Dari Teratak Maklang

Thursday, March 30, 2006

CSI

Hari ni dah petang baru dapat nak masukkan entry ni. Hari ni taklah sibuk mana. Petang tadi kena summoned dengan big Boss pasal deliverables untuk Client. Job yang Maklang jadi PM ni taklah besar mana. Lagi pun ni third party punya job aje. Nasib baik third party tu dah hantar the 'package' to the Client's office masa Boss called. Rupa2nya Boss dapat 'surat cinta' dari Client. Laa... mintak 'package' end of the month, kami deliver lah end of the month. Ape ke halnya!!! Payah....Payah.... Nilah dia kalau kerja ngan orang yang terlalu muda yang lebih kuah dari pinggan...Sabo... Sabo.... Ni masa dia....


Hari ni Maklang dapat lagi komen dari satu Anon yang tak habis2 nak mengkomen blog Maklang nih. Tak tahulahkan, dari ape yang dia komen tu, Maklang tak suka lah. dia kata nak berkawan ngan Maklang tapi salah format tu. Kutuk orang and nak buat kawan. Sebodoh2 Maklang ni pun, walau sekolah tak tinggi mana, Maklang masih tahu mana yang boleh dibuat kawan dan yang mana patut dijauhi. Setakat ni, Alhamdulillah kawan2 semuanya baik2 belaka. Syukurlah. Kawan2 bloggers pun baik2. Maklang sebagai salah satu bloggers ade gak komen2 kat blog orang lain and seboleh mungkin tak naklah sampai menyakitkan hati si Tuan or Puan empunya blog. Ialah datang nya kita ke tempat mereka bukannya diundang, jadi pandai2lah bawak diri. Moga2 kehadiran yang tak diundang itu akan menjadi undangan pula dan diharap dapat mengeratkan silatulrahim. Kita berblog ni just for the fun of it apart from dapat belajar or ambik iktibar serba sedikit dari apa yang pernah dialami oleh teman2 sekelian. Thank you all....


Tadi lepas aje dapat komen2 dari si Anon tu, Maklang pun mulalah menjadi salah satu ahli CSI. Tapi taklah guna all the equipment or nak ambik gambar. Thanks to Kak Lady sebab suruh Maklang install Sitemeter tu untuk nak locate the person. Bukan apa nak tahu aje. Lepas dah masuk kat Sitemeter tu terus cari dia punya IP dari mana. Then IT personnel kat office ni pun beritahulah semuanya. Kira2nya macam dah tahulah siapa dia. Tak pelah kalau dia kata dia tak kenal pun. Bagus jugak Sitemeter tu (Thanks again Kak Lady). Maklang dah delete the comments by Anon ni. Ade gak yang sms kat Maklang tanya macamana nak install Sitemeter ni. Maklang beritahulah dia. And selamat mencuba Onde. Rupa2nya bukan Maklang je yang dapat komen2 yang tak diundang ni, banyak lagi rakan2 yang lain dapat gak. Tapi no problem... Komenlah nak komen, kalau kami boring, kami delete jelah.


Pada Maklang, dalam hati mesti nak simpan satu perasaan yang baik iaitu untuk tidak mencari pasal dengan orang sebab orang yang suka cari pasal ngan orang lain , hidup dia tak akan tenteram....I am happy as I am now... Alhamdulillah.

Wednesday, March 29, 2006

Keluhan hati seorang kuli….

Pagi2 tadi dah dapat mail dari PM untuk ‘Kick-Off’ meeting. Office Maklang baru dapat award project dari satu pengusaha minyak terbesar di Malaysia. Buat masa sekarang pun kami ada contract dengan pengusaha tersebut. Pada mulanya kami2 yang menerima e-mail menyangka bahawa kami ni tak perlulah nak attend KO meeting tu. Tiba2 hampir2 nak 9:30pg tu kami dapat panggilan dari secretary kat tingkat bawah kata yang mendapat e-mail tu kena attend lak. Kata kat e-mail ‘ Please take note of the agenda of the KO meting’. So, kami2 ni take note jelah. Ada lead department lain2 marah2 sambil kata’ BODO’ betullah yang hantar mail ni. Lain kali hantar lah mail betul2. Kalau nak orang attend or not.

Ape2 pun kami ber4 tiba kat office client terlewat 15 mins. Meeting tu oklah. Cuma discuss pasal perkara2 berbangkit dari contract yang lepas. Antara lain yang menjadi tajuk perbincangan was on the communication breakdown between Client and Consultant, which in turn had cause delays in the project schedule. Of course each party will try to defend themselves, and of course I will defend myself as the Consultant. Boss no. 1, nasib baik backed up kami.

Daripada meeting tu dan daripada project2 yang telah kami lalui, satu perkara yag Maklang tak boleh tahan is when ada jugak orang2 kita ni rasa terlalu ‘besar’ bila ‘berada’ di tempat Client. Walhal sebelum ni ada jugak dianatara mereka tu berasal dari pejabat kami gak. Maklang heran macaman boleh change mendadak sekali bila dah bertukar position. Memanglah di tempat Client and selalunya Client is always right. Tapi kalau iye pun nak menghentam orang berpada2 lah. Dunia ni kecik. Nak2 dalam industri yang Maklang involve ni. Balik2 pusing2 muka tu jugak. Hidup ni ibarat roda, hari ni kita kat atas, mungkin esok kita di bawah. Jadinya berhati2lah…di jalanraya dan di tempat kerja. Nasib baik ada satu mamat yang eksyen ni dah tak lagi dalam Client office ni. Dah berenti after setahun kat situ. Lega betul kami rasa masa dapat tahu dia nak berenti masa tu.

Lagi satu, ada juga expat2 ni berlagak nak mam***. Pernah satu kali kami buat design untuk pemasangan lampu jalan kat salah satu plant kat tempat Maklang kerja ni. Pasang lampu je. Tapi kerja dia and weekly meeting dia mengalah kan projek yang juta2. Maklang sampai nangislah buat project ni sebab tension betul. Tak pernah jumpa expat seteruk ni. Dengan belit dia and dengan style ‘I-know-all’ and ‘!-am –the-best’ tu, tak sanggup nak face dia everytime ada meeting. Kita boleh simpan kalau kena bambu tapi memang ade limitlah. Sebenarnya dia nak tunjuk kat kita yang dia tahu sangat. Tapi agaknya nak cover ketidaktahuan dia, tu yang dia buat macam2. Our first proposal macamana nak ambik power supply dia tak setuju. Dia nak kami ikut cara dia je. So, kita ikutlah sebab tu property dia. Tapi after dah discuss dengan operation people dia, operation people setuju dengan kita. Agak nya tu yang dia hot, so tak de orang lain dia nak hentam, Maklang & anak2 buahlah kena . Geram….. SANGAT.Bukannya kami ni tak belajar semua ni.

Kita semua ni makan gaji je.Kita kena bersatu hatilah kalau nak buat kerja bukan nak tunjuk siapa lebih terror dari siapa. Betul tak?? Akhirnya project tu siap jugak after 4-5 kali revise sebab nak ikut kan kata Client Haprak betul mamat Yindia tu. Sampai sekarang berbekas dihati. Orang kalau tak pernah kerja ngan dia boleh lah cakap, banyak2 bersabar. Tapi kalau dah kena baru tahu.

Maklang rasa Maklang dah tak larat nak face orang macam ni. Sekarang ni kalau orang cakap ape2 pun buat dek je. Bukan Maklang je tension, anak2 buah pun tension. Tulah susah nak kerja ni and nak please orang. Tapi bak kata Cik Abang mana ada kerja yang tak susah. Absorb je laa semuanya…….

Tuesday, March 28, 2006

Surprise

Malam tadi kiranya Maklang macam balik mula2 kawin dulu. Dapatlah tidur berdua je dengan Cik abang tanpa gangguan dari seorang PATI. First time Hakim willingly nak tidur kat tempat lain dari bilik mak dia kalau ada kat rumah. Sebenarnya petang semalam Hakim bad mood lepas balik tabilas. Maklang ambik dia balik dari tabilas semalam. Sejak dari lunch tu dia dah mengengek nak beli layang2.Mintak tolong Cik Abang ambik dia dari tabilas sebab dia dah janji dengan Abah dia nakgi beli layang2, tapi last minute Cik Abang kata dia kena balik lambat sebab nak gi office yang satu lagi. So, terpaksalah Mak dia yang gi ambik dia. Naik je kereta, dah mintak nak beli layang2 tu.

