Dari Teratak Maklang

Sunday, April 30, 2006

Selamat Hari Buruh

Sekejap aje dah Ahad semula and Ahad pun akan berlalu lebihkurang 2 jam lebih lagi. Yang seronokya minggu ni kerja 4 hari je. Besok cuti lagi...Hari pekerja.

Petang tadi, jiran maklang yang dah pindah ke KL beberapa tahun dulu came for a visit. Dah more than 2 years kami tak bertemu, cuma calls and sms sahaja yang menghubungkan kami. Alhamdulillah, dapat jugak jumpa hari ni and as usual kalau kami berjumpa rasanya macam cepat sangat berlalu. Kak H@ being a teacher is as usual peramah. Dia jugak suka sangat ketawa. Kak H@ ni pun anak kedua pada Mak Tok yang bagi resipi nasi Beriyani yang Maklang buat a few weeks back. Tak jamu apa pun cuma hidangkan popia goreng which I have prepared earlier and some rendang Padang yang buat masa hari Sabtu lepas. Rendang tu makan dengan roti. Sekejap aje Kak H@ kat rumah ni as maghrib had already approached and she has other things to do. Kak H@ pun tak lama di Kerteh as she will be going back to KL tomorrow sebab Tuesday is a school day. Thahks Kak H@...ada masa cuti sekolah ni kami akan ke rumah Kak H@ pulak.

Before that 2 of my officemates came. Mintak tolong tengok2 kan my oven yang dah nak kong tu. Dah lama mintak mereka datang untuk tengokkan aje. Bukan tak boleh tapi takut kalau main dengan electrical appliances nih...Nama je kerja dalam bidang ni tapi nak buat practical memang takut!!. The last time nak buat ayam bakar tu, the oven refused to give out heat and I had to use another oven. Since then tak cuba guna lagi oven besar tu. So assume something was wrong. Could be the heating coils dah rosak. Itu yang mintak my friends to come and have a look at it, mana tahu kalau tak ok, ade chance nak beli baru... Tapi, masa onkan oven tu, eh...ok pulak, terus aje panas and tak rosak apa2 pu. Agaknya just to give reason for me to invite the 2 of them makan popia kot. Anyway, thanks to both of them.

(Talking about nak betulkan appliances ni...masih ingat lagi masa buat lab kat Uni dulu, memang lah takut untuk nak sambung wayar2 ni. That's why sometimes I wondered how I ended up being an electrical engineer!!! (ha...ha...). I think I would be better off being a cook in the hotel kitchens or better more being a great chef like Jamie Oliver ke or Kylie Kwong ke or even Chef Wan. I sometimes wonder, what would happen if I were fated to become one. Agaknya mesti tak berjumpa dengan my beloved Cik Abang, who is also an engineer yang secara tak langsung bertemu di sebuah engineering company, as he is also an engineer but in different bidang. Maybe kawin dengan orang lain, yang mungkin sama bidang, tukang masak jugak kot. Mungkin anak2 pun rupa and perangai lain. And mungkin jugak I am not what I am at this moment....

Apa2 pun I would not and would never trade my life with another one. I am contented with what I have. A good, caring and loving husband ( so far and InsyaAllah will be forever), four good kids ( although sometimes ada gak yang menggeramkan hati mak dia nih...) and so far a good and happy life. Syukur Alhamdulillah...Memang semua ni dah tertulis dalam Luh Mahfudz lagikan. All the perkara2 yang berlaku in our life...)



Lepas all dah balik, I prepared for Maghrib prayers. Lambat sedikit semalam then tried to do some x-stitch but my eyes were too tired. So apalagi, tidur laa... ( Actually this post was partly written awal pagi 1st May. Selamat Hari Buruh semuanya. Macamana pun I have to continue being a buruh in the kitchen and prepare some Rawa for the kids and Cik Abang and for Abah Kuantan (my FIL - he arrived last Saturday)untuk lunch today...Oklah all, kalau rajin nanti malam update lagi...., InsyaAllah)

Friday, April 28, 2006

Hakim and his tonsil and shopping kasut...

Pagi tadi we woke up early sebab nak kena gi ke Kuantan untuk ke ENT di K*MC. Dr. ni dulu pernah keluarkan my tonsil sometime in year 1999 kot. Now I am ok dah. Kalau tak memang every month demam and demam dia terok. High fever, tidur sampai 2-3 hari tak boleh bangun and tak boleh nak makan or even telan air. Alhamdulillah now ok lepas dah keluarkan dia. Tapi sekarang anak2 pulak. Yang terok kena Along and Hakimlah. Memang masa Along kecik dulu dia terok jugak tapi ni Hakim lagi terok. Dia kena demam almost every month.

Tapi yang peliknya walaupun tonsil dia terok, dia masih boleh makan spaghetti 2 mangkuk and burger 1-2 keping.Tadi baru terjawab persoalan tu. Dr. Ram*a kata, Hakim cuma mengalami bengkak aje tapi tonsil dia ok. Sebab tu dia boleh makan. Kalau orang yang kena tonsil tak boleh makan. Memang lah betul tu sebab maklang pun experience macam tu dulu. Dr. Ram*a pun check jugak hidung and telinga Hakim and dia kata tak ada ape. Buat rugi je sebab Hakim takut leher dia kena potong. I told him that my neck pun dulu kena potong. Maklang pun cakap dengan dia yang dulu mak dia ni zirafah and bila leher dah kena potong barulah jadi manusia. Oh...kata Hakim. Jadi lepas leher mak kena potong mak magiclah jadi manusia. Ye...maklang jawab. Seronok dok goreng budak2 ni. Tapi maklang tahu dia just played along aje...

Lepas dah ke Dr. tadi kami menyinggah kat MegaMall. Pergi cari kasut sekolah anak2.( It seemed that all three complained yang kasut sekolah dah ketat and koyak... Rasanya yang 2 kecik tu baru aje beli kasut sekolah awal tahun ni....). Cik Abang lapar so we had KFC. Oklah nak alas perut aje. Then we went to get some shoes untuk Cik Abng. Dia complain kasut dia dah teruk. I got a pair of slippers jugak. Ada dah 2-3 pasang selipar tapi saje gatal.... Lagipun boleh simpan. Maya beli satu terompah yang ada manik2 tu sebab Hakim dapat beli sandal masa kat kedai BATA tu. Biasalah Maya tu, memang dia suka kasut2 bermanik and bunga2 ni. Lepas tu aje si Hakim sibuk suruh cari cermin mata hitam dia. Nasib baik kat ruang legar tu ada cermin mata hitam. RM 10 satu and bila dapat terus aje dia bergaya!!!. Macam2 budak tu. After that we took a taxi to Padang Lalang to get our car. Dah siap pun diservice. Then before bertolak balik, kami berenti kat kedai benang untuk beli kain x-stitch for me and some benang for my officemate.

Cik Abang singgah sembahyang Jumaat kat Sg. Ular and we reached home about 3:00pm. Lepas solat tadi, terus aje bukak blog kalau ada yang datang melawat. Gi ke Kak Lady, tengok pantun Sya, gi ke Heaven (Last nite dah tiba....malam Jumaatkan??), and tak lupa kat Jokontan and Onde and Bergen and AM, and QOTH and the list is endless. Tapi yang update tu dapatlah maklang baca and comment and yang tak tu terpaksa lah kita tunggu je...ok nak stop dulu nak tengok DIA ngan hero dia yang baik tak bertempat tuh...geram betul dibuatnya. Sambil tu boleh I mengx-stitch I punya bear yang dah terbengkalai since 5 years ago...

Thursday, April 27, 2006

Hakim, Pakcik Yee and Cermin mata Hitam

Semalam tengahari Hakim called to the office.

‘Mak, Pakcik Yee nak buang barang2 mak kat dapur tu. Hakim dah marah dia kata kenapa nak buang barang2 mak tu’

‘ Laa…ye ke Pakcik Yee nak buang barang mak tu. Tayar kereta tu semua?’

‘Iye , Pakcik Yee nak buang!’

‘Nanti dia. Hakim cakap kat dia nanti mak cekek Pak Cik Yee kalau dia buang barang2 mak. Ok?’

‘Ok!’

Rupa2nya Hakim betul2 cakap kat Pakcik Yee yang mak dia nak cekik Pakcik Yee.This morning when I met Pakcik Yee, Pakcik Yee laughed when he told me that Hakim was so angry when he told Hakim yang dia nak buang barang2 kat belakang tu. Actually I already told Pakcik Yee before I left for the office tengahari semalam. Kalau Hakim cakap ke Cik Yee yang mak dia nak cekik je tahan jugak, dia kata ke Cik Yee yang mak nak cekik Cik Yee sampai mati!!! Punya lah penambahan bahasa dia. Agaknya nak tunjuk how angry he is kot. Pak Cik Yee memang suka tengok kelaku si Hakim. Mengusik Hakim tok sah kiralah. Pak Yee was one of the tukang rumah yang kami tinggal sekarang which was built masa Hakim masih dalam perut lagi. Now he is doing some work kat rumah tu, ada tambah2 sikit kat belakang rumah tu.

Kecik2 anak2 ni dah pandai jaga harta benda mak dia. Baguslah jugak tu . Tapi yang masaalah dia, kalau mainan dia tak tahu nak jaga langsung. Lepas 2 hari main, dia get bored and bersepah2 kat mana2!

Teringat pulak yang I owe him a cermin mata hitam . Entah macamana ada satu hari tu, dia nak cermin mata hitam. Almost everyday dia nag me nak gi beli. Sampai dah tak ada alasan nak beri. One day I got an idea yang I can only belikan dia hadiah bila I get my pay.

‘Kim, nanti mak dapat gaji cukup bulan mak belikan lah cermin mata hitam tu’

‘ Bila mak dapat gaji?’

‘Bila 30hb bulan nanti mak dapat lah gaji!”

‘Habis hari2 mak gi kerja tu tak dapat gaji ke? Kan mak cari duit bila mak gi kerja!’

‘Iyelah, tapi mak bukan dapat duit tiap2 hari bila gi kerja. Bila 30hb baru mak dapat gaji. Lepas tu bolehlah pergi beli cermin mata hitam”

Since then, tiap2 hari Hakim has been asking me it is already 30hb. And Alhamdulillah in a way I have thought him the meaning of being patience ( eh betul ke ni..ke patient?? Ni kan pesakit). So far so good. And InsyaAllah kalau ke Kuantan tomorrow for his check up, dapatlah dia cermin mata hitam yang dia idamkan tu….

