang tadi pagi. Daging goreng rempah dan ketumbar. Boleh tahan jugak...Yang kat belakang tu ayam goreng ciptaan Ayam@s untuk breakfast.

Tuesday, May 23, 2006

Terkenang semasa dulu....

Ni Hakim masa dia demam masa dia kecik dulu. Kepala dia tu berbalut dengan tuala basah lah tu...

Ni pun Hakim tengah tidur..macam anak Cina. Dahi dia pun jendul! Keturunan nih...tengok dahi Abah dia and Pak Teh and Pak Chu lebih kurang je...



Gambar ni ambik in 2003. Along masa tu darjah 4. Angah darjah 1, Maya baru tadika 5 tahun and Hakim baru 2 tahun








Ni Maya, Hakim and Haziq kat rumah Wan kat Johor. Cute and cuddly je nampak dia orang ni...masa tengah siuman le...or else bercekau je. takleh usik sikit!!!



Ni Maya masa dia lima tahun. Nampak cam tembam sangat....


Ni Hakim lagi. Masa ni dia 2 tahun.




Kalau tengok gambar anak2 masa dia orang ni kecik, geramkan. Rasa nak cium2cium2 and cium and cium aje. Pipi halus, licin and wangi sesangat. Maklang pulak memang suka sangat cium budak2. Of courselah anak sendiri lebih2 lagilah.


Kalau ingatkan semula masa kaklong kecik2 tu puaslah kena cium and geromol. Dia masa kecik2 dulu montel (and dah besar ni pun terlebih2 montel dia macam mak dia!). Kalau masa baby dulu yang best sekali cium dia is masa dia baru bangun tidur. Selalu berebut dengan kakak nak cium leher dia. Baunya macam lipas!!!Betul tak tipu!! Macam lipas. Peluh dialah tu.


Angah pulak masa baby dia comel sangatt. Tembam memanglah tembam. Dia tak seputih Along dia. Mata dia paling cantek. Selalu orang kata dia macam Siti Nurhaliza. Dengan jendul dia and all. Sebijik macam Siti.Tapi sekarang ni dia lebih mirip macam bugs bunny..bak kata Alonglaa...


Maya kecik2 memang punya suara yang sangat nyaring. Kalau dia menjerit bingit betul Tak padan halus. Ramai2 anak maklang, Maya masa lahir, dia lah yang paling berat. 3.6kg tapi bila dah besar ni dialah yang paling petite. Atok kata Maya ni rupa dia macam anak orang Burma. Kulit agak gelap and rupa macam China. Tapi ada gak yang kata rupa and gaya Maya ni banyak ikut Mak DE- adik bongsu Cik Abang.


Hakim....buah hati sorang ni...anak jantan ni. Makin besar makin nakal...tak terlayan maklang.


Itulah kan anak2 ni bila kecik2 tu nak cubit pun sayang, dah besar ni geram dia jadik lain lak..kadang rasa nak cubit2 bila tak dengar cakap. Sebab tulahkan...kena banyak bersabar dengan anak2 nih...Amanah Allah. Moga2 maklang dapat mendidik mereka menjadi insan yang berguna, InsyaAllah...

Monday, May 22, 2006

Sejuk mata memandang....



Cuaca di Kerteh sekarang...dari rumah kalau tengok kat pergunungan tu macam ada kabus...ala2 macam kat luar negara jek....

Ni salah satu pokok kegemaran maklang..
Pokok pontianak ke lansuir ke ? atau birds nest...
ni dari anjung rumah
my favourite hydrangea...



lily sedang berkembang
ni my progress for latest x-stitch...

















Dua tiga hari ni asyik mendung aje. Kenkadang rasa macam kat luar negara pulak. Mula menjiwanglah ni. Seronok bila mendung2 and hujan setelah sekian lama tak hujan.Sejuk sikit. Kalau tak tu badan sampai gatal2 sebab banyak sangat berpeluh.

Bila cuaca mendung mood pun mendunglah jugak. Tapi Alhamdulillah dah ok sikit today. Lagipun kat opis tadi agak sebuk lah jugak. Tak sempat nak menjiwang walaupun dapat e-mail dari Cik Abang yang kata maybe dia balik lewat 2-3 hari dari original date tu.

Petang tadi masa sampai rumah aje, FIL dah duduk dalam kereta dia. Dia kata dia nak pergi isi minyak kereta dia sebab dia kata dia nak balik Kontan besok. Dia kata dia ada check up untuk darah dia. Lepas tu dia kata lepas checkup on 24.5 tu dia nak balik ke mari nak teman kami anak beranak masa ketiadaan Cik Abang ni. Maklang rasa terharu sebab FIL cakap macam tu. Maklang beritahu FIL bahawa it will be ok kalau dia balik sebab kami pun sebenarnya dah terbiasa ditinggalkan oleh Cik Abang atas urusan kerja (Bak kata Jo, sayangkan isteri di tinggal2kan....). Tapi Maklang kata kat FIL it is still up to him, kalau dia nak datang, silakan lah. Kalau tidak pun tak apa. Lagipun, kalau tak ada apa aral Cik Abang akan balik pada hari Khamis, Jumaat or Sabtu, depending on the progress of work (jenuhnya nak tunggu...)


Sejak FIL ada di sini since about one month ago, maklang rasa FIL enjoy. Dia rasa suka sangat bila Cik Abang kata, FIL can help around with watering the pokok bunga kat rumah ni. Cik Abang kata kat FIL yang Pak Omar ( our gardener) can be relieved from that job. So Pak Omar cuma jaga pokok aje sebab FIL nak sangat get involved dengan house chores, serba sedikit. Sebenarnya bukan kami tak nak FIL tolong, tapi keadaan FIL yang dah 71 years old tu membuatkan kami rasa tak sampai hati. Tapi tak apalah, asal dia suka sudah lah. For one, maklang tahu FIL enjoy the food that me and kakak cooked. Tadi siang dia komen yang dia tak tahu nak makan apa sebab banyak sangat pilihan. Walhal ada 3 macam je. Tom Yam, telur bungkus and sawi Jepun goreng dengan udang kering with oyster sauce and cendawan. Nampak FIL makan berselera sekali. Maklang tahu yang FIL memang suka sangat telor bungkus sebab masa dia duduk sini 1-2 bulan yang lepas dia memang suka sangat makan masa maklang masak lauk tu.


So, besok tinggallah kami anak beranak with kakak. Kalau besok rasa tak selesa or takut, maybe bolehlah ajak cousin maklang or Pak Omar and Kak Yah teman kami.

Semuga Cik Abang cepat pulang.....





