Dari Teratak Maklang

Tuesday, February 28, 2006

5 tahun telah berlalu......

Bersambung dari entry yang lalu.......


Apabila Maklang dah habis pantang, Cik Abang pun mula bekerja semula di Kuala Lumpur. Maklang masa ni dah balik keKerteh. Akhirnya kami sekeluarga telah dapat bersatu semula walaupun dengan ketiadaan Cik Abang (yang cuma dapat bertemu pada hari Sabtu dan Ahad sahaja) dan bay Hakim. Mulai dari hari habis pantang tu, Maklang akan berulang ke Kuantan setiap hari. Pada hari Sabtu dan Ahad, Maklang akan melawat Hakim bersama Cik Abang. Pada hari2 Cik Abang tidak ada Maklang akan ke Kuantan sendirian. Mujur ada teman2 sepejabat yang di ‘seconded’ ke office client di Gebeng. Mereka akan memandu dari Kerteh ke Gebeng dan dari situ Maklang akan drive sendiri. Jadi taklah rasa terlalu penat. Balik pula Maklang akan mengambil kawan2 di Gebeng dan mereka akan memandu ke Kerteh. Begitulah routinenya setiap hari.


Hari pertama Maklang melawat Hakim sendirian. Maklang tak boleh nak kawal airmata. Terlalu sedih sebab kena melawat sorang2. Rasanya macam tak ade kudrat hendak ke GH. Takut tak semena2. Kebiasaannya Cik Abang sentiasa bersama untuk memberi kekuatan pada Maklang. Maklang biasanya akan tiba di GH lebihkurang pukul 8:30 pagi. Maklang akan terus melihat Hakim, membersihkan nya dan memberi susu. Kemudian Maklang akan menepuk Hakim sampai dia sendawa. Selalunya Hakim tertiarap. Semuanya dilakukan dengan memasukkan tangan ke dalam tempat tangan kat incubator tu. Hakim masih fully dependent kat O2. Without that dia memang akan sesak napas. Kemudian Maklang akan menepuk Hakim sampai dia tertidur. Kemudian barulah Maklang berehat kat ruang menunggu. Samada membaca, membuat x-stitch dan kadangkala tertidur kat kerusi dek terlalu penat. Memang sejak melahirkan Hakim Maklang tak rasa macam orang baru bersalin kerana selalu berulang alik ke hospital.

Tengahari memang Maklang akan balik kerumah MIL untuk lunch. MIL memang pesan suruh balik makan kat rumah dia. Tengahari pertama tu, masa di rumah MIL, Maklang broke down habis2an. Tak leh nak cakap. Rasa tersekat kat kerongkong. MIL banyak memberi nasihat suruh bersabar sebab ni dugaan dari Allah. MIL pesan suruh tabahkan hati dan supaya selalu memohon dari Allah s.w.t.

Tiap kali pulang dari rumah MIL, pasti ada saja bekalan untuk cucu2 di Kerteh. MIL memang rajin memasak. Memang tangan kembang, kata pepatah. Alhamdulillah. Selamat solat di rumah MIL, Maklang akan ke GH semula unutk melihat Hakim. By this time Maklang dah rapat ngan misi2, sister and Drs kat GH. Kadang2 Maklang ade jugak membawa kuih 2 dan biskut untuk nak jamu mereka ni. Jasa dan budi mereka memang Maklang sekeluarga tak dapat nak balas.

Setiap petang, Maklang akan feed Hakim macam pagi tadi and bersihkan dia and ganti pampers Hakim.sebelum meninggalkan dia. Tiap kali nak tinggalkan dia, Maklang cuma dapat merasakan genggaman jari nya sahaja. Nak cium dia jangan haraplah sebab dia memang terlalu bergantung pada O2 yang dimasukkan kat hidung dia dan tak leh dikeluarkan dari incubator dia. Itulah sahaja bekalan buat Maklang sehingga Maklang berjumpa dengan Hakim semula keesokkan harinya. Maklang tak merasa terlalu risau sebab tahu ada orang yang akan menjaga dia dengan sempurna sekali. Memang mereka pun sayangkan Hakim. Malah Dr. pakar yang merawat dia pun akan datang waktu malam and main2 ngan Hakim. Dia cium2 Hakim, kata misi2 kat sana. Tambah2 pulak Dr. Chin tu tak kawin lagi. Dek kerana Hakim terlalu lama di bilik 2 tu, Hakim dijadikan ketua darjah. Baby yang lain masuk lebih kurang seminggu, lepas tu dah boleh balik. Hakim lah paling lama bertahan kat wad tu. Jadi Maklang ni dah jadi common face lah kat sana. Keadaan Hakim semakin lama semakin pulih, Alhamdulillah. % O2 yang salurkan pun semakin kurang dan akhirnya dia dialihkan dari rumah bungalow (incubator) ke rumah teres (court baby). Tulah nama misi2 bagi kat katil2 kecik kat spital tu.

Bila O2 yang disalurkan dapat dikurangkan, Maklang pun dibenarkan menyusukan Hakim direct . Masa tu Maklang rasa seronok sangat sebab dapat cium Hakim everytime Maklang bawak dia keluar dari incubator tu. Tapi Hakim tak kuat sangat menghisap. Jadi kena ada susu tambahan. Dalam pada itu Maklang masih lagi express the milk dan store kat freezer kat wad tu. Susu Hakim sorang je, dah penuh satu freezer fridge yang tinggi 6 kaki. Puas Hakim nak habiskan… Hakim pun bertambah kuat dan berat and kalau dia lapar, memanglah suara dia kuat. Temper dia lain macam kata Dr. (Ni memang sampai sekarang, kalau lapar pasti mengamuk….tak ilang2 perangai dia yang ni…)

Lama jugak Hakim duduk kat rumah teres tu dan bila tiba hari ke 60 gitu, Dr. Chin panggil Maklang ngan Cik Abang nak terangkan pasal keadaan Hakim. Dr. kata kemungkinan besar Hakim akan jadi dependant to O2 punya botol. Maknanya Hakim kena bawak O2 botol everywhere he goes. Masa tu Maklang punya lah sedih. Tak sanggup rasanya nak terima hakikat yang baby boy yang Maklang tunggu selama ini kena macam ni. Cik Abang tenang aje bila menerima kabar ini. Walau macamana pun kami tetap berdoa pada Allah. Ialah kita cuba dapat meneka tapi Dia yang tentukan. Syukur pada Allah. Lebihkurang pada hari ke 70, Hakim menunjukkan perubahan yang ketara. Ya Allah…. Besar sungguh rahmat Mu. Pada hari tersebut, Hakim dapat bernafas sendiri tanpa ada aliran O2 ke hidung nya lagi. Tiub tu dapat ditanggalkan.


Dengan perubahan ini harapan Maklang kembali cerah. Dr. kata Hakim dah boleh balik tapi perlu kena observe dulu dalam bilik observation di wad Kenanga 5B. Kat sini kami ditempatkan dengan ibu2 yang juga punya masaalah baby kat wad Kenanga 5A (Maklang pun sebenarnya boleh ambik katil masa tunggu Hakim, tapi Cik Abang kata takpelah sewa hotel tu sebab takut Maklang lagi stress memandangkan semua orang kat situ ada anak yang juga punya masaalah). 2 malam kami di wad tu. Malam pertama tu, Hakim seakan kemaruk. Maklang tak leh tidur sebab sepanjang malam Hakim asyik nak bergayut aje kat susu cap gantung dia. Lengoh betul jadinya. Malam kedua ok sikit dan kami dibenarkan pulang keesokkan harinya, iaitu lepas 72 hari selepas Hakim dilahirkan. Masa tu berat Hakim dah mencecah 4.2 kg, rasanya. Dan itulah hadiah harijadi yang amat bermakna buat Maklang kerana Hakim pulang kepangkuan keluarga pada harijadi Maklang….. Alhamdulillah…..


Segala kesyukuran di panjatkan kepada Nya yang Maha mengasihi terhadap hamba2 Nya.

Looking back, after 5 years, Maklang sangat2 bersyukur kerana apa yang telah terjadi. Maklang dapat rasa yang Allah tidak menduga Maklang seberat ibu2 yang lain. Now I can say, Hakim taklah teruk mana kerana di wad tersebut ramai lagi baby2 yang punya complication yang terok, seperti, baby yang cacat, baby yang perut dia tak boleh process, yang jantung berlubang + macam2 lain kesakitan.


Sampai sekarang Maklang masih lagi membawa Hakim berjumpa kakak serta mak2 angkat Hakim si spital tu…..

Semuga dengan ape yang telah berlaku ini menjadikan Maklang lebih bertawaadhuk dan menjadikan Maklang sekeluarga insan2 yang lebih baik. Sesuatu yang terjadi itu pasti ada rahmat disebaliknya, InsyaAllah…..


Tidak lupa juga jutaan terimakasih kepada semua kakitangan wad Kenaga 5A yang telah banyak membantu kami sekeluarga . Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya…

Sunday, February 26, 2006

Sayang anakku sayang.....

Sambungan dari entry yang lalu.....


Masa tu susu dah mula ade. Maklang pakai pump untuk nak express the susu. Dah tu letakkan dalam Tupperware kecik2 yang Cik Abang belikan. Letak nama and time and date kat bekas tu. So tahulah tarikh luput dia. Biasanya 3 bulan boleh tahan kalau simpan dalam freezer. Buat masa ni Hakim masih belum boleh menyusu cuma di masukkan air melalui tiub aje. Seksanya dia masa tu…. Susu2 ,Cik Abang akan hantar ke KMC (Kuantan Medical Center) untuk difreezekan. Fridge kat hotel tu tak ada freezer.

Memang dah menjadi seperti satu routine untuk kami ke GH setiap hari. Setiap pagi selepas bersiap2 kami akan turun ke bilik makan di ground floor hotel. Pada awalnya Cik Abang akan menolak Maklang menggunakan kerusi roda. Boleh dikatakan makanan kat hotel tu kami boleh hafallah. Selesai breakfast, kami berdua akan ke GH untuk melawat Hakim. Dr. nasihat suruh pergi setiap hari untuk nak memberi semangat kepada Hakim. Dengan sentuhan dari kedua ibubapa, InsyaAllah baby akan recover dengan lebih cepat. Kami akan bersama Hakim selama lebihkurang 1-2 jam setiap pagi dan akan pulang ke hotel untuk makan tengahari. Cik Abang samada akan pergi membeli makanan atau akan ke rumah MIL Maklang yang terletak dekat batu 8, Kuantan untuk ambik makanan. Untung ada MIL, kalau tak lagilah makanan tak berjaga. Kiranya Maklang tak pantang lansung kali ini. Makan aje ape yang ada. Hasrat nak mendapatkan susu untuk nak cepatkan Hakim sembuh berkobar2. Dr. nasihatkan supaya tidak mengambil ape2 jamu kerana takut Hakim mendapat jaundis. Maklang akur, biarlah Maklang yang tak sihat, asal Hakim sihat. Hari2 pertama tu memang Maklang pergi melihat Hakim dengan diiringi dengan airmata. Bukan saje nak buat2 tapi memang tak dapat nak control lagi. Anak2 yang lain pulak jauh dan sememang nya kami tak pernah berpisah. Lebih2 lagi Angah yang tersangat manja. Anak2 akan datang ke Kuantan bersama Atok & Wan setiap hujung minggu. Selepas class, petang Khamis anak2 akan tiba dan setiap kali itulah kami akan berpeluk cium dengan anak2. Rindu tak terhingga. Mereka semuanya memang manja dengan kami. Anak2 seronok jugak nak ke hotel sebab boleh pergi swim. Tapi macamana happy pun, mereka masih ingat pada adek mereka yang masih sakit di hospital.Tiba weekend, kami akan ke GH dengan anak2 tapi mereka tidak boleh masuk ke wad Kenanga tu. Di wad itu cuba ibubapa sahaja yang dibenarkan masuk. Kesian mereka. Atok & wan pun tak boleh tengok. Nak intai dari tingkap, kedudukan Hakim di bilik yang jauh dari tingkap. Bilik tu bilik untuk anak2 yang critical sangat. Bilik no.4.Anak2 akan pulang ke Kerteh pada hari Sabtu petang sebab di Kerteh sekolah on Sundays. Masa nak berpisah adalah masa yang paling sedih untuk kami.Angah paling terok sekali sedih dia. Wan kata sepanjang jalan ke Kerteh Angah banyak berdiam dah terdengar dia teresak2 di belakang. Dia tak cakap pada Wan tapi dok bersedih sendiri. Imagine anak2 semua nya masih kecik lagi dan memerlukan kami di Kerteh jugak. Tapi mereka rela tinggalkan kami demi untuk menjaga adek mereka yang masih sakit. Maklang yang kena tinggal di Kuantan memang sebak sangat. Kadang2 Maklang pulak yang menangis. Berat nak lepaskan mereka tetapi lebih berat lagi nak tinggalkan Hakim sendirian di Kuantan. Cik Abang pulak memang sedih jugak tapi terpaksa simpan aje dalam hati. Kalau dia pun breakdown macam Maklang, siapa pulak yang nak be the strong one here???