Wednesday, April 26, 2006

Anak2 well behaved

Ni dah pukul 4:23 pagi. Tadi tak aleh2 pukul 2.59am, my HP dok ringing. Apasal pulak lah phone ni. Tak sempat angkat dia dah berhenti. Ada missed call. Tengok2 it was my own number. Dial semula and ada ringing tone. Gila agaknya phone ni. Tak sampai 5 min, bunyi lagi. Apahal phone ni. Angkat and dia kata ada message in my mailbox. Dok tunggu and listen but tak ada pulak message. Terus off kan. Mengacau aje orang nak tidur. Golek2 tapi tak leh nak lelap. Dalam hati terfikir, agaknya Allah kejut suruh bangun sembahyang, dah lama tak sembahyang malam. Masa berlari bak kata Kak Lady, kalau kita tak kejar dia akan terlepaslah peluang ni. Bangun and buatlah apa yang patut. Maklang kalau dah terjaga cam ni memang payah nak tidur balik. so, keluar bilik, on kan router terus dok surf. Macam ape je boleh pulak nak surf pagi2 buta ni. Kalau tidur awal macm ni lah jadiknya. Awal pun taklah awal sangat sekitar jam 11:00. Letih sebab dok mengadap cross stitch. Kejap lagi kena sambung tidur sat sebab kalau tak, tidur pulak nanti kat office.

Semalam tak banyak yang nak cerita. Anak2 well behaved. Hakim masa balik dari sekolah tabilas tu pun tak banyak ragam sebab masa nak keluar dari sekolah dia tu ada road block. So dia tak sempat nak suruh berhenti kat mana2 kedai untuk nak shop mainan dia. Sibuk nak put on the safety belt sebab ada polis!. Lega. Tiba kat rumah terus siang ikan lagi. Atok pesan kat penjual ikan kat tepi pantai tu. Atok call Maklang dalam pukul 2:30pm kata si Zam** call kata ada ikan and dia pun booking for Maklang. Punyalah jauh Atok buat booking. He is already in JB. Nak tak nak terpaksalah ambik gak order dia. Tak sempat pergi sebab ada meeting so, mintak tolong officemate gi ambik kat pantai. Tak sangka sampai dekat 8 kg agaknya. Kembong 2 kg, selar kuning 2 kg, selar biasa 1kg lebih and kerisi 1kg. Tapi berat betul masa nak bawak balik tu. Ikan dia fresh betul!!. Keras2 lagi. Murah pulak tu. Total cost dia was only RM40 je. So this Friday tak yah gi pasar tani. LAgipun dah ada plan nak ke Kuantan unttk nak bawak Hakim gi jumpa ENT Specialist.

Lepas dah siap with the ikan, mandi and get ready nak tengok DIA sambil mengadap cross stitch. Seronok betul buat cross stitch nih. Sampai sakit tengok pun tak apa. Sekarang ni selain addicted to blogging, maklang pun dah addicted to x-stitch again. Masa angin rajin ni dah datang maka kena lah buat bersungguh2, kalau tak terbengkalai lagi satulah project ni. Yang seronok tu, ramai gak kengkawan satu office tu yang tergoda ngan x-stitch ni and dah mulakan project mereka. Kalau buat x stitch ni aad kawan seronoklah sikit. Tiap2 hari tanya progress masing2.

Malam tadi, anak2 boleh kira taklah menaikkan darah mak dia. Only Angah and Hakim and lepas tu Hakim and Maya je ada sedikit pertelingkahan. Normal punya situation bila Big Boss is not around. Halnya si Hakim 'tertendang' tangan kak Maya bila kak Maya tengah nak tulis huruf S. Jadi S kak Maya salah lah. Then Hakim rebut entah apakebenda dari Angah. Kak Long now kurang kacau adek2 dia. In fact dia pandailah suruh adek2 be quiet masa mak dia nak solat. As usual semuanya berkampung kat bilik ni untuk nak buat homework bila Abah tak de. Kalau Abah ada, biasanya kena halau buat homework kat study room.

Managed to call Cik Abang kat Platform. Semalam dah janji untuk nak call kat extension mana and at what time. Biasanya kalau dia ke laut ni memang every night dah janji nak call and masa tu ajelah boleh spill out all the events of the day, be it pasal anak2 or work. And normally the conversation lasts less than 15 mins. Kat tempat orang takkan nak guna phone lama2. Payah kalau dia ke laut sebab susah nak call. Alhamdulillah, anak2 ok. Hakim dok tanya aje Abah balik bila. Sebabnya bila dia nakal aje kita orang akan kata, Abah sebenarnya ada kat bawah and Abah akan naik sebab dia nakal. Yang kelakar nya dia percaya sebab kereta Abah dia ada. Dia nakal betul sekarang. Semalam kami feed dia dengan ubat batuk dia agak awal. Bukan sesaja nak bagi ubat batuk tanpa sebab (dia memang batuk teruk now), tapi sebab given the chance, kakak fed the ubat batuk as early as 7:00pm untuk nak buat dia tidur awal and rest and at the same time kami boleh restkan tekak from screaming at him. At last about 9:30pm dia gone pun. Lega... Baru aman dunia.. Anak2 yang lain about 10:00 dah tidur and I slept at 11:00pm.

Itu lah my day semlam. Pagi ni, InsyaAllah Cik Abang akan tiba lebih kurang jam 8 or 9:00 and akan terus ke Kemaman sebab ada HAZMAt course pulak for 2 days. Busy betul dia. Tak sempat nak lepaskan rindu dah kena pergi lagi, petang nanti barulah boleh bercerita panjang, InsyaAllah...

Monday, April 24, 2006

When Abah is away...

Pagi tadi Cik Abang dah berangkat ke laut. Flight dia pukul 10 pagi tadi. Sebelum dia nak berangkat tadi, havoc sat sebab dia tak jumpa safety pasport dia. Kalau nak ke platform ni tak ade pasport memang tak boleh masuk.(Safety pasport ni pun boleh dapat after kita dah pergi ambik safety training. Kalau tak lulus memang tak dapatlah pasport tu. Sama jugak kalau nak masuk kat mana2 plant mesti nak kena gi safety briefing dulu. Lepas dah kena briefing baru boleh masuk plant/site). Memulanya at about 7:40am tu kami dah said the goodbyes, with the hugs and kisses, tapi tak sampai 5 min Cik Abang dah naik ke atas semula. When I came out of the bathroom, Cik Abang tengah selongkar all the drawers kat our bedroom.

' Abang cari ape tu?', I asked him.

'Safety pasport', he said without looking at me. Masa tu dah tahu, ni kalau lebih2 tanya kang ada yang meletup. Maklang dengan selambanya bersolat dhuha and terus siap untuk nak ke opis. Tak sampai hati nak tinggalkan dia gitu aje, Maklang pun selongkar2 lah kat mana yang patut. Lepas sembahyang tadi terus berdoa moga2 jumpalah apa yang di cari. Sebab masa tu dah dekat pukul 8:05, maka tak bolehlah nak tolong lebih lama lagi. Cari jugak dalam dashboard kereta dia and my car, mana tahu kot2 ade terselit. Tak jumpa jugak. So, I left him alone looking for the pasport sambil berdoa lagi dalam hati. Halfway nak ke office called budak kat office Cik Abang yang lagi satu, mintak tolong carikan atas meja Cik Abang kot2 tertinggal kat situ. Tak sempat apa2 dapat call dari Cik Abang beritahu yang dia dah jumpa pasport. Aah....lega rasa, kalau tidak payah jugak sebab memang tak dapat waiver and rancangan dia nak ke offshore tu kena cancel.

Sesampai aje kat office, Cik Abang call semula. 'L, ada tak nampak high cut boots Abang?,.Alamak , safety boots pulak tak jumpa....mengeluh maklang dalam hati. This could be trouble again!!!

' Eh, L memang ada boots high cut tu, tapi tak ingat ada kat rumah or kat office', I told him.

' Cuba tengok, kot2 terambik abang punya'.

" Tak adalah... L pun dah lama tak masuk site, takkan ada kat office pulak'. By this time, I was worried jugak. Terus made up my mind untuk nak balik kejap. Nasib baik lah office tu 3km away aje. Kalau tak memang tak balik lah. Setibanya di rumah, Cik Abang dah pun jumpa kasut dia. Kat dalam store kat dapur tu and masih dalam kotak. Kakak yang jumpa...Lega semula. Baru boleh gi office bila tengok Cik Abang dah senyum.

'Agaknya kalau tanya bebanyak tadi, mau hot agaknya eh bang'.

'Memang iye', dia jawab. Bimbang jugak sebab kecoh betul pagi tadi masa nak berangkat tu. Siap semuanya dia pun ke office dia and I went to mine. About 9:00am Cik Abang came to my office to pick me up to send him to the airport. Airport is only about 5 mins away from my office. So, ada 2 kereta lah today kat office. Dah make arrangement dengan officemate untuk tolong hantar kereta balik waktu lunch nanti. Of course with some upah. Maklang buat spaghetti bolognaise today. Spaghetti yang tak cukup syarat sebab tak jumpa minched meet. So guna burger aje. Oklah. Lepas officemates to hantar kereta , maklang ajak mereka makan. Dah beritahu Cik Abang tadi about this. There were 5 of them.

Petang tadi ambik Hakim kat sekolah dia and as usual nakal dia terserlah sangat. Ade ke dia dok bergantung in the center seat. Dia pegang kat tempat gantung tangan behind me and dia sangkut kaki dia kat the other end. Masa tu kita tengah bawak kereta. Takut jugak kalau2 dia terjatuh masa tengah drive tu. Menjerit jugak lah tadi kat dia. Sudah kena marah tu dia ok sat, then dia terbaring pulak kat atas dashboard tu. Geram betul kat dia.... Sabar ajelah.

Sampai pulak kat rumah, dia sibuk nak tengok ikan yang kita nak siang tu. Geram sangat, ambik ikan tu and letak muncung ikan kat pipi dia. Melalak pulak. Mulanya nak gurau, bila dia dah menagamuk, mak pun naik hanginlah. Betul tak sabar tadi, kenalah selepuk kat kaki dia. Dia melalak sat and dia behaved. Lepas tu pulak masa maklang tengah mandi si Hakim and Maya dok tabur bedak in my room. Ya Allah...Sabo...Sabo...Tak tahulah macam mana nak kawal budak2 ni bila Abah outstation lama2 . May ni nanti Abah will be away for about 2 weeks. Tak sanggup rasanya.

Lepas solat maghrib tadi sempat jugak buat lasagna. Guna leftovers spaghetti sauce tu. Ingatkan nak rahsia2 dari bebudak sebab kalau dia orang tahu memang selamatlah. Nasib baik masa dah masak tadi yang 2 kecik dah tidur. Along and Angah aje dapat rasa sikit. Tu pun sebab dah warning, kalau makan banyak sangat besok pagi tak payah ambik untuk nak bawak bekal ke sekolah. So, Along and Angah cuma ambik rasa jelah.

Tadi about 9:00pm mandikan Hakim lagi, ni dah 2nd time mandi petang ( tadi pukul 6:00 dah mandi)sebab dia melekit sangat, he asked me,' Mak, Abah tak balik lagi ke?'

'Belum lagi, sat lagi Abah balik'

'Kenapa Abah balik lambat? Kan kereta Abah ada. Abah gi kerja ngan siapa?'