My FIL, walaupun dah 71 tahun, FIL masih segak lagi. Maklum lah bekas tentera....Sekarang FIL tinggal di Kontan dengan anak sulung dia sejak pemergian MIL 2 tahun lepas.

Sunday, May 21, 2006

Tanpa mereka siapalah aku.......

Engkaukah itu…..?


Senja berulam rindu
Dan kusebut namamu
Dalam suara yang bisu
Engkaukah itu

Dan ku ulang kembali
Sewaktu dalam sunyi
Nyanyian kata hati
Rindukah itu

Biarkan kemesraan berlalu
Bersama kesunyian yang padu
Akan ku sebut namamu selalu
Namun ada rindu yang lebih dari itu
Kasih dimana janji
Dan kau terus kah lari
Dari ku yang menanti
Engkaukah itu



Semalam baru jumpa CD Sudirman yang lama menghilangkan diri. Kat rumah ni kalau beli CD baik lagu atau cerita cepat aje hilang dia. Puas pesan kat anak2 supaya cermat2. Entah macamana semalam masa bukak DVD punya tempat terjumpa pulak CD Sudirman favourite maklang yang lama tak nampak. Maka tadi pergi balik kerja berputarlah CD tu. Dan terdengar lagu yang mempunyai lirik macam di atas. Ni dah dekat 15 kali agaknya lagu ni berputar kat laptop ni. I tengah jiwang karatzzzz ni. Teringat kat Cik Abang yang jauh di mata. Maaflah kalau setiap hari maklang nyatakan kerinduan kat blog ni. Mesti yang membaca bosan agaknya….Macam orang angau lak ….



******************************************************


Tadi sedang maklang menyiapkan bahan2 untuk besok punya lunch and dinner, maklang suruh Hakim masuk mandi. Suruh bukak baju and masuk bilik air sementara maklang siap2kan bahan. Adalah dalam 15 mins dia dalam bilik air tu, dia tak keluar2. Kakak was busy doing something else.

“Kim, jangan lah buang air banyak2. Nanti mak nak mandi tak de air”

“ OK”, dia jawab.

Lepas tu dia masih lagi dok pancut2 air. Maklang tak nampak lah sebab kat dapur luar.

“Kim…..nanti kalau Akim mandi lama2, Akim jadi ikan”

“Aha…jadi ikan kaloi”, kakak sambung. Kakak masa tu ada dapur atas.

“Mak, Akim dah jadi ikan dah!”, Akim jawab dengan selambanya. Bukan dia takut bila kita kata dia nak jadi ikan. Dijawabnya pulak.

Maklang and kakak dok senyum sendiri kat dapur tu. Hakim lately banyak sangat cakap and banyak sangat cerita. Kalau kita suruh dia buat apa2 mesti ada jawab dia or soalan dia. Macam malam tadi, Datok (FIL), sampai suruh Hakim naik tidur sebab Akim asyik cakap sampai Datok nak tengok TV tak senang. Dua kalilah Datok suruh!. Biasanya Datok rajin layan Hakim tapi agaknya pot pet dia teruk sangat sampai Datok pun tersurrender …Maklang kenkadang pun sampai cakap ngan Hakim, kalau banyak sangat nanti BA* tumbuh kat mulut dia!


Nasib baik ada Hakim or else mak dia lagi sunyi….and nasib baik anak2 yang lain juga menghiburkan hati mak dia yang kesunyian ni…tanpa mereka siapalah aku??

*BA- BonT*T Ayam




Buah hati pengarang jantung hidup ku...sedang lena dibuai mimpi








minah kecoh.... anak sulung tercinta...







Minah over ----- tanpa havoc mu sunyilah hidup mak...ni terkenan dugong kat Sea World hari tu!!!








Comelkan gigi dia yang rompong tu....kalau merajuk dia, kalah asam jawa!!!!







Si ikan jantan mak!!!

Saturday, May 20, 2006

Nasib seorang wanita

Maklang pergi gunting rambut dengan kakak, Maya and Hakim tadi pagi. Kak long and Angah ke sekolah. Kaklong ada outing pergi ke padang sasar dengan group kadet polis dia and Angah kena attend Kelas EMAS untuk persediaan UPSR. Kelas EMAS ni diadakan untuk anak2 tahun 4-6. Masa kami pergi tu FIL tinggallah seorang diri kat rumah. Mulanya ingatkan sekejap aje but it took us almost 3.5 hours jugak sebelum balik ke rumah semula.


This is the first time maklang gi gunting rambut kat sini. Biasanya pergi gunting rambut kat another kedai. Tapi kedai tu buat untuk pompuan and lelaki. So bila nak gunting rambut kenalah duduk kat tempat yang ada langsir tu untuk nak tutup sikit or else free2 aje bukak aurat. Habis nak buat macamana sebab kat sini kedai gunting rambut tak banyak. Satu lagi kedai China. So, hari ni maklang pergilah kedai baru ni. Kedai ni dimiliki oleh kawan pada my officemate. Officemate cerita yang dulu tuanpunya kedai ni, maklang namakan N, memang dah ada kedai gunting tapi bila dia bernikah maka business kedai gunting ni pun ditutup.


As a first timer kat sini, maklang pun mulalah cuba nak beramah mesra. Kami perkenalkan diri masing2. Tanya lebihkurang duduk kat mana. Anak berapa and so on. Bila cerita2 tu maklang pun tanyalah kat dia, suami kerja apa. Bukannya nak apa, sebab bandar ni kecik, mungkin maklang kenal suami dia. Ialah kat sini, pusing2 jumpa orang yang sama jugak!

N pun jawab,' Saya tak ada suami!'

Alamak...did I get into the wrong topic? Nak stop gitu nampak abrupt sangat. So, I joked kata takkan tak de suami, anak ada.

N kata,' Suami saya lari kak!'

Bila N dah bukak cerita, maklang dengar aja. Dia kata di bukan nak burukkan suami tapi nilah hidup dia. Dia kata suami dia kawin lain dengan orang yang about 11 years older than him. Dia kata suami dia dulu tak macam tu, alim, warak. Setiap kali azan kat surau sebelah rumah tu memang dialah yang azan. Suara tak ubah macam kat TV. Dia kata dia tak tahu pun yang suami dia dah nikah sampai beberapa lama. Maklang tanya dia (since dia nampak sangat nak cerita, so rasanya oklah kalau tanya kot!), kenal ke kat perempuan tu?

"Kenal kak! Dia pernah datang menyamar nak jual kain lah, nak jahit bajulah. Dia datang kat rumah N"

"Oh..,macam tu".