Alhamdulillah, lebihkurang seminggu Hakim kat bilik No.4, Hakim dah tak kena intubate lagi. Hakim boleh bernafas sendiri tapi masih menggunakan alat bantuan. Pada mulanya Dr. hampir2 putus asa sebab tiada perubahan pada Hakim. Harapan kami juga semakin pudar. Namun doa kami sentiasa bersama Hakim. Dr. kata kalau masih tiada perubahan pada paru2 Hakim Dr. nak buat CT scan pada Hakim. Takut jugak kalau anak kami tak pulih. Namun Allah mendengar rayuan hamba2 nya. Setelah 2 minggu, keadaan Hakim semakin baik dan Hakim dialihkan ke bilik no. 3 iaitu bilik untuk baby2 yang tak berapa kritikal dah. Syukur Alhamdulillah. Masa ni barulah Hakim dibenarkan mengambil susu Maklang. Tu pun dimasukkan melalui tiub. Tiub tu dimasukkan melalui mulut atau hidung dia dan terus ke perut. Bayangkanlah betapa sakitnya dia. Kepala Hakim yang mulanya lebat dengan rambut dah kena cukur sebab Dr. masih nak masukkan ubat melalui urat di kepala dia. Kat tangan dan kaki dah tak boleh nak cucuk lagi sebab urat dah tersumbat. Dr. ada explain tapi Maklang dah tak ingatlah. Setiap kali minum susu tu, kami masukkan sebanyak 1 ml sahaja dalam tiub dan kena tunggu dalam 5 minit, barulah susu yang sebanyak 1ml tu habis. Susu tu keluar setitik setitik melalui tiub itu. Kadang2 Cik Abang yang pegang dan kadang2 Maklang. Begitu juga bila nak ganti pampers Hakim.(Bila Hakim masuk ke bilik ini, barulah kakak2 dia, Atok dan Wan dapat melihat dia dari luar bilik Hakim tu.)


Itulah routine kami setiap hari. Without fail, kami akan berada di sisi Hakim. Cik Abang tak pernah miss sekali pun tapi Maklang adalah 1-2 kali disebabkan kesihatan yang tak mengizinkan. Maklang macam nak demam sebab asyik pergi balik ke GH, waktu malam terutamanya bila kena angin malam, badan mulalah terasa sakit2. Alhamdulillah pada waktu malam Hakim akan dijaga dengan sebaik mungkin oleh kakak2 misi, sister & Dr. yang bertugas. Setelah berada di bilik no.3 lebihkurang 3 minggu, Hakim di alihkan kebilik lain, kami bersyukur pada yang Maha Esa. Kali ini dia di masukkan ke bilik 2, bilik di mana baby yang perlukan less observation. Nak baiklah tu , InsyaAllah.


Kami berkampung di MS Garden selama 40 hari. Hari Maklang ke44, bermakna tamatlah masa berpantang, kami pun bertolak pulang ke Kerteh. Selama 44 hari Maklang berpantang, selama itu jugaklah Cik Abang setia menemani Maklang. Kebetulan masa tu dia bekerja contract dengan 1 company diKL. Jadinya tak menjadi masaalah unutk bercuti. Pada hari itu kami tinggalkan Hakim dengan berat hati buat sementara di bawah orang2 yang kami trust boleh menjaganya dengan baik…..( bersambung)



Dua biji kek birthday yang Maklang hantar ke sekolah Hakim pagi tadi untuk Hakim & classmates


Gambar Hakim & classmates , Class 5 catfish,with their teacher. Cikgu Ju kata today ramai yang absent sebab batuk and demam. Anak2 ni punya lah seronok masa Maklang bawak birthday cakes, chocolates, lollipop and Apollo cakes for eveyone....




Ramainya nak tolong Hakim potong kek...macam potong kek pengantin lak....

Friday, February 24, 2006

Happy Birthday Hakim


Alhamdulillah Hakim dah 5 tahun hari ni. Sekejap je masa dah berlalu. Tak sangka Hakim sekarang ni, Alhamdulillah, sihat macam anak2 yang lain. Badan Hakim pun tegap dari Kak Maya. Cuma Hakim tak tahan panas and tak boleh terlalu penat. Kalau tak dipantau dia ni, biarkan aje main panas, senang aje Hakim punya tonsil bengkak, dan Hakim terus aje flat. Kalau demam, memang terok. Even sekarang ni dia kena batuk and selsema. Lambat betul nak baik. Dengan kenakalan dia and kepetahan mulut dia bercakap tak siapa sangka bahawa 5 tahun dulu pada hari ini, Hakim cuma ada nyawa2 ikan aje. Tak siapa sangka anak kecil yang tersangat lah lasak semasa mengandungkannya selama genap 35 minggu dulu akan menjadi setinngi sekarang.


Maklang memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana memberi rahmatNya kepada kami sekeluarga. Menadapat seorang zuriat lelaki memang menjadi hajat Maklang and Cik Abang setelah dikurniakan dengan 3 dara. Bukan kami tak bersyukur tetapi sebagai manusia biasa, kami juga mahukan seorang anak lelaki. Setiap kali selepas bersolat akmi akan berdoa untuk dikurniakan seorang anak lelaki. Atas nasihat seorang sepupu yang juga mempunyai 3 anak perempuan dan yang bongsu lelaki, kami pun cuba2lah cara2 yang dicadangkan. Bukan apa Kak Arah ( arwah dah sekarang ni - Al-Fatihah) menyarankan supaya kami bersembahyang hajat bersama sebelum ehem2. Kami juga meminta nasihat dari doktor pakar dari sebuah hospital mengenai cara2 nak dapat anak lelaki. Yelah kena lah usaha, get all the tips semua. Takkan nak main hentam keromo aje. Maka mulalah kami dengan project kami itu.

Maklang disahkan mengandung oleh Dr. pakar tersebut pada minggu keenam from the last period tulah. Doktor kata kali ni pregnant memang kena jaga betul2 sebab the last pregnancy ( Maya) Maklang tumpah darah.(Setelah melahirkan Maya, womb tu tak nak contract. Darah memancut2 keluar. Dr. kata ada dalam 2 pain lebih. Dr. cuba sedaya upaya tetapi masih tak nak berhenti jugak. Akhirnya Dr bagi injection untuk nak suruh womb tu contract. Nasib baik darah berhenti. Dr. kata that was the first time patient dia yang kena macam tu. Kiranya dinding kat labor room tu memang terpercik dengan darah Maklang. Cerita ni pun Maklang tahu keesokkan harinya apabila diceritakan oleh kakak cleaner tu.) Bila dah confirm semuanya macam biasa Dr. bagi asid folic untuk kandungan and ubat darah tinggi. Maklang kena hypertension ni masa pregnant je. Dr. kata it is not normal untuk orang yang baru pregnant ada high blood tapi that was what happened to me. Hari berganti minggu and minggu berganti bulan. Kandungan Maklang semakin membesar. Walaupun alahan Maklang terlalu teruk, tak leh makan nasi langsung. Ape yang makan semuanya keluar balik. Roti pun 1 keping aje. Tu pun kena bakar aje. Baik buah pun tak leh nak masuk. Bukan itu saje, Maklang selalu mengalami pendarahan. Memang setiap kali mengandung macam tulah. Dr. memang akan bagi mc sampai 2-3 minggu berterusan. Masa tu tak kira dah. Kena buang kerja buang lah asal dapat baby. Maklang dapat rasa yang kali ni dapat boy kot sebab lain sangat. Biasanya kalau pregnant, Cik Abang tu very the busuk. Tak leh dekat langsung... Cian dia. Everytime pregnant bolayan lah dia. Nasib baik dia sabar.

Tiga bulan mengandungkan Hakim, Maklang bleeding. Keluar darah ketul2 sebesar duit 50 sen. Maklang rasa masa tu tak ade harapan ajelah. Dr. kat sini bagi mc lagi. Dia kata kena rest in bed. Macamanalah nak CRIB sebab nak sembahyang semua. Masa tu was a very trying period for me. Airmata tok sah ceritalah. Seksanya nak dapat anak. Maklang envy kat orang yang has no problem at all masa pregnant (macam Maam
TJ sebab tu boleh carry lagi!!). Sembahyang pun duduk aje. Tiap kali kalau buang air kecil mesti suspense nak tengok seluar dalam. Takut kalau ada stain. Kalau ada stain maknanya bleeding tu tak berhenti lagilah.Tok sah katalah, saban hari Maklang buat sembahyang hajat. Tapi tak tahulah kali ini Maklang buat sembahyang hajat tak sekerap masa mengandungkan yang 3 lagi. Agaknya itulah balasan Allah. Alhamdulillah setelah beberapa hari bleeding pun berhenti dan Maklang pun mula bekerja kembali. Masa tu Cik Abang pulak ada masaalah kat opis dia. Mana tak worry, worry pasal baby and also pasal kerja Cik Abang. Dahlah kita ni memang peng'risau'. Lepas bleeding tu tak de pulak pendarahan lagi. Maklang pun dah boleh makan and baby pun semakin aktif. Syukur tak terkata sebab semuanya berjalan lancar. Blood pressure under control. Dr. memang dah nasihat supaya jangan bersama sebab takut bleeding lagi (Memang pun tak sebab tak de mood everytime pregnant! Kedai tutup selama 1 tahun).


Routine checkup memang everytime kat hospital swasta di Kuantan. Minggu ke 34, Maklang pergi jumpa Dr., Dr kata no problem. Dr. kata datang lagi week 36. MAsa tu Cik Abang dah mula kerja di KL sebab dah berhenti dari opis kat sini. Maklang tinggallah dengan anak2. Cik Abang cuma balik hujung minggu je. Tapi tak ape. Tak risau pasal dia sebab kat KL makan minum dia terjaga. Duduk pun kat hotel, so tak de masaalah sebab dekat ngan opis and bilik tiap2 hari ade orang kemas. Makan pun no prob. Gerai bersepah kat KL. Weekend minggu ke 35 tu, Cik Abang balik macam biasa. Maklang pagi tu lepas Subuh tak tidur balik. Cuba nak siapkan cross stitch untuk nak buat beg baby. Dalam pukul 9:00 tu Maklang pun mandi. Masa tu Cik Abang dah tidur semula selepas solat Subuh sebab keletihan baru sampai dari KL. (Ulang alik setiap minggu dengan menaiki bas sebab tak larat nak memandu. Jumaat petang lepas kerja Cik Abang akan balik ke Kerteh, naik bas pukul 9:00 atau 10:00 malam). Tak aleh2 masa mandi tu, biasalah sabun2 badan. Sedang2 sabun tu tiba2 Maklang nampak darah pada sponge yang sigunakan utuk menyabun badan tu. Maklang tengok kat kaki and tempat2 lain. Tak de pulak kesan luka. Maklang lansung menjerit panggil Cik Abang. Cik Abang bangun dan check semula. Kat peha, kak Kaki semua tak ada. Suspense jugak. Ingat kan macam ‘show’ aje. Telpon MIL and mak kat JB beritahu mereka yang mungkin dah nak bersalin. Telpon hospital kat Kuantan. Sis Nor kata kena datang immediately. Nak ambulance tak?? Maklang kata tak pe. Cik Abang ade and kami boleh datang sendiri. Suruh maid packkan baju. Maklang memang tak bersedia lagi sebab masih ada 4-5 minggu dari tarikh nak kena induce. Siap semuanya dalam pukul 11:00 kami bertolak ke Kuantan.


Dalam perjalanan ke Kuantan, Maklang terus menerus membaca ayat2 suci dan berishtighfar. Terkomat kamit mengucapkan tasbih dan tahmid sambil berdoa dalam hati semuga semuanya akan selamat. Baby dalam perut bergerak tak berhenti2 vigorously. Dalam fikiran Maklang tentu baby ni sihat agaknya sebab terlalu aktif. Sesampai aje di hospital, Maklang terus aje naik lif untuk ke tingkat tiba. Keluar dari lift terus aje disambut oleh Sis Nor. Dia marah kerana kami tak beritahu yang dah tiba. Sepatutnya kena naik kosi roda sebab Maklang dalam keadaah bahaya. Maklang pun diadmit terus ke bilik dan disuruh berbaring. Masa menunggu Dr. tu taklah rasa takut sangat sebab tak ada langsung stain kat pad yang Maklang pakai tu. Cuma bila buang air kecik je ada darah. Lebih kurang setengah jam kemudian, Dr sampai and Dr. scan. Dr kata tak ada apa2 Cuma Dr. suruh jangan makan aje. Maklang tanya Dr. nak operate ke? Dr. kata tak pe jangan risau aje. Tapi selepas didesak beberapa kali baru dia explain. Mungkin Dr. takut Maklang risau sebab tu Dr. tak berapa nak cakap. Dr. explained, dia kata Maklang ni dah kena placenta abruption. Dr. kata case Maklang ni is reveal placenta abruptio, lebih kurang gitu lah. Dia kata mungkin kat scan tu tak nampak apa2 sebab darah tu dah berkumpul kat bawah. Dr. tak ade inject ubat nak mature kan lungs baby. Dr. kata kalau inject pun tak guna sebab masa terlalu singkat sebab nak kena operate immediately. Dr. suruh berehat untuk nak stabilizekan Maklang. Dalam masa menunggu tu Maklang sempat bersembahyang Zohor dan bersembahyang hajat. Memohom supaya semuanya berjalan lancar.

Jam 3:00 misi2 datang suruh ganti baju sebab nak dibawa kebilik pembedahan. Dalam hati berdebar2 jugak sebab tak pernah melahirkah melalui C-section. Cik Abang mengiringi Maklang. Dia kena tunggu kat luar sebab selalunya memang tak dibenarkan masuk. Tapi Alhamdulillah, Dr. bertanya samada Cik abang nak masuk tak. Cik Abang angguk and disuruh mencuci tangan dan memakai baju macam Dr. pakai tu. Tapi kena tengok dari jauh je. Masa tu Maklang dah terbaring. Dr. Amir dah mula nak cucuk ubat bius. Lebih kurang jam 4:30 ptg tu Maklang selamat melahirkan seorang baby boy. Cik Abang kata kejap aje procedure nak keluarkan baby tu dijalankan. Dia kata Dr. potong senang aje. Masa Dr. potong perut Maklang tu berlapis2 kulit ut. Macam potong ayam je. Ade ke dia kata isteri dia ni ayam!!! Tapi tak pelah…. Masa tengok procedure ni Cik Abang asyik dok ketap gigi je. Ngilu betul katanya. Nasib baik tak pengsan orang tua tu.