'Abah gi ngan kawan dia. Agaknya Abah tak nak balik sebab Hakim nakal sangat!Akim suka ke Abah tak balik? ',I asked him.

'Suka', dia jawab selamba.

Laaa..bertuah punya budak. Ni mesti suka sebab dia boleh buli mak dia. Tak tahu betul macam mana nak buat. Ignore je dulu. Dia memang cam tu, rasanya dia nak tidur sangatlah tu, tu yang jadi tak tentu arah.

Cik Abang called kata dia tak jadi balik besok. Lusa baru balik. Kalau ikut initial plan sepatutnya dia ke offshore sampai Khamis, tapi bila dia told me that he will be back besok seronoknya. But as usual, I was not hoping so much. Knowing Cik Abang who is a real workoholic, biasalah kalau dia ke platform dia lama2 ni. Selagi tak selesai, memang jangan harap dia nak balik.

At this moment, Hakim dah terbongkang atas my bed. Penat lah tu. Baru lega sikit nak memblog and InsyaAllah I can continue with my x-sticth sikit before I go to sleep...

(Al Fatihah untuk dua orang warga pejabat Cik Abang who passed away last nite. Accident kat Meraga Beris at about 9:45pm. Dua lagi penumpang kereta tu dalam keadaan kritikal. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh2nya dah memanjang kan umur dua orang lagi , InsyaAllah)

Sunday, April 23, 2006

I am not well

I am on MC today. So 2 hari dah tahun ni ambik MC. Kalau ikutkan malas betul nak gi jumpa Dr. Tapi mengenangkan dah tak larat, badan sakit2 , batuk and macam nak demam, terpaksalah gi Dr. sebelum keadaan bertambah teruk. Pagi2 tadi dah bangun as usual, tak rasa teruk lagi. Sempat buat breakfast and also masak kicap daging with kentang for the kids. Sayur mintak kakak goreng. After that got ready for work. Tiba kat office ok lagi tapi about 9:00 am tadi badan dah rasa macam kebas aje. Yang sebenarnya semalam lagi dah rasa tak berapa sihat, tapi tahankan aje. Lepas balik dari buat grocery, had lunch , solat Zohor and terus tidur. Maklang memang jarang tidur tengahari, tapi semalam memang mata ni tak boleh tahan lagi. Terus aje terlelap. Masa tu dah dekat pukul 3:00 agaknya. Tertidur sampai pukul 4:50pm, rasa macam tak boleh buka mata, terlelap semula sampai dekat pukul 6:00. Bangun and mandi and terus solat Asar. Tak tahulah apasal terlalu letih... agaknya cuaca tersangatlah panas kat sini. Macam nak kena heat stroke aje.


Malam semalam had some mee kari style Florence Tan nyonya Melaka yang tukang masak tu. Maklang ikut resepi dia buat mee kari. Boleh tahan lah rasa dia. Semalam sebelum ke Kemaman tu dah siap tumis, kakak tinggal masukkan ayam and fishballs je. Buat dua versions. Satu with Kari Adabi and the other one cuma guna lengkuas, bawang putih, bawang merah, lada merah and belacan yang diblend. Tumis sampai garing and then letakkan santan and garam. Tak ingat if Florence letak serai or not. Maklang buat semlaam tak letak serai. Mungkin kalau letak sedap kot. Lepas dah mendidih tu masukkan ayam, fishballs and also tahu kelempong tu. Boleh tahanlah rasa dia. Wan pun cakap sedap. Cik Abang and Atok had the meekari yang pakai rempah Adabi tu. Apa2 pun selamatlah mee hoon dekat 1.5 bungkus.

Malam tadi bebudak ngaji. Maya excited sangat sebab dia dah tamatkan dia punya iqra'. Ustadz suruh baca Muqaddam pulak. Baguslah tu, Maya, harap2 cepatlah Maya khatam Quran. Along dah almost Khatam Quran dia, Angah pulak masih Iqra' 6. Minah sorang ni entah bilalah nak habiskan Iqra' dia. Hakim pulak baru baca Iqra' 1.



Gambar buah hati mak lepas ngaji semalam.
















Maya and Hakim dengan duit hadiah dari Wan and Atok.















That's about all what had happened yesterday.


Wan and Atok dah balik tadi pagi.Tu yang budak2 dapat duit dari Atok & Wan. (Seronok lah tu... Nak2 Along , bolehlah dia beli komik2 dia tuh... angah pulak suka shopping kat koperasi sekolah). Pergi ke rumah Alang pulak for a few days. Mak nak gi check-up perut dia yang selalu masuk angin tu. Nak check up kat hospital UM , lagipun Alang dah arranged for her check up. InsyaAllah balik JB hari Selasa memandangkan hari Rabu tu Atok ada checkup. Harap2 both of them diberi kesihatan yang baik sentiasa...

Besok pagi pulak, Cik Abang dah nak kelaut for 3-4 days... Kena tinggal lagi....Sedihnya.....

Friday, April 21, 2006

Atok with his new Laptop

Hari ni tak ada buat apa sangat pun. Pagi tadi ke pasar tani untuk nak beli grocery for next week. Unfortunately, ikan semuanya tak elok, so tak jadilah nak beli apa2. Cuma beli sedikit sayur and breakfast. Kami pergi bertiga , atok, Maya and myself. Dalam jalan2 tu sempat jugak pergi kat tempat orang jual baju reject and then pergi ke tempat orang jual kain batek sarong. Maklang memang suka kompol kain batek sarong ni. Ada banyak dalam lemari yang tak berpakai lagi. Bukan semuanya untuk sendiri.Kenkadang bila ada makcik2 sedara datang dari jauh and kalau desperate tak ada buah tangan nak beri, senang aje selongkar semula kain batik tu untuk buah tangan . Sama jugak untuk kain pelikat, tapi ni dah lama tak beli kain pelikat. Kalau ada spare senang.

Lepas ambik bebudak dari taekwando baru mula masak. Masak pun simple aje today. Buat sup petola and then bakar ikan. Sempat jugak buat tahu sumbat. Atok teringin nak makan sup sayur tu, sebab masa ke pasar tadi sayur petola tu nampak sedap betul. Fresh…Semalam pun Atok dah kata nak makan ikan bakar. Dia beli ikan kembong yang fresh baru naik dari laut. Memang lah sedap….

Hari ni badan rasa letih sangat. Rasa badan pun macam tak berapa sedap. Tekak dah mula gatal. Maklang kalau penat sangat memang mudah nak kena penyakit nih…. Tapi ni bukan sakit rindu tau. Sakit sebab penat plus cuaca pun panas. Tengahari tadi, dok berkurung dalam bilik tidur, sambil menjahit x-stitch.

Ni cross stitch untuk Hakim















Alhamdulillah siap dah gambar bear Hakim and bolehlah start Maya punya pulak. Agaknya badan ni terasa letih pun sebab malam tadi tidur agak lewat. Lebihkurang pukul 12:45pg. Biasalah tu kalau Cik Abang tak de, Maklang memang cari chance nak tidur lewat. … Semalam tu lewat pun sebab seronok mengajar atok macamana nak guna YM.Seronok tengok Atok happy with his new toy. (Wan malam tadi tak participate pun, dia suka tengok drama lagi.. Tapi tengahari tadi nampaknya Wan pun dah mula nak main toy baru ni... At least dapatlah dia nak baca pasal health ke, resipi ke or apa2 yang dia nak surf. Asal jangan berebut PC ngan atok uadah le... Haru dibuatnya nanti...)



Bersemangat Atok ngan PC dia....
















Entah apa lah tu yang atok surf....biasanya baca suratkabarlah tu...habis semua suratkabar melayu and omputih atok baca....

















Malam tadi sempatlah Maklang, Dhirah and Busu ( adek Maklang ) berchatting. Kami dok kutuk Dhirah je. Masa kami dok chatting tu Atok tengah busy on the phone dengan Pak Ngah (my adek jugak). Agak nya itu antara factor yang menyebabkan badan ni keletihan. Malam ni kena lah tidur cepat sikit. Kalau tak takut besok kong pulak.

Kejap lagi, InsyAllah Cik Abang sampai agaknya. Dia kata dia tak ade beli apa2 pun untuk anak2. Lazimnya kalau balik dari outstation pasti ada sesuatu untuk kami. Bebudak dah terbiasa kalau Abah gi outstation mesti dia expect something, kenkadang chocolate and kenkadang books or baju. Tapi hari ni tak de lah….Maklang tak kisah asal Cik Abang ada depan mata dah cukup untuk Maklang. Kalau dia tak de, anak2 ni boleh buat Mak dia pening nak melayan. Bukannya nak dengar cakap, nak2 si Hakim ada aje alasan dia kalau kita suruh dia buat sesuatu. Banyak hal betul…Kalau Abah dia ada kurang sikit ‘baik’ dia tuh…. Ni next week Cik Abang kata dia kena gi laut pulak for three days… I hate it when he’s not around…



Petang tadi, Cik Abang call kata PAk Chu dah dapat baby girl @ 5:40pm. Syukurlah dah selamt semuanya. Entah bilalah agaknya nak gi tengok tu. Kalau Mak Chu balik Johot berpantang lagilah lewat kami nak jumpa... Apa2 pun Congratulations to both of them...

Thursday, April 20, 2006

I am falling in love again...

Awal pagi tadi Cik Abang dah keluar. Pukul 4:00 pagi Cik Abang dah bangun untuk bersiap sebelum teksi yang dah di booking petang semalam datang unutk ke airport di Kuantan. Maklang cuma bangun untuk nak salam etc. sebelum Cik Abang pergi. Dia kena ke Ipoh lagi. Flight tadi pagi pukul 7:00 pagi and ETA di KL pukul 7:45am. Then dia ke KLCC sebab ada urusan sedikit then baru terbang ke Ipoh. Pukul 8:00 pg handphone Maklang dah berbunyi tapi tak angkat sebab tengah terkial2 nak siap untuk ke opis. I was late again....as usual but due to the flexi hours that the opis is practising so tak worry sangatlah. As long as cukup 8 working hours kira dah passlah.

Tiba opis about 8:15 am and terus call Cik Abang. Macam biasalah bila jauh sikit tiba je kat mana2 destination mesti dia akan call. Kadang2 sampai 5-10 kali call dari pagi nak ke petang (kalah masa bercinta muda2 dulu!!!) Unlesslah kalau dia meeting the whole day, then the phone will be in either silent mode atau dia offkan je. Tapi kalau di opis dia di sini, satu hari tu kenkadang tak dengar suara pun, cuma jumpa waktu lunch baru bercakap. Kadang2 seronok jugak kalau Cik Abang call nak2 kalau tengah bengang dok buat kerja. Tapi masaalahnya Cik Abang tak sempat nak call sebab asyik meeting memanjang.