N kata masa perempuan tu datang, dia tak tahu pun yang tu madu dia. Dia kata dia memang tak sangka yang suami dia buat macam tu kat dia. Kesian maklang dengar. N kata lagi yang dia dah beberapa lama, lebihkurang 5-6 bulan tak tengok suami and tak terima apa2 nafkah dari suami dia. Macam2 lagi N cerita, macamana dia dapat tahu yang sebenarnya tentang perangai suami dia. Maklang dengar aje laa and bersyukur setakat ni perkahwinan maklang tak macam tu. ...Syukur ALhamdulillah.


Memang banyak sebenarnya perkahwinan yang macam ni cuma kita aje yang tak tahu. Bila maklang dengar N punya cerita tu maklang jadi insaf dan bersyukur pada Allah kerana mengurniakan suami yang baik...Itulah rasa syukur sangat...tapi macamana pun memang still kena jaga baik2 jugak. Kalau harap suami aje baik tapi kita tak betul tak jadik jugak. Tiap2 hari kena baja dan siram lah...Baja dengan masak sedap2, buat apa yang dia suka, pakaian and rumah serta anak2 mesti dijaga and siram dengan kasih sayang yang tidak berpenghujung. Berdoa sentiasa pada Allah semuga memanjangkan jodoh dan memberi rahmat kepada perkahwinan kita....InsyaAllah....


Sebenarnya tengah teringat sangat kat Cik Abang. Itulah masa dengar lagu2 jiwang lagilah jiwang jadiknya......So...lagu ni ditujukan khas unutk Cik Abang tercinta yang sekarang ni jauh di mata tapi tersangatlah dekat di hati...RInnnnnnnndu!!!


Bukan Cinta Biasa

Begitu banyak cerita
Ada suka ada duka
Cinta yang inginku tulis
Bukanlah cinta biasa

Dua keyakinan beza
Masalah pun tak sama
Ku tak ingin dia ragu
Mengapa mereka selalu bertanya


Cintaku bukan diatas kertas
Cintaku getaran yang sama
Tak perlu dipaksa
Tak perlu dicari
Kerna kuyakin ada jawabnya oh...
Andai ku bisa merubah semua
Hingga tiada orang terluka
Tapi tak mungkin
Ku tak berdaya
Hanya yakin menunggu jawapnya

Janji terikat setia
Masa merubah segala
Mungkin dia kan berlalu
Ku tak mahu mereka tertawa

Diriku hanya insan biasa
Miliki naluri yang sama
Tak ingin berpaling
Tak ingin berganti
Jiwa ku sering saja berkata

Andai ku mampu ulang semula
Ku pasti tiada yang curiga
Kasih kan hadir tiada terduga
Hanya yakin menunggu jawapan




Tapi lagu ni tak ade kena mengena ngan kisah percintaan kami...saje suka2!!!

Thursday, May 18, 2006

Busy weekend ahead

Baru cadang2 nak relax minggu ni banyak pulak benda yang nak kena buat. Even tadi kat opis meeting tak habis2. Tak selesai satu meeting, kena lak attend satu lagi. Then second meeting tak selelsai lagi terpaksa excuse diri untuk nak ke Client’s office nak gi meeting kat situ. Terlambat sikit.(Masa tengah tunggu Client tadi, sempat jugak baca NST. Tsunami Drill aje, tapi orang kat sini kata ada alert. Panic betul!) Nasib baik cuma nak discuss on drawings yang nak kena siap by Sunday ni. Kiranya ok jugak lah.

Petang pulak sibuk dengan proposal. Dah siap dah and dah pass pada secretary untuk nak siapkan sebelum nak bagi kat Boss this Sunday. Hopefully ok.


Balik dari opis tadi terus naik atas. Dok cari Hakim sebab rumah senyap aje. FIL ada kat gazebo depan rumah tu tadi. Tak perasan pun sampai dia bagi salam baru nampak. Tengah sibuk nak call orang nursery tu guna HP sampai tak perasan FIL. Hakim rupa2nya tengah tido kat bilik kakak kat belakang, tu yang senyap. Terus ambik kain2 cotton yang Wan dah beli tu untuk nak potong untuk Wan Sara and Kak Yudi di Jakarta. Sempat jugak mengecek kat Wan, mintak selai kain cotton nak buat baju boleh……Nasib baik Wan kata ok. Lepas dah siap gunting 3 pasang, terus gi mandi, then by 9:30pm siaplah dua helai baju tu. Tinggal nak sembat lengan and kat bawah baju tu. Leher dia nanti contract kat Wan je. Kain dia kalau sempat besok kena jahit. By Sunday dah kena pos ke JB sebab nanti Wan Sara akan tiba di JB 24.5 ni, sekali dengan Kak Yudi and my new maid. Hopefully all will be ok, InsyaAllah.


Masa tengah jahit baju tadi, anak2 dok beritahu the weekend punya kerja kat mak dia nih.

Besok pagi Angah kata, ada hari keluarga kat Tabilas. Start pukul 7pg sampai 6 ptg. Sapelah yang pegi pagi2 camtu. Kata kat dia suruh FIL je attend tapi dia tak nak pulak, dia kata untuk ibubapa jek. Ni dah satu kerja.

Bila pulak nak gi pasar tani. Food supply especially ikan dah nak ilek. Le ni ikan tak delah..bulan ngambang gak nye. Ni kerja yang mesti dibuat besok. Or else next week fridge kosong laah

Kak long pulak ajak nak ke Paka. Nak beli kasut and seluar track kata dia. Mana ada kedai bukak besok. Kat pasar tani adelah…so cancel satu kerja!

Hari Sabtu pagi kena hantar Kak Long ke sekolah before 7:30am sebab dia nak ke Padang Tembak. Excited betul dia nak pergi tengok orang menembak. Dia masuk kadet polis. Tu yang dia seronok tu.

Pas tu dia kata hari Sabtu malam ada Mesyuarat Agung sekolah dia. Tapi tak payah pegi sebab dia kata tak de terima surat pun. Tapi rasa nak pergi pulak…


Rasanya penuh betul weekend ni. In between tu kena siapkan barang/siang ikan, blend bawang etc, yang nak simpan kat fridge unutk nak supply for next week kalau ke pasar lah besok. Then nak kena siapkan baju kurung 2 pasang untuk Wan Sara and Kak Yudi. Maybe besok nak ke opis sat sebab ada Client nak ke opis untuk nak comment drawing and then ada draftman nak siapkan drafting untuk project maklang tu….Sibuk! Sibuk betul. Ada gak cadangan unutk nak buatkan x-stitch untuk anak sedara yang baru aje lahir tu. Ingat2 nak buat bantal, tapi ni tak pasti lagi.


Pikir je dah penat. Hopefully sibuk tu tak lah memenatkan. Itulah di kalau another half tak de…semenya kena pikul sensorang…Cepatlah Khamis depan!