Maka kami pun pergilah ke kedai yang Hakim cakap tu. Tanya kedai yang mana, dia explain macam ni.

‘Kedai tu ada ek..ek…ek…Kedai tu ada express’, sambil dia buat lakaran in the air gunakan jari dia.

‘Manalah Mak tahu kedai mana. Yang ek..ek..ek… tu apa? L-Mart ke? Ke Khamis ke? Or ape? Ke Kedai yang Kodak Ekpress tu? Tak pelah kita jalan je and then Hakim beritahu mak , ok?’

‘Oklah..’.

So, Maklang pun bawaklah kerete tu perlahan2 takut termiss kedai yang Hakim nak pergi tu’

Dekat 1 km jugaklah baru jumpa kedai tu. Rupanya kedai tu dia selalu pergi dengan Abah dia.
Masuk kat kedai tu terus tanya kat sales girl tu ada tak layang2. Dia kata tak de. Wau adelah.
Nak puaskan hati Hakim bawak dia masuk and pergi kat tempat Wau tu. Tak de jugak Hakim pun kata Wau tu besar sangat.

Dari situ kami ke kedai besar sikit. Tak ada jugak tapi nak coolkan dia, belikanlah Nutrigena yang ada helicopter tu and belikan dia Kit Kat. Hati tu masih tak enjoy lagi sebab balik tu dia mengamuk. Dah kasi makan pun mengamuk lagi. Langsung Abah dia masuk campur. Lepas mandi paksa dia tidur and tidur pun dia. Masa tu baru pukul 7:00 malam. Malam tu senyaplah sikip. Pukul 9:00 dia bangun. Rupa2nya jatuh kerusi masa dia tidur kat ruang tamu kat bawah. Angah pujuk dia supaya tak nangis. Lepas tu, tak aleh2 dia kata, ‘ Mak, Hakim nak tidur kat bilik Angahlah. Hakimkan dah besar’. That was a big surprise for me. Tak pernah lagi dia mintak nak tidur kat bilik lain. Selalunya kalau suruh pun dia tak mau. Ini pulak tak payah nak sogok apa2. Dengan penuh kerelaan lagi.

Tapi tak tahulah tu....kot2 malam ni pindah balik kat bilik mak dia. Tapi ok gak lah tu, Hakim bagi chance kat Mak & Abah dia honeymoon sat....

Monday, March 27, 2006

Penatnya.....

Rasanya tak hilang lagi penat sejak balik dari jenjalan tempohari. Tiba kat rumah dari KL lebihkurang pukul 5:00ptg hari Isnin 20.3.06. Singgah solat kat salah satu masjid on the way ke rumah. Tiba aje kat rumah, makan petang and unpacked barang2. Letihnya.

Next day tu dha kerja macam biasa. Ok lagi masa hari Selasa & Rabu tu tapi come Thursday, semuanya lepak. Nadhirah ,memonteng sebab penat sangat. Nak demam kata dia. On Wednesday tu dia masuk MSSD di Kemaman. Macam biasalah melontar peluru. Masa sukan kat sekolah baru2 ni dia dapat jadi johan tapi masa kat MSSD dia dapat tempat ke 8 out of 25 students. Oklah tu, asal ada semangat kesukanan. Lagipun dia peserta yang termuda. Maya pulak cabut tabilas dia Khamis tu, Hakim ponteng tadika. Angah sorang aje ok. Maya & Hakim tak leh bukak mata bila dikejut. Maklang & Cik Abang terpaksa gak gi kerja.

Last weekend, kami ke KB lak. Nak gi tengok Wan punya Abang (Pak Lang Mat) yang tak berapa sihat. Anak2 semua tak ikut except for Hakim. Atok & Wan, Cik Abang and on the way to KB singgah kat KT ambik Makcik F (adek bongsu Atok) plus Maklang je yang pergi. So bertolaklah kami ke KB pagi Jemahat tu. Berenti solat Jemahat dekat2 nak tiba Bacok and we reached KB about 3:00pm .Kalau ikutkan malasnya nak travel. Badan dah mengeluh mintak rehat, tapi nak buat camana, Atok & Wan nak gi tengok, so kami pun pergi sekali lah. Actually, dah plan sebelum kami cuti lagi sebab dapat tahu yang Pak Lang Mat masuk spital. Tak pegi tak sedap pulak. Risau pun ada. Kalau mata tu tak memandang tengok keadaan dia mesti tak puas hati. So ni dah tengok, baru puas hati. Pak Lang pun dah keluar spital, tapi masih tak kuat lagi. Something wrong dengan tulang belakang dia. Tapi le ni, Alhamdulillah.

Biasalah kalau ke KB, kalau tak ke Billion tak sah. Maklang tak shop sangat sebab dah puas dah. Cuma belikan Maya kasut sebab kasut dia dah uzur sangat. Hakim dapat selipar sebab selipar dia tu dah kecik. Lain2 tak de. Belikan jugak bekas sudu yang kenkawan pesan. Pagi Sabtu tu, masa nak ke Pasar tu, kami bertembung dengan Dr. Chua Jui Ming (betul ke eja nama dia ni? Ex-menteri kesihatan tu….) dalam lift. Ramah orangnya. Dia tegur Atok and tanya khabar semua. Petang tu lak jumpa Hani Mohsin. Pegi pasar beli kaftan and loceng unutk nak sangkut kat pintu pagar rumah. Ni Cik Abang pesan. Kat KB ni kalau gi memang lah makan yang jadi main activity. Hilang kesah nak diet. Balik rumah kena ikat perut sebab dah terlebih makan!!

All in the trip was fruitful lah sebab dapat jumpa Paklang Mat and Maklang Timah.

Malam lepas tiba dari KB tu, dapat message dari Makcik F ,mengatakan yang adeki par dia meninggal. Then pagi semalam Wan call Maklang diopis kata yang anak sedara Pak Itam, Abang Ramli passed away and tiba di opis, dapat khabar yang HR punya mak passed away. Innalillah hi wainna ila hirrajiun. Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka semua, InsyaAllah.

Hari pulak maklang punya kepala asyik pening aje. Kot2 darah naik tak tahulah ni. Tapi badan memang seram sejuk je. Macam rasa tak sihat je. Cik Abang lepas balik kerja semalam dah hemtam tidur sebab letih sangat. Maklang pulak, malam tadi awal dah tidur. Tulah balik petang ni nak kena rest pulak. Takut kong besok. Cuaca pulak teramatlah panas….Penat… Penat….

Saturday, March 25, 2006

Percutian bulan Maret 2006, Finale

16hb Maret 2006 - Khamis


Pagi ini kami semua bangun awal. Semuanya bersiap nak ke Bandung. Kami bertolak ke Bandung dengan dua kereta. Kereta Aunty S dan Kak Y. Maklang, Cik Abang, Kak Y & Abang Ed bersama Hakim in one car and Wan, Atok. Aunty S, Uncle R, Along, Maya & Angah and the Pak Supir in one car. They all naik Kijang while we all naik kereta Sedan Aband Ed. The trip was a very enjoyable one. Dari Jakarta ke Bandung kami melalui bandar2 kecil sepert Ciawi, Cipanas and macam2 Ci lagi. Sebelum tiba di Puncak keadaan persekitaran macam kat Jakarta je taklah sejuk tapi dah dekat2 kat Puncak, suasana nya nyaman sekali. Macam nak gi kat Cameron di Malaysia. Banyak jugak bunga2 yang sedang mekar. Ros, lily and banyak lagi pokok2 bunga yang hijau and segar. Ada banyak kedai yang jual lampu2 antik and of courselah kami tak berhenti pun. Aunty S sempat berhenti beli keladi and pisang tandok sebelum tiba di Puncak. Sampai kat puncak lebih kurang jam 11:00 pagi. Kat Puncak nilah terletak nya Safari Park. Sebelum memasuki Safari park ni memang banyak ‘welcome banners’ untuk ke Safari Park ni. Nampak keadaan macam ceria sangat. Colourful jugak. Sayang Maklang tak dapt nak masukkan gambar. Nak masuk kat Safari Park ni, kami kena bayar 40K/person. Masuk-masuk aje kami di usher oleh beberapa ekor Llama. Memang ramah betul Llama tu. Dia datang dekat kat kereta kami and mula dekat2 kan muka dia kat tingkap kereta. Kenderaan yang masuk semuanya dinasihatkan supaya menutup tingkap sebab bahaya. Aunty S pun pesan supaya sentiasa tutup tingkap sebab pernah sekali dia ke sini, and tingkap kereta dia terbukak, dia diludahi oleh Llama2 tu., Gelihati…..