Petang tadi lepas balik dari office singgah kejap kat kedai emas my friend untuk nak ambik gelang Alang yang hantar betul tu sambil nak ambik jamu. Dalam pada nak ambik gelang Alang tu sempat pulak mata ni 'menggatal' dan terjatuh hati pulak pada sebentuk cincin berlian. Betul2 punya jatuh cinta. Nak beli tapi tak ada pitih...nak2 dekat tengah bulan nih...tapi lama betul tak dapat hadiah cincin dari Cik Abang. Masa Cik Abang kerja kat KL selama 1 tahun dulu, selalu jugak dia hadiahkan cincin2 yang simple and gelang tangan. Seronok. Sampai tiba satu masa maklang kata, kalau tiba waktu nak birthday tak payahlah nak bagi hadiah emas lagi. Tukarlah pulak benda lain... Tapi tadi, memang I fell in love again.

Tiba kat rumah terus sms kat Cik Abang, bunyinya begini:

' I went to Ro***ini jewellery shop & I fell in love with a diamond ring.How I wish I could get it for my *1st birthday'.

Tak sampai seminit the sms was sent, phone bunyi. Pastinya dari Cik Abang. Dia kata,' Abang baru aje nak start cari N71 tuh... Tak payah lah beli cincin tuh..'

'Tak pelah, N71, N71, tapi cincin tu nak gak!' saje2 je usik2 dia.Mana tau hint2 kot2 dapat...

' Wah, macam ni teroklah... Semuanya dah fell in love. Fell in love ngan N71, fell in love ngan diamond ring', Cik Abang sambung lagi

'Tak pe Bang. Kan hari tu Abang kata tak pe kalau L jatuh cinta ngan cincin bukan nya fall in love ngan another man. Tu iye parah dah...', cakap kat dia gelak2.

Sebenarnya saje je nak mengendeng. Kalau Cik Abang tak kasi, kena kompol duit sendiri tapi memang seronok kalau birthday dapat hadiah dari orang2 yang kita sayangkan. Harga dia tak kisah yang pentingnya ingatan tu....Maklang nak doalah mana tahu terbukak hati Cik Abang nanti. Kalau mintak2 sangat tak eloklahkan, terima ajelah ape yang dia termamapu laa. Ape yang ade sekarang ni pun dah bersyukur sangat. Apa2 pun, I am actually missing his presence already. Tapi malam ni tidur maklang tak akan berseorang sebab maklang akan ditemani seorang jantan macho yang suka meraba.....

Wishing that Cik Abang can tidur lena lepas penat buat inspection dia nih... Sebenarnya, InsyaAllah malam besok dia dah balik dah..Boleh lepaskan ridu....

Wednesday, April 19, 2006

Come dine with me

Macam yang dah cerita dalam entry yang lepas, pagi tadi bangunlah buat breakfst ROTI JALA kegemaran Angah and kakak and adek2 dia. Masa nak kejut bangun pagi pun kena sebut kalau tak bangun cepat, mak will make roti canai instead of roti jala. Barulah Angah nak bangun... Liat betul....

Ingatkan tak sempatlah nak menjala semuanya sebab memanglah leceh.... Tapi about 7:30am I was done with all the roti jalas. Cepatlah jugak. It took me about 40 mins to finish up a kg of roti jalan punya batter. Anak2 was very happy to see the roti jala and all of them took 5-6 pieces (or may be more ) of the roti jala to school together with the left over Dalcha.

Wan and Atok also took roti jala for breakfast, but my beloved Cik Abang is still 'setia' with his POST cereal. Nak diet lah tu...Angah once commented that Abah's stomach is slowly looking like (macam je...tak jauh lagi nak sama tuh...) the one owned by our most popular Mr. Karam Singh Walia...Sedap betul mulut dia. Ade ke dia kata Cik Abang Maklang yang mempunyai senyum yang paling manis and yang hitam manis tu macam the Mr. Karam!!! ( Ni kena puji lelebih2, mana tahu terbukak hati dia nak belikan Maklang handphone yang boleh ambik gambar tu, yang Nokia N90 ke N71 ke....) Cik Abang ketawa je masa Angah commented, tapi a few days after that terus aje dia nak diet!! Bagus le tu...dah over dah berat tu... I am trying to loose more weight jugak and hope it will be a success. Doakan ye semoga one day I will reach my target....kena kerja kuat nih.....

This was what I cooked for breakfast.....















And this was what Cik Abang took for breakfast....














Tak jadilah nak Dine with me as the food I prepared was not what he ate. Camana nak bagi markah… ( Actuallynya tengah watch cerita Come Dine with me on Ch 11 every Wednesday at 8:30 pm. Best cerita ni tapi I do not like David…dia rasa macam dia best aje!!!)

Apa2lah...asal bahagia!!!

I enjoy cooking....

Penat…Penat…Penatnyaaaaaaaa…..

Tu je yang Maklang boleh describe untuk hari ni. Lepas aje solat Subuh tadi langsung aje turun ke bawah untuk nak mula masak kembali. Dahlah malam tadi tidur lewat sebab Hakim muntah dalam pukul 12.30 am. Masa tu baru nak lelap. 2 kali dia muntah akibat terlampau makan banyak ice cream agaknya. Berbalik pada memasak tadi….terus aje letak periuk untuk kuah briyani untuk dihangatkan semula, then masukkan susu and then ayam yang dah digoreng semalam. Lepas tu tenggekkan periuk untuk nak tumis dalca and acar. Buat acar yang simple tu sekejap je dah masak. Kalau masak lama sangat nanti karang lembik sangat timun dia ,tak sedap pulak. Maklang suka acar yang bila makan masih crunchy . Sambil masakkan kuah briyani tu, Wan pun tolong cucikan beras. (Nasib baik Wan tolong, or else lagi kelam kabut!!).

Dah dekat 7:15 am tadi baru tengek nasi. Tumis atas dapur dulu barulah letakkan dalam periuk nasi electric tu. Takut jugak tak masak sebab periuk tu nampak penuh betul lepas dah letak susu dan air. Lepas dah letak periuk kat dalam tempat masak dia or whatever you call it, terus naik atas untuk nak mandi and siap untuk nak ke opis. Kalau ikutkan hati memang malas nak ke opis. Tapi sebab kenangkan masih ade benda yang tertunggak semalam tak jadi lak nak half day. Lagipun semuanya dah siap masak. Cuma tinggal nak renjiskan colour kuning campur ngan saffron and minyak dari kuah beriyani tu. Lepas dah siap untuk ke opis tu, turun bawah and check2 kot2 nasi masak tak cantik. Alhamdulillah nasi tu elok and berderai. Mintak tolong kat Wan untuk masukkan daun pudina, daun ketumbar, sadri and daun bawang and renjiskan bahan2 tadi. Sempat jugak mintak kakak tolong buatkan coklat kek. Alahmdulillah all turned out well.


Hakim sempat nak beraksi with the food










Kat opis today pulak Maklang ajak adek2 kat opis tu kemas kan file yang dah berapa lama tak dikemas dan disusun. Sebab dah beberapa bulan ni asyik sibuk aje, maka tak de siapa nak menguruskannya. So bila tengah tak de kerja ni maka kami pun spring clean the opis. Sambil2 tu Maklang katalah nak upah Nasi Briyani for lunch…....and it worked. Our department looks much neater. (Kalau rajin, tomorrow I have to spring clean kat my work area. Banyak sangat rubbish from previous projects yang tak berkemas…MALAS betul!!!)

About 12:30pm, Maklang ajak 2 orang anak buah untuk nak tolong angkat Nasi Briyani dari rumah. Alhamdulillah everyone enjoyed the food. Kalau ikutkan yang memula bawak tu ngam2 je untuk 14 of us ( ada 4-5 orang outstation). Kesian pulak tengokkan sebab ada yang nak menambah tapi tak de lagi. So call up Atok mintak tolong hantar sikit lagi. Syukorlah dengan apa yang Atok hantar tu dapatlah they all menambah and ulang makan. Seronok tengok kengkawan makan and enjoy my home cooked food. Cik Abang pun kata kat office dia everyone pun enjoyed the food. All at home esp. Cik Abang. Angah and Maya pun enjoyed the food. Syukor Alhamdulillah, I have made a few people kenyang and happy with the Nasi Briyani. Insyaallah Maklang akan masukkan resepi dalam entry yang akan datang atau dalam blog: Dari Dapur Maklang.

Ni Maklang ada letakkan gambar as requested by QOTH. Tak pelah kalau tak dapat rasa pun, tengok pun jadilah kan. Maaf visual tak berapa cantik. Terkial2 nak letak gambar guna Photobucket. Baru boleh load tonight (pagi dah ni 12:05 am). Kalau blogger upload lagi hampeh. Kiranya maklang punya masakan tadi berjaya lah gak. Nasi yang di masak sebanyak 5 kilo cuma tinggal untuk 2-3 orang makan je.
That is why I love cooking... Penat pun berbaloi.....

Tapi kuah dalca terover estimate. So, tu akan jadi untuk breakfastlah... Nak buat feberet food Angah... Roti jalur Or rather Roti jala... ( Angah and adek2 memang cakap roti jalur - conpius sejak kecik!!!)

Selamat menjamu mata....dan Maklang nak menjamu mata ni... Ngantuknya...


Image hosting by Photobucket


Salah sorang yang tolong angkat makanan... Kalau pasal nak angkat makanan memang ramai yang volunteer!!!


Image hosting by Photobucket


Acar timun and carrot. Saje nak besarkan gambar supaya clear nak tengok...hi..hi..



Image hosting by Photobucket


Nasi briyani



Image hosting by Photobucket


Lauk ayam briyani

Image hosting by Photobucket



Kawan2 tengah nak menjamu selera.... Yang pakai cermin mata tu pun tadi tolong gi ambik makanan.


Image hosting by Photobucket


Tawkey Besar Mayfirst tengah menjamu selera...sampai tak pandang camera!!

Monday, April 17, 2006

Baryani Ayam

Hari ni keletihan. Pukul 10:15 pm tadi barulah dapat nak memblog. Kat opis tak busy mana waktu pagi tadi, tapi come petang sibuk and menyibuk lak. Boss nak kena buat proposal untuk project yang PM dok kata nak start lebih dari 2 bulan lepas. Entah berapa kali dok revise the proposal and entah berapa kali dah Maklang dok explain pasal power requirement untuk projek tu. Dah naik muak dah....


Lepas opis tadi, cabut tudung and terus ke dapur nak prepare for Baryani Ayam for tomorrow's lunch. Actuallynya Cik Abang mintak tolong masakkan untuk kawan2 dia. Dia dah beritahu last week lagi untuk nak masak Nasi Ayam. Tapikan Nasi Ayam ni mana2 boleh cari tapi Baryani Maktok's (neighbour's Mum - Kak Ha. Used to stay kat belakang rumah lama tapi now dah pindah KL)style. Baryani ni mana boleh dapat kat Kerteh ni. Actually resepi ni maktok bagi dah dulu. Ada dalam buku resepi, tapi buku tu entah dah terselit kat mana entah. So, terpaksalah call maktok. Sebab jarang buat, maka lupa lah dah. Ingat gak sikit2, tapi kena jugak nak tanya Sifu nih...