Tak dapat cakap lama dengan Cik Abang tadi sebab dia was in the midst of kerja dia. Phone dating besok tengahari…



Have a nice weekend all....

Wednesday, May 17, 2006

Tsunami alert

I feel so down sekarang ni.. Sejak dari tengahari tadi sebenarnya. Risau sesangat. Masa balik aje dari meeting my friend asked me if dah ambik anak kat sekolah ke tak. Tanya dia kenapa. Dia kata ada amaran Tsunami. AllahuAkbar!!! Langsung hilang mood. Terus teringatkan Cik Abang yang sekarang ni ada kat pelantar minyak. Anak sorang lagi ada kat sekolah and sekolah dia kat tepi pantai. Yang 2 besar dah balik rumah. Cikgu cancel semua class tambahan petang. Tapi sekolah petang Maya masih berlangsung macam biasa (Angah & Along punya sekolah dekat2. Maya sama sekolah dengan Angah tapi sebelah petang). Hakim pun masih disekolah dia.

Terus aje call Cikgu kat sekolah Hakim. Cikgu kata memang ada dengar tapi tak pasti. Dia kata dah call balai polis tapi polis tak ada cakap apa2 or refuse nak cakap apa2. Then Cikgu kata dia dah call polis KT and they all cakap memang ada alert ni, tapi semuanya tak confirm. Kami bukak jugak radio tapi tak de pulak dengar apa2. I was so really very worried…

Lama betul nak tunggu malam. Masih risau lagi walaupun masa cakap ngan Atok tadi, dia kata memang ada cakap kat TV semalam pasal nak buat test ni. A friend pun ada cakap yang dia orang (polis marines) nak buat testing ni. Dia kata masa dia nak ke Gebeng tadi, nampak ramai sangat polis marine kat tepi laut. Tapi walau apa pun orang cakap I am still worried about Cik Abang’s safety.


At last, masa yang dinanti tiba. At a bout 9:00pm, maklang call Cik Abang and asked him if he has received my mail which I sent to him before I left the office. He assured me that kat sana tak ada apa2 pun. Semuanya ok Alhamdulillah and he said that he is very busy looking after some one else’s project. Poject yang he is supposed to be in charge tu ok je so far. Alhamdulillah….Cik Abang pun kata sebab kalau apa2 they will be the first to be warned. Mintak2 lah pada Allah semuanya tak ada ape2, InsyaAllah…

Maklang berdoa pada Allah semuga semuanya selamat. Selagi Abang tak balik ni, selagi tu lah risau ni tak hilang…..


InsyaAllah 8 hari lagi Cik Abang akan balik…Lamanya……Mintak2 semenya oklah hendaknya….

Tuesday, May 16, 2006

INCREMENT

Pagi tadi masa terjaga dari tidur rasa sedih sangat. Memula biasa aje sebab masa tu belum teringat yang Cik Abang tak ada. Malam tadi tidur lewat. Saja2 nak tidur lewat and biarkan diri ni penat sangat supaya boleh tidur sampai ke pagi. Kalau tidur awal sangat nanti bila terjaga malam payah pulak nak tidur. Alhamdulillah malam tadi tidur mati, nasib baik tak mati je….Alhamdulillah lepas dah bangun tu ok aje cuma ada rasa kehilangan sikit. Biasanya kalau alarm phone tu bunyi, ada Cik Abang yang tolong tutup tapi hari ni sendiri bikin lah….harapkan Hakim kat sebelah memang dia tidur tak sedar diri langsung!

Semuanya ok tadi, cuma bimbang sikit memikirkan siapa nak ambik Hakim dari tabilas petang tadi. Maklang ada tender evaluation kat San*ong, salah satu plant yang terbesar kat Malaysia ni. Pergi ke sana dengan dua engineers dalam bidang lain. Bertolak dari rumah about 2:00pm and tiba kat sana about 2:30pm. Masa tu cuaca baik. Terang benderang….Masa meeting tu risau jugak sebab takut kalau lambat habis ,nanti tak sempat nak ambik si Bujang. Nasib baik habis awal or else tadi kena pulak call FIL mintak tolong ambik Hakim kat tabilas dia. Pukul 4:00pm meeting dah habis. SyukurAlhamdulillah tapi hujan lebatnya ya Amatzz sampai tak nampak jalan. So kena drive slowlylaa. Sampai office semula about 4:30pm and terus check e-mail.

Masa on the way nak gi meeting tu kawan2 yang 2 orang tu dah beritahu yang ada mail dari management. Ada increment!! Across the board dapat 10% increment. Terus kira2 dalam hatilah berpa yang dapat. Syukuralhamdulillah…tapi bersihnya dapat sikit jelah sebab nak tolak kat Lembaga Hitam yang selalu dok charge kita tu…Tapi tak pe…maklang punya duit semuanya dah diagihkan ke PPZ. Mintak2 berkat lah duit gaji nih…InsyaAllah….Apart from the 10% tu ada lagi penambahan. Ni ikut performance lah. Ni memang ikut nasib. Kalau performance bagus boleh dapat ok. Tapi kalau perform best and pandai ampu Boss lagi ok. Tapi mintak maaplaaa.. I ni memang anti mengampu Boss. Tak suka lah macam2 ni…Tapi kat opis ni memang ada yang macam tu…Tapi rasanya kat opis mana2 pun cam tu kan. Lepas dah baca isi kandung mail tu, terus forward kat Cik Abang. Dia boleh dapat e-mail kat laut tu.

After opis tadi terus gi ambik Hakim. Bila ke sekolah dia tak nampak lak dia. Biasanya dia memang berlegar2 kat kawasan sekolah tu. Call rumah, rupanya dia tak ke sekolah, tertidur masa tunggu van dia.!!!Penatlah tu agaknya.

Tiba rumah, as usuallah siapkan preparation untuk nak masak pagi besok. Siap seme naik ke atas, mandi then tengok kerja sekolah anak2. Ni semuanya nak get ready for bed. Alhamdulillah budak2 tak banyak kerenah…

Tadi dapat gak cakap ngan Cik Abang. Biasanya tanya hal anak2 seme. Dia OK tapi kena selsema sebab panas sangat. Memang panas sangat2 kat sana kata dia. Harap2 shutdown kali ni tak banyak masaalah… Good Luck Sayang…


Eh…Lupa pulak! Harap2 tak terlambat nak ucapkan “SELAMAT HARI GURU “ untuk semua guru2 yang banyak berjasa tu….

Monday, May 15, 2006

Bila Cik Abang ke laut....