Seronok kat situ. Binatang berkeliaran and memang macam dalam hutan betul. Persekitaran kat situ memang best. Haiwan2 ni selalunya berkelompok. Ada sekelompok zebra atas jalan tar yang kami lalui, ada monyet kat tepi2 jalan tu, ade badak air tengah berendam and Zirafah, Seladang, Lembu, Gajah2 and so on. Memang seronok and enjoy sangat. Bila nak melalui kawasan yang ada binatang2 berbahaya like Singa, Harimau and Bears, sekali lagi kami kena melalui kawasan yang berpagar. Bila nak masuk, ada gate yang akan terbuka sendiri dan kemudian ditutup. Takut binatang liar ni keluar gamaknya. Maklang memang jakunlah sebab kat Malaysia ni tak pernah pergi Safari Park. Masa di A Famosa hari tu nak masuk, tapi harga dia mahal sangat. So tak jadilah. Adik Maklang kata kalau gi pun nanti takut disappointed. Tapi kalau ada sesapa yang nak gi kat Puncak punya Safari Park ni, memang Maklang recommend sangat. Bukan anak2 je enjoy, mak bapak and atok nenek anak pun enjoy sesangat. Lepas dari Safari Park, kami berhenti kat tempat berehat and we had lunch kat situ. Memang ada bawak bekal pun. Lepas tu, Maklang and yang lain pergi kat ladies. Jumpa pulak orang Johor kat situ tengah bercuti jugak. Tak kenallah tapi dia tengok Maklang and kami senyum and bila tanya dia kata dia dari JB. Ramai gaknya orang Malaysia yang datang bercuti kat sini…. Bagus le, luas pemandangan banyak pengalaman.

Then we went to the park yang ada mainan untuk anak2 . Tak leh lama sebab masih ada 2 jam lagi sebelum tiba di Bandung. Dari situ, it took us another 2 hours to each Bandung. On the way down, kami melalui banyak kawasan batu kapur. Banyak kedai2 buat marmar and banyak kedai yang jual lada kayu yang besar2. Kayu yang diukir buat lada yang sepanjang 3 kaki or lebih. Kak Y kata, lada tu dibuat macam kentung. Banyak gak kedai yang jual tapai. Tapai ubi tu digantung. Ubi diikat dalam 10 ketul sepanjang 8in dan digantung dalam almari kaca. Pelik betul. Banyak jugak kawasan menanam padi kat sini. Kami berhenti di Cianjur untuk Abang Ed mengstarightkan badan sat and finally we reached rumah Bik Iches (adek Uncle R) kat Bandung. Masa masuk kat exit nak ke Bandung tu banyak betul Billboard yang advertise pasal Factory Oulets kat Bandung. Kak Y kata memang banyak designer clothes kat sini. Tapi I bukan orang yang pakai baju branded punya orang. So tak kesahlah sangat.

Lepas solat kat rumah Bik Iches sat, kami pun ke Rumah Mode. Rumah Mode ni is a factory outlet. Beli baju jugaklah barang selai dua untuk Maya, Cik Abang and my two brothers kat sini. Aunty S kata baju2 kat sini memang yang ori tapi sebab tak dapat nak dieksport ke luar, so itulah yang dijual disini. Kami balik dekat2 nak Maghrib. Nak mandi, air dia punyalah sejuk macam mandi air dalam fridge. Air panas tak de lak. Maya menggigil. Dia kata this is the first time dia mandi air sejuk. Selama ni memang dia mandi air panas. Kalau dia mandi , air tu boleh buat telor separuh masak. Kenkadang sampai berasap. Ni kena mandi air sejuk, mana tak gigil. Dahlah kurus. Kesian dia. Malam tu we decided that we will be going back to Jakarta the next day and not on the Saturday sebab nak kejar masa sebab nak shop kat Tanah Abang.





17 Maret 2006 – Jumaat

The next morning, around 9:00am, kami kePasar Baru di Bandung. Memang lah mabuk kat sini. Kami separate dari Cik Abang and anak2. Maklang, Wan, Atok, Aunty S and Kak Y , Maya & Angah in one group and the rest in another group. Kalau jalan dengan anak2 ramai sangat payah nak pilih barang. Memang lah seronok kalau nak shop. Kain sulam, tudung, blouses ada bermacam2 and very2 reasonble harga dia. In other words- murah betul!!. Kain batik ela pun cantik2. Adelah belikan anak2, myself and Cik Abang serba sikit. Beli kain batek ela tu dalam 4.5 m untuk nak buat long sleeve shirt Cik Abang and untuk Maklang buat kain. Baju cari kain plain untuk nak pakai dengan Cik Abang bila ada function, berangan lah tu. Tapi memang mabuk. Cik Abang gi cari kipas untuk Aunty Shaukat (kawan Wan & atok) untuk buat gifts for tetamu wedding anak dia. Kipas kayu Cendana tu. Yang bila kita kipas dia akan keluarkan bau wangi tu….Dapatlah and belikan untuk Aunty tu dalam +-300 keping. Murah sangat. Tak puas shopping sebab masa tak banyak. Sebelum kami balik ke Jakarta tu, Bik Iches bawak kami makan kat kedai yang jual makanan Indonesia. At last dapat gak makan Bakso. Sedap. Lagipun masa tu dah pukul 4ptg. Dari situ kami pulang ke rumah Bik Iches, pack barang and bertolak ke Jakarta. Kami ikut hiway kali ni. Banyak betul kereta both going to Bandung and Jakarta memandang kan the next day is a weekend. We reached home at about 8:00pm. Lepak le lagi but contented….duit banyak dah dilabur kat Pasar Baru.


18 Maret 2006 – Sabtu

Pagi besok tu ke Tanah Abang pulak. Kat sini Maklang mabuk tengok baju budak2 and blouses. Cantik2 and harga berpatutan. Kami ke sini berenam aje + Pak Supir. Cik Abang, Atok, Wan, Aunty S, myself, Kak Y and Pak Supir. Anak2 tinggal suruh main dengan anak2 S di rumah Aunty .Cik Abang kata Tanah Abang has changed a lot since dia datang sini in 1995 dulu. Dah ada kedai2 macam shopping complex. Tempat lama macam kat Aked di Malaysia tu masih ade. Kami tak masuk kat situ sebab tak sempat. Yang kedai2 kat shopping complex dia tu pun tak khatam ni kan pulak yang kat tempat lama tu. Penat jugak lah mengukur building tu. Balik dati situ dekat pukul 3:00 ptg. On the way balik tu, Cik Abang mintak Pak Supir turunkan kami di Sarinah di Plaza Grande. Cik Abang nak tengok painting. Selagi tak dapat painting dia tu memang tak senang hati. Dahlah masa si Ancol hari tu tak dapat, di Bandung pun tak dapat. Ni kiranya last tempat nak cari gambar tu. At last after almost an hour barulah jumpa gambar yang di cari. Cantik jugak gambar tu. Maklang yang jumpa tapi harga dia mahal bangat. Alhamdulillah, Maklang dapat tawar sampai about 75% off from the displayed price. Lumayan gituh…. Tapi Cik Abang tak sabar, terlalu lama sangat menawar, at last dia gave in or else dapat gak untung another 300K rupiah. At last, dapat gambar dia tu. Sementara orang tu nak gulung gambar tu, Maklang gi solat kat Musholla. Senang betul kat sini, everywhere ada musholla. Maklang pinjam telekong salesgirl tu sebab dah dekat pukul 4:00pm. Kami solat jamak so no problem lah. Yang best sekali and yang paling kami surprise sekali, toilets kat Jakarta ni, walaupun public, bersihnya…. No smell at all. Surprise. Lepas dah selesai hal gambar, kami gi makan kat Restoran Sunda di Grande Plaza tu. Orderlah apa nak makan. Bila dapt bill… terkejut katak.161K lebihkurang RM 64. Nasib baik last day!!. Tak sangka pulak, kalau order ikan goring,one harga and kalau nak ikan goring tomato, harga dia tambah lagi 5K. Sambal kicap pun tambah duit lagi.