Yang benarnya Cik Abang suruh masak unutk 20 orang je. Tapi tadi masa cerita2 kat opis mate ada pulak yang terdengar yang Maklang nak masak Baryani nih...

' Bolehlah buatkan untuk kami sikit', sampuk Boss.

' Akak yang buat untuk opis Cik Abang. Opis isteri Cik Abang tu akak tak buatkan ke?', sorang lagi sampuk.

Maklang ni kalau kenkawan mintak masakkan apa2 tak bolehlah. Mesti kesian punya and tak sampai hati kalau tak bawakkan. Itulah dari masak untuk 20 orang dah jadi unutk 40 orang. Tadi kuah Baryani dah siap cuma tinggal nak masukkan susu cair and then campurkan ngan ayam yang dah digoreng separuh masak. Ayam pun dah goreng. Besok pagi kena bangun lebih awallah. Dah pesan kat maid untuk prepare breakfast sebab tentunya Maklang akan kelam kabut. Banyak lagi nak buat ni. Main dish, the Baryani tu kena panaskan, masukkan susu and masukkan ayam yang dah digoreng. Acar timun and carrot nak kena buat. Buat yang simple aje. Yang letak biji sawi tuh...banyak kat Kedai Mamak. Bahan2 like timun and carrot semuanya dah potong (tadi Wan tolong sat tapi bila DIA start...Wan pun cabut lari. Tinggallah Maklang and kakak aje). Lepas tu nak kena buat dalca daging. Then tumis nasi. Mintak2 sedaplah jadiknya. Kalau tak buat malu je...

Ada gak teringat nak buat coklat cake tapi macm tak sempat je. At this time mata pun dah kuyu sesangat. Letih nya... Besok nak kena bangun awal pulak!!

Sunday, April 16, 2006

Team Building

Biasalah hari Ahad ialah hari yang paling membosankan sebab baru start kerja lepas cuti weekend. Yang lebih membosankan today is ramai yang tak ada kat opis sebab outstation di Melaka. Jadi opis ni senyaplah sedikit hari ni. Anak buah Maklang yang berura-ura nak resign pun rasanya akan submit surat berhenti akhir bulan ni.

Tadi baru jumpa Boss Maklang yang dah tak jumpa sejak hari Selasa lepas. Dia kena attend 'TEAM BUILDING' selama 2 hari 2 malam. Jumpa2 Maklang je dia beritahu,' Nasib baik awak tak pergi, kalau pergi tak tahulah macamana'.

Maklang pun tanya apa yang sebenarnya berlaku sebab selalunya team building ni diadakan diantara opis kita ngan client. So far Maklang pergi baru sekali aje. Tu pun dibuat di Kuantan lebihkurang 2-3 tahun dulu. Maklang cuma attend part discussion and lunch tu je. Yang gi main bowling tu tak kuasa nak join, baik balik rumah layan anak2.

Kali ni Boss Maklang kata lain pulak. Ada banyak aktiviti luar. Kali ni team building ni antara orang2 dalam opis je. Boss kata game dia ada kena pegang2 ahli dalam kumpulan lah and ada yang kena usung orang and so on. Nampak sangat Boss tak setuju dengan cara management adakan team building ni kali ni. Nasib baik benarlah Maklang tak join, kalau tak habis satu badan kena pegang ngan opismate. Geli geleman jadinya. Ada salah sorang yang pernah attend team building ngan opis client selama 3 hari 3 malam beritahu yang lepas team building tu ada suami orang 'terjatuh' cinta ngan isteri orang. Inilah akibatnya bila pergaulan antara pompuan ngan lelaki berlebih2an. Ialah team building team building jugak, tapi tata susila sebagai isteri atau suami orang wajib dijaga. Maklang pun tak paham macamana perkara cam ni boleh berlaku dalam opis yang cuma ada lebih kurang 90% pekerjanya berugama Islam. Patutnya management people patut peka dengan semua ni. Team building boleh diadakan. Tak perlulah yang ada game2 ni. Adakan satu case study ke, ceramah ke yang boleh memberikan kesan yang mendalam pada jiwa kita ke, atau apa2 yang dapat memberi faedah pada kita. Boss Maklang kata team building yang dia attend tu 'Useless'.

Dalam pada dia hot tu, sempat gak dia buat joke sedih. Dia kata,'Nanti saya nak pergi lagilah team building ni. Dosa company yang tanggung sebab ni compulsory!'

Maklang pun jawablah,' Iyelah, esok2 kalau kena tanya, jawablah!'. Kawan2 sedepartment alin semua gelakkan dia. Tapi tak pe dia pun tahu kami cuma gurau aje.

Sampai ke petang isu Boss tak puas hati masih dibualkan lagi. Kesian dia...Moga2 management opis Maklang akan lebih peka lagi kalau nak buat team building. Ikutlah cara kita orang Islam dan bukan cara orang kafir laknat tu.......


(Petang tadi PC atuk dah sampai...tapi suruh hantar ke opis Cik Abang sebab nak kena install program2 lain. Anak buah Cik Abang , Izwan yang akan buat. PC tiba tengahari tadi tapi Izwan tak sempat completekan installation dia. Mesti Atok tertunggu2. Dia pun tak tahu PC tu dah ada kat opis Cik Abang. Maklang siap belikan Atok & Wan Wedding Anniversary Card. So, PC tu jadi hadiah ulangtahun perkahwinan Atok and Wan. 28hb April ni genaplah usia perkahwinan mereka yang ke 42... Semuga diberkati Allah sentiasa dan dimurahkan rezeki lagi, InsyaAllah...

Tengahari tadi pun dapat berita dari adek Maklang yang Mak mentua dia passed away. Nasib baik dia dan family dah balik jenguk MIL dia last weekend. Semuga arwah dicucuri rahmatNya, InsyaAllah... Al-Fatihah)

Saturday, April 15, 2006

Hujung minggu untuk relax

At last... after about 4 weekends berturut-turut asyik tak de kat rumah, at last minggu ni dapat jugak bermalas2an kat rumah. Lebih malaslah jadinya bila Cik Abang tak de sama. Macam dah cerita in the entry before this, Cik Abang ke Ipoh untuk nak buat inspection kat salah satu kilang kat sana.

Pagi tadi pun bangun lewat. Sedar2 matahari dah naik dah. Tengah bercuti so tak pelah lewat, or else terlepas lah solat Subuh. Malam tadi anak2 dua yang kecik berkampung kat bilik Maklang. Satu perkara biasa bila Abah tak ade. Time2 angin si Angah tu baik, dia pun sama jugak berkampung dengan yang dua tu. Hakim and Maklang tidur lebih kurang pukul 1:30am. Sambil buat x-stitch sambil tengok cerita kat TV3 tu-Count of apa entah nama dia.Sedap cerita dia. Hakim pun suka tengok. Macam paham ape orang tu cakap!!!

Hari ni breakfast pun sempoi je. Adalah rasa sikit mee goreng yang the maid prepared. Then started with my new x-stitch project. Si Hakim sibuk suruh start dia punya. Dia pilih gambar bear. Ni dah nak siap. Tapi ingatkan nak letak nama dia and then nak jahit untuk dijadikan bantal. Maya pun dah booking pattern x-stitch. Nampak gayanya minggu ni plan nak buat x-stitch alphabet untuk nak buat alas katil tu tak menjadilah. Terpaksa habiskan budak2 ni punya dulu or else dia punya merungut tak larat nak layan.

Wan and Atok arrived petang tadi about 6:30pm (ni mesti seronok sebab InsyaAllah PC dia sampai besok). Kebetulan flight Cik Abang tiba di Kuantan jam 4:30pm so Atok tunggu sat kat airport Kuantan and picked him up. Selamat lah tambang taxi yang berkemungkinan besar akan kena charge sebanyak RM 90.00. Biasalah kalau Atok and Wan datang, macam2 ada dalam boot kereta mereka. Ada tauhu lebih kurang 60-70 keping, taugeh, ayam 3 ekor ( kat JB 1kg baru 3.50 kat sini 5.00) dan daging lembu.Kiranya penuh semula lah fridge kat atas, kat wet kitchen and freezer. Kalau fridge tu boleh cakap, mesti dia kata sudah2lah tu.

Macam yang disangka rashes Dhirah dah elok!!! Memang stress sungguh. ....

Semua anak2 termasuk Cik Abang tercinta dah pun dibuai mimpi at the time I am typing this. Maklang masih lagi berjaga sebab tengah tengok Arthur Hailey's movie ni. Sedap jugak. Habis buat blog ni ingat nak sambung my sewing. Kalau tengok TV tanpa pegang apa2 mesti sat lagi TV yang tengok I.....Selamat Malam.....

Selamat berhujung minggu semua. Maklang besok dah kerja....

Friday, April 14, 2006

Ayam bakar

Pagi tadi jam 7:30am , Cik Abang dah keluar. Naik teksi ke Airport Kuantan. Destinasi ke Shah Alam hari ni sebab ada inspection kat salah satu kilang. Petang ni atau malam nanti akan ke Ipoh pulak untuk satu lagi inspection kat sana. Petang besok ETD KL-Kuantan pukul 6:00pm. Gitu gini pukul 8.oo or 8.30 mlm baru tiba. Kesian dia...penatnya nanti.Itulah dia kalau nak cari makan.....

Tadi Dhirah dah balik. Ambik dia pukul 11:00pg. Pergi ambik dia kat sekolah dia dan adek2 dia dari kelas taekwando. Dia dah beritahu semalam suruh masak sedap2. Wokeylah...mak masak sedap untuk Dhirah. So masakkanlah ayam bakar, salad and also some kentang with mayo and dill. Enjoy bebudak makan. Tapi yang sweet sangat2, one of them said,' Kesian Abah, Mak masak sedap2 bila Abah tak de!!' Ingat jugak mereka kat Abah yang keluar nak cari makan.....I am sure Abah mesti feel so touched with apa yang anak dia kata....

Tapi kalau Abah ada pastilah mak akan masak lebih banyak dan lebih sedap lagi,
InsyaAllah... macam selalu...

(BTW, Dhirah kata rashes kat ketiak dia dah nak baik since last nite. Betulkan dia stress.... Tengok nanti kalau dia ke kem lagi samada kena rashes ke tak???)




Ni dia ayam bakar yang Maklang prepared for today's lunch. Selamatlah ayam seekor setengah!!!



Muka orang suka sebab nampak food...food. Kak long tak nak masuk dalam gambar sebab tak pakai tudung.

Thursday, April 13, 2006

Yang Happy & Yang Stress

Yang Happy…..