Selesai baby dikeluarkan, Dr pun menyerahkan baby pada paeditrician yang ade bersama di dalam OT tu. Cik Abang kata masa Hakim keluar tu Hakim nangis. Lepas tu dia biru. Cepat2 Dr. baby ambik dia dan cuba suruh dia nafas. Satu kali, dua kali Dr baby pump guna alat pernafasan, dia ok. Then dia turned blue again. Masa tu semuanya dilalukan dekat OT tulah. Cik Abang dapat melihat Maklang dijahit and also Hakim. Kemudian Dr. baby panggil Cik Abang yang Hakim terpaksa dibawa ke GH Kuantan sebab tak ada facilities baby kat hospital tu. Lagipun kat GH tu ada banyak specialist and qualified people to take care of Hakim. Maklang masa tu tak sedar lagi sebab I was on general anesthetics


Sedar2 petang tu, Maklang tanya Cik Abang mana baby. Mak & Abah dah sampai dari JB sebelum Maklang masuk OT tadi. Cik Abang kata baby kena admit kat GH sebab dia kata lungs dia tak develop lagi so kena masuk sana lah. Tak pernah terbayang macamana baby tu. Maklang sangka cuma dia duduk dalam incubator aje macam baby lain yang tak cukup bulan. Cik Abang tenang aje walaupun baby tu tengah tenat. Tapi dia tak beritahu Maklang. Dia kata ok aje. Maklang tak dibenarkan melihat baby sebab masih tak kuat. Cik Abang ajelah yang melayan Maklang. Mandikan, suap makan and all. Dia memang seorang suami yang baik dan bertanggungjawab. Alhamdulillah….. Masa tu Atok & Wan dah ke Kerteh sebab anak2 yang 3 lagi di sana ngan maid. Dhirah masa tu baru darjahcdua, Angah baru 5 tahun and Maya 2.5 tahun.


Setiap hari selepas Hakim dilahirkan Cik Abang sjae yang pergi dan setiap kali pulang dari lawatan itu Cik Abang reassure Maklang yang baby ok. Dia kata Dr. kata dalam 4-5 hari Hakim boleh balik. Hari ke4 selepas Maklang melahirkan, Maklang dibenarkan melawat Hakim. Tupun naik kerusi roda. Badan masih lemah lagi sebab banyak lost blood. Tapi tak sebanyak masa melahirkan Maya. Sebelum masuk kat Wad Kenanga tu, kami diperlukan untuk memcuci tangan dulu. Wad ni untuk neonatal. Nak pengsan Maklang melihat bagaimana keadaan Hakim masa tu. Memang tak terlintas lansung di kepala ni yang sebenarnya Hakim was in a very difficult position (air mata dah mula bergenang masa tulis ni.. ) Just imagine, baby yang seberat 2.4 kg, yang tubuhnya hanya diliputi dengan kulit sahaja, dicucuk di tangan dan kakinya dan diletakkan macam sekeping aluminium untuk mengukur suhu badannya. Di mulutnya pulak ada sejenis tiub yang dimasukkan ke kerongkong nya untuk pernafasan. Hakim diintubate. Mesin tu tu pulak disambungkan pada satu alat untuk melihat berapa banyak oksijen yang masuk kat badan dia and otak dia. Dia tak dimasukkan dalam incubator tapi sebaliknya diletakkan diatas sebuah meja setinggi paras antara pinggang dan dada untuk mudah bagi misi2 menjalankan kerja2 mereka ke atas Hakim. Hancur luluh hati Maklang masa tu. Air mata terus aje bercucuran tak berhenti. Cik Abang tak sudah2 menyuruh Maklang bersabar. Ini semua kehendakNya. Berdoa ajelah. Maklang urut2 tangan Hakim and bercakap dengan nya supaya cepat sembuh. Masa tu ada Dr. datang. Dr ni muda lagi. Dia tengah dalam latihan nak jadi specialist. Nama dia Dr. Chan. Dia kata Hakim punya chance agak slim sebab both lungs dia tak mature langsung. Dr. kata dah 2 kali masukkan surfactant (ubat untuk nak maturekan lungs tu) tapi tak ade effect. Kat x-ray dia pun putih aje. Kami terima setiap yang Dr. terangkan. Makalng meminta semua ahli keluarga membuat sembahyang hajat untuk Hakim dan Maklang hanya berdoa. Petang tu balik dari melawat Hakim, Maklang rasa macam lebih baik Allah ambil saje nyawa Maklang ni dan digantikan dengan Hakim. Biarlah Maklang yang sakit dan bukannya baby yang sekecil Hakim. Kalau diberi pilihan, biar Maklang yang sicucuk sana sini bukan anak Maklang yang tak tahu apa tu. Tapi Allah maha mengetahui, dugaan Nya hanya akan datang pada mereka yang dapat menanggungnye sahaja. Dr. yang merawat Maklang tak benarkan Makland didischarge walaupun dah 5 hari di wad. Dr. bagi ubat penenag sebab takut Maklang meroyan. Hari ke6 baru Maklang keluar dan check-in di MS Garden sebelah hospital tu….. (bersambung)

Thursday, February 23, 2006

Benarkah cinta itu buta??

Benarkah cinta itu buta?? Banyak betul ungkapan ini yang kita dengar, diceritakan diakbar, tv, panggung wayang, novel2 dan sebagainya. Tapi siang tadi maklang memang dapat merasakan yang cinta itu buta. Maklang terserempak dengan pasangan tersebut sewak tu hendak pulang ke pejabat setelah menghantar Dhirah balik kerumah selepas selesai menguruskan membuat passport dia di pejabat Imigresen tengahari tadi…


Maklang memang nak cepat tadi. Jadinya lepas je hantar Dhirah balik kerumah tadi, pecut jugaklah kereta tadi. Apelagi jalan dari rumah nak kejalan besar ru lurus. Jadinya tak rasa lah ada yang melintas. Ingatkan selamat. Tapi dalam pada nak cepat tu ada pasangan yang asyik kejar mengejar…. Last2 Maklang tak dapat nak break kerte tu . Langsung…. Gedebukkkkkkk…kuat jugak terantuknya. Maklang memang tak dapat nak buat ape. Kot ye pun nak memadu asmara jangan lah kat tepi jalan. Main kejar2 pun jauhlah dari jalaraya…kan dah ditimpa kemalangan. Memang betul kata orang tua2 malang memang tak berbau…. Mati kat situ jugak !! Maklang yang nak cepat tadi terus aje pergi. Kira langgar lari lah tadi. Ape agaknya rasa pasangan tadi ye. Tentu kecewa. Ayam jantan tu terkejar kat yang betina. Terjerit2 ayam tu and then yang betina tu gi terbang kea rah kereta. Emergency break pun dah tak boleh. So apalagi. Langgar jelah. Tak berenti pun nak tengok sebab kecut pulak perut tu….



Maklang pernah mengalami accident masa mula2 bawak kereta. Dulu2 sangat. Masa tu Maklang kerja di KL. Kat Bukit Damansara. Dalam perjalanan pulang dari TTDI lepas lunch masa tu ada satu kereta nak overtake maklang. Kita ni takut2la. Entah macamana tergesellah kereta tu. Langsung kereta tu stop. And Maklang pun berhenti kan kereta tu. Cina tu turun. Muda lagi and nampak baik. Maklang yang bodoh lagi pasal undang ni, terus kata ‘ Sorry ye and nanti saya ganti ape yang kena’. Bodoh betul!! Walhal masa tu salah Cina tu. Balik office kawan2 kata it was not my mistake so tak perlu takut. Call Cina tu balik and kata tak nak take responsibility of the accident. Nasib baik China tu ok je. Takut oh… masa tu masih solo lagi. Nak ngadu mak abah jauh. Duduk ngan makcik and pakcik kat Bukit Damansara je.

The other accident was orang langgar kereta kami. Dia dok bermain2 dengan anak dia and then dia terlepas break and terus terlanggar belakang kereta and lepas tu dia nak marah kita pulak. Geram tengokkan Cina tu. Takde adab betul. Kami ajak dia buat report dia kata ok. Tapi lepas tu dia terus aje lari…. Memang Celaka Cina tu… (Cool Maklang Cool)


Dua tahun lepas kena lagi langgar kat bumper kereta Waja tu. Lama baru nak cat bumper tu lepas tukar bumper kereta tu. Masa tu baru balik dari site and tengah berhenti kat traffic light . Nasib baik budak yang langgar tu nak tong2 cost nak ganti bumper tu. Lagipun dia yang laju sangat kat traffic light. Dia expect maklang terus je walaupun dah lama traffic light tu tukar kaler. Tapi kereta Waja tu pun dah ditukar. Bukan sebab bumper tu tapi sebab kereta tu owner proof, bukan pencuri proof. Sebabnya kereta tu tak boleh bukak dari dalam . Ni gara2 anak2 tutup pintu kereta kuat sangatlah tu….

Mintak pada Allah semuga semua perjalanan kami selamat…….InsyaAllah…..


Ada satu malam tu, Cik Abang pun pernah terlanggar kucing yang tengah dalam mood nak berasamara. Satu lagi kejar mengejar kat tepi jalan pada malam gelap pekat kat Sg. Ular. Kecewalah si kucing jantan malam tu sebab si betina mati kena langgar. Semuanya gara2 cinta itu bute…..

Kerusi Patah

Sekejap je dah hari Rabu. Besok dah Khamis. For us here, lusa dah weekend. Bestnya…. Tak sabar rasanya nak ada break. Seronoknya bolehlah mengcontinue my hobby, menjahit continuously throughout the weekend plus menjerit to the kids untuk nak habiskan homework mereka. Plus this weekend nak kena start potong baju untuk Angah. Ingat nak jahitkan baju kurung dia untuk nak gi pertunangan cousin Maklang di Perak nanti pada 11.3 akan datang ni. Baju Angah yang buat masa Raya dulu dah tak muat semuanya... buat baju kebaya pulak tu. Sekarang kalau pakai macam nangka bus!!! Maya steady je. Slim melim. Along dah boleh pakai baju Maklang. Dia cuma rendah by 1 or 2 inches je dari Maklang.....

Last weekend gi belikan Angah blause hijau untuk nak pergi ke Bukit Merah nanti. Maya pun dapat sehelai. Ni gara2 Cik Abang nak suruh pakai serba hijau untuk malam dinner tu sebab theme colour is hijau. At first dia kata jahitlah sepasang sorang. Dia & Hakim nanti beli pulak yang sepasang. Manalah sempat nak jahit unutk 4 of us, the girls. So in the end gi beli jelah. As usual Cik Abang kata nak menang.... mana tahu sedondon... Semangat betul pasal nak menang pakaian tersepasang ni.


Today kat office ada briefing. This function is normally held every end of the month but the one that we had tadi has been postponed a few times. So today the management decided to have it at the Residence hotel in PAKA. The food was good as usual. We had steak with black pepper sauce, fried chicken, mixed vegetables, Ikan Tenggiri masak asam, Fried squid, Ikan masin and etc. Kenyang perut….and luckily I did not fall asleep after the heavy lunch. Of coz the food that I took was not that much as I am on diet…still. (Tak tahulah berapa lama lagi nak kena buat gini. I hope I can tahan this and get loose a few more kgs. Or else rugi je duit….kata Cik Abang…)

As usual, kat office a bit slow. Managed to complete part of the Design Basis Memorandum as there are more information from the vendor which are yet to be confirmed. Da
lam pada tengah duduk2 tu…..

Kraakkkkkkkk…. Alamak ape tu.???? Maklang tau the sound came from my place. Diam dulu. Then I moved my chair again and Krakkkkkkk…. The bunyi came again. Ini mesti kerusi ni nak patah lagi. Buat malu aje. Agaknya kerus ni memang teruk kot. The last one that I had before, the ayar broke. Now the kaki pulak. Actually when the kerusi before broke, I took one of the chairs kat tempat yang tak de orang. Dah lama jugaklah kerusi tu. Apalah nasib. Its not me who is too heavy but then the chair ni yang tak de quality. It so happened I got the chair. Ramai lagi yang heavyweight than I am tapi kerusi dia tak patah pong…..Ni nak kena cakap ngan orang admin pulak lah ni nak mintak kerusi baru……

Tuesday, February 21, 2006

Kisah Hakim & Maya

Hari ni macam biasa je. Tengah kurang kerja.Tapi petang tadi ada meeting kat client's office sebab ada nak explain on the work scope kat the bidders. It was ok.

Balik dari meeting tadi dah about 4:30pm. Dah almost time to go. Relax2 sat then sembahyang asar. After Asar it was already about 5:25 when I left the office. Terus gi ambik Hakim kat sekolah dia. Bawak kereta ke dalam compond sekolah sebab pintu pagar terbukak lagipun baru lepas hujan. Tengok2 tak nampak pun dia. Biasanya bila sampai kat luar sekolah tu dah nampak dia tengah tunggu or tengah main2. Tak beberapa minit kemudian Ustazah dia datang kat kereta sambil pimpin Hakim. Rupa2nya dia menangis. Tersedu2. Dia pun terus naik dalam kereta. Nangis dia yang full blast punya sampai tak leh nak cakap. Maklang pun terus tanya,

"Kenapa Hakim nangis? Kena marah dengan Ustadz ke?"

"Tak", dia kata sambil geleng kepala.

"Gaduh dengan kawan ke? Ke kawan Hakim buat Hakim?"

"Taklah."Hakim jawab.

"HAbis kenapa?", Maklang tanya lagi.

" Hakim ingat mak tak ambik Hakim. Mak ambik lambat sangat', dia cakap sambil tersedu2 lagi.

" Takkan lah Mak tak ambik. Biasanya kan mak ambik waktu ni. Ni baru 5:30', I told him.

Memang biasanya Maklang ambik dia dalam lebihkurang 5:20-5:40pm. Biasanya masih ada kawan dia lagi. Tapi today kawan2 dia semuanya dah balik. Habis macho Hakim hari ni. Nilah firdt time dia nangis sejak gi sekolah ni.

Sesampai ke rumah Maklang tanya lagi kenapa dia nagis. Dia kata sebab mak lambat ambik sebab tu dia ingat mak dah mati. Sedih Maklang rasa bila dia cakap macam tu. Lepas tu pujuklah dia and suap dia makan sambil duduk2 kat anjung rumah.

Now ni dia dah cool dah. Ada tu ha tengah main game kat computer.