Malam tu balik Aunty suruh masak lak. Buttered prawn. Longoh den. Malam tu anak2 and adek2 Aunty berkumpul nak say goodbye to all of us. Budak2 punyalah seronok sampai Angah terkunci dalam toilet kat bilik Aunty. Malam tu bilik yang Wan tidur macam kapal pecah sebab kena pack barang. Siap timbang sekali barang2 yang nak bawak balik. Ngam2 120kg. Kotak kipas tu another 40kg. Pray to Allah that tak kena bayar excess baggage!!


19 Maret 2006 – Ahad

Next morning tu, it rained very heavily. Mak kata Jakarta sedih sebab kami nak balik. Anak bibik , Suci, tu pun nangis bila kami nak balik. Ialah dah one week anak2 Maklang dok bermain dengan dia. Tiba di airport jam 11:45am and terus checked-in. Lama sangat Cik Abang kat counter, ingatkan sure kena bayar bayak sebab excees baggage, tapi Alhamdulilalh tak kena sesen pun. Tiba di Kl jam 6:50pm. Alhamdulillah tak kena cukai….


Begitulah alkisah school holidays yang baru lepas ni. Ini pun dengan ringkas je. Kalau tulis panjang2 ade pulak yang terlelap kang....

Tuesday, March 21, 2006

Percutian bulan Maret 2006, Part 2


Selasak 14hb Maret 2006

Ke Taman Mini. Best. Kat Taman Mini ni ada macam2. Seingat Maklang masa pergi sini 15 tahun dulu, Maklang masuk ke rumah2 yang ada di Indonesia, rumah Minang, rumah orang di Jogja, etc2. Tapi masa datang kali ni, tak gi pulak kat tempat2 ni. Tapi this time kami gi Taman Burung. Best jugaklah. Kata ke Wan, Taman burung kat Malaysia tak sampai lagi tapi di Jakarta sampai dah. Tiket dia murah aje. Dalam 2-3.00 ringgit je. Tak ingat dah… Banyak jenis burung dalam tu. Ade jugak burung kakak tua yang boleh bercakap. Pemandangan dalam Taman Burung tu cantek. Macam natural habitat aje. Memang cantek. Tapi tak dapat nak comparelah dengan di Malaysia sebab tak pernah pergi lagi. Keluar dari Taman Burung, ada macam gerai2 jual cenderahati. Maklang tempatlah keychain untuk geng2 satu department. Oklah. Harga dia berpatutan. Ini untuk yang male friends aja yang dalam satu department. Nak belikan satu opis pengsan le, bukan pasal duit tapi macamana lah nak mengangkat sebanyak2nya. Yang pompuan tak beli lagi. Murah barangan dia. Then we went to Keong Emas, tengok Indonesia Indah. Dari situ kami gi makan dulu. Dapat tempat kat tepi tasik. Kat tasik tu ada pulau2 kecil yang menunjukkan pulau2 di Indonesia. Kalau naik kerta gantung ( cable car), dapat lah tengok pulau2 tu. Tapi kami tak naik pun. Duduk tepi tasik menikmati makan tengahari. Sedapnya makan sambil ditiup angin sepoi2…Kalau tak ingat masih dalam diet memang belasah aje. Tapi kenalah diet sikit… or else kembang semangkuk jadinya….Sementara nak tunggu tayangan IMEX di Keong Mas tu, kami berehat di tepi tasik.(IMEX ni macam 3D punya showlaa). Cik Abang sempat tidur. Nasib baik tak berkeroh. Petang gi ke Keong Mas semula sebab anak2 nak tengok t-rex. Oklah. Balik jam 6:00. Macet lagi.

Tiba aje kat rumah, kami semua bersiap untuk ke rumah kawan Aunty S. Nama dia Aunty Lis. Rumahnya tak jauh mana dari rumah Aunty S. Macam2 dia masak. Ada rendang Padang. Tu yang best sekali. Teringat masa kecik2 dulu, Atok selalu beli nasi campur dengan rendang kat Noor Nasi Padang kat Tampoi. Memang sedap betul. Sempat jugak Aunty S beritahu Aunty Lis pasal nak shopping kat Tanah Abang the next day and Aunty Lis beritahu yang di Tanah Abang ada PAsar Subuh. Pasar Subuh ni is tempat orang jual kain baju waktu Subuh tu. So plan bertukarlah, nak gi Tanah Abang lepas Subuh!! Tak pernah umur gi shopping subuh2. Midnight MAdness masa study dulu ada gak pergi, ikut kakak2 masa belajar, tapi tu pun dah lupa if pergi or not. Malam tu lepas balik je, kami terus lepak. Kepenatan....Malam tidur awal.

15 hb Maret

Pagi tu gi Tanah Abang jam 6:00am rasanya. Ngantok nya…Tanah Abang is about 10km je dari rumah Aunty S. Kena keluar awal sebab takut bertembung ngan jam kat Jakarta. Yang pegi cuma Maklang,Cik Abang,Wan, Atok, Aunty S and Pak Supir.Anak2 tinggal di rumah. Dah pesan kat Kak Long kalau adek2 bangun tengok2 kan and mandikan Hakim and of course ada ganjarannya. Tiba kat Tanah Abang dalam pukul 6:30am . Bila tiba kat situ tak ada pun orang berjual. Ada orang angkat2 barang macam dah habis berjualan je. Pak Supir tanya kat orang kat situ and was told that pasar Subuh cuma ada pada hari Khamis je. Wrong infolah ni. Pak Supir cadangkan supaya ke Cipulir. Dia kata kat situ pun barang2 murah. Semurah Tanah Abang. So ke Cipulirlah kami.Tiba dalam pukul 8:30am. On the way nak ke situ , Maklang nampak banyak rumah2 kecik kat tepi longkang besar. Keadaan kat situ menyedihkan. Ni lalu kat belakang rumah2 tu. Unimaginable sebab kat negara kita tak ada cam ni kot. Aunty S kata, kat situ kebanyakkannya orang tu sewa tempat untuk tidur je. Siang gi kerja and balik nak tidur je. Sedih Maklang tengok. Tak sempat nak ambik gambar.Seronok bershopping di Cipulir. Barangan nya murah amat. Banyak dapat baju and skirt untuk Angah. Maklang adelah beli 2-3 lai baju and some tudung for souvenirs. Memang murah betul. Yang banyak membeli was Aunty S!!! Dia kata that was the 1st time dia ke situ. We left Cipulir about 11:00 as Uncle R ada appointment ngan Dr and Pak Supir had to send him.

Petang tu lepas lunch, Cik Abang ajak Maklang and anak2 keluar ke Pondok Indah Mall. Tiba disitu, kami separate sebab dia nak ke kedai buku and Maklang nak tengok2 barang2 untuk sendiri.Kat situ ada Sogo and Metro and adalah kedai kecik2 yang lain. Best gak. Maklang beli sepasang kasut. Yang biasa2 je. Then gi kedai kain. Dapatlah 1 untuk nak buat blouse. Kejap aje kami kat situ sebab Kak Long rasa tak sedap badan. Sakit perut. Dia dok togok banyak sangat Coke sampai sakit perut. Dah tahu yang perut tu tak tahan tapi dok hentam Coke banyak2. Petang tu hujan lebat. We went back by taxi. Pergi pun naik taxi. Cik Abang bayar 20K one way. Oklah tu sebab kita ramai. Kak Long muntah dalam taxi. Nasib baik ada plastic beg!!