I guess everybody in my department was happy yesterday. Boss semenya tak de. Apalagi bila kucing tak de tikus2 menari2 laa…Bila Boss tak de, sememangnya department ni akan kecoh. Tapi kecoh macamana pun kerja tetap tip top… Syukurlah kalau semenya tak de yang nak ‘mengulo’ bila Boss tak de. Alhamdulillah adek2 kat sini baik2 belaka…

As for me, I was very happy yesterday. Bukannya apa, Maklang suka sangat sebab dapat buat Atok and Wan suka. Dua malam lepas. Cik Abang dah buat order ngan DELL untuk belikan Atok PC. Senang betul sekarang ni, sambil Maklang baring pun boleh kena bayar untuk PC tu. Memang lah Cik Abang yang buat order tapi Maklang lah yang bayarkan. Tak pelah…..tu pun untuk my beloved parents.

Semalam pagi , adek Maklang, Busu kata, Atok senyum aje bila diberitahu yang kami nak belikan dia PC. Dia memang ada bunyi 1-2 bulan lepas yang dia nak PC. Nak belajar guna PC agaknya. Plus kami selalu cerita pasal ada blog ni seme. Entah2 Atok & Wan pun nak buat blog tak???. Bolehlah masuk kat loop kita ni… Nanti boleh join dengan Maam and Daddy Izhal….Ptg semalam, Busu hantar mail yang dia tengah ajar Atok macamana nak surf and buat e-mail. Seronok agaknya Atok sebab apa yang dia nak dah dapat. At the moment dia belajar guna PC Busu dululah. Seronoknya Maklang rasa…..


Yang Stress

Malam tadi pulok, dalam pukul 11:00mlm, Cik Abang punya phone bunyi. Dia dah tidur masa tu. Maklang masih lagi dengan cross stitch yang belum siap tu, sambil2 tengok TV. Mulanya ingatkan sapalah yang hantar message tengah2 malam ni. Rupa2nya dari Dhira . Message dia bunyi cam ni:

“ Abah, kenapa Dhira hantar sms kat mak, mak tak balas? Mak ada rumah tak? Ni, ketiak Dhirah merah lagi. Sakit and perit sangat. Dhirah dah letak bedak and cream tapi still sakit sangat”

(Memang dah agak mesti budak ni akan call or sms. Masa pukul 9:00 malam tu dok cari handphone tapi tak jumpa. Call pun tak dengar bunyi. Ingat kan tertinggal kat opis. Tadi pagi baru nampak, rupanya tinggal dalam kereta)

Lepas baca sms tu Maklang terus call Dhirah. Risau jugak sebab Dhirah ni pun manja jugak. Dia tak pernah jauh dari kami. Bila baca sms tu, Maklang terus teringat, budak ni under stress agaknya. Dulu ada sekali dia kena gi perkhemahan pun dia kena the same thing. Ketiak dia jadi merah2 and perit. Masa tu dia darjah 4. Sampai menangis dia. Tak sampai sehari dia join perkhemahan Bulan Sabit Merah kat sekolah tu, kami ambik dia balik. Kawan2 kata dia nangis kat bilik air. Sebab kesian kat dia , kami mintak kebenaran dari guru bertugas untuk bawak dia balik ke rumah. Sampai ke rumah Dhirah langsung masuk bilik dia and terus tidur sampai ke malam. Letih sangat agak nya….

Itulah Maklang rasa Dhirah ni sakit ketiak sebab dia under stress. Pelik tak? Orang lain kalau stress sakit dada ke, sakit kepala ke, naik darah ke, tapi Dhirah sakit ketiak….. Gelihati I…….

Wednesday, April 12, 2006

Kain Pelikat Abah & Kenapa Hakim nangis?

Babak 1

Kain pelikat Abah

Malam tadi Dhirah sibuk packing barang untuk perkhemahan dia. Kata dia ni Cikgu buat unutk Ketua Kelas and Penolong Ketua Kelas. Dia jadi Penolong Ketua Kelas. Dia kata dia tak suka jadi Penolong Ketua Kelas ni. Buat susah dia aje . Maklang rasa sebab dia tak boleh nak buat nakal macam kengkawan dia yang lain sebab tu tak suka tu… Bukan nya apa. Kalau dia pun sama naik memang teroklah kelas dia nanti.

Sibuk dia suruh tolong lipatkan baju kurung dia. Ialah kain lembek2 ni kalau tak betul lipat payahlah nak masuk beg. Renyuk lagi. So Mak dia lah yang tolong buatkan. Pandai jugak dia pack baju dia. Biasanya Mak dia ni lah yang tolong packkan kalau nak kemana2. After all, dia baru 12 tahun 9 bulan aje. Tapi tinggi and besar dia sama dah ngan Mak dia. Yang gelihatinya dia semalam, dia masuk bilik Maklang, bukak almari Abah dia and ambik kain pelikat Abah dia.

‘Dhirah nak buat apa ngan kain pelikat Abah tu?’

‘ Dhirah nak pakailah… Nanti keluar bilik air kan senang nak pakai kain ni!”, Dhirah kata sambil jalan nak k ebilik dia.

Masa tu Maklang tengah tengok TV in my room tu dengan Hakim and Abah dia. Abah was with his laptop lah. Tengah tengok PC punya details kat Internet untuk nak belikan Atok ( Izhal… Maklang menyambut seruan mu… dah order DELL untuk Atok kat JB tuh…).‘Kan ada kain batek mak. Buat apa ambik kain pelikat Abah. Nanti Cikgu ingat budak lelaki pulak yang masuk bilik air pompuan’, Maklang kata ke dia.’ Mari sini ambik kain batek mak!’

‘ Alah mak ni, kain batek tu kecik’

‘ Apenya yang kecik? Mak pakai muat takkan awak tak muat?’

At last dia ambik pun kain batek Maklang tu. Yang bebenornya dia tak nak pakai kain batek sebab kain batek tu kan berbunga macam keperempuanan sangatlah tu. Dia ni kalau kat rumah memang tak suka pakai kain. Berseluar memanjang. Nak tengok dia pakai jubah, memang payah. Agaknya muak kot sebab gi sekolah dah pakai baju kurung all the time. Takpelah asalkan perangai tu tak bertukar jadi boy, udah…



Babak ke 2.

Kenapa Hakim nangis?

Yang si Hakim pulak malam tadi, tak aleh2 menangis bila Muzik @ Ria yang ade Mawi tu habis.
Dia tengah baring sebelah Maklang. Bila show tu habis, Maklang pusing tengok dia. Tengok2 mata dia berair.

‘ Eh… Akim nagis ke?’, lansung dia broke down and tersedu2 dia. Sampai tak boleh cakap.

‘Kenapa? Akim sedih ke cerita Mawi dah habis?’. Dia tak jawab. Cuma nangis lagi. Dia ni memang minat sangat kat Mawi tu. Kalau lagu Mawi dia hafal betul. Ingatkan sedih sangat pasal show tu dah habis.

‘Kenapa? Hakim takut mak mati ke?’, lagi kuat dia nangis.

‘Mari sini Mak peluk’. Dia pun dekatkan diri dia kat Maklang and Maklang terus tepuk dia. Tak dan 5 minit dia dah gone.

Tadi pagi sebelum dia gi sekolah sempat tanya dia.’ Kenapa Hakim nangis malam tadi? Mak risau sebab masa Mak tanya Akim tak nak cakap’.

‘Mari sini Hakim bisik’. Maklang pun duduk sebelah dia.

‘Hakim nangis sebab Hakim nak pegang te**k Mak!’

Laaa …pasal tu rupanya… Baru teringat semalam masa tengah tengok Mawi tu, dia tengah baring atas dada Maklang. Right atas dada. Kejap2 tak pelah. Kalau dah dekat 10 mins, sesak gak nafas. Kepala dia besar and berat. Maklang suruh dia ke tepi je. Rupa2nya dia kecik hati and nangis dalam diam….. Itu yang bila bila ditanya lansung broke down…Kesian anak jantan sorang ni….manja betul. Ikut sapalah agak nya tu….

Sunday, April 09, 2006

Macam-macam Hakim - 1

Hari ni hari Ahad. Kami tiba dari KL tengahari semalam, lebihkurang jam 1:30ptg. Oklah the trip to KL. Ada perubahan sedikit dalam attitude. Yea...Yea... Maklang managed not to spend a single cent. Kiranya tak bershoppinglah kali ni. Tapi of course beli some foodlah and something for the new baby of Jo and Maam. Other than that kami tak beli apa2. (Makan and hadiah all were borne by my beloved Cik Abang... Selamat duit aku....)

Pergi tengok Maam si Jo lepas lunch tengahari Jumaat tu. Dia kata MA and Aunty Yan came masa lunch tu. Maklang tiba about 4:00, so tak lah bertemu...After maghrib kami melawat Pak Itam. Alhamdulillah dia sihat, tapi dia nampak kurus sangat... Mintak dia diberi kesihatan yang baik.... Amin...



Perkara 1:

Petang tadi, Maklang and Cik Abang ambik Hakim dari tabilas.

Masa tiba kat tabilas Ustadzah tu kata,' Kak, Hakim bawak telletubbies ke sekolah hari ni!'.
Nak tergelak kami dengar Hakim bawak telletubbies.

'Memang ye Ustadzah, kenkadang dia main Barbie kakak2 dia', tersenyum aje Ustadzah dengar Maklang cerita pasal Hakim. Mintak2 janganlah dibawak sampai kebesar. Tapi kalau dah kawin nanti biarlah dia rajin jaga anak2 dia... (jauhnya berangan!!!)


Perkara 2:

Dari tabilas, kami singgah kat rumah kawan Cik Abang. Maklang tak kenal dia. Tapi ikut aje. Kat situ ,orang tu hidangkan sedikit kuih dan minuman.Sedang kami minum, Hakim kata,' Mak, Hakim tak nak minum air panas. Hakim nak air sejuk'.

Mulanya Maklang diamkan aje. Budak2 ni kat rumah orang pandai pulak nak mintak macam2. Tapi masa tengok mulut dia dah penuh dengan kueh, kesian pulak.Takut pulak tercekik.

Maklang pun tanya dia,' Hakim nak air kosong ke?'

'Tak naklah', dia jawab.

'Abis, Hakim nak air apa?', Maklang tanya lagi.

'Hakim nak air oren sejuk!'. Alamak budak nih....'Buat malu mak aje.....'

Maklang puas kata kat tuan rumah tu tak payahlah, tapi tuan rumah tu kata, ' Tak apa, rumah kami tak ade air oren, air ni adalah...' sambil mengunjukkan kepada kami air carrot susu. Buat malu aje... Nak buat macamana , anak2 kecik ni dia main mintak je...kitalah terpaksa menahan malu.