Yang si Maya pulak tengah merajuk ni. Sebab dia nak beli VCD sembahyang tu. At first Maklang kata ok. Then Abah dia kata dah ada VCD tu. Yang masaalahnya bukan dia nak sangat VCD tu. Dia nak gift yang dapat if purchase VCD tu. Dapat lampu untuk meja study.

Masa lepas bersolat Maghrib berjemaah tadi Maya kata kat Abah dia'

"Abah, masa Maya cium Abah tadikan, Maya rasa pipi Abah....',

Tak sempat Maya nak habis cakap, Abah dia kata," Pipi Abah lembut dah licin eh?', confident betul Abah.

" Tak lah, pipi Abah melekitlah!', Maya sambung.

Tak terkata Abah dia bila anak dia cakap macam tu. Terus Abah dia gelak. HArapkan anak dia puji dia tapi terbalik pulak. Nasib baik Maya pandai cover,
"Taklah, pipi Abah tu macam ada cream!!!"

Cuti2 Malaysia Episod 1

Maklang ni baru mai dari blog si Jo nih… Moga2 Mak Der dah ok. Hari Sabtu lepas masa Cik Abang calling2 Mak Der, dengar2 Mak Der ok dah. Alhamdulillah…. Kami iringi dengan doa je. Nak pergi jauh sangat untuk wiken break….

Jumpa perkataan skodeng kat blog si Jo. Teringat masa baru datang Ganu dulu. Member2 dok kata skodeng…skodeng. Masa tu dok ingat macam Skuter. Ghupenya mengintai!!!



Seronok sekarang ni….kat opis ni sekarang Maklang tengah makan gaji separuh buta. Biasalah waktu2 begini. Project kurang jadi bolehle merilexkan otak daripada memikirkan kerja2 yang tak sudah2. Ini pn tinggal 2-3 project je nak wrap up. Jom kita merapu sat…


2-3 minggu lagi cuti sekolah nak datang dah. Tak sabar rasanya nak cuti. Anak yang cuti sekolah tapi mak dia yang seronok sangat. Dah dekat sebulan lebih yang lepas Cik Abang ada tanya:

‘Yang.. Yang, kita nak pegi cuti kat Bukit Merah tak? Kompeni Abang ada famili day kat sana’

‘Ok gak. Bila?’

‘ 3-5 March ni. ‘. So, Maklang pun berkira2 lah sebab masa tu bukan cuti sekolah. Kena pulak cuti sehari masa hari Ahad tu. Payah ni.

‘Oklah. Abang bayar jelah dulu. Berapa kena?’

‘ 150 je. Oklah Abang bayar dulu’

Dah tak lama dah kami nak gi cuti lagi. Rupa2nya hari Ahad 5/3 tu cuti rupanya kat sini. King’s Installation. So selamat lah cuti Maklang sehari. Cuti pulak dapat 20 hari je setahun. Last year punya dapat carry forward 2.5 days. Tu pun sebab last year was a very busy year sebab kerja menimbun and sebab Nadhirah peksa. Sebab tu jarang ambik cuti.

Dalam pencarian dalam internet, Bukit Merah Resort ni ada waterworld . Tapi tak tahulah macamana. Kalau macam kat A-Famosa tu best jugak. Maklang nak naik lah. Maklang kalau pasal benda macam ni memang lah suka. Dengan badan yang cute, muka yang ‘awet’ muda ni rasanya tak jadi hal Maklang nak main2 kat slide tu semua. Bila lagi nak rasa. Kalau dah tak larat nanti buat kecewa je.

Masa Maklang gi A-Famosa last December tu, Maklang naik lah jugak ‘Big Splash’ tu. At first, Maklang takut jugak nak naik. First time naik kat platform tu Maklang turun baik. Anak2 pulak yang frust sebab Mak dia tak nak naik. Rasanya masa tu seghiau betul. So, Maklang turun balik lah tunggu anak2 kat bawah sambil baca novel yang Maklang bawak tu. Masa tengah tunggu tu datanglah seorang kakak yang anak dia pun naik ‘Big Splash’ tu. Dia dah 50++ kot. Nama dia Kak Mah. Hubby dia sama kompeni ngan Cik Abang. Maklang dok cerita kat dia yang Maklang nak naik benda tu tapi takut and lagipun tak de orang nak jaga beg tu. Kak Mah kata tak pelah biar dia yang jaga beg2 tu.(Cik Abang kena gi course masa tu kat A-Famosa)

Maklang pun apelagi. …. Maka pergilah Maklang and anak2 sekali lagi ke atas platform tu. First time naik dengan Dhirah. Dhirah ni size dia dah dekat sama Maklang walau umur baru mencecah 12 tahun bulan 7 yang lepas. Naik kat atas platform tu dia kata,

‘Tak pe. Tak pe, mak. Mak duduk depan. Biar Dhirah duduk belakang’. Maka naiklah kami ke atas pelampung tu. Adek jaga tu kata.’ Kak , baik2 ye…’ Agaknya dia tengok muka Maklang masa first time naik platform tu pun dia rasa’ Eh…eh… kakak ni macam takut je’.

Start start tu, pelampung tu taklah meluncur laju sangat. Tiba kat kona baring dia, Maklang rasa macam nak tercabut nyawa aku. Seghiau betul. Pelampung tu macam terangkat dari landasan sebab terlalu laju. Dalam hati dok piker ‘ Alamak! Kalau lah pelampung ni tercampak keluar dari landasan dia , besok masuk sokkabar lah aku!! Headline dia kata’ Seorang ibu dan seorang anak tercampak keluar dari landasan tube Big Splash di A-Famosa!!”. Terbayang Maklang, manalah aku nak letak muka kalau hal ni terjadi. Tapi Alhamdulillah semuanya oklah. Tak de kat berita yang ada orang tercampak tu…he…he…he…Cuma masa tu air dari dalam tube tu memang banyak kot tercampak keluar. Suspen gila…

Ehh… lepas tu Maklang rasa thrill balik and teringat masa jaman muda masa study tu. Rollercoaster tu yang dekat tempat2 main macam kat Disneyland, Disney World, Knott’s Berry Farm etc. tu semua Maklang naik. Yang thrill sekali was the Free Fall. Syoknya….
Then naik dengan Maya. Seronok nya….. Maklang duduk belakang and Maya kat depan…. Steady Maklang Steady….

Third round Maklang naik pulak dengan Angah. Sama jugak Maklang kat belakang. Kira maintain lagilah sebab dua2 budak ni ringanlah jugak. Masih boleh control. Eh…eh… orang tua ni tak sedar dighi kot… Tapi setakat tulah Maklang naik Big Splash tu. Anak2 dah seronok sebab mak dia pun join sama…

“Jom mak, kita naik yang family punya’, Dhirah ajak.

Maka berjalan pulak dengan pelampong besar tu ke tempat family punya Big Splash. Dhirah kata tak ade apa. Ni tak takut sangat sebab naik ramai2. Empat orang seboya besar tu. Dhirah dah pernah naik masa dia datang lepas peksa UPSR dia dulu. Sekolah buat trip ke sini.

Lama jugak tunggu kat platform dia. Ada dalam 0.5 jam. Boya kami tinggalkan kat bawah. Takut jugak nak tinggalkan sebab Kak Mah gi ambik makanan. Tapi tawakkal lah. Maklang pun dah naik syeh ni….Boya kami jalan dulu. Maklang naik ngan Hakim, Maya and Angah. Naik2 je Maya kata’

‘Mak, Maya takutlaa’

‘Mak , Hakim takutlaaaa”

‘Tak pe. Tak pe. Pegang je tangan mak and Angah kuat2’ Maklang tried to give them the assurance yang tak de apa. Walhal mak dia ni pun tengah takut gak.

Start aje boya tu meluncur, kami semua menjerit. Laju betul. Lagi laju dari masa naik Big Splash yang 2 orang tu. Sampai tercabutlah tudung Maklang. Nasib baik bila dah nak dekat sampai ke bawah tu dapat pakai balik tudung Maklang tu. Kang orang kata….laahh orang tua ni, sampai togel kepala dia naik benda ni!!!???

Lepas tu anak2 serik tak emboh nak naik lagi. Tapi memang seronok…. Rasa muda 10 tahun. Tapikan Maklang memang gemar naik benda2 ni. Masa Maya belum ada dalam 9 tahun lepas pun Maklang naik a smaller scale Big Splash kat hotel Aseania di Langkawi and my brother screamed,’Jaga…… Ada badak nak turun!!!!’ Gedebush!!!All the air splash out from the pool…….


So, ni nak pegi Bukit Merah, tergoda jugak nak naik Big Splash dia lagi, kalau ada. Tapi, InsyaAllah taklah laju sangat sebab berat badan dah kurang sekitar 6-7kg…..

Sunday, February 19, 2006

Bila Abah Bersorak & Mak Berleter

Saturday is normally a busy day for me. Busy sebab nak menyuruh budak2 menyiapkan kerja sekolah mereka. Semalam Cik Abang dah ‘bersorak’* sebab Angah tak siapkan homework dia. Kalau Abah dah bersorak, yang lain2 menikus. Maklah yang kena jadi rescuer kat anak2. Tapi semalam Maklang biarkan je. Sekali sekala memang budak2 ni mesti kena marah. Bak kata arwah mak mentua, ‘ Budak2 ni kalau lemak dia dah sepikul, mesti kasi sorak. Kalau tak takut tak jadi orang’…..( Sob…Sob….teringat lak kat arwah Mok Nek (MIL) – Al-Fatihah) .


Angah tu pun satu, dah tahu Abah dia tengah tak sedap badan ade ke dia main2 je. Berbuih dah mulut Maklang suruh dia buat homework dari pagi Jemahat tu. Dia memang pegang buku tapi dok depan TV. Ingatkan sungguh lah dia buat. Biasanya kalau dia ada masaalah dia akan datang tanya kat Makalng. Maklang pulak duduk dalam bilik study, sambil menjaga mesin sulam tu sambil melayan Maya buat homework dia. Kak Long memang menempek je kat PC dia tu. Tu satu lagi, PC dia, dia load ngan Naruto dia, bukak cerita tu and then buat kerja depan PC. Serupalah tu dengan tengok TV. Dengan dia tiap2 hari kena tegur supaya jangan asyik dok tengok kartun dia tu. Mana ada orang belajar camtu. Tak bolehlah nak kena samakan dengan Amelia yang dapat 17A1 tu. Kenkadang rasanya payahnya lah nak jadikan ‘orang’ out of these children.

Biasanya bab bersorak ni Cik Abang lah start dulu. Maklang tukang sambung leter. Maklang jarang berleter kat anak2 ni. Cuma sekali sekala bagi warning je. Tapi once they have pushed the button, siaplaa….kadang2 Cik Abang pun fenin. Dia pulak yang terasa. Selalu dia kata’ macam pukul anak sindir menatu je….’. Tapi itulah dia, saban weekend mesti budak2 ni nak kena paksa suruh buat kerja sekolah. Kalau tiap2 hari punya homework tok sah ceritalah. Kadang kita pulak yang terasa sangat penat nya. Kesian anak2. Kerja sekolah tu macam dah tidak ada esok lagi. Rasanya masa Maklang sekolah rendah dulu tak delah sesibuk ni. Ini homework macam orang dah menengah . Soalan pelik2. Advance betul. Dahlah otak kita ni dah karat , tak gheti nak ajar. Bab math tu ok lah lagilah. Tiba bab tatabahasa dia, Maklang pun tak gheti nak menjawab. At this moment belum start lagi nak tuition. Kalau tuition entah macamana pulak budak2 ni nak buat kerja sekolah. Tak de rehat. Tapi kalau tak dikejarkan waktu ni nanti takut pulak ketinggalan pelajaran mereka.

Semalam tersedu2 Angah menangis sebab kena marah. Abah kalau marah memanglah teruk. Walaupun dia selalu bergurau ngan anak2 dia, tapi bab kerja sekolah ni memang lah tak boleh buat main2. Anak2 pulak lebih suka kalau belajar dengan Maklang. Abah garang kot sebab tu payah nak masuk apa yang diajar. Bak kata dari Kak Long sampai keHakim, kalau pasal sekolah semuanya cari Mak dia. Tu yang kadang2 Maklang rasa Maklang pulak yang pergi sekolah.

Sebenarnya penatkan jadi seorang ibu ni. Mana nak jaga makan dia orang lagi, nak kerja and also nak buat kerja sendiri like menjahit and all ( menjahit tu kalau tak buat boring pulak. Nilah entertainment untuk Maklang). Anak Maklang pulak takleh tak cukup makan so makan dia memang biasanya Maklang yang jaga. Masak pun buat sendiri. Cik Abang tak suka sangat kalau maid yang masakkan. Dari mula2 ada maid lagi dia dah pesan kalau makanan dia biar isteri yang masak. Dia kata takut kena jampi….. Takut jugak Maklang dibuatnya. Nasib baiklah memasak ni Maklang suka kalau tak haru jugak.
Tapi kalau rasa malas sangat and nak buat yang simple2 suruh aje maid masak. Nanti naik lemak pulak. Kita pulak kadang2 rasa macam tukang masak simaid tu. Mereka2 ni bak kata orang memang very cunning... Nanti bab maid ni cerita lain kali...

So malam tadi , duduk lah dengan Angah ajarkan dia math dia sampai siap.Sampai pukul 11:00mlm. Mata dia pun dah layu masa tu. Kesian jugak tapi tak pelah asal kerja sekolah dia siap and asal anak jadi pandai…. InsyaAllah.

Hakim pulak masa Abah tengah marah semalam memang terus jadi baik. Tak jadi nak mengamuk2. Biasanya kalau terdengar je suara Abah dia dah kuat memang dia boleh change immediately. Semalam Maklang suruh dia habiskan kerja sekolah dia yang tak siap tu. Sampai tertidur dia. Mula2 duduk kat meja, lepas tu meniarap. Sedar2 dah berkeruh dia….




Macam tula weekend baru ni…Letihnya…..

* bersorak tu marahkan anak2 le....