Mlm tu M, adek Aunty S, ajak kami dinner ke rumahnya. Rumah dia cuma about 2km or less from Aunty's house. Taman Rempoa. Cantek rumah dia. Kat Jakarta ni Maklang noticed that pokok2 dia hijau2 sangat and very fresh. Agaknya sebab tanah dia very subur.Makan lagi. Sedap betul masakan dia. Maklumlah tinggal makan je. Yang sedap sekali kangkung yang dicelur and disiram ngan kuah daging. Sedap.... Malam tu balik lepak lagi. Perut pun kenyang hati pun senang....


(Bersambung... sorri aah... no gambar yet)

Percutian bulan Maret 2006, Part 1

Alhamdulillah, Maklang dah kembali ke Malaysia hari Ahad lepas. Seronoknya dapat jenjalan makan angin bersama anak2 dan Cik Abang, Wan and Atok. Mendarat di KLIA jam 6:50ptg. Alhamdulillah dengan excess baggage,kami tak kena bayar lebih and bila tiba kat sini tak kena cukai...

Sebenarnya dah nak post last nite tapi bila nak masukkan gambar, payahnya lah. Tak mahu dia load. Ada sesapa boleh tolong tak? Cuba 5-6 kali but still dia tak load. Biasanya tak sesusah ni. So, ni maklang masukkan entry ni dulu and then baru mab=sukkan gambar, kalau dapat malam ni ke...

Yang dibawah ni dah di type masa di Jakarta tapi tak tahu macamana nak excess internet kat rumah Aunty S, connection ada, tapi tak tahu nak buat camana , lagi pun tak sempat sebab asyik keluar jenjalan je...

First of all, many thanks to Aunty S, Uncle R, Kak Y, Abang Ed, M & Hubby, S & hubby and anak2 & all in Jakarta, termasuk Pak Supir and bibik2 and also Bik Iches di Bandung & Family ( adek Uncle) for making our stay a very enjoyable one and a very pleasant one... Jangan serik... kami nak datang lagi kalau ada rezeki....



9 hb March 2006

We started off from the house at about 11:00am. Singgah sat kat Kuantan and TEmerloh sebab ada hal yang perlu diselesaikan sebelum nak cuti panjang ni...Abang berhenti solat Jemahat di Batu 10, Kuantan. Sementara menunggu, Maklang bawak anak2 ke Kedai Shamul World Trade Center. Strategik jugak berenti kat situ, kami bershopping buku rujukan Nadhirah. Lepas solat, kami meneruskan perjalanan ke Temerloh. ALhamdulillah benda2 yang nak diuruskan selesai pun...Penatnya. At last kami tiba di KL jam 6:30pm. Jem tu biasalah kan sebelum tiba kat rumah Ereen (my sister) di PJ. Masuk sat, Maklang and Cik Abang pun terus aje ke hospital nak melawat Pak Itam yang tengah sakit kat hospiatal Damansara. Sedih betul tengok Pak Itam. Alhamdulillah dia nampak sihat walaupun tengah sakit. Bila Maklang tanya if dia kenal Maklang, dia kata’ I love this girl’… Sedih Maklang dengar. Maklang suruh dia selawat dan berzikir selalu. InsyaAllah dia ok. Kami pulang ke rumah Ereen jam 9:00 malam. Malam tu rasa flat betul . Letih sebab perjalanan ke KL tu. In total about 7.5 hours baru tiba di destinasi…


10 hb March 2006


Kami bertolak ke Silibin, Perak pukul 9:00 pagi. Wan buat roti canai. Maklang rasa je. Tak leh makan bebanyak sebab cadang2 nak makan kat rumah orang nak tunang ni. Tiba di tol Ipoh round 11:00 kot. We stopped at Jaya Jusco sebab nak beli barang sikit. Last shopping before we left for our long holiday. Majlis pertunangan started at about 2:30pm. Oklah. Rupanya family belah girl ni ada ala-ala mami jarum. Cakap depa-depa and all. The food was good. Makan banyak lah…Left the function at almost 5:00pm and reached Kuala Lumpur almost 7:00pm. Mandi sat and bersih2kan badan. Then Maklang and Cik Abang went to Jaya Supermarket sebab nak tukar duit. Malangnya the pengurup wang was closed. Membazir je dok pusing2 kat parking Jaya yang sempit tu. Hampeh… Masa tu dah dekat 8:20pm. Pusing gak 2 kali kat around PJ tu nak cari kot2 ada pengurup wang lain tapi tak dak pung….. Then cepat2 ke MidValley. Parking punyalah susuah. Dekat 10 mins baru dapat. Maklang suspense gak sebab takut nanti tak sempat nak tengok Pak Itam sebab visiting hours close at 9:00pm kat ICU tu. Tukar duit kat pengurup wang yang can give us the beast deal. Dapat yang paling best tapi duit dia lak tak cukup. Terpaksalah gi kat yang second best. Tukarlah duit yang ade. Yey… Yey… Kami jutawan Indonesia aja….. Kalau betul ok gak tapi susah kot kalau kaya2 ni… Cukuplah sekarang dengan ape yang ada. Then we went to the hospital . Tiba at about 9:05pm and dapat lah tengok Pak Itam. Dia dah macam meracau. Rasanya ada yang mengganggu. Maklang told him that all of us nak gi ke Jakarta the next morning and could not visit him the next day. Dia kata’ Pergilah… Eloklah tu jumpa family…’. We left about 10.30pm. Malam tu tidur almost 1:00am. Loteh nya…..




12hb Maret 2005


Woke up at about 5:00am. Nak kena siap awal sebab ramai yang kecik2 ni. Cik abang mandi first. Anak2, kakak yang mandikan. Alang and maid dia, and kakak earlier had prepared the breakfast. Nasi goreng and sandwich telor. Malam tadi maid Alang dah goring ayam. Bangun tadi, Cik Abang dah kata yang flight patutnya jam 10:20am and not 9:20 am yang Maklang cakap tu…. Tapi tak pe we left the house early gak about 7:00am sebab since dah siap jalan jelah… tiba airpot jam 7:45pg. Terus nak check-in. Lama nya…and ramai nye nak ke Jakarta…..kami hari ni kena cakap bahasa Indonesia ya…. Anak2 were so excited and as usual ter’over’ dengan perangai dia… Sabo je laaa….

After dah checked-in, we had breakfast ngan bekal tu. Tinggal sikt2 jelah and we brought to Jakarta. Flight delay 20 mins. First time naik Air Asia. Rasanya macam naik bas je.. Tapi all in ok laa… Yang tak tahan nya bebudak nilah. Dia boring gaknya dan tak sudah2 dok main table tu sampai kita nak tidur pun tak leh… Kejap dia bukak and tutup meja tu and panjat2. Terok betul...Agaknya boring kot. Nak2 si Hakim. Macam tak pernah naik plane pulak. Geram aje.

We landed at JakartaAirport di Cenkareng jam 11:40am. Aunty S and Kak Y & hubby (Abang Ed) and also Uncle R were there. Kak Y kata she was so surprised to me… Slim dikit katanya…. Syoknya Maklang dengar….. Tiba di rumah Aunty about one. Rumah Aunty terletak di Pondok Pinang. On the way ke sini kami lalu kat Bandar Jakarta. Banyak betul perubahan . The last time I was here was 15 years back!!!. Mananya tak berubah….Yang Maklang kagum tu kat tepi2 jalan banyak betul orang jual2 pokok bunga. Macam ada nursey gituh… Pokok2nya segar-segar bangat…After lunch , masing2 berehat. Cik Abang tidurlah ape lagi. Nak lepaskan penat tadi sebab bangun terlalu awal.