Cik Abang dah ke pelantar minyak tengahari tadi. Flight dia pukul 2lebih tadi. Mulanya dia sepatutnya fly pukul 10 tapi tak jadi!. So dia call and kata yang dia kena naik yang pukul 2 punya. Suruh maklang balik makan awal sikit supaya makan sekali and then boleh send him to the airport...Sedih laa dia tak ada kat rumah ni.....



Masa gi airport tadi, si Hakim ikut. Lepas dah hantar Cik Abang tu dia sedih. Dia kata dia nak Abah dia. Maklang pun terpaksa lah psycho dia. Kata yang Abah tu gi laut nak cari duit. Dia kata kan kat kerja Abah boleh cari duit. Maklang balas, kalau kat laut Abah boleh dapat banyak sikit. Langsung muka dia berseri...Oh...dia kata. Jadi kalau Abah ada banyak duit bolehlah Abah belikan Hakim motor besar!. Eh...budak ni ke situ pulak perginya. Memang lama dah dia mintak motor nih....bukan motor budak2 tapi motor unutk orang dewasa tu...Hajat dia nak ajak Abah dia bawak dia ronda2 naik motor lah tu!!!



Sekarang ni tinggallah maklang dengan empat anak2 yang nakal2, FIL and kakak. Pening rasa nak layan bebudak nih...Sekejap kang dia baik, sekejap kang di gaduh. Si jantan macho tu bila Abah dia tak de memang dialah raja kat rumah ni...tapi hari ni baik pulak...taklah 100%...baiklah sikit. Ni pun dia tengah kacau Angah dia buat homework. Nak suruh tido pun susah! Bila kita suruh dia buat apa2 dia akan jawab...Baik Mak!. Dia kata dia macam SINCHAN. Dia memang minat sangat kat SINCHAN.




Itulah dia kan kalau Cik Abang tak de ni memang lah rasa miss sangat. Maklang ni eksyen je lebih...konon2 terrorlah, tak kisah Abang tak de kat rumah. Tapi yang sebenarnya kalau boleh biarlah dia ada sekali kat sini. Senang sikit. Nak2 bab nak kawal anak2 nih. Sebenarnya waktu sekarang ni tak terasa lagi sebab baru 10 jam yang lepas dia pergi, nak tunggu 1o hari lagi mau rindu macam nak apa nanti. Nasib baik ada phone yang boleh menghubungkan kami. So, masa nilah nak bercintan cintun...nak bercinta kat phone, tapi time is limited. Nak cakap lama2 tak sedap pulak. Sekarang ni ramai sangat kat platform tu sebab nak shutdown lusa. So, kena pandai2laa masa nak guna phone. Tu pun nasib baik Cik Abang pergi on behalf of the Client kalau tak payah jugak nak call2 nih....So masa Cik Abang kat platform ni, kiranya date tu tiap2 malam jelah. Waktu siang kalau nak call pun payah, sebab he will be everywhere...Tiap malam jam sekian2 kena lah dia tunggu kat extension yang dia dah cakap tu...Seronok gak kalau orang tua2 ni bercinta.....


Petang tadi lak, one of my cousins called nak beritahu yang ada cerita panas. Dia kata dapat cerita dari one of our Aunties yang ada cousin tu ( dah dapat title Datok) dah kawin satu lagi. Dia muda lagi. Entah ye entah tidak! Cousin 1 (yg beritahu maklang) tu kata Cousin 2 (yang kawin tu) cakap dia kawin satu lagi sebab first wife tu tak pandai bergaya. Tapi setahu maklang lah wife dia tu memang kaki melawa! Kalau Cousin 2 kata sebab bini dia control dia , then that could be a valid reason!. But then again, there will be 1001 valid reasons kalau orang tu nak tambah cawangan. Tapi pun cerita ni tak sahih lagi...Saje je nak cerita...Lagi pun dah jodoh...kalau betullah!!!Apa2 pu I hope that this will never happen to me, InsyaAllah...



At this time anak2 dah tidur...bolehlah maklang nak memblog sikit sambil chatting ngan my bro and nak sambung cerita DH yang tak khatam lagi and maybe boleh buat x-stitch sikit...
Oklah...Good nite...Pleasant dreams....

Sunday, May 14, 2006

SELAMAT HARI IBU, EMAK

Mak tercinta dengan Abah (pun tercinta)- gambar masa raya 2004.







First of all mak, if you are reading this entry... I love you very much... Happy Mothers' Day!!!!May all Allah's blessings be with you Always...InsyaAllah....

Tahun ni adalah tahun ke14 maklang menjadi seorang emak dan tahun ke41 mak maklang menjadi emak. Alhamdulillah maklang telah dikurniakan dengan 4 orang cahayamata, 3 perempuan dan seorang anak lelaki. Untuk Mak pun 4 orang , tapi Wan mempunyai 2 anak perempuan dan 2 orang anak lelaki.

Memang susah sebenarnya menjadi seorang emak nih...bagi maklang lah... Bermula dari nak mengandungkan anak pertama hinggalah melahirkannya, banyak betul dugaannya. Begitulah dengan anak2 yang seterusnya. Masa tu barulah maklang tahu betapa susah payahnya seorang emak itu nak melahirkan anak. Walau apapun maklang bersyukur kerana dikurniakan Allah dengan anak2 yang baik, mendengar kata (kadang2 buat sakit hati jugak) dan InsyaAllah akan menjadi manusia yang baik di dunia dan akhirat.

Maklang jugak bersyukur punya seorang emak yang sangat mengambil berat tentang anak2nya. Kasih mak tak pernah berbelah bagi pada anak2nya yang 4 ini. Sebagai anak yang sulung dalam keluarga mak maklang selalu menginginkan maklang menjadi contoh yang baik untuk adik. Masih ingat lagi dulu2 masa sekolah pesanan mak....L kena belajar rajin2 nanti adek2 tengok kakak dia berjaya, InsyaAllah adek2 akan ikut kaklong dia. Dan kata2 itu jugak maklang gunakan untuk nak boost sifat rajin belajar pada anak2 nih. Alhamdulillah maklang dapat jugak menunaikan hajat mak. Walaupun pelajaran maklang dulu2 tu tak adelah all As aje, tapi cukuplah nak melanjutkan pelajatan keperingkat yang lebih tinggi. Akhirnya impian mak nak melihat anak sulung dia berjaya, Alhamdulillah dah dapat membuahkan hasil.