Friday, February 17, 2006

RAWA

We had RAWA today. RAWA is actually the name of a shop in JB that sells uncooked food which we have to cook ourselves using a hot platter (which is connected to the electricity supply). Eh yeke ni Maklang describe ni???? Tonite is especially difficult for me to get the idea to write to flow smoothly. I guess at the moment the brain is at the stomach. Still trying to digest all the food that I have eaten during lunch.

The RAWA that I had prepared today was due to the request from my second daughter, Angah. We had this RAWA about a month ago, but that was to fulfill Kak Long’s request. Kalau tak buat today, memanglah nak cari pasal with Angah . This can just be a reason for Angah to say that I love her Kak long more….Kids are always comparing among themselves, how they are being treated by their parents. What to do??? This is a fact of life that we parents have to accept. We also had the same feeling when were growing up dulu…..

The RAWA was a success as everyone did not complain except for a few words from Kak Long…’’Eeeeee, Kak Long tak nak makan macam ni lagilah…. Pening kepala’. Adeke makan sampai pening kepala??? Tu ok lagi. Angah had a second lunch at around 4:00 tadi. I do not know how Angah can fill her stomach again after seeing how much she had eaten earlier. Cik Abang fell asleep about half an hour after lunch and I almost closed my eyes when reading the newspaper. Luckily, due to Hakim’s tantrum Maklang tak jadi tidur. Cik Abang pun tak berapa sihat since semalam. Maybe due to the hujan, panas, hujan punya weather ni gaknya.

Petang tadi, we ( Angah, Maya, Hakim & myself) went cycling kat2 sekolah area about 6:45pm. Ingatkan nak exercise sikit after the heavy lunch. Maklang guna basikal Angah. Hakim naik kat tempat penumpang Angah. ( Angah pakai basikal lama Maklang). Maya guna basikal sendiri. We intend to cycle keliling sekolah yang terletak about 0.5km from our house. At 1st the basikal was ok, tapi bila dah 1km dari rumah, pedal basikal yang Maklang kayuh tu tercabut. Tercampak!!!Nasib baik lah dapat control. Masa tu nak gelap. Maklang pulak tak bawak phone. We were about 2km away from home. Maklang suruh Angah and Maya balik dulu and suruh Cik Abang datang ambik Maklang and Hakim. Tapi dia tak nak. Instead she asked me to go first. Of cozlah Maklang tak tinggalkan dia sorang2. Dalam hati terbayang2 kes budak yang kena rape and kena campak dalam longkang tu. No way am I going to leave my daughter alone. At last, Maklanglah menolak basikal tu. Kenalah jalan dekat 1.5km. Nasib baik hari belum gelap lagi. So, rasanya lepas2 ni memang lah kena bawak handphone kalau nak ke mana2….


Sebenarnya, Maklang ni ketandusan idea ni….. tu yang merepek je banyak. Idea dah habis semalam masa dok buat pasal perkataang berganda tu… Ni pun dah banyak kali menguap. Tidur lagi baik…..


Patutnya ambik gambar sebelum dimakan. Ni dah halfway trough baru amik. Tu yang dah serabut. Lagipun it was a late late lunch. Tunggu Cik Abang balik Jemahat. Tu yang lapar & lupa pasal nak ambik gambo

.


Cik Abang & Angah tengah enjoy lunch. ( Tengok Cik Abang tak sempat salin baju and masih berkopiah.... I thot before gi semayang tadi dah kata ' Abang tak nak makan lah lepas semayang.... Kenyang lagi. Baru makan ulam betek yang beli kat pasar tani tadi' Maklang kata .' Tak pe we'll see....'
Makan kat Anjung rumah, seronok sebab terdapat tiupan angin sepoi2 dari arah bukit yang terletak about 1 km depan rumahTadi Ustadz kat 'Al-Hidayah' kata kalau boleh setiap hari cuba hafal satu ayat dari Al-Quran. Baca sebanyak 60 kali pada hari tu. InsyaAllah by end of the day kita dah boleh ingat. Maklang nak cuba lah....

Thursday, February 16, 2006

Perkataan Bergande.....

5-6 hari lepas, Maklang ada terima e-mail dari kawan lama Maklang yang kat MMC. Agaknya Keng Tembaga kenal dia. Dia Civil Engineer kat sana. Dulu kami belajar satu Uni. Kebetulan dia duduk berjiran ngan Maklang. Sejak balik Maysia ni sekali sekala, adalah Maklang terima e-mail dari dia. Biasanya forward mail aje. Jarang sekali nak tanya kabar. Last sekali Maklang terjumpa dia masa Maklang pergi kat Oil ang Gas punya fair kat KL Convention Center. Diam tak diam nak dekat setahun dah. Dalam e-mail yang terbaru ni dia ada bagi macam2 perkataang yang digunakan oleh anak2 tempatang kat tempat Maklang tinggal sekarang ni. Maklang ni kata je dah dekat 9 tawon tinggal kat sini, tapi nak cakap macam orang sini cakap memanglah payah bebenor. Idgham and tannuin dia, dalam and pekat, lidah lak dah tua jadi payahnyalah nak ekjas.


Maklang pindah ke sini kerana mengikut Cik Abang yang kena transfer dulu kerana Cik Abang dapat naik pangkat (pangkat je naik gaji naik ciput je). Sebelum nak pindah tu kami memang takut lah. Antara sebabnya ialah kat sini ni tak de benda. Macam koboi townlah. Risau jugak tapi memikirkan rumah MIL cuma kat Kuantan jadinya kami pun gamble jelah and decided to move. Maklang kata kalau opis Cik Abang tak leh kasi Maklang kerja kat opis dia then might as well tak yah pindah. Kenaikan gaji Cik Abang tak dapat nak cover dengan the income Maklang masa tu. So, Boss kat head opis KL kata OK. Gaji yang dia bagi pon Oklah. In fact lebih tinggi lagi dari opis Maklang yang kat KL tu… Inilah rexeki namanya. Masih ingat lagi, kami made the decision to move masa both of us were caught in the jam kat depan Empire Tower. Masa tu Cik Abang baru ambik Maklang dari opis kat Menara Tan & Tan. Jam sebab masa tu STAR kat sebelah Tabung Haji and underground road nak ke KLCC tu tengah kena gali. ( Masa tu suspense gak, terasa Tan& Tan tu bergegar2 bila ada construction works going on. Ke tengah drill ???)


Mula2 pindah tu tahun 1997. Maklang tak terus masuk kerja sebab nak berehat dulu. Sebulan Maklang bercuti. Malaslah. Lagipun nak kena settle hal2 rumah sebelum start kerja. Maklang ingat lagi, Cik Abang and Atok naik kereta dari KL ke sini, whilst, Maklang, Wan, maid and my 2 kids ( masa tu only Kak Long and Angah je baru ade) naik Pelangi air. Fokker yang kecik tulah. Sesampai kat saini, Maklang naik teksi. Tak rasa takut sangat sebab 2-3 minggu sebelum tu kami dah datang untuk nak cari rumah sewa. Lagipun airport tu dekat sangat dengan rumah sewa kami tu. Oklah rumah tu. Bangelo lagi. Maklumlah kat KL tak pernah dapat duduk bangelo. Duduk kat rumah teres je kat Bukit Idaman. Terasa best sangat. Lagipun spacious. Tak de gate kak keliling rumah tu. Tapi gated kat seluruh kawasan perumahan tu. Alah…. perumahan Petronas (tapi sesapa dah boleh duduk sebab dah diserahkan balik pada perbadanan Tengganu) Masa tu tak kenal sesapa pun. Nak gi kedai kena cross jalan besar. Cik Abang belum tiba masa kami sampai. So pepandai sendirilah nak beli barang. So, maklang gi ke rumah depan tu nak pinjam penyapu sebab rumah sewa tu berabuk sangat. Tak leh nak jalan . Very dusty.. Masa nak pinjam tu suspend gak sebab muka kakak tu garang. Buat tak paham jelah . Desperado….Tapi dah lelama oklah kakak tu. Sampai sekarang masih kawan ngan dia. Doktor rupanya dia. Rupa je garang tapi hati baik. Orang Johor jugak rupanya (tapi orang Johor memang kebanyakan nya baik hati….ehem….ehem….).

Tapi yang best sekali masa Maklang join opis sekarang nilah. Maklang punya department ni ada dua discipline. Ingat tak Pok De yang maklang cerita dalam 4-5 entry yang lepas? Yang bahasa dia pekat and dalam tu?
Dia cakap apa tau,’ Aku ni buat Instrumeng!’
Maklang 5-6 kali jugaklah tanya dia apa dia cakap. Last2 barulah tahu rupanya dia kata Instrument. Oh… instrument rupa2nya. Punyalah Maklang ketawa kan dia sampai nak pecah perut. Sampai dia kata, ‘ Nanti laaaaa…nanti awok duduk 6-7 tahun kat sini awok pun cakap macam saya…’

Rasanya payah kot nak jadi gitu. Orang Johor ni cakap dia memang terbest antara yang best. Bahasa baku and buku. Cuma tak boleh hilang dia punya EK je. Gerobok, Ulo, paso tu sikit2 je perubahan dari bahasa baku. Way to go orang Johor!!!!!

Kat bawah ni maklang attach kan the e-mail pasal bahasa Ganu. Maklang pun masih tak faham lagi some of it. Orang2 Ganu yang baca ni boleh lah reconfirm samaada betul ke tak apa yang dah ditulis………..Maklang tak bertujuan pun nak memperkecilkan orang Ganu. The uniqueness of the bahasa sometimes make me wonder... this is kebesaran Allah, bukan saje warna kulit dan rupa tetapi bahasa juga punya perbezaan. Ini baru ni di Maysia je....


Apa komen anda?
Kalu nok belajor bahasa Tranung .

jauh sapok.....teramatlah jauhnye
panah sang (panah kettik).........panas yg teramat sgt
comel lote.........comel yg amat
ija naung..........hijau kehijauan
sejuk ketto........sejuk yg sgt2
itang lettung ( itang leggang)......tersangatlaa hitamnya
punoh jahnang......rosak
pughah hangik......hampeh gile
gugha bewok........gurauan yg menyebabkan pergaduhan
air geh tujuh yu - pi cak katung jogek-jogek...air 7UP(kole beghang)
taik ayang muna....tahi ayam yg masih hangat
kona lepe.........kona lipat
kelecak...........terpelanting
nakuk paik.......penakut yg amat tinggi
lonjong....tinggi sgt
tinggi nyayuk......sama cm diatas
masing pekkok.....teramat masin!
sekak netting.....singkat sgt (kain)
nipih nayyang.....sgt nipis
maknga............cuai
babei.............degil (taktau nak eja camane)
jabir/supek/plastik ghok-ghak.........plastic bag je padahal koghok............tengkorak
kehek.............muntahkan semula
puahsang..........boring
meppeh............tak larat
kepeh blepeng.....kempis sgt(sampai mcm lempeng?)
lapo peghuk........lapar (bahse ganu yg sering berangkai, sebut lapo misti ade perut)
ngatuk mate.......ngantuk (samela tak ble pisah ni.. kene bitahu eheh)
rokok cap unta nabai.. rokok camel koleberang's)
bodo oh lalu........bodo lebih2
koghok keghing goh....tengkorak yg sudah kering (cm mengata/mengumpat)
kelecak baghak......terpelanting
kerek tlage......konkrit mengepung telage
tadok aghoh........habis ikhtiar penuh
poppok/ghumbu.......penuh sampai melimpah
khapoh...........kerak (goreng posang etc)
penuh nembok......penuh sampai melimpah
gemuk debbok......gemuk sgt
kuruh kering.....sgt kurus
botok licing.......botak licin (rambut)
beso jereguk.....besar
kecok.............jln terhincut2
gege..............bising
suke glekek.......ketawe menggelekek
ketor geggor......terketar² smp bergegar..hehe
manih leting......sgt manis
dulli mung........tak ambik peduli
musing ketang caghi-cari merate² letihsang.........sgt letih
bapok gong........sgt besar
gong..............sombong
srupe tule/supatula.......serupe je
beghak nanang......sgt berat
ringang lepung.....sgt ringan
ketik nnyamuk......digigit nyamuk
makang kkucing.....dimakan kucing
kattok wong........katak (siap ade bunyi tuu)
dork tahu starang.....tak tahu pun
busuk kohong....busuk gile
agah...org yg sombong
soheh dok munggg??... ko ni biar betul!!
makbrekmok... tuuttt(censored)
sewang......lbh kurang serabut jgk
membo nga bang......dok tahu nk explain
ape ke jadah ...... apa hal
apah nyor...... hampas kelapa
anguh letong...... sangat hangus
bata golek ..... boaster/bantal pelok
bronok ..... sejenis kuih yg diperbuat drpd
sagu bepang ....... sejenis kuih yg diperbuat drpd beras pulut
boloq woq ...... serabut
bahang ....... pukul kan!(baham sebenarnya)
Bluahh ......comot
culah ...... malah
ceekiik....... cubit-cubitan
dokdang ....... tak sempat
glising ......merekah
iiising ....... gile dooo
ikang aye ...... ikan tongkol
ikang kerah ekor ...... ikan cencaru
kheloqq ....... malu kot!
tunggu stor ....... malu sekejap
Kupik .........kedekut
Kembit ......mengada-ngada
gembik.....lebeh kurang bwh ah nk berdua2an je ngerek...... selalu bwk awek kot?
Lembek ..... tilam
Lambur ....... beranda/balkoni
meroh merang ........merah sangat
memang dok arr ....... memang tak ar!
musing ligat ......... berpusing2
musing ketang ......... berpusing2
ngoyang ....... meroyan
nyekik ......... menyampah
nyakit nyamang ........ tidak bersangkutpaut
nyeh-nyeh ........ mengada-ngada
nisang .......gula melaka
skekk ..... sedikit
se`jek ...... masjid
sekut merri ......biskut merrie
se'eh ...... kenyang sangat
sorok....... drawer
tawor hebbe ....... tawar gile
tawor lembo....tawar(air)
tohok......buang
senyak tupih( senyap tuppah ).....senyap sunyi
tinggi sayuk....sgt2 tinggi
beso jallo.....sudah besar(org)
kecik tuik.....kecil sgt2
pucak kesi.......pucat
bising bango.....bising sgt
uduh sepang.....hodoh
uduh sepang ko'ong.......hodoh sgt2
tupul glebek.....tumpul(cm pisau ke)
patoh riok....patah(tangan)
pendek kettok.....pendek ah
gelak kattok......gelap gelita
kuning siyor......kuning buruk
leppok.....buruk giler
toho leppeh.....air yg cetek
tubek gembong ....... buasir
Wohhulu ..... bahulu
tubek .......keluar
panah ketik........ panas yang teramat
tohor leppeh....air yg cetek
paik nepang.....pahit yg amat2
kuba balo....kerbau yg ada wana perang2
beng ikang......... van @lori yg bawa ikan
patoh riok.....patah banyak
uduh sepang...hodoh sgt2
busuk kohong....busuk teramat
nebeng ngoh......ter over pekat likat.....pekat
ah nganjing - meng anjing-anjingkan??? mempermainkan
sepeng - contohnya, rambut yang di potong tak sekata.