Petang after asar, about 3:30pm we went to Mall Pondok Indah. On the way there, we lalu kat rumah Inul ….alah raja gelek maut Indonesia tulah. Rumahnya gedek…di Pondok Indah. Pondok Indah ni kiranya rumah dia besar2lah. Tapi kat sini rumah2 dia bungalow tapi dekat2 sangat. Tak ade macam kat Malaysia punya rules yang kata kena ada 5 meters punya space at the side of the house tu. So nampak congested sangat macam kat Singapore. Pergi cuci mata aje kat Mall tu. Tengok gak handbag, tapi rata2 barang2 dia lebih mahal dari di Sogo or Metro KL. Cik Abang as usual, mencari map of Jakarta dulu ( Memang normally di mesti cari map dulu kalau kemana2). Balik dekat nak Maghrib. We had dinner, roti canai from Malaysia yang Wan buat and also murtabak Indonesia. Sedap murtabak dia. Kulit dia crispy and banyak telur. Dia tak spicy macam Malaysia punya. Adek Aunty S, M and her husband came. M dengan Maklang beza umur cuma setahu. Adek M, S tinggal dengan Aunty S kat rumah ni. Kak Y and Abang Ed pun datang and berbual2lah sat.Malam tu lepak habis…






13hb Maret 2006


Pagi tadi bangun awal sekali. Jam setengah enam. Tapi waktu disini masih jam setengah limak… Cik Abang bangun solat dan terus aja mandi. Maklang mandi awal jugak. Di sini kalau 6:30 tu dah terang sangat. Yelah kalau kat Malaysia dah pukul 7:30 pagi. Kami had croket (?), riselle and lontong sayur. Sedap2 belaka. Naiklah berat badan gue.

Jam 10:30 kami bertolak ke Taman Mini tapi setibanya di Taman Mini, bapak pengawal bilang, hanya Taman burung aje yang buka. Jadinya kami tak jadi pergi dan terus aje tukar plan. Kami pun ke Ancol. Masuk jalan ke Ancol, Aunty S salah bagi direction pada Pak Supir, langsung sesat ke Tanjung Periok. It took us almost 1.5 hrs to reach Ancol. Macetnya ya amat. Alhamdulillah tiba di destinasi pukul 12:15. Disebabkan Maya dah lapar, kami pun bentang tikar and berpiknik. Aunty S dah suruh bibik2 buatkan ayam goring, nasi & sambal telur. Sedapnya makan kat pantai. Dengan angin2 sepoi bahasa makan 3 pinggan pun tak jadi hal. Tu Cik abang lah tu . Nasib baik Maklang boleh control. After that, all of us minus Maklang had ice cream.


About 2:00 we left for seaworld. Best jugak. Kalau compare ngan Aquaria kat KLCC tu of course yang kat Maysia tu lagi besar. Tapi kat sini ikan2 dia lebih yang gedek2 dan shark dia lebih banyak lagi. Sempat tengok mereka feed the sharks and also bottlefed the ikan duyung (dugong). Cara pengawal tu bagi susu kat duyung tu sama macam masa kita feed baby. Dipangku dan kemudian di feed dengan bottle. It was a good one. Ada 3200 ekor ikan kat sini. As usual bila keluar tu nak beli fridge magnet tapi tak ada. So belilah mug kecik . Harga dia 25000 rupiah. Kalau pandang pada harga memang takut, tapi bila convert jadi RM 10.00 aje. Oklah tu. Then we bought a plate yang letak gambar budak2 kena makan ngan shark. Harga dia 35000 rupiah je. Reasonable jugk. Then ke Pasar Seni. Ada gambar yang kami minat tapi tak ada pulak tuannya. Abang nak cari gambar yang Bali tu, yang daun2 dia very green and kalau lily dia mekar and segar. Memang dah lama Maklang minat gambar ni tapi tak dapat2 lagi. Ingatkan nak hang kat atas kepala katil in my bedroom. Tu yang dia semangat sangat nak cari gambar tu. We left Ancol about 4:30 sebab nak kejar waktu asar. Malang nasib kami sebab macet dia amatlah terok. Kami tiba kat rumah kurang lebih jam 6:40pm. Dah maghrib dah.Punyalah macet jalan di Jakarta dia…..

Now ni tengah separuh jaga. Tu yang kena type cepat sebelum Maklang tertidur lena….Penat sekali… Ok ya nanti kita jumpa lagi….

(The above was recorded during my stay in Jakarta, kat bilik atas kat rumah Aunty S... Maklang akan sambung lagi bila ada kesempatan. InsyaAllah malam ni... problem gambar nak load tu tak tahu macam mana nak buat.... help!!)

Wednesday, March 08, 2006

Beezee

Malam semalam Maklang was very busy. Mak sedara Maklang, Makcik F, yang nak tunang kan anak dia this weekend dah call last week mintak tolong buatkan kek untuk nak buat hantaran… Maklang amatlah malasnya nak membuat kek. Kalau setakat coklat kek yang buat tak yah pakai mixer tu oklah. Cmpur semua bahan kacau sampai rata, tuang dalam loyang and terus boleh bakar. 1 jam kemudian boleh angkat…


Unfortunately, Makcik F suruh buatkan kek lapis Sarawak. Alahai…. 4 jam baru siap. At first Maklang piker, tempah aje lah. Dah call dah Mak kat JB mintak tolong cousin tempahkan. Oklah yang 8” x8” tu RM 45.00. Bolehlah tu. Bahan dah mahal le ni. Ingatkan ok. Masa tempah tu tak beritahu Cik Abang lagi. Bila Cik Abang tahu, dia terus aje suruh buat.

‘ Buat ajelaa…. Buat ape nak tempah. Kan biasa dah buat kek tu' dia kata. Biasalah Cik Abang memang tak berapa suka nak beli2 ni. Dia kata yang beli tu tak sedap macam buat sendiri. Bukan nak kata wife dia ni pandai sangat masak, bolehlah aje. Tapi dia memang tak puas hati kalau Maklang beli kek2 ni. Macam tu jugak kalau kueh raya. Kalau tiba musim raya memang second half of puasa punya weekend, Maklang memang full time lah dok kat oven kat dapur tu... Anyway, I enjoy buat kueh. So no hallah.

Maklang at 1st serba salah gak tapi pikir2 elok gak buat sebab boleh buat 2 buku sekali. Satu buku extra tu boleh bawak kat rumah Makcik S yang kami nak pergi cuti sekolah ni nanti, InsyaAllah. Bijak jugak nih…. Tapi tak buat lapis Sarawak. Nak buat Lapis Holiday Inn. Kuih ni pun feveret Makcik F ni. Tak pelah nak bagi pun kat bakal besan dia. Maklang dah 4-5 kali buat kek ni. First time belajar masa Raya 2004. Ambik resepi dari wife cousin. Dia ni memang orang Sarawak. Sedap kek ni tapi manis dia….giler….kalau sapa2 yang ada kencing manis baik jangan ambik sebab terlalu nya lah amat manis dia. Tapi kalau Maklang buat Maklang biasanya akan kurangkan gula and susu dia. Tak leh makan betul … lebih manis dari kuih Akok orang Kelantan tu. Sebab manis tu, bahan dia guna biskut marie, susu pekat,gula pasir, horlicks and milo. Eton datang petang semalam nak belajar buat kek tu. Dia ni pun Maklang kenal masa kat sukaneka kat sekolah Maya & Angah baru2 ni. Kebetulan dia ni kawan pada kawan Maklang. Masa cerita2 nak buat kek tu, dia terus kata nak datang nak tengok. Takkan tak nak kasi datang pulak….Dapat pahala oi ajar orang buat kueh ni. Dapat sikit2 pun jadi le...


Sambil2 kukus kek tu semalam, Maklang dapatlah pack baju2 untuk nak gi KL this Friday. InsyaAllah tak ade ape aral kami sekeluarga akan bertolak ke KL pada pagi Jemahat ni. Baju2 anak2 and Abang nak kena packkan dulu. Mereka bukan tahu nak pack macam mana pun. Cuma suruh pilih baju je and then Makalng yang akan kemaskan masukkan dalam bag. Biasanya kalau kemas baju ni Maklang akan ambik masa dalam 1 jam. Kena kira betul2 takut tak cukup baju. Kalau untuk 6 orang punya pakai, adalah 2 beg besar. Biasanya bawak 5 sets of baju siang and malam. Kena piker, kalau kat rumah orang nak cuci selalu payah and mana tahu kalau hujan lagi payah nak ganti baju. InsyaAllah kami nak gi jalan from this Friday and balik ke Kerteh on next2 Monday. Jadinya anak2 akan ponteng 2 harilah. Sebabnya nak spend masa lama sikit dengan Aunty S sebab dah lama tak ke sana. Kalau dia balik rumah Pakcik yang kat KL adalah jumpa tapi sekejap2 je. Last Maklang gi rumah dia, was 1991. Masa tu masih bujang lagi. Itu pun attend wedding adek dia. This time Maklang gi sekali dengan Cik Abang and my 4 kids. Atok and Wan pun ikut sekali, InsyaAllah. Harap2 ape yang diplankan menjadi.