Satu peristiwa yang sangat maklang ingat sekali was when maklang sekolah menengah. Masa tu ditingkatan 5. Maklang ni masa kecik2 memang kuat merajuk. Nak2 dengan mak. Mak dulu garang and selalulah maklang ni kena marah. Degil agaknya. Biasalah masa teenagers. ( Sekarang ni baru rasa macamana nak besarkan anak..padan muka!!!). Satu hari lepas mak pulang dari pejabat, mak telah dilanggar oleh sebuah motosikal dekat bandar JB. Tak silap depan stesen keretapi kat JB tu. Bila dapat khabar tu, maklang rasa takut sangat. Takut sebab nanti kalau apa2 terjadi pada mak, maklang tak dapat nak mintak maaf dari mak. Kepala mak berdarah...banyak sangat. Mak dimasukkan ke hospital dah dijahit. Kesian Abah masa tu. Nasib baik arwah nenek masih ada, dapat jugak lah dia datang nak teman kami. Alhamdulillah, mak ok je. Masa mak tak larat tu, maklang lah tolong cuci rambut dia seme. Habis rambut dia ada kesan2 darah yang dah kering....That was like 25 years ago. Alhamdulillah mak tak apa2 disebabkan luka kat kepala dia.

Maklang tahu mak sentiasa mahu yang terbaik buat anak2 dia. Sekarang ni maklang rasa bersyukur sangat sebab at least dapat jugak membalas sedikit sebanyak jasa mak walaupun tahu ianya tak seberapa....Maklang sentiasa berdoa kehadrat Ilahi semuga mak diberikan kesihatan yang baik supaya sentiasa dapat beribadat kepadaNYa.. Satu lagi maklang berdoa hajat mak untuk melihat adek2 lelaki maklang berjaya macam anak2 mak yang perempuan akan tercapai satu hari nanti. Itu aje hajat mak buat masa sekarang...Kalau ada adek2 maklang yang lelaki membaca entry ni...maklang harap mereka tidak akan menghampakan hati mak...


Buat mak tersayang....Doa L untuk mak sentiasa mengiringi solat L. Semuga mak diberi kesihatan yang baik dan diberi umur yang panjang dan dimurahkan rezeki selalu, InsyaAllah...

Thank you for all the things you have done and all the thoughts that you always will have for all of us here...

Thank you for the handphone untuk this year's bday, last year's birthday, for the tahu and taugeh, for the masak lemak cili padi daging salai, for the rendang padang, for the kueh tart, for the kuih kasui (sedap nih....which I have yet to master), for cara2 nak isi ketupat, nak masak rendang Nogori, for masak asam pedas, for ayam masak serai, for the tips untuk nak lembutkan hati suami (tapi Cik Abang memang hati nye lembut cuma kalau perut kosong je...hati kurang lembut sikit!!!jangan mare Bang! Apa pun I still love you so much...eh terkeluar tajuk lak...), for teaching me how to be a good wife and mother, for making me who I am now, for all the baju2 free (sebab selalu dapat baju yang nak jual2 tu...) for the rempah mee bandung, rempah soto, laksa Johor and all, for tolong jahit kan tulang belut untuk most of my baju kurung!(ni tak nak masterlaa..tulang belut ni leceh betul nak jahit!), for ajar maklang jahit my first baju gown untuk Dhirah and subsequently baju adek2 dia... tak lupa jugak for atttending to my needs masa dalam pantang, for tolong jaga anak2 masa I was away from home( be it gi Haji, gi meeting kat KL or masa kena operate tonsil), masa jaga anak2 masa Hakim sakit kat HTAA, for jaga anak2 masa Angah masuk hospital...and lots more which I am not able to list all of them here. And mak ...not forgetting for all the roti telor yang mak prepare for me masa sekolah dulu... (kiranya ni makanan ruji kami untuk brekfast!!). Above all...mak, thank you sebab melahirkan L ke dunia ini....I love all the things that you have done for me....just to have you near me will make me happy...and the kids and Cik Abang too...


Mak...I love you so much............(Abah punya turn nanti bulan depan....Abah pun kami sayang gak..Jangan kecik hati pulak sebab tak mention abah kat sini!!!:)

SELAMAT HARI EMAK...Mak tersayang...kain batik tu dah pakai??? Have a Good Day!!!!


And to all mothers and mothers-to-be .......HAPPY MOTHERS' DAY.



Emak and Abah dengan anak2 dan cucu2nya (minus adek maklang and family yang balik beraya kat rumah mentua dia... gambar archive...yang terbaru gambar mak belum diedit lagi....)

Friday, May 12, 2006

SMS

Dalam dunia yang serba canggih nikan, macam2 boleh berlaku. Perjalanan bertambah dekat, persahataban bertambah erat dan semuanya mudah dicapai, kalau kena cara yang betullah. Ada baik dan ada buruknya sebenarnya.

Salah satu bentuk perubahan teknologi moden ni ada berkaitan denga cara kita berhubung dengan suami, ibu, bapa, kawan and sape2 lah yang kita kenal, tak kenal atau nak berkenalan. Ada baik dan ada buruknya.

Pada maklang SMS ni memberi banyak kemudahan pada kita. Selain kita dapat jimatkan bil talipon, kita jugak dapat selalu berhubung dengan teman2. Tapi biasanya brief ajelah. Nak type ni satu masaalah pada maklang. Dahlah keypad tu kecik, pas tu share lak satu key tu dengan lain2 abjad.

Cerita pasal SMS ni, maklang ada satu dua cerita pasal nih.

Pagi semlam lepas membersihkan diri, Cik Abang beritahu maklang, “Dhirah SMS tadi. Dia kata dia tak gi sekolah hari ni sebab dia tak sihat”

“Oh….dia kat mana Bang?”

“ Dia ada kat bilik dia!” Bukan Maklang tak tahu. Saje nak tanya macam sarcasticlah kononnya. We both laughed. Terok betul budak sorang ni. Bukan dia nak bangun nak beritahu mak dia yang dia tak nak gi sekolah. Main SMS je. Mentang2lah sekarang ni phone dia tu dah guna line dah. Kalau dulu cermat sikit sebab guna prepaid. Bila maklang turun ke bawah, masa buat breskfast, maklang beritahu kat kakak pasal tu. Kakak kata biasalah tu. Kenkadang, dia SMS kat kakak suruh dia bawakkan baju dia ke atas. Nilah dia bahana SMS!!!!

Pagi tu sebelum ke office maklang check phone tu. Rupa2nya ada 2 SMS. Satu pada malam tu about 11:00pm and pagi about 6:35am. Bila cerita pada Wan pasal ni, Wan pun cerita yang kalau dia nak panggil Busu (adek bongsu maklang) suruh turun makan, dia call (pakai cordless phone dia) aje Busu dari dapur. "Malas, mak nak naik atas!", kata Wan. Patut pun ada yang mengikut. Kemana tumpah nya kuah kalau tak ke nasi?! Dan kalau Wan borek cucunya rintik lah!!!. HA... HA.. HA.... Jangan mare Wan, maklang tulis camni. Saje je nak joke2.