Ni Maklang get one of my colleagues yang ori Kuala Berang to confirm the ayat2. Enjoylaa… semuga tak terbelit lidah anda….Nampaknya banyak lagi Maklang nak kena belajo untuk nak mahir and nak jadi rakyat tempatan .... Kalu pekse emang dapt F terus. Tapi Maklang masih dork pahang cakak orang sini. Nak2 kalau mereka2 ni cakap cepat2. Hancus!!!

Wednesday, February 15, 2006

Hepi besday Angah yang ke 10


Semalam birthday Angah. Rasanya maklang dah ulang statement ni entah dah berapa kali agaknya. Kami sekeluarga tak celebrate sangat pun. Cuma last Saturday ada belikan dia set anak patung yang macam Barbie tu. Barbie kat Kerteh ni yilek, kat Kemaman pun tak dork. Kalau nak cari ke Kuantanlah baru jumpa. Tapi lupa nak jengok kat satu pusat shopping kat sini- The Store- masa gi Kemaman hari tu. Masa tu pulak hujan lebat. So settlelah dengan anak patung yang macam Barbie jugak. Ada 4 pasang baju pengantin. Belum sempat nak sembunyikan hadiah tu, Maya dah beritahu kat Angah dia.

Angah hari Sabtu tu tak ikut ke Kemaman. Maklang, Cik Abang & yang 3 lagi, namely Kak long, Maya and Hakim ngekor je. Biasanya Kak Long tak suka nak ikut tapi disebabkan dia nak beli comic dia (upah sebab dia buatkan blog ni menjadi seperti Taman Bunga Ros), maka ikutlah dia. Maya & Hakim memang pengikut tetap. Angah tak nak ikut sebab omework dia tak siap lagi. Pergi ni pun sebab groceries and barang2 kering dah nak habis. Kiranya one-stop-shoplah kat Kemaman tu.

Sesampai je kat pintu rumah, Angah dah tunggu dah. Sikenit terus cakap,’ Angah, mak belikan awak hadiah’. Lupa nak warning, habis surprise Maklang.

Apalagi berlarilah si Angah kat kereta nak cari. Tersenyum2 dia. Memang feveret dia main anak patung. Sikat2 rambut, ikatkan rambut, salin baju, pakaikan kasut etc. Dia boleh ulit anak patung dari pagi sampai malam kalau tak di tegur suruh buat kerja lain. Kenkadang bila angin dia baik dia akan buatkan Maya dia jadi anak patung. That is when the mood is goodlah. Kalau tak bukan dia ikat rambut Maya, tarik rambut adelah.

Tapi masa dia ambik hadiah tu, Maklang dah kata kat dia yang hadiah Cuma boleh bukak on birthday dia aje. Oklah no prob. Letak hadiah tu atas fridge supaya dia boleh tengok for the next 2 or 3 days or so.Yang kelakar sekali malam 14.2 tu, dia letakkan present dia tu depan pintu bilik dia and tampal kertas which says, " Buka pukul 6.45 pagi". Maklang bila nampak dia buat gitu terus sembunyikan hadiah tu.Tapi the next morning dia boleh jumpa pulak tu. Memang lah Angah ni suka sangat kat anak patung.

Petang tu me and Cik Abang went to buy a coklat kek for Angah. Bila kami balik terus aje dia mintak kek and bermula lah acara meniup lilin.....(Lepas ni boleh refer kat entry pasal beday Abah, sebab caranya lebih kurang sama)

Tuesday, February 14, 2006

1o1 things you want and do not want to know about me

Dua tiga hari lepasd, Cik Abang tanya, ' Tak buat ke macamyang TJ and Ondeonde punya 100 things tu?'

So ni sebagai menyambut seruan Onde and my Cik Abang, I list down some of the things that you will want to know and do not want to know about 'The Maklang'. Hope u will enjoy reading....

1. Anak sulong in a family of six
2. Kak long to tiga of my adek2
3. Maklong in my family side
4. Maklang in Cik Abang’s family
5. Berasal dari Johor Bahru
6. Kalau balik Johor suka makan air batu kacang and murtabak Singapore (aaahhhh…enaknya)
7. Has been a good wife for the last 14 years and 3 months (ye ke Darl?)
8. A mother to four kids
9. Has been working for the last 18 years and 9 months
10. This is the 6th company that I have worked with.
11. Enjoy traveling, sewing, x-stitching and reading
12. Like to watch movies ( kat DVD je……)
13. Enjoy to cook for Cik Abang, the kids, family and friends
14. I like to eat but kena control laaaa…..
15. Favourite food include nasi, meehoon, kue teow, pastas, pizza ….and the list goes on
16. Tak garang with the kids
17. Mudah terasa hati but trying very hard to improve myself to be less sensitive
18. Suka mengusik anak2
19. Suka melayan suami makan
20. Suka tengok suami makan
21. Tak suka nak busy body
22. Selalu ketinggalan pasal hal2 peribadi kengkawan kat opis…. Normally the last one to know
23. Tak suka bertandang kat rumah orang
24. Tak suka exercise tapi terpaksa
25. Suka bergurau dengan kenkawang
26. Suka tengok Cik Abang berkemas bila kat hotel. Seronok bila boleh relax sebab Cik Abang automatically rajin kemas bila gi hotel
27. Tak berapa gemar dengan kerja sekarang ni tapi terpaksa
28. Suka baca novel melayu sebab boleh jiwang
29. Suka gak baca nocel by Danielle Steele & ……Andrews (lupa nama VC Andrews ke yang flowers in the Attics punya series)
30. Suka jugak berangan
31. Boros
32. Suka bagi hadiah kat orang
33. Suka tengok bila mak & abah happy dengan what I can do for them
34. Ada sorang je adek perempuan
35. Ada 2 kakak ipar
36. Ada 3 biras perempuan
37. Ada 2 adek ipar perempuan
38. Ada 7 anak sedara belah Maklang
39. Ada 22 kot anak sedara belah Paklang
40. Suka ketawa
41. Senang menangis
42. Tak suka tidur siang.
43. Tak suka tidur awal sebab rasa sayang sebab masa habis dengan tidur je. Baik tengok TV
44. Geli sangat kat tikus and cicak
45. Takut naik motor so tak leh rempiting macam Jo and Maam
46. Tapi suka berbasikal petang2 ngan anak2
47. Payah sangat nak kompol duit
48. Suka masuk kedai jual barang2 merepek (like gifts etc)
49. Suka gak tengok wayang
50. Suka pergi melawat sedara kat KL like Kamdar, Gulati’s, Sogo, Metro etc
51. Paling suka gi shopping menghabiskan duit sendiri ( and duit Cik Abang)
52. Tak pandai menyanyi
53. Selalu rasa umur macam masa baru habis sekolah
54. Tak perasan tau!!
55. Tak suka marah
56. Tak singkik macam TJ. Boleh dikategorikan dalam golongan pemurah ( ingat tak all my kueh raya and cakes -mak teh?)
57. Takut kalau Cik Abang hot bila kita ngusik, walhal cuma nak gurau tapi dia take it seriously
58. Suka bercucuk tanam 4-5 tahun dulu tapi tak tahan dengan habuk sebab allergic
59. Dah banyak kali kena bius
60. Bersalin dah 4 kali, 3 normal & last one was c-Section
61. Mudah kesian kat anak2 bila they all kena marah ngan Abah dia
62. Enjoy bila tengok Maya hot and mula jelir lidah and menjeling
63. Enjoy jugak tengok Angah hot and start to pout
64. Sabar jugaklah orang nye
65. Tak pemarah
66. Kadang2 malas nak kemas rumah
67. Seronok bila berangan kalau ada banyak duit (macam TJ and Maam)
68. And kalau ada rumah besar
69. Berkenalan ngan Cik Abang masa kat MMC 17 years ago
70. Tak sangka nak kawin dengan dia sebab lepas dah berhenti baru serious
71. Kadang2 bila angin baik suka merepek ngan kawan2
72. Pakai cermin mata sejak umur 14 tahun
73. Tak suka sangat bermake-up, cukup dengan very faint lipstick
74. Bawa kereta sendiri ke opis
75. Tak ramai kawan rapat sebab agak pendiam orang nya ( eh... macam terbalik je!!)
76. Paling suka bunga ros and hyderangea ( Siti Zubaidah )
77. Teringin sekali nak ada kolam ikan kat rumah
78. Tak suka pakai kasut tinggi
79. Bersyukur sebab dapat ipar duai baik2 belaka ( InsyaAllah sampai bila2 - haa ni jangan ade yang perasan lak ni bila baca)
80. Masih ada kedua ibubapa yang masih kuat dan sihat, Alhamdulillah
81. Ada bapa mertua yang very straight forward tapi baik hati
82. Mak mertua dah passed away dua tahun lepas ( Al-Fatihah)
83. Suka makan ciku yang masak tu
84. Suka gak manggis and durian
85. Masa kecik2 selalu berdarah hidung
86. Peminat setia Chicago (lagu jiwang2 belaka)
87. Suka nonton Twenty Four ( kalau Hakim kata Turenty four)
88. Suka baring je kat atas katil, bukak air cond and tengok TV
89. Berangan nak gi NZ, Australia and Sweden ( entah bila lah agaknya nak dapat)
90. Tak suka pakai barang kemas banyak2 ( ada sikit je pon)
91. Gila beli baju ( Cik Abang kata tak pe asal jangan gila kat husband orang)
92. Suka berniaga ( jual tudung, telekong, pinggan mangkuk, bunga & ambik tempah langsir - ada sapa2 nak order?)
93. Tak suka bila Cik Abang sengaja nak BSH (Buat sakit hati)
94. Suka collect fridge magnet
95. Ingin sekali jadi surirumah tangga ( tapi nak allowance macam gaji kat office)
96. Suka bila tiba weekend
97. Tak suka drive long distance
98. Tak suka pakai baju and tudung hitam ( sebab Cik Abang disapprove of any black attire)
99. Seronok bila jumpa kawan2 lama and compare siapa maintain the body size. Biasanya I lah menang sebab maintain cute)
100. Berasa teramat seronok kalau ramai yang baca and komen blog Maklang yang tak seberapa ni.
101. Dah lengoh sebab type dah banyak sangat


Today besdey Angah, Nurfaezin yang ke 10. Selamat HariJadi, Angah yang mak sayang!!!:P

Kerja sekolah anak2

Gelihati Maklang masa terdengar perbualan diantara colleague Maklang dengan Boss Maklang. Kebetulan Boss gi kat tempat colleague Maklang yang duduk dekat Maklang.

Boss Maklang lelaki and colleague Maklang pun lelaki. Maka berbuallah mereka sambil dok check project yang nak kena siap by today. Masing2 blur aje sebab project ni dah dua tiga bulan dok hold aje.

Colleague Maklang suddenly mengeluh, “ Aku dah 2 malam dork ghorklah*. Pukul 11:00 aku dah tidur. Tak sempat nak tengok kerja sekolah anak’.

Boss pulak menjawab,’ Heh, saya dah lama dah tak sempat tengok kerja sekolah anak2’.

Maklang pun apelagi…. ‘ Haaaiiii, kerja sekolah anak2 tak sempat tengok, bini sempat pulak! Sampai dah beranak pun!!!!, Kebetulan Boss baru aje menerima anak baru lebih kurang 2-3 minggu lepas. Member2 lain yang terdengar Boss kena fire, turut tergelak.

Dia langsung menjawab,’ Itulah. Itu pun saya tak sedar. Tau2 boleh ada pulak!!’. Ada je jawapan dia. Dia sungguhpun alim & warak tapi kalau bab dok mengusik orang memang jadi nye. Kalau tak jumpa Maklang satu minggu, disebabkan cuti atau masing2 kena kerja outstation, kiranya segoni lah dia nak kutuk orang.

Tu yang kadang2 rasa seronok nak kerja. Walaupun kerja ni kadang kala depressing and memenatkan, benda2 macam ni yang menghiburkan. Boss and colleagues semuanya alright. So tak de masaalah.


* dok ghork is istilah orang Ganu untuk tak larat.

Saturday, February 11, 2006

Beg Maya


'Apasal Maya menangis?', Maklang tanya Maya malam tadi.

'Angah tu. Maya nak guna beg Mickey Mouse tu dia tak kasi. Habis Maya baling lah kat dia!!!', Maya kata. As usual ngan muncung dia lah.Dalam hati kata violent jugak sikenit ni tak padan. Cili padi betul!!

'Maya kata apa?', I asked her again.

'Aaangaaah tu dia tak kasi Maya pakai beg Mickey Mouse tu. Pas tu Maya balinglah kat dia', she explained again.

'Tak pelah nanti Mak jahit kan Maya beg x-stitxh yang Auntie Leen buat tu nak tak? Yang hari tu Mak tunjuk kat Maya', Maklang cuba nak pujuk dia.