Letihnya malam tadi. By the time siap semua dah dekat 12:30am. Tu pun bibik yang tunggu kek tu masak. Tadi pagi bangun with a splitting headache. Sebenar nya dah 2-3 hari tak leh tidur sebab teringat kat Pakcik Maklang yang tengah sakit di KL. Dia kena operate 2 days back. Usus dia pecah. Alhamdulillah dia dah recover sikit tapi masih dalam ICU. Dia dah 83 years old. Maklang masa belum kawin dulu duduk kat rumah dia. Jadi kami agak rapat jugaklah. Lepas kawin terus pindah. Dia ni Atok punya uncle as well as Abang ipar. Interfamily marriage. Biasalah orang dulu2. Doa2lah semuga Pak Itam cepat sembuh. Pak Itam punya wife passed away due to kidney complication, early last year. Wife dia is my Mak Ngah.


Maklang doakan semuga Pak Itam cepat sembuh dari penyakitnya , InsyaAllah...(Maklang gi Dr. tadi. Dia bagi MC. Darah melambung and Dr. suruh balik rest. Seteresssslah ni... Risau bebenor pasal Pak Itam ni....)


Ini dia kek untuk hantaran pertunangan...









Ini kek lapis Holiday Inn yang dah kena potong.

Air oren

Last weekend masa Maklang buat soto ayam tu, Maklang makan dengan Kak long and Hakim.


‘Mak tolong ambik kan Hakim air tu’, Hakim tunjuk kat botol air oren yang kat depan Maklang tu.

‘Nah, ambik lah ni’, Maklang pun passkan kat Hakim.

Tak aleh2 lepas tu Hakim kata,’ Mak, kalau Hakim minum air oren ni, kalau Hakim buang air, dia tak yah tukar kale. Kalau Hakim minum air sejuk kosong, nanti perut Hakim kena tukar kaler air ken**** tu’

Nak tersembur soto yang kami makan ni. Tak sangka sampai macam tu sekali dia piker. Maklang sendiri tak terfikir…Anak2 jaman sekarang, panjangnye pemikiran dia ye….

Tuesday, March 07, 2006

Sukaneka Sekolah Maya & Angah

Last Sunday was a big day for Angah & Maya... Ialah after beberapa tahun meninggalkan sekolah tadika, now the sekolah rendah is having another sports day where the parents are invited to attend. Maklang & Cik Abang, FIL and Hakim pergilah attend the sports. Seronok jugak tengok budak2 in main.

The sports started at about 10:00am. Sheduled to start pukul 9:00 tapi when we arrived pukul 9:00am , masih kosong lagi padang. Ada tempat duduk yang dikhaskan untuk parents. Kami kebetulan hari Ahad lepas tak kerja sebab its a public holiday, hari pertabalan Sultan Terengganu. So dapatlah kami pergi tengok sukan tu. Actually dah buat perogramme unutk ke Bukit Merah, tapi disebabkana anak2 semuanya tak nak pergi, maka kami kansellah. Kalau pergi kesian pulak mereka. Dah penat practice for the sports day then tak dapat join pulak.


Angah tak participate in any of the games. Dia cuma masuk perbarisan Bulan Sabit Merah je. Terror jugak angah berkawat. Maya ada masuk game. Dapatlah third. Dia kata masa practice dapat no. 1 tapi masa betul2 dapat 3rd. Oklah tu...At least ade jugak...They were so excited. Hakim was so bored sampai tertidur kat khemah sebab terlalu panas... Maklang & Cik Abang pun got excited bila tengok Maya main. Kami pun bersoraklah nak bagi semangat.... Gelati pulak ingatkan...


The sports habis dalam pukul 2:00ptg kot but we left early with Maya sebab dah panas sangat. Angah nak tunggu and Cik Abang ambik dia almost 3:00pm.

Petang tu kami keluar ke Paka. Shopping teko kegemaran Maklang. Actuallynya my cousin di JB yang pesan suruh belikan. Tapi Maklang memang suka beli bende merepek ni buat hiasan kat tepi2 tingkap and meja kat rumah. nak beli yang kristal, way beyond kemampuan....

Angah antara yang berbaris....











Hakim sampai tertidur sebab panas and boring...









Maya dengan piala kemenangan... no.3 pun jadilah....





Antara teko2 kegemaran......

Monday, March 06, 2006

Salah faham...

2-3 hari yang lepas, memang tak de mood lansung. Semuanya gara2 duit yang Maklang simpan kat laci benang x-stitch. Sebab memang gila buat x-stitch ni, so the place where I stored all the x-stitch flosses is just beside my bed. Kiranya kat side table yang ada lampu tidur tu le. Duit tu bukan banyak mana. Cuma lebih duit Raya, duit singgit ade le dekat 20-30 inggit, duit 5 inggit 5-6 keping and duit 10 inggit ade satu dua keping. Tak banyak pun. All in ade le 70-80 inggit je kot, entah2 tak sampai pun....


Nak jadi hal, malam tu datang rajin Maklang nak kemas laci benang tu sebab dah penuh sangat dengan segala macam kaler benang yang tak tersusun. Sebenarnya memang banyak sangat benang I tu. Siapa yang kenal Maklang memang tahu sangat lah kegemaran Maklang menjahit x-sitch tu. So nak lah dialehkan benang2 tu kat almari buku yang besar sikit jugak kat dalam my bedroom. Almari tu letak serba sedikit my craftbooks ( sebab crafts ni is so dear to me... tidur pun nak sebilik....nasib baik tak sekatil, mau member hot!!!!). Masa kemas2 tu semua anak2 berkampunglah dalam my bedroom. At that time, Cik Abang kat bawah tengah melayan my FIL ( FIL datang last2 Friday). So berkemaslah Maklang. Tetiba teringat ada duit kat dalam laci tu. Suruh Kak Long tolong cari dalam laci benang kat tepi katil tu.

'Tak de mak', kata kaklong.

'Eh.. ade laa... banyak duit Raya yang tak abis dalam tu. Mak simpan kat dalam tu. Dalam plastic tu',kata Maklang.

' Tak de. Dhirah dah carik. Tak de pun!!

'Ni, tak tahulah sapa yang ambik ni, Mak tak halalkan sapa ambik duit Mak!!', kata Maklang. Maya, Angah & Hakim dengar je without saying anything.

Memanglah budak2 ni. Kita kena beritahu yang kita cakap tu was meant for them and them only and of course bukan untuk abah mereka. Dalam pada Maklang sibuk2 berleter kat dia orang tu, si Maya sempat pulak turun. Dia kata kat Abah dia, ‘Abah, mak kata siapa ambik duit dia, Mak tak halalkan. Siapa ambik duit tu, nanti masuk neraka!!!Berdosa!' Ni memang Maklang tak sedar lah dia dok gi repot kat Abah dia.

After Cik Abang dah dengar ape Maya, cakap and tanpa usul peksa Cik Abang naik atas and terus bising2 kata Maklang yang salah simpan duit tu and bersepah2 aje. Kejap lepas tu, Maklang pun kata,’ Eh…L dah simpan dalam laci benang tu. Takkan tu pun bersepah, ni mesti ada yang ambik’.

‘Alah… Maya turun pergi beritahu Abang. Dia kata Mak marah siapa ambik duit Mak. Mak kata, Mak tak halalkan duit tu. Mak kata nanti masuk neraka’, Cik Abang explained.
Agaknya masa Maya cakap tu dengan muka dia bengot-bengot kot. Ialah… Mak tengah hot tu kat atas.

“ Laaa…mana ada L cakap cam tu. Ni mesti kes salah faham. Kenapalah tak nak tanya dulu. Terus2 nak marah. Of courselah L marah kat budak2. Takkanlah kat Abang pulak!!. ‘, masa tu kami dah mula gelak.