Semalam pulak, Dhirah beritahu yang ada orang SMS kat kakak tanya kat mana Cik Abang. Maklang get very offended. Apasal lah orang tu tak tanya kat maklang kat mana LAKI maklang. Yang pergi SMS kat pembantu rumah nak buat apa. Kan ke tak bagus tu. Sebabnya nanti kalau orang lain yang baca, nanti timbul fitnah pulak. Yang menghantar SMS tu tak tahu nak piker ke? Kalau bebudak yang tanya tak pe jugak. Ni orang tua and bersaudara lak dengan kita. Agaknya bila dia call suruh maklang beritahu kat Cik Abang suruh call dia tapi Cik Abang tak call, dia ingat maklang tak sampai kan pesanan tu!!!Agaknya lah. Geram betul Maklang rasa. Tapi kalau kita beritahu kat orang tua tak guna. Tak boleh masuk dah. Kesian jugak kat kakak, dia tak salah apa2 tapi dia pun rasa serba salah.


Tulah dia, macam2 perangai manusia nikan.

Wednesday, May 10, 2006

Akim demam

Semalam tak sempat nak tulis entry. Anak bujang maklang tak berapa sihat.

Tengahari semalam masa maklang balik dari pejabat waktu lunch, maklang tengok Hakim dah terbaring kat depan TV. Masih lagi berpakaian baju sukan sekolah dia. Nampak tak larat betul dia. Memang biasalah tu Hakim, kalau kena serang dengan tonsil dia. Maklang terus aje ambik ubat demam and suapkan dia. Last few weeks pun tonsil dia bengkak jugak tapi dia tak demam. Agaknya kali ni tonsil dia tu memang terok dah. Petang tu masa balik dari opis, Atok kata Hakim tak nak main pun. Dia asyik tidur aje. Petang tu pun maklang suapka dia ubat demam. Demam dia masih tak kebah lagi. Kalau dia kena demam sebab tonsil ni, maklang memanglah risau. Kepala dia panas betul. Ialah takut jugak kena fitkan. YA Allah...jauhkanlah dari dia.


Dr. Rama dah pesan kalau Hakim kena demam mesti nak kena bagi Antibiotik. Nasib baik ada satu botol yang masih tak bukak lagi. Antibiotik tu Alang ada bagi sebelum cuti ke Jakarta hari tu. Tu pun bawak sebab takut Hakim kena demam kat sana. Alhamdulillah masa trip tu, dia sihat. So, kami simpan ajelah dalam ais box. Masa maklang nak suapka ubat kat Hakim semalam tu, maklang tanya dia if dia demam tu sebab tak dapat tido kat hotel ke? Hakim kat ...aha...demam sebab tak dapat tido kat hotel...Sempat jugak tu dia nak goreng mak dia ni..


Malam tu demam dia kebah sikit lepas makan antibiotik tu. Tapi lepas tu dia muntah pulak. Perut dia masuk angin agaknya sebab tak makan siang tu. Risau betul tengok dia. So, ajak Cik Abang bawak dia pergi jumpa Dr. M*ona. Dr. kata dia ok, cuma kena bagi dia makan ubat aje. Dr. pun ada bagi ubat tahan muntah and ubat kembong tu. Maklang mintak ubat demam jugak sebab yang ada kat rumah tu dah nak habis. Dr. pun ada bagi ubat cacing. Tapi Dr. kata bagi dia ubat tu bila demam dia dah ok.

Malam tadi dia tidur oklah, cuma badan dia panas jugak. Tapi dia boleh tidur lena. Di antara mak and Abah dia. Hakim kalau demam memang kena peluk. Kesian tengokkan dia. Muka dia blushing.

Alhamdulillah bila bangun pagi tadi demam dia dah ok sikit. Tapi masa balik dari office waktu lunch, demam dia tak kebah2 lagi. Masa tengahari tadi dia tidur aje. Kakak letakkan towel kat kepala dia. Kakak kalau Hakim demam memang susah hati betul dia. Cuaca pulak kat sini panas sangat2. Kita yang sihat ni je tak tahan, ape lagi orang yang tak sihat. Masa balik petang tadi, maklang bagi dia ubat demam and call Alang. Dia kata Antibiotik Augmentin yang dia bagi tu kena ambik twice a day. Lepas bagi dia antibiotics tu, maklang mandikan dia and nampak dia dah sehat dikit. Waktu ni dia tengah dok colour buku dia kat bilik study dengan Angah and Maya. Lega sikit tengok dia. Hakim ni kalau dia demam terok, dia diam sangat. Risau kita dibuatnya. Tapi kalau demam dia dah kebah sikit, dia baaaaaanyak sangat cakap. Tek berenti2. Ni pun buat maklang risau....Sampai kenkadang Cik Abang perli2 maklang...Nak buat macam, itulah dia hati seorang ibu!!!

Monday, May 08, 2006

Many Happy Returns of the Day....

Today, umur Maklang dah pun masuk keangka 41! Dah tua dah... Last year maklang sambut dengan anak2 sahaja sebab Cik Abang tak ada, dia kena bertugas di offshore. This year, Alhamdulillah dapat bersama....

Alhamdulillah, today has been a perfect day.... Walaupun di office I was a bit busy today, the day went perfectly alright...


Thank you to all for the wishes..



I had an enjoyable day today, with Atok and Wan arriving in Kerteh about 4:00pm, with presents from my brother, Afiz and also from Atok & Wan. Afiz gave me like 10 pieces of DVD of DH and from Atok and Wan, I received a handphone( rasa macam muda balik pulak bila dapat hadiah2 ni). Dok ingatkan Cik Abang nak belikan phone sebab asyik dok bincang pasal phone mana nak beli, but in the end, Atok and Wan yang belikan. Mulanya I was just hinting to Atok, tak de rasa ke nak belikan birthday prezen? Atok kata since dia nak datang sini, dia nak bawak tauhu and taugeh. Tapi payah this time as he had decided to take the bus instead of driving here. I told him thaht he need not bring the taugeh or tauhu. I told him that what I wanted was something so small yang boleh masuk kocek pun...and to my surprise Atok said ,'Oklah, Abah belikan!'So, tadi maklang terimalah sebuah handphone. Memang maklang yang select the phone atas advice from my brother. Oklah ...ni pun tak familiar lagi nak guna phone tu.


the DH dvd~ whats in the wrap box?*

It is*


Kak long baked a heart shaped chocolate cake. Tengahari tadi she called me at the office tanya pasal the resepi. She told me yesterday that she would bake a cake for me... Ini sudah bagus sebab Dhirah nak buat cake ni memang a big surprise to me...Thanks a lot, Dhirah....