Perkara 3:

Hakim ni sejak dia dah ke sekolah dia punya 'D' ada besar sikit. Kalau suruh apa2 dia mesti tak nak dengar cakap. Kadang2 geram sangat kat dia. Ada satu hari tu, puas betul Maklang pujuk dia supaya jangan bising, tapi dia buat jugak. Mati akal jugak dibuatnya. Puas berfikir, at last Maklang dapat satu idea. Hakim dok cakap lagi and terua jugak buat bising... Terus Maklang kata ke maid, ' Kak(my maid), Kak L dengar suara aje, siapa punya suara ah? Tak nampak sapa2 pun kat dapur nih...'

' Hakim yang cakap2 tu', jawab kakak.

'Oh...iye ke? Kak L, tak nampak pun', Maklang jawap. Masa tu Hakim dah mula suspense.
'Agaknya Kak L tak nampak ni sebab dia deg*il sangat kot. Puas kak L cakap, dia tak nak dengar. Agaknya tu yang tak nampak. Mungkin kalau dia gi mandi baru nampak'.

By this time, Hakim memang panic sebab Mak dia dah tak nampak dia. Terus aje dia lari masuk bilik air nak mandi.

Sambil2 tu, Maklang kata lagi,'Kalau dia mandi bersih2, mungkin bende yang tutup badan dia tu hilanglah, kena sabun betul2. Agaknya masa tu baru Mak boleh nampak dia!!'

Lepas aje, dia dah mandi dia panggil kakak pakaikan dia baju. Maklang kata kakak nampak dia sebab kakak tak beranakkan dia. Mak tak nampak sebab Mak lahirkan dia.Masa nak pakai baju tu, dia beritahu kakak,' Kakak, pakaikan Hakim baju cantik2 eh... nanti Mak nak tengok Hakim!'. Takut betul dia mak dia tak nampak dia.

Siap aje dia, dia terus berlari ke arah Maklang. 'Mak, Hakim dah siap!'

'Ah... barulah Mak nampak Hakim. Benda yang tutup Hakim tu dah kena buang kot masa mandi tadi'. Dia nampak puas hati bila Maklang beritahu dia. Tapi before he walked away dia kata' Mak, tadi masa Mak tak nampak Hakim tu, Mak buta ke??????'

Terdiam Maklang, tak terkata....

Macam2 Hakim...Macam2 lagi cerita dia. Nanti bila ingat cerita lagi....

Friday, April 07, 2006

Mengekor

Tatkala menaip ni Maklang berada di KL. Tengah melayan anak2 yang 3 ( Kaklong tak nak ikut-biasalah tu nak besar2 nih…) tu mandi kat swimming pool. Kami tiba di KL malam tadi sekitar jam 9:30 malam. Bertolak dari Kerteh lebihkurang 5:15 ptg. Singgah di rumah ambik Angah & Hakim dan kemudian ke sekolah Maya unutk mengambilnya. Jadinya semalam Maya pun cabutlah sekejap class dia. Maklang pulak kebetulan ada meeting di pejabat Cik Abang dari lepas lunch hingga petang, so kami ke pejabatnya dalam satu kereta aje.

Sebenarnya tak ada plan pun nak ikut ke sini. Hari Selasa lepas Cik Abang ada beritahu yang dia kena menghadiri satu meeting di KL pada hari Jumaat. Tak teringat pun nak mengekor sebab rasanya weekend ni nak berehat sebab dah lama betul rasanya tak berehat di rumah. Ada saje tempat yang nak dituju setiap weekend. Bak kata Zino….busy memanjang….So…weekend ni busy melayan anak2 lah…Anak buah Maklang kebetulan ternampak Maklang tengah baca e-mail dari Cik Abang pasal nak ada meeting ni. Dia kata ikutlah . Rugi tak ikut kata dia. Betul jugak. Langsung Maklang call Cik Abang and beritahu yang nak ikut. Kata kat dia tak payah lah naik plane. Duit minyak tak leh claim sebab memang dah policy office dia kata kalau nak ke KL kena naik flight yang telah ditempah khas dari sini or dari Kuantan. Kalau naik kereta, mileage tak dapat. Tiket kapalterbang masih ambik. Cuma kalau dapat pun claim cuma duit taxi dari sini ke Kuantan pergi balik and also dari KLIA ke hotel. Hotel ni Maklang tak pernah lagi masuk. OKlah….Tapi sempit sikit…Tak kisahlah asalkan free…. Syukur Alhamdulillah.

Semalam sebelum tiba kat KL, dah sms kat adek Maklang. Kalau rajin boleh hantar food to us. Teringin pulak nak makan mee mamak. Lagipun rumah adek, Alang, yang kat PJ tu dekat sangat dengan KL Sentral ni. So dapat lah kami late dinner at about 10:30 pm. Kenyang jugaklah. Seronok betul malam tadi bila Cik Abang tanya kat orang hotel ni kata yang internet excess ni …. FREE. Nasib baik Maklang bawak PC. Or else mati kutu jugaklah ni. So apalagi…malam tadi terus aje masuk blog nak tengok cerita2 yang dah ketinggalan. Semalam kat rumah, entah apa salah ngan router tu, wireless tak leh pakai. Kat office nak curi2 masuk (masa tengah free) pun tak dapat. Sejak 2-3 hari lepas, server asyik kong aje. Budak IT pun tak ada semalam sebab katanya sakit perut. Itu yang malam tadi bila dapat tahu FREE excess terus aje surf sikit2. Tapi terhalang gak nak guna lama2 sebab Cik Abang nak review kerja dia untuk nak meeting hari ni.

Tadi pagi breakfast Abang sorang aje yang pergi. Nak gi semua buat rugi je. Sorang kena RM 55:00. Kalau gi beli kat luar boleh makan sampai muntah. Alhamdulillah, tadi Alang dah hantar breakfast. Kebetulan Alang ada course/ seminar kat hotel sebelah. Dia datang sat sementara course tu belum mula. Lepas makan terus bawak anak2 mandi. Selagi tak bawak, dia punya mengegek boleh jadi bengkak telinga. Lepas anak2 dah mandi dalam pukul 12:00 nanti, ingatkan nak jalan2 kat KL sentral nih….tapi tau jalan ke…?? Nak keluar dari sini aje takut sesat, so rasanya kami tunggu je Cik Abang kat bilik hotel. Dia kata dia akan datang lepas habis meeting . Lebih kurang jam 12:30pm. Then akan check- out dari sini and check-in kat hotel Alang kat PJ.

Petang ni dah ada rancangan. Lepas solat Jumaat nanti, InsyaAllah nak ke Hospital, nak gi melawat anak sedara baru. Mungkin dalam pukul 4 atau 5:00 selesailah. Then balik rumah Alang and lepas maghrib nak gi melawat Pak Itam. Semalam dah talipon Pak Itam beritahu yang kami nak datang. Dia kata datanglah. “I am lonely”, he said. Kesian Pak Itam. Sejak arwah Mak Ngah passed away, ingatan dia makin berkurang. Ni cucu2 dia yang tinggal sama pun dah pindah ke Qatar, sebab bapa tiri mereka bekerja di Qatar. Mungkin dekat dengat LolLies kot….. Itulah, macamana pun mesti nak gi jugak melawat Pak Itam. Dah janji nak bawakkan dia satay. InsyaAllah, tak ade apa aral, kami akan tiba, Pak Itam….S

Selamat berwiken semuanya…… Semuga wiken anda menjadi wiken yang amat bahagia…..InsyaAllah….

Wednesday, April 05, 2006

Interview

Hari ni pagi-pagi tadi dah dapat khabar yang biras Maklang dah melahirkan anak yang keenam. Perempuan. Alhamdulillah semuanya selamat walaupun melalui C-section. Khabarnya anaknya boleh tahan besar, lebihkurang 3.4 kg, berbanding dengan ibunya yang comei lote.

Petang pulak dapat khabar yang tak berapa baik sebab salah seorang anak buah Maklang akan meninggalkan kami. Maklang tak ada hal kalau orang nak berhenti sebab ni pun untuk dia nak advancekan carrier dia. Alhamdulillah… Moga2 dapat apa yang dicari. Infact dalam masa terdekat ni mungkin ada 3 orang akan berhenti…..Kami yang dah nak veteran ni , kat sini ajelah sampai pencen. Kalau berhenti pun…. Nak ke mana??? Paling kuat dapat kerja kat rumah aje. Lagi pun dah tak kuasa nak kerja jauh2 dari family. Kat tempat Maklang ni pun untuk profession Maklang ni agak payah untuk orang perempuan…….yang dah veteran….


Cerita pasal Bab berhenti kerja ni, Maklang nak cerita jugak pasal mula2 Maklang kerja dulu. Sebenarnya Maklang ni bukanlah orang yang terlalu ambitious sangat. Cukuplah sekadar ape yang ada. Malang mula kerja pada umur Maklang genap 22 tahun. Memang masuk kerja on my birthday. Masa tu baru grad and tu pun terpaksa mengganggur selama 5 bulan. Kerja masa tu memang payah nak dapat. Ada aje advertisement dalam paper tu semuanya dihantar. Tak kiralah kat mana. Masa tu pun ekonomi meleset.

Pertama kali Maklang pergi interview was dekat dengan rumah Mak. Taklah dekat sangat , kalau jalan kaki lebihkurang 15 mins adalah. Pekerjaan tu sesuai dengan apa qualification yang Maklang ada tapi malangnya Maklang gagal. Lama jugak nak dapat interview yang kedua. Interview yang kedua was in KL. Masa dapat surat interview tu Maklang baru tahu bahawa company tu adalah company Consultant. Masa nak gi interview tu beritahu pada Pak Itam, bapa sedara maklang, di mana Maklang tumpang tinggal masa nak interview tu. Rupa2nya Pak Itam kenal tuan punya office tu. Kiranya masa Pak Itam beritahu tu , harapan Maklang cerahlah nak dapat. Memang betul pun, masa interview tu Boss Cina tu beritahu yang Makalng boleh mula kerja pada tarikh yang dia beritahu yang kebetulannya was my birthday yang ke 22. Alhamdulillah dapat kerja walaupun cuma bergaji sebanyak RM 500.00. Kiranya masa tu memang common lah grads ni dapat gaji macam tu. Lagipun tu adalah salah satu program yang dianjurkan oleh kerajaan untuk mengurangkan pengangguran. Setahun Maklang kerja kat situ, gaji naiklah 250 lagi. Alhamdullah, … Dan Maklang kerja kat situ selama 3 tahun. Payah jugak kerja dengan gaji sebanyak tu, nasib baik pergi balik ada yang hantar and tumpang tinggal kat rumah Pak Itam, or else lagi parak.