Ni dah second time dah kesalah fahaman kami berdua. 5-6 tahun dulu, ada gak jadi macam ni. Rasanya masa tu Nadhirah yang cakap kat Abah dia. Kebetulah hari tu Cik Abang nak balik lewat dari office. So Maklang balik dululah (masa tu we worked in the same office). Cik Abang call, masa tu Maklang tengah baca Quran, nak habiskan sikit lagi. Si Nadhirah yang angkat. Dia kata Abah nak cakap. Maklang pun, kata ‘ Kata kat Abah, kejap lagi mak ambik’. Assuming Abah dia dah tahu yang Maklang nak ambik sat lagi, Maklang taklah tergesa2 sangat nak habiskan apa yang dibaca tu. Selesai semuanya Maklang pun pergi keopis which is about 5 mins from home. Dua tiga kali pusing kat kawasan ofis, tapi tak de. Call2 kat opis pun tak de orang angkat. Risau juga. Manalah tahu kot2 kena pukul ke, atau ape ke. Manalah laki aku ni….


Puas pusing2 kat opis area tu , Maklang pun balik lah. Tiba rumah Cik Abang dah sampai. Maklang tanya dia kenapa dia balik dulu and tak tunggu Maklang ambik. Kata suruh ambik. Rupa2nya dia balik jalan kaki. Geram kata dia. Eh … kenapa pulak dia ni??? Rupa2nya message dari anak ke Abah, bukan nya yang Mak suruh cakap. Anak dia kata, Mak tak nak cakap. Mana lah Cik Abang tak hot. Sebab masa petang sebelum Maklang tinggalkan dia everything was ok. Tak aleh2 pulak kata tak nak cakap. Patut pun Abang balik jalan kaki… Kesian Maklang, tak pasal2 kena marah. Semuanya sebab misinformation from the kids!!! Tulah ni, kalau tak pasti, memang kena clarify betul2.

Tak kisah sangat lah tu. Anyway, Maklang still enjoyed gak wiken baru ni. Maklang enjoy memasak le…. Really busied myself with mee rebus style arwah MIL and Soto ayam…. Then Maklang buat pulak sos rojak Cina style MIL. My FIL really enjoyed the food. Friday dengan mee rebus, Saturday dengan Soto Ayam and rojak buah and InsyaAllah tomorrow nak buat rojak India……. (today simple je, masak lemak kuning ikan tongkol ( style nasi berlauk Kelantan) sebab today ada sukaneka which we attended tadi…nanti cerita,,,,,)

* from nadhirah- hey i dun't know anything when a was little. pe arr abah ni. da taw dhirah kecik agi pun nak hot kat mak. haiya~. mase tu umo dhirah bape taun? bley caye ke cakap bdak kecik???? per arr abah ni. - done. abis le kalow mak pasan.

bye2
Mee rebus siap di masak....Sedap ke dimakan? Tapi setiap sorang, Cik Abang and FIL selamatlah 2-3 mangkuk sorang.....Dhirah tak suka mee rebus at 1st, tapi selamat gak dua mangkuk. Dia kata, ' Eh....salah mee lah mak, Dhirah ingat mee yang letak udang, sotong, fishball etc'.'oh.... tu mee bandung le', Maklang kata....Bebenarnya nak cover malu tu....



Nasi impit masih dalam besen lagi lepas kena rebus... Selamatlah 3 bungkus. Untuk lunch and dinner. Ayam dada dekat 2 kilo and pergedel kentang pun dekat 2 kilo....




Pegedil kentang, masih atas dapur lagi. Feveret Angah and adek2 dia. Kak Long dulu suka sangat, le ni dah muak kot....






Bahan2 lain....ayam yang dah dicarik2, taugeh , suun goreng (ni jadik tak cantek sebab biasanya tak buat - 1st time nak goreng suun....and tak lupa sauce kicap plus cili padi and bawang putih.... Maklang makan lada ni sampai meragam perut ku...(Sup ayam nye Dhirah lupa nak ambik....)



P/S: Makngah kalau rasa2 nak makan maghi le ke Kerteh. Also goes to the rest of Ahmad & Enah clan.....Tapi rumah kami close for this coming cuti sekolah... Bulan 6 kot kalau tak ke mana2....

Wednesday, March 01, 2006

Gochoh sokmo....

Semalam pagi, Maya kata Pak Usop yang ambik and hantar dia ke tabilas, tak leh ambik dia waktu balik dari tabilas.

‘Mak, mak nanti Mak ambik Maya kat tabilas boleh tak?’

‘Ok’, Maklang kata. Ni kena keluar kejaplah ni. Nasib baik tak banyak kerja.

So dalam pukul 10:15 am tu Maklang keluarlah, singgah kat Tabung Haji, nak korek duit. Sampai sana, bawak salah buku pulak. Patah balik ke office, gi ambik buku yang betul, then ke Tabung Haji lagi. Nasib baik tak ramai orang. Awal2 bulan, belum masuk bulan 3, gaji bulan 2 dah habis. Gila ni…. Macamana nak go on for the rest of the month nih…. InsyaAllah kalau Abang dapat duit dia next week, kena mintak ganti laaaah….So much about money… Kalau piker pasal duit tak leh tidur nanti….

Pas tu gi lah ambik Maya. Kat Kerteh ni semuanya dekat2 . Dari Tabung Haji tu boleh nampak masjid. Maya punya tabilas kat masjid tulah. Nasib baik dia tak keluar kelas lagi.


Naik je kereta, di kata,’Mak, Pak Usop ada pulak, semalam kata tak de’.
'Tak pelah, Ya. Mak hantar balik’.

So dalam perjalanan selama less than 5 minutes tu, Maya mengadu hal kenkawan dia kat sekolah.

‘Mak, Maya dah tak de kawan dah kat sekolah’


‘Sekolah mana? Tabilas ke petang?’

‘Tabilas lah’

‘Kenapa? Ke Maya yang tak nak kawan ngan orang ?’

‘Taaaklaaaaa…. Maya kawan dengan Zalika, tapi kawan Maya yang nama dia A (lupa nama) tu tak kasi Maya kawan ngan Zalika. Tapi Maya nak kawan denganZalika. A tak kawan Zalika. Kawan Maya yang B & C, pun dah tak kawan Maya, sebab A tak kasi. A kata
kalau Maya kawan ngan Zalika, nanti A pun tak nak kawan Maya’…Phiiiiuh… lambat gak nak register. Berbelit cerita Maya.

Maklang kata, ‘Ikut suka lah ,kalau Maya nak kawan tapi they all tak nak kawan dengan Maya , Maya nak buat macamana kan…’

Maya pun diam. Agaknya dia pun konfius gaknya.


Ni memang perkara biasalah kalau anak2 gi sekolah. Tak tahulah kat orang lain, tapi nilah yang selalu anak2 Maklang cakap pada Maklang. Baik dari Nadhirah masa kat tadika, Angah and now Maya lak. Tapi sejak Along and Angah dah besar sikit ni kurang pulak dia mengadu pasal gaduh ngan classmates. Dhirah, rasanya tak de dah sekarang ni. Tapi Angah selalu balik rumah ngadu, yang budak laki2 kat sekolah dia suka kacau dia.

‘Apa awak buat kalau budak2 kacau?’

‘Angah marahlah dia. Angah nak tending je!’

‘Eh…eh…Jangan. Nanti kena marah pulak ngan cikgu sebab bergadoh’

‘Tak pe....…asyik usik2 orang je. Geram Angah’


Angah ni sungguh pun lembut, kememe tapi garang gila bila tengah hot….


Tak tahulah orang lain, tapi nilah cerita anak2 Maklang. Gaduh, merajuk, kena usik tu cerita biasalah bila mereka balik rumah….


Satu lagi, suka bawak balik lagu or phrases. Pelik2 lak tu..

One of the phrases yang they all bawak balik is:

I don’t know what to say
You berak atas pasir

Ni yang biasa punya, ada satu lagi yang tak berapa sedap di dengar tu tak dapat den nak tulis kat sini. Bahas Teganu pekat lak tu….