'OK', Nasib baik makan pujuk! Legaaaa...' Gi sembahyanag', Maklang suruh.

Maklang and Cik Abang was in the study room. Maklang tengah jahit & Cik Abang tengah berinternetlah , ape lagi. We could not hide our smiles dok dengar Maya complain. Dengan mata dia yang dah nak terjengil tu. GERAM gamaknya. Baru sat tadi tak sampai 5 limit Maklang dengar dia dok bergurau dengan Angah dia. ( Bilik tidur dia share ngan Angah & terletak adjacent to the study room). Suruh sembahyang tak dibuatnya. Dia gasak bergurau. Dekat 10 kali suruh. Lepas tu baru keluar dari bilik dia,lepas dah gaduh dengan Angah sambil pegang telekong. Baru boleh sembahyang. Bila dia ke bilik kami nak sembahyang, Maklang & Cik Abang dok ketawakan dia.


2-3 kali jugak lah dia dok pegi maghi dari our room to the study room (my room is beside the study room). Tak jugak sembahyang. Then senyap. Kejap lepas tu kami masuk ke bilik kami , masa tu tak ingat nak buat ape. Maya tengah sembahyang. Yang kelakar tu dia sembahyang tak pakai sejadah. Walhal sejadah tu ada depan mata. Maklang pun bentangkan sejadah dia and keluar ngan Cik Abang ke bilik study.


'Mekatul Mukarramah!!!', Maklang kata.

'Apasal?', Cik Abang tanya.

'Ialah sembahyang tak pakai sejadah. Pakai carpet besar je...!', Maklang jawab.
Macam tu lah kat rumah ni. Asyik ketawa tengok gelagat anak2. Sakit hati tak kurang jugak. Nak2 bila gadoh besar!Syukur Alhamdulillah. Walaupun nakal, havoc, tak dengar cakap, merekalah penghibur Mak & Abah. Nasib baik ada anak. Yang tak de tu macamana agaknya. Always be thankful to what Allah has given us.


Ni Maklang tulis kan resipi untuk nasi kerabu ( my version)especially for Kak Lady. Orang Kelantan jangan marah eh sebab takut tak ikut Kelantan style.

Nasi Kerabu

untuk ulam:

Kacang panjang yang muda dihiris jangan terlalu nipis nanti tak cruncy bila gigit
Timun dipotong dadu. Sama seperti kacang
Daun kesom yang fresh dilurutkan selai2 and dihiris halus

Bahan untuk Kuah:
Bahan a:
7 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
sedikit halia
3 batang serai
10 tangkai cili kering
1 inci belacan

Bahan B:
Santan dari 1 biji kelapa. Kalau boleh perah sekali aje.
Asam keping 2 keping
garam dan gula
Semua bahan diatas diblend dan kemudian ditumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan santan pekat. Apabila telah agak pekat masukkan asam keping, garam dan sedikit gula.

Bahan untuk serunding kelapa:

1 ekor ikan kembong sederhana besar dibakar dan diambil isinya. Ikan itu kemudiannya diblend
1/2 - 3/4 biji kelapa parut yang telah diblend tanpa air untuk menghaluskan parutan kelapa.
2 biji lada merah dihiris
3 biji bawang merah dihiris
3 batang serai dihiris
sedikit garam

Semua bahan diatas digaulkan dan digoreng tanpa minyak sehingga kelapa menjadi ringan dan kering.

Ayam percik

1 ekor ayam dipotong 12 dan dikelar. Ayam diperap dengan sedikit bawang merah, halia dan garam dan dibiarkan selama 1 jam. Kemudian bakar selama 20 mins.

Kuah ayam percik

8 biji bawang mnerah
3 ulas bawang putih
1/2 in halia
8 biji lada kering
sedikit kunyit
1 inci sq. belacan
2 sdb tomato sauce

Blend semua bahan di atas dan dimasukkan kedalam perahan santan dari satu biji kelapa. Apabila telah pekat, lumurkan di atas ayam yang dibakar. Ayam dibalik2kan dan kemudian grill kan supaya ada effect bakar (konon2 atas arang le) sikit kat kulit ayam tu.

Selamat mencuba....

Kali ni Maklang masukkan gambar pecal & tahu sumbat yang Maklang prepare for today's meal.Also beg x-stitch Maya yang dapat di jahit. At last... x-stitch tu siap dah dekat 4 tahun kot. Tu pun ehsan dari my youngest brother's wife- Azlim. Thank you Leen.


Friday, February 10, 2006

Nasi kerabu & Ayam percik

Today is a gloomy day for us in Kerteh. It has started to rain again since 2 days back. Malasnya nak bangkit dari tidur. Sedapnya.... tapi ada kewajipan yang harus ditunaikan. Maka kami pun bangkitlah dari tidur dan setelah selesai menunaikan kewajipan pada yang Maha Esa, kami pun bersiaplah ke pasar tani untuk menunaikan kewajipan untuk perut kami dan anak2.

Hujan lebat tadi pagi. Lencun baju Maklang. Cik Abang berpayung sebab dia tu memang tak leh kena hujan, cepat datang demam dia. Kalau dah demam, dia punya manja kalah Hakim yang 5 tahun tuh. Kadang2 sampai dia buat2 bunyi orang menggigil2 tu... lagi kita kata jangan lagi kuat dia buat. Maklang tak pe pulak kena hujan sikit2 ni. Kepala ada tudung. So kenalah redah hujan tu untuk beli supply for next week. Hari ni ikan ok sikit compared to last week. Dalam kepala dah cadang2 nak masak apa today. Belum bagi tahu Cik Abang lagi samada setuju tak. Tek pelah....ambik risk aje. Nak masak nasi kerabu and ayam percik. Teringatkan ada kuah leftovers kat dalam freezer tu. Kira cepatlah sikit nak masak.


So mulalah memasak lepas siap2 kemas tadi. By 11:00 dah siap semuanya. Anak2 balik dari taekwando. And biasanya akan terus ke dapur. Masuk dapur,Angah tanya...

Mak masak ape hari ni?, kata Angah.

Nasi kerabu.,jawab mak

Lagi?, tanya Angah lagi

Ayam percik., tambah mak.

Ayam Percik?, Angah tanya lagi

Yelah, ayam percik permintaan Angah hari tu tu. , mak kata.

Mana ada Angah mintak. Angah said trying to be defensive.

Yelah kan Angah ada mintak hari tu. Lepas kita balik dari Kelantan, Angah ada suruh mak buatkan ayam percik. Kang kalau mak tak buat Angah kata mak tak sayang Angah. Angah kata mak asyik buat ape yang kak long nak je. Tulah mak buat ni.

Baru dia puas hati bila maklang told her that.

Angah a.k.a Faezin, my second daughter ni memang mudah sangat terasa hati orang nya. Dahlah dia ni over dalam segala2nya, over expressive, over excited, etc. , dia suka jugak banding2kan kasih sayang yang kita bagi pada dia ngan other siblings, especially pada kak long dia. Agaknya attitude dia tu jadi gitu sebab masa Maklang was carrying her I was not happy kot. Selalu menangis je. Tension betul masa tu. Masa tu Maklang baru aje join a new company. Tup tup tak sampai 2 bulan I was there, I got pregnant. My boss was a Chinese man yang racist. Maklang susah hati betul. Pulak tu masa awal pregnancy memang susah. Bukan saje mabuk, muntah tapi bleeding. Jadi bila bleeding, Dr. tak kasi gi kerja. Kena rest in bed for 2 weeks. I had 2 miscarriages before I got Kak Long. And all pregnancies after that were all difficult pregnancies. Jadinya masa pregnant tu memang tak happy.Dahlah risaukan baby, kena cuti and belom confirm lagi. Boss gaya gitu lagi. Tulah agaknya Angah ni pun macam tu. Tak boleh terusik sikit mesti merajuk. Sampai nak lari dari rumah lah. Tu yang payah nya nak jaga yang sorang ni. Tapi Angah satu sifat dia yang baik ialah dia suka sangat melayan maklang kalau kita nak ape2 dari dia. Dia pun pandai ambik hati orang. Kalau bab nak memujuk adek2 dia, nak2 kalau dia yang buat salah, memang terrorlah. Entah ikut sapa tak tahulah ni.

So, apalagi, 2 kali dia makan tengahari tadi berlaukkan ayam percik. Before abah dia ke masjid dia dah makan and bila abah dia balik dari masjid, dia join kami makan lagi. .... Sebab tulah maklang kena masak pulak lagi sat lagi. Kuah percik tu dah di masakkan lunch tadi. Tapi untuk malam ni buat ikanlah pulak.....




Ni dia....lauk untuk nasi kerabu. Ulam timun, daun kesom, kacang panjang, serunding kelapa dgn ikan kembong, kuah lada & Ayam Percik Special untuk Cik Abang tercinta dan anak-anak yang enjoy masakan mak.... Resepi ada campur2 dari arwah nenek & wife office mate. Ayam Percik dari resipi buku Pandai Memasak & sendiri punya adjustment.

Thursday, February 09, 2006

My hajj trip

The comment by Count Byron at Jokontan's prompt me write this. Its about my experince during my Hajj. It was an experience that I will never forget for the rest of my life and pray to Allah that we will be there to perform Umrah or Hajj again, InsyaAllah.

Maklang and Cik Abang menunaikan haji pada tahun 2004 yang lepas. My parents galakkan buat haji awal2 sebab takut nanti tak larat. Alhamdulillah it went well. Tak adelah yang pelik2 berlaku masa menunaikan rukun Islam yang ke 5 tu.

Kami decided untuk ikut travel agency yang kat Kemaman ni, Rayhar Travels. Bagus layanan dia. Pasal makan ni no problem. Berlebih2 lagi adelah. Kami pilih untuk ambik penginapan 4 bilik seorang. Maknanya we have to be separatedlah while performing the Hajj. This is better as you never know what will happen kalau berduaan dengan Cik Abang. Kalau iman tu kuat, InsyaAllah tak apa2. Yang sebenarnya kalau duduk 2 sebilik, bayarannya mahal lagilah.

Maklang duduk sebilik with 3 lagi bakal mak Aji while Cik Abang duduk sebilik dengan another 3 bakal Pak Aji. Bilik kami bertentangan aje. So taklah jauh mana. Kalau nak ape2 senang ajelah. Masa kat Mekah nilah memang nak menguji kesabaran kita. Maklang masa mula2 nak buat haji tu berasa jauh hati jugak kat Cik Abang. Cik Abang ni memang suka sangatlah menolong orang.Memang pun masa belajar pasal haji tu, Ustadz dah pesan kena banyak tolong orang and so on lah. Masa first night lagi dah terasa hati sebab rasa macam kena tinggal aje. Cik Abang sibuk nak tolong orang and maklang tinggallah dengan kakak2 yang sebilik tu. Masa nak perform tawaf selamat datang tu, maklang dok lah tunggu sorang2. Kakak2 yang lain dengan suami masing2. Nak cakap takut nanti ada pulak yang marah. So tahan ajelah. Sampai to the next morning, dengan kuasa Allah I met my neighbour kat Malaysia ni and I told her that I felt left out. Dia kata tak boleh biarkan macam ni sebab masih panjang lagi waktu haji ni. (Maklang gi about 10 days before Raya Haji). I cried and she hugged me and made me promise that I would tell my Cik Abang about how I felt. That night dengan berat hati I told Cik Abang about my feelings. I told him that I do not like the way things are going on and I want him to pay more attention to me. I don't think I am being selfish. Or am I? Alhamdulillah from there on, we were closer than ever. In Malaysia pun Cik Abang is such a caring person and always show his affection openly. Ni kat Mekah pulak he changed. Maybe he was too excited about performing the Hajj.

Alhamdulillah starting from that night, kalau gi mana2 kami selalulah macam belangkas. Kalau ke masjid mesti bersama. Normally dia akan tinggalkan maklang kat tempat perempuan and dia akan ke tempat solat lelaki. Bila balik I will wait for him kat tempat yang dijanjikan. Rasanya macam berdating pulak. Seronok rasanya. Walaupun terasa sedih sangat sebab anak2 tak ade. (Orang kata kalau buat Haji anak2 tu kita tak ingat , maklang rasa tu tak betullah. I cried everytime I talked to my anak2 as anak2 masih kecik2 lagi. I was still breastfeeding my youngest one when I left for Hajj). Bila time makan kami akan makan sama2. Senduk kan nasi and lauk untuk Cik Abang. Buatkan air and all. Even masa kat Arafah and Mina kat tempat kena beratur panjang2 tuh we will ambikkan food for each other. Kiranya things really went well, Alhamdulillah.

Masa kat Arafah tu, khemah kami jauh jugaklah berselang satu dua khemah. Everytime nak gi makan, Cik Abang will call my name and the kakak2 in the tent would say...'Cik Abang dah cari dah tu. Tak leh jauh....', and it always brought a smile to my lips. I really felt loved then. Masa kat situ jugak lah ada orang tegur,' You all memang macam ni ke kalau kat Malaysia?'(Cik Abang selalu served me. Ambik buah lah, kalau nak tambah ambikkan makanan lah and all)'Ye', I told the kakak. You know !what she said,'Patutlah L....gemok!'. Tak pelah katalah ape pun. Cik Abang kata macam jeles je.

Kami kalau kat Mekah and Madinah tu memang macam belangkas. Lepas dah solat and buat apa2 yang patut, kami akan pergi jalan2 berpegang tangan. Kat sini pun biasa macam tu. Tapi kat sini ada anak2 tagging along.Maklang bersyukur sangat tak ade apa2 berlaku masa kat sana. Rasa bahaaaaagia sangat2.Tambah mesra lagi adalah. Memang kami dapat macam2 gelaran sebab asyik berdua aje kalau ke mana2. Syukur pada Allah kerana memudahkan perjalanan haji kami.

Selesai menunaikan Haji, lepas balik dari Mina, kami mintak duduk se bilik dan nasib baik dapatlah.Lagilah seronok. Takyah nak consider orang lain. Jaga suami sendiri aje.Everything went well sampai kami balik ke Malaysia, Alhamdulillah.


Memang betul kata Ustadz, sebelum nak gi haji tu kena banyak sembahyang and mintak maaf kat Cik Abang. Memanglah tak dinafikan mesti ade yang tersilap paham, terkasar bahasa, tercuit sini salah, terpegang sana marah, atau sengaja nak buat Cik Abang sakit hati,atau sebaliknya, tapi yang pentingnya sebelum berangkat mintak maaflah bebanyak. Kira macam masa nak bersalinlah. Mintak maaf bebanyak. Takut susah nak bersalin. Ape2 pun, macamana pun I thank Allah for blessing me with such an understanding Cik Abang, kelakar, rajin melayan membelikan barang2 jahitan, never complain about my being banyak isi ( it so happen dia memang suka makan ayam yang part isi je- so this is a plus for me), boleh tolong jaga anak and lots more that I love about him. Ni tak leh cakap habis sebab people change. Just doa semuga Cik Abang akan kekal macam tu untuk selama2nya....InsyaAllah, kalau puji lebih kang kalau dia baca dia kembang semacam lak kang. Betul tak Bang.....

How people change....

Hari ni 10 Muharram.... Tentu ramai yang berpuasa. Yang berpuasa tu Alhamdulillah & pada yang tak berpuasa dan yang tak boleh puasa, kalau ada umur tahun depan kita cubalah puasa.... InsyaAllah.

Sebenarnya malam tadi cuba nak masukkan entry tapi tak tahulah semuanya jem. Tak leh masuk. So malam tadi dapatlah memenafaatkan waktu untuk menjahit telekong yang masih terbengkalai. Sambil2 tu tengok cerita Brother Grimms kat DVD. Best jugak cerita tu. Maklang ni memang suka cerita yang banyak khayalan ni. Kalau cerita Harry Potter macam tu, Star Wars, Battlestar Gallectica,Enterprise, and yang merepek meraban macam tu memang lah teramat minat. Tak tahulah kenapa ek. Maklang rasa sebab cerita macam tu tak sakit hati tengok kot. Sebab terlalu banyak merepek dia. Itulah dia alam yang tak mungkin menjadi kenyataan. Kadang2 macam budak2 pulak suka cerita2 macam ni.


Semalam hari yang paling mengantok dalam minggu ni. Dahlah kena baca banyak untuk nak prepare for my project punya kerja, dengan specification nak amend and all, mata maklang menjadi layu semena2. Nak2 waktu tengahri. Lagi pun semalam masak ikan cencaru letak kicap kegemaran ramai. (Nampak nya rumah ni banyak sangat makanan kegemaran sebab tu agaknya semuanya bulat2 minus my Maya). Tak boleh nak bukak mata rasanya. Terpaksalah mencari jalan untuk nak hilangkan ngantuk. Apelagi masuk sat kat surau and landing dalam 5 mins. Tak leh lama tak baik. Tapi kalau tak landing kang satu kerja tak jadi. Alhamdulillah lepas tu dah bolehlah bekerja macam biasa.

Semalam petang, ada operation meeting. Memang setiap minggu ada meeting ni untuk nak tahu progress project2 kat office. Nasib baik project maklang semuanya oklah. Ada satu tu delay sebab tunggu dari client. Operation meeting ni kalau yang attend cuma orang2 bawah je ok. Cepat jalan dia tapi bila ada orang yang tak terlalu tinggi yang attend jadi dragging lak. Kalau Boss no.1 je tak pe. Kami memang boring kalau ada orang2 tertentu attend. Yang tak larat nak melayan. Banyak sangat soalan. Satu department kena ada satu rep. Nak update masing2 punya dept.

Semalam meeting drag sampai pukul 5:00. Satu ape tak dapat buat after lunch tu. Maklang memang kurang gemar kalau yang masuk tu nak tunjuk act yang dia tahu semua. Biasanya maklang diam je unless ade kena mengena ngan project yang kita involve. Tapi hal orang ni tak yah lah nak cerita . Kita cerita on the overall ajelah perangai2 manusia buat pengajaran.

Kenapa ye sesetengah orang tu kalau dah pangkat agak tinggi tu boleh jadi act tak bertempat. Cakap pun besar aje macam semuanya dia tahu. Maklang memang dok leh gi dengan orang macam tu. Maklang masih ingat lagi masa mak maklang kerja sebagai kerani di salah sebuah jabatan kerajaan dulu. Masa tu maklang sekolah rendah lagi. Maklang selalu terdengar Abah & Mak bercerita pasal office . Mak & Abah kerja satu pejabat. Abah sebagai pegawai manakala Mak sebagai kerani. Walaupun mereka satu pejabat pekerjaan berbeza sebab Abah kena selalu kerja luar. Pergi buat inspection kat kebun2. Mak kata ada satu pegawai perempuan kat office dia. Mereka kurang gemar ngan pegawai tu.Maklang memang tak kenal orang tu. Tapi Maklang masih ingat lagi pesan Mak.

Dia kata,'L...., nanti bila besar dan kalau dapat masuk Universiti dan jadi pegawai jangan sekali2 tengok orang bawah2 tu rendah. Nanti orang tak suka kat kita'.

Maklang pegang pesan Mak tu. Sekarang ni Maklang pulak rasa. Kenapa lah ada gak orang yang macam tu. Pangkat ni bila2 Allah boleh ambik dari kita. Tak guna nak rasa tinggi diri. Sebabnya Maklang pernah tengok dan kenal rapat dengan seorang pakcik. Dia memang berpangkat,berharta dan terkenal kat Malaysia. Memegang jawatan yang tinggi dan dianugerahkan title yang paling tinggi kat Malaysia ni, tak ade pun nak rasa besar diri. Yang Maklang respect sangat tu, dia boleh panggil sekali driver dia duduk sebelah dia untuk nak makan sekali. Jarang sangat kita jumpa orang macam ni.

Masaalahnya sekarang ni yang betul kaya raya tak act tapi yang baru nak kaya sikit and pangkat tak banyak mana ni yang act sangat. Macamana nih? Kita buat iktibar ajelah. Tapi bak kata Cik Abang, 'Kalau semua orang kat dunia ni baik, tak interestinglah hidup ni!' Betul jugak tu....


Ape2 pun kat sini Maklang letakkan gambar untuk ikan yang maklang cakap sedap sangat tu. Ikan cencaru tu dah cuci bersih lepas tu potong belakang dia. Gaulkan bawang merah & cili kering yang di blend dan sumbatkan kat belakang & deep fry atas api yang sederhana sampai garing. Angkat ikan tu lepas tu tuang kat Kicap Cap Kipas Udang atas ikan tu. Nak sedap lagi perah limau ( ni I tak pernah cuba lagi- letak limau). Cubalah. Pasti menjilat jari........:))

Jap2 ade problem ngan internet nih*. Lembab sgt die nak upload gambar tuh*

* Dhirah yg tulis ( anak maklang yg plg tue tu, yg perangai cam lelaki n yg ske denga lagu Jepun. Hehehe. )


Tuesday, February 07, 2006

Anakku Pemalas?

Belum pun nak warm-up untuk nak start work today, one of my friends (Pok De)came to me.

Dia kata,'Nak kabar sikit ni. Anak awak yang sekolah tadika tu, Cikgu2 kata dia tu malas sikit. Tak macam kakak-kakak dia dulu'.

Kita senyum aje bila dengar Pok De cakap macam tu. Pok De ni dia punya wife mengajar kat Tadika my son, Hakim. I am close to her wife and a few other teachers kat sekolah tu. My eldest daughter , Nadhirah, now, 13, second daughter Nurfaezin (Angah), 10 and my third daughter Nurhumaira, now 8, all went to the same Tadika. so, I am quite known kat the Tadika.

I do not feel that there is any bad intention when Pok De told me that but I felt good instead. Bagus jugak ade orang yang care pasal my son. Sememangnya si Hakim ni ada sikit malas. Dia being the youngest, memang lah manja sangat. Apa dia nak semua orang buatkan. Tapi since dah sekolah ni tak leh lah nak manja sangat. I do not know how to handle a boy. Kalau dulu anak perempuan nampak rajin lah jugak. Maya is the most rajin so far. Angah ni lebihkurang Hakimlah. Mim dia ade besar sikit. Betul ke anak boy macam tu? Abah dia kata dia rajin jugak masa kecik2 . Tapi from the stories that he told me about his childhood, memanglah ada kena pukul or kena diri atas meja or kena ghetu ngan Cikgu.

As for myself, tak pulak kena macam tu masa kecik2 . Kiranya memang takut sangat ngan cikgu.Masih ingat lagi ada satu cikgu tu, masa tu Std. 6, dia lempang my classmate, tarik rambut and all. Zalim betul. Masa tu buat kerja sekolah tak betul kot. Yang kita ni dok kecut perut takut kena jugak. Alhamdulillah... tak.Harap2 anak lelaki yang sorang ni akan berubah bila besar nanti, InsyaAllah.

So, masa balik lunch tadi I told Cik Abang about what Pok De told me. Cik Abang gelak kan aje and kata memang betul pun si Hakim ni Mim dia besar. So, kami tanya kat dia.

Kim, Kim, tadi Cikgu Mi kata Hakim ni malas ke kat kelas? (Cikgu Mi is Pok De's wife)

Mulanya dia buat derk je. So I asked him again.

Mana ada! Cikgu Mi bukan Cikgu Hakim. Hakim kata.

Yeeeee. Cikgu Ju cerita kat Cikgu Mi yang Hakim malas. Cikgu Ju cerita kata yang Hakim kalau tulis buat cincai2 je. Kawan2 HAkim tulis cantik2. Straight2 je...

Lepas tu dia diam je. Betullah tu...

Tak tahulah macamana nak suruh budak tu jadi rajin. Tapi nampaknya lepas kita dah kata kat dia yang dia malas, nampaknya tadi ada gak dia bukak buku latihan yang kita belikan untuk dia tu. Ni pun dia tengah menulis kat atas katil dia. Entahlah tu. Harap2 bila dia besar sikit dia akan jadi seorang yang rajin belajar. Mak doakan semuga Hakim nanti jadi orang yang berguna dan boleh jaga mak & Abah bila kami tua nanti, InsyaAllah

Monday, February 06, 2006

Kentang with burger & mixed vegetable

Ingatkan tadi bolehlah relax lepas2 nak jahit kain Maya yang koyak. Belum sempat habis jahit kain tu, Maya dah kata dia lapar. Makanan kat dapur dah tak de sebab dah dibedal oleh kak long dia, Abah & Angah. Mak biasanya tak makan malam sebab masih lagi berdieting. So far diet mak ni menjadi. Adalah turun 3-4 kg dalam masa 3 minggu ni. Syukur Alhamdulillah...

Terpaksa mak yang kasihkan anak ni turun ke bawah untuk nak prepare food untuk anak tersayang yang tak boleh lapar ni. It has always been my pleasure to cook for the kids and the reward that I get after that is the smiles from them as their stomachs are full. Full and contented. Boleh menyannyi and menari like nobody's business.

Maka turunlah si ibu yang mengasihi anaknya. Sebelum turun tu siibu tu dah bertanya pada sianak, apakah yang diidamkan.

Nasi goreng?

Tak nak!kata anaknya.

Burger?

Tak nak? Maya nak makan fries!! Malasnya nak keluar kata ibunya di dalam hati. Macamana pulak aku nak pujuk anak ni. Kalau tak dapat ape yang dia nak mau muncung panjang sejengkal. Hari ni nak mintak pertolongan Cik Abang memang tipis lah harapan. Dia dah terbongkang atas katil .Walhal baru pukul 8:47mlm. Sibuk agaknya di pejabat tadi . Itu yang dia jadi penat sangat. Stresslah tu...


Nasib baik dalam pada nak pujuk si anak ibu mendapat satu akal.

Kita buat kentang goreng nak. Mak potong kentang and then goreng jelah. Macam fries!!

Tak nak!Maya muak dah makan cam tu...masa tu muncung dah nak tiba.

Ok. Ok. Tak pe. Mak buat kentang campur ngan burger and mixed vege tu nak. Yang abah selalu buat tu.

Ok.Ok.Maya jawab. Masa tu dah senyum.

Maya solatlah. Nanti mak turun masak.

Maka siibu yang baik hati itu pun turunlah ( baik hati ke ni dah kewajipan mak bagi makan. ???)untuk nak masak untuk anaknya yang seorang itu. Experiece menjadi ibu selama hampir 13 tahun ini, Alhamdulillah telah memberi sedikit kefahaman kepada siibu ini jikalau memasak itu kenalah buat lebih sikit sebab kalau nak makannya seorang, ianya boleh menjadi untuk 5-6 orang.

Setelah makanan yang diidamkan itu masak, maka seorang demi seorang anak2 yang tadi nya dah menghabiskan lauk juga turut serta makan makanan yang dimasak. Termasuk lah ibu yang tadinya bersemangat nak diet tu. Hancus diet aku malam ni. Ni Maya lah punya pasal....


Kat bawah ni ada resepi dia. No percik minyak. No hassle. A very simple and fast to cook one complete meal.


Sedikit butter untuk mengsauteed the kentang yang telah dipotong dadu. Banyaknya butter bergantung pada banyaknya kentang. Burger dalam 3-4 keping juga dipotong dadu. Mixed vegetable. Kalau suka boleh letak banyak. Letak semua bahan minus mixed vege dalam kuali dan ditutup dengan tutup periuk. Masak atas api kecil sehingga kentang & burger masak dan agak garing.Kalau nak sedap lagi letak telur dan biarkan sikit lagi sampai telot itu agak garing. Last masukkan mixed vege tu. Sedap dimakan dengan cili sauce. Guarantee sedap....

Peingatan: Butter jangan letak banyak sangat, memadai sati sudu besar untuk lebihkurang 7-8 biji kentang sederhana besar.

Cubalah. Kalau anak2 lapar bagi makan ni, InsyaAllah, berbaloiiiii...


Resepi ni pun untuk Lollies prepare untuk the potluck breakfast. Gambar dia nanti kita upload kemudian.