Setelah 3 tahun kat situ, mulalah gatei nak kerja kat tempat lain. Dapat kerja lain tapi perbezaan gaji cuma RM 300 aje. Tapi tak apa… nak cuba jugak kerja kat situ. Mula2 ok lah tapi setelah 2 bulan bosan pulak sebab kerja dia Cuma nak key in data kat computer aje setiap hari. Maklang memang tak ade interest langsung…. So beritahu Boss lama yang nak join company asal tu. Nasib baik Boss terima. Agaknya sebab masa Maklang ditanya oleh teman2 sepejabat kenapa nak berhenti, Maklang kata nak cari boyfriend sebab officemates kat office Consultant tu semuanya China aje. Tanpa diduga, memang hajat tu terkabul…nak cari laki kat office yag Maklang join tu, walaupun cinta berbunga setahun selapas Maklang berhebnti kat situ. Rupa2nya Maklang join company tu cuma sebagai sebab untuk nak berjumpa my future husband…Cik Abanglaah tu…. Ada hikmah dia kan… Itulah Allah’s rahmat happened in ways yang kita tak pernah terfikir.

Lepas berenti dari situ Maklang kerja balik kat office lama. Bertahun jugaklah kat situ sampai anak sulung Maklang berumur 1 tahunlah. Genap Dhirah satu tahun , Maklang gi interview kat company yang mempunyai business yang sama macam previous company tu, consultant gak. Maklang enjoy kat situ sebab kawan2 sekepala semuanya. Ada jugak kawan2 dari office lama kat situ so taklah kekok sangat. Gaji tambahlah dalam 30% lagi. Sayangnya Maklang kat situ tak lama sebab dapat offer yang lebih baik. Alhamdullillah dapat pertambahan gaji lagi sebanyak yang diminta. Office ni terletak kat Menara Tan Tan adalah syarikat membuat atap rumah. Tapi Maklang masuk bahagian Consultancy. Kat sini best jugak, tapi boss dia tak best lansung sebab very prejudice terhadap Melayu. Kena pulak masa baru join sebulan, Maklang terus conceive Angah. It was a bad experience for me sebab masa pregnant tu asyik nangis aje. Dahlah pregnancy tu susah sebab asyik bleeding aje. Boss pulak tak bersimpati langsung. Nasib baik Boss Mat Salleh tu ok. Dia kata jangan bimbang pasal kerja, just take care of myself and the baby. I was in that company for about 2 years aje. Lepas 2 tahun kat situ, Cik Abang kena transfer kerja di Kerteh. Maklang kata kalau pindah Kerteh tu boleh, tapi Maklang nak kerja mana? Maklang kata boleh terima post tu kalau Maklang diterima kerja kat situ. Alhamdulillah Maklang diberi kerja kat situ tanpa ditemuduga…. And sampai sekarang lah saya di sini…..

Rasanya lepas ni tak adelah nak gi interview lagi… Paling kuat kena interview dengan Cik Abang, apasal tak nak kerja lagi. Tapi itu….bila agaknya ye…

Maklang paling takut bila kita ni nanti akan diinterview oleh mungkar dan nangkir…..Mudah2an interview itu akan mudah dilalui, InsyaAllah….

Tuesday, April 04, 2006

Ahad, Isnin and Selasa

Diam tak diam dah tiga hari tak mengupdate blog ni. Tiap2 hari masuk tapi punyalah malas nak update.... Lagipun agak busy... Since Sunday lepas banyak jugak kerja kat opis. Biasalah kalau kerja kat opis macam Maklang kerja ni, adakalanya busy sangat2 and adakalanya free sangat-sangat.

Buat ape ek hari Ahad lepas? Macam biasalah got engrossed with the layout and single line diagrams untuk satu projek kat Kuantan. Tak banyak cuma 4 drawings aje. Tapi once dah masuk into the project....syok pulak. Pulak tu sesutu yang kita enjoy, tak rasa masa berlalu, begitu cepat. Cepat aje nak petang. Or else termanggu je nak tunggu kol 5:00 petang.

Hari Ahad tu the best part was dapat banyak sangat e-mail dari kawan2 masa belajar dulu. Infact dapat cakap ngan 2-3 orang adek2. Rasanya dah dekat 20 years since we left school. Adelah jumpa some of them tapi kebnayakkannya tak jumpa pon lepas grad. Ni baru nak revive balik the connection.... Seronok sangat. In fact some of the juniors dah paln for a get-together cuti sekolah ni. Venue kat one of the hotels kat Kuantan sebab that will be the most strategic location between KL and my place....

Hari Isnin pulak sibuk dengan drawings dari Arkitek yang third party kontrak tu. Dapat dah komen dari Client tu. Punyalah berjela tapi nasib baik repetitive comments sebab drawing banyak yang typical drawings aje. So kalau changes pun taklah teruk sangat nak kena redraw. Alhamdulillah......

Server kat opis pulak jem pagi semalam sampai dekat tengahati. Masa last weekend ada IT personnel came to this opis, entah nak install ape tak tahulah pulak eh....Ingatkan nak fax or e-mail aje drawings yang dekat 40 lai tu ke Arkitek, tapi kalau reduce and fax, konfem tak leh baca punyakan. So, terpaksalah mintak tolong kat despact boy tu hantar ke opis arkitek tu yang dekat 100km from muyopis. Lega satu job dah nak hampir pada completion. Tapi nak dekat pun mungkin 2-3 bulan jugak baru dapat puaskan hati Client....

Start semalamlah berpile2 drawing tiba kat my desk. Hari ini pulak meeting tak habis2 dari pagi then sambung pulak petang untuk meeting lain. Tadi sempat gak keluar sekejap, gi jumpa Dr. and buat pap smear. Lama betul dah overdue. Tak plan pun in the first place. Cuma gi jumpa Dr. sebab period tengah kelamkabut ni. Agaknya sebab makan susu nak slim ni agaknya. Eversince mula minum tu, about 3 months back, mula dah kelakuan pelik my p ni. The last time I went for pap smear test was after I delivered Hakim about 5 years back. Sejak my Gynea kat K*MC left for Oman sebab nak kerja sana, terus tak ade buat pap smear. I know its very important for women my age and for women who is se*ually aktive (this is of course lah ... I am a married women!!!)). Sebenarnya nak buat lama dah tapi memikirkan nak tunjuk kita 'punya' kat orang memang lah sesuatu yang memalukan. Alhamdulillah, at last I did it. I went to see one Dr. Mo*na to do it for me. She is a vey young Dr. tapi dia bagus. I like her. Alhmadulillah, ade jugak Dr perempuan kat sini...Result dia akan dapat tahu in a week's time. Mintak2 tak ade apalah....

After office, as usuallah dah start preparing for what to cook besok pagi for breakfast and lunch tomorrow. Then took my evening bath and then...katil here I come, sambil berbaring tu menonton DIA. Best....

Ni barulah dapat nak memblog. Tadi Cik Abang guna PC ni. Sat lagi bolehlah publish nih... Bukan ada apa pun...cuma my busy working life... Nanti besok kalau sempat nak cerita pasal Hakim lagi....Dah ngantok ni.... Selamat malam!!!

Saturday, April 01, 2006

Trip to Kontan.

Hari2 Jumaat bagi Maklang biasanya lebih sibuk dari biasa. Kalau tak sibuk di dapur menyiang ikan dan ayam, Maklang akan sibuk dengan urusan2 lain. This week, hari Jumaat, Cik Abang and ML dah pun plan nak ke Kontan untuk nak gi service kereta. Dah due dah. Terpaksa ke Kontan sebab ada order lampu kereta yang retak sikit masa ayam langgar lampu kereta ni dulu (see entry cinta itu buta). Terbang jugak lah RM-RM kami disebabkan nak mengganti lampu tu. Kalau pecah dia tak menyebabkan air masuk tak pe lagi, tapi pecah dia menyebabkan ada water droplets dalam lampu tu.

Kami bertolak dari rumah lebihkurang 7:45am and tiba kat Kontan jam 9:20am. Terpaksa gi awal sebab nak dapat tempat awal untuk nak service kereta. Tiba aje kami diberitahu yang kami dapat no. 10. Alamak jauhnya... So we decided to send the gambar yang nak frame kat ada satu favourite frame shop kat Kontan. Banyak gak dah gambar diframe kat situ. Workmanship dia ok and harga pun ok. Kami decided to walk dari service Center kat Padang Lalang tu ke kedai d'Arts tu. Adelah dalam 1km. Exercise!! Seronok jugak jalan dorang2 ni. Tapi takut gak sebab jalan tu agak sibuk. Masa jalan tu dok peluk handbag kuat2 sebab takut ada peragut. Cik Abang pulak dengan drawing dia yang dah digulung dalam pipe PVC. Masih berbungkus sepertimana dari airport tempohari. Disandang kat bahu. Sekali pandang macam bawak senapang pulak.


Lepas hantar gambar kami pergi jumpa seorang teman disalah sebuah pejabat yang terletak kat MegaMall. Then gi breakfast cum lunch. It was already alomost 12 masa tu. Lepas tu kami ke Popular Book Store kat Mega Mall. Dapat 2-3 buah buku untuk Dhirah, Abang and myself, kami pun turun untuk mencari teksi kat depan Mega mall tu. Alhamdulillah, cepat dapat cab.

Driver taxi ni ramah sangat orangnya. Siap explain pasal bandar Kuantan ni, pasal Pesta Air yang akan bermula pada 1hb Apri1 ni. Pasal dia asal orang Beserah (kenal tak DITH?)., pasal jalan Telok Sisek, and also pasal Padang Lalang. Friendlynya ya amat. I just sat at the back listening to his conversation with Cik Abang. Dia bercerita jugak pasal masjid negeri Pahang tu. Berapa orang boleh accommodate jemaah dalam masjid and so on.


Tengah2 dia bercerita dia tanya Cik Abang,’ Dah pernah masuk masjid ni?’, sambil pandang Cik Abang. Masa tu tengah berhenti kat simpang traffic light yang nak ke Tanjong Lumpur tu.

Cik Abang dengan nada bersahaja pun menjawab,’ Dah!’.

And the Abang Drebar pun meneruskan perbualanya. ‘ Masjid ni bla…bla… . Kalau cakap Telok Sisek nanti drebar taxi akan berhenti across the road, kena cakap Padang Lalang…bla..bla.. bla…’

Maklang yang duduk kat seat belakang nak ketawa betul. Nak aje cakap,’ Encik, sebenarnya Abang saya ni asal orang Kuantan. Membesar pun di Kuantan’. Tapi tak sampai hati pulak memandangkan keramahan beliau. Maklang respect drebar2 macam ni. Dia ambil kesempatan nak bercerita pasal negeri tempat kelahirannya. Kalau dia ni jadi pemandu pelancong mesti pelancong puas hati. Yang paling Maklang gelihati sangat was when tengok muka seposen Cik Abang. Selamba aje dia dengar orang tu bercerita as if tak tau benda pasal Kuantan.

Keluar dari taxi tu, kami pun melepaskan ketawa yang tersekat. Tapi macamana pun kami berterimakasih pada Abang Drebar tu for his kindness. At least dapat gak info2. yang tak dapat kami korek dalam sokkabar… Well done Abang Drebar. Moga2 rexeki mu dimurahkan Allah, InsyaAllah….