.:My_Cake:.*


Angah bought a photo frame for me... Thanks Angah. A few days back pun dia dah bagi prezen. Berapa banyak daa... Apa2 pun, thanks and mak love you too!

$Angah's present~!$*


Maya pun bought a lilin in a vase. Beli kat koperasi sekolah!
%MAYA%*


Malam all of us including Atok, Wan, FIL and kakak went out for dinner in one of the hotels around here. We had an enjoyable evening, being entertained by MATT & partner, the perfomer of the hotel. The kids enjoyed the songs too. FIL even requested two songs, Sekadar Dipinggiran by Francesca Peters and Sekuntum mawar merah by Alleycats. I requested a song 'Bukan Cinta Biasa' by Siti. There were two singers, one man and a women. Both have a very good voice.

The dinner ended with Hakim mengamuk and melalak sebab tak dapat tidur kat hotel...gelihati tengok dia. Rumah sejengkal pun nak tidur hotel....


Thank you ...Abang, anak2, Atok, Wan, FIL and not forgetting kakak. Thank you for making today a day to be remembered!!!

* all yang ada asterisk to Nadhirah yang wat... anak maklang yang first tuh. Gamba kat hotel tu blum boleh di uploadkan agi. sebab malas le nak transfer + cam x dak bateri~~~

Sunday, May 07, 2006

Apa ada dalam kotak?

ALhamdulillah , today kerja kat office went well. As usual, the office is not back to its normal pace yet as the so-called "BIG" juta2 project is not in yet. The Bosses anticipated that 'IT' will be in in 2 weeks time! ( I have heard this phrase since end of last year!!!Bagus jugak lambat2 nih...kasi chance kita berehat and makan gaji buta sat....). Presentation kat Client office was called off as the GM was not able to make it. The Client apologised for the short notice. Dia pun baru dapat tahu pagi tu yang our slot was cancelled for today's presentation. Frust jugak as my partner had to drive all the way from KT (left Kt at about 5:30 am sebab nak reach here by 8:00am )and all he got to do was to bring along all the presentation materials and handed them over to them. Tapi there was a big hikmah hidden behind it. In fact we discovered three as we were walking towards our cars:

1st, the Client agreed to pay our service for the presentation as the cost for the presentation was not included in the contract value. Work scope pun does not include this.(Dah lama dok ngendeng mintak bayar ni...baru today kata ok. Tu yg happy tu...)

2nd, the Client informed that they would like to present one of the projects themselves to the GM so relief satu kerjalaa...ni sudah bagus!

3rd, the Client pun mungkin buat the presentation for the another big project yang kita sepatutnya present tadi.

Rasa2nya tu aje yang kita dapat rasa. But Allah really works in mysterious way....

As we were getting ready to leave the Client's office to have our breakfast ( Client felt so sorry for the postponement and they invited us to have breakfast with them!), my hp rang.

"L, permit tu tak dapat nak buatlah....original paspot kakak , Abang tak bawak!". Cik Abang awal pagi has left for KT untuk nak uruskan permit for the new maid.


Immediately, my thoughts went to my partner. Dia pun nak balik KT and so boleh lah bawak paspot tu sekali. Alhamdulillah...ni satu lagi hikmah yang kita tak nampak. And Alhamdulillah semuanya dah pun siap. Efficient dah Jabatan kerajaan tersebut!!
(Ni satu lagi hikmah Allah, kalau presentation tu tak cancell, tak dapat lah my partner tu nak balik awal to pass the original pasport to Cik Abang. Sebab presentation cancelled, so Cik Abang just had to wait for another 2 hours untuk nak terima paspot from my friend tu. Tak perlulah pergi ke KT semula besok...Syukur Alhamdulillah...)

Kat office tadi, cuma prepare untuk one new project and a preliminary cost untuk proposal for another job.Lain2 tak ade apa sangat. Since Cik Abang arrived kat sini, about 5:00pm tadi, terus mintak dia ambik Hakim. So, maklang ade chance nak merayap. I have been wanting to visit this newly encountered friend who is so crazy about x-stitch. Alhamdulillah the meet was fruitful and it was so nice to know somebody who has the same interest as I do... Now kat office pun ramai yang dah terpikat dengan x-stitch ni. Seronok...esp. when everyone starts to compare their progress on the piece that they are working on...


Tapi yang best tadi when I came back was the following:

I entered my bedroom, Cik Abang was praying...Duduk sebentar kat kerusi dalam bilik tidur tu nak cuba call mak. Dalam hati berkata, kenapalah Abang solat awal betul today, biasanya kami berjemaah. Then terus terpandang sesuatu atas meja solek...Looked like a present for me! Eh...boleh bukak ke Bang? Boleh...Kan dah maghrib so dah kira 8hb lah ni...Cik Abang said lepas dia dah selesai solat Maghrib tu.

Cik Abang memang good with words....

Hai...nak mintak hidup another 41 tahun je lagi ke? So , kalau gitu at 82 matilah.... Eh...tak! 83! Cik Abang told me..


rupa2nya banyak lagi sambungan nya....exponential lah and all. Asal panjang umur and murah rexeki and sihat, syukur bebanyak pada Allah.Sebelum bukak kotak tu goncang kuat2. Bunyi 'keting2'. Macam ada besi berlaga.Berat jugak!

Anak2 kata, mak, Abah bagi mak ubat nak kurus. eh...biar betul...nih...Ni memang kotak susu tu..takkan ambik susu tu je kot!!!

Rupa2nya ada 2 kotak pink!



Dalam kota ada teko and seterika tembaga! Oh...fine with me...tapi somehow dalam hati dah berdetik...kot2 ada lagi yang tersembunyi!



And when I opened the cover of the teko, this was what I found. The diamond ring that I have been longing for...Tapi sure tak muat! Sebab masa cuba hari tu, ketat sikit



But when, I put it on, it fits me perfectly!. Rupa2nya dia dah booked a few days back and dah suruh tauke mas tu, who is my friend gi besarkan the ring. Siap komplot lagi jangan beritahu kat maklang....






Cik Abang also did not forget to buy for me 2 sudip tembaga... Suruh masak sedap lagilah tu...






Lepas tu, terus Cik Abang dapat satu pelukan and ciuman di pipi...Lebih2 tak leh sebab anak2 ada.

Oklah good nite all and I wish tomorrow will be a perfect day for me, InsyaAllah and may Allah bless my life...But before I end this....My thanks to my beloved Cik Abang and anak2 for the gift and also for all the love that they have given me pray to Allah may our life and anak2 be blessed forever, InsyaAllah....I love